Qayyisa menghela nafas yang panjang. Rasa sakit dipipinya masih terasa walaupun sudah dibiarkan selama 30 minit.
Dia memejamkan matanya perlahan-lahan. Dan secara tidak langsung, memori beberapa tahun lepas menerjah fikirannya.
Flashback
Pang!
"Melisa, apa awak cuba buat ni?!" Suara Megat Qayrul naik seoktaf apabila melihat isterinya memukul Louis, anak angkat yang dibanggakannya.
Melisa terdiam. Nafasnya naik dan turun secara tidak terkawal. Matanya tajam merenung suaminya itu.
"Kenapa?! Awak marah saya pukul anak kesayangan awak ni?! Awak sedar tak yang dia ni bukan anak kandung awak?!"
Megat Qayrul berdecit. Sekalipun Louis bukan anak kandungnya, tapi Louis masih amanahnya.
Dan dia sangat sayangkan Louis kerana Louis sangat berharga.
Dengan teknik yang Louis ada, dia pasti tiada sesiapa mampu kalahkan Estrella, sama ada dari dunia perniagaan mahupun dunia pertempuran.
"Kalau dia bukan anak kandung saya pun, apa masalahnya?! Dia tak pernah menyusahkan awak pun! Yang awak nak pukul dia kenapa?"
Melisa tersenyum sinis. Perlahan-lahan tangannya mengeluarkan sebotol kecil cecair yang berlabel BM(V).
Megat Qayrul terdiam. BM(V) adalah nermaksud Black Mamba (Venom).
"Apa awak cuba buat ni Melisa?! Awak nak bunuh Louis ke apa?"
Melisa ternganga. Perlahan-lahan tangannya bertepuk kuat.
"Saya tak cerita apa-apa, awak dah tuduh saya ya, Qayrul? Nanti agaknya kalau saya cerita berita sebenar mesti awak ingat saya fitnah Louis pula kan?"
Megat Qayrul kembali terdiam. Dia membuang pandangannya kepada remaja lelaki itu.
Louis hanya mampu tertunduk lalu menggeleng perlahan.
Megat Qayrul kembali memandang wajah isterinya untuk meminta penjelasan.
Melisa seakan tak percaya. Suaminya yang dia cintai hampir belasan tahun lebih mempercayai anak angkatnya yang baru mereka kenal hanya beberapa tahun.
"Tahniah lah. Bela lah anak angkat awak yang awak sanjung tu. Jangan sampai suatu hari, awak mampu lihat saya dan Qayyisa terkulai layu tanpa ada roh dalam jasad kami"
Qayyisa yang mendengar pertengakaran kedua ibu bapanya itu hanya mampu terdiam.
Salahnya juga kerana memberitahu bondanya yang dia terlihat abang angkatnya menuangkan sesuatu cecair ke dalam minuman yang terhidang.
"Isa" panggilan bonda membuatnya tersentak.
"Ya bonda?" Soal Qayyisa sambil tersenyum.
"Meh tolong bonda packing. Kita kena pergi Spain. Bonda ada kerja dekat sana" Bondanya masih tersenyum seperti tiada apa-apa berlaku.
Qayyisa tersenyum palsu. Dia tahu bondanya sedang berbohong. Dia tahu bondanya sedih dan dia juga tahu yang bondanya cuba melarikan diri.
"Tapi bonda, macam mana dengan kelas menembak, kelas seni bela diri Isa? Isa ada banyak lagi kena belajar"
Melisa tersenyum manis. Tangannya mengusap-usap kepala anaknya.
"Isa sayang. Jangan risau, nanti dekat Spain sana, bonda sendiri akan ajar Isa. Isa nak tak?"
Mata Qayyisa membulat teruja. Kepalanya dianggokkan beberapa kali.
"Janji ye bonda"
"Ya, bonda janji" jari kelingking mereka bertaut sambil ketawa tercetus di antara mereka.
Qayyisa mengelap perlahan air mata yang tumpah. Jujur, dia rindukan bondanya.
Dia sering kali meyalahkan takdir atas apa yang berlaku. Dan dia juga turut salahkan dirinya apabila teringat akan punca kematian bondanya.
"Oi princess, nangis ke?" Satu suara membuatkan Qayyisa terkedu. Dengan pantasnya, dia menoleh ke arah suara tersebut.
Kelihatan Ayaz sedang memandangnya sambil memegang bekas yang berisi sesuatu.
Qayyisa berdehem. "Erm.. mana ada"
Ayaz tersenyum senget. Dia segera menghampiri Qayyisa lalu duduk disebelah gadis tersebut.
"Macam mana kau boleh ada dekat sini?" Soal Qayyisa sebaik sahaja punggung Ayaz selamat mendarat di sebelahnya.
"Biasalah, kelas memasak." Jawab Ayaz bersahaja.
"Eleh kau, kelas memasak boleh pula, kelas poison Alex, pandai pula ngelat" Ayaz tersenyum janggal.
Terkantoi pula yang dia selalu mengelat kelas belajar jenis racun oleh 'guru Alex'.
"Dah lah kau. Sekurang-kurangnya, aku juga lah yang jadi ibu kepada kawan-kawan kau yang lagi 4 ekor tu" ucap Ayaz dengan gaya tangannya seperti mak cik-mak cik.
Qayyisa tergelak kecil. Sememangnya dia tahu perihal itu. Yelah, hanya Ayaz yang rajin memasak dan mengemas rumah.
Nak harapkan Aariz? Baik dia pergi mengorat akak foodpanda. Firas? Dia lebih rela makan komputer dan buku. Aryan pula? Jejaka itu hanya tahu membazirkan tenaganya sahaja.
Yang terakhir, Qays? Mungkin dalam bab mengemas boleh bawa bincang lagi, tapi bila memasak jejaka itu lebih suka menghiburkan ornag dengan bunyi muzik yang dia hasilkan.
"Diorang beruntung sebab ada kawan macam kau" balas Qayyisa jujur.
Ayaz menundukkan kepalanya. "Tapi mungkin tak bagi keluarga aku."
Qayyisa menghela nafas panjang.
"Kau tahu kan Ayaz, kalau kau ada masalah, aku rela dengar"
"Mungkin, kau boleh dengar. Tapi aku tak rasa kau boleh ubah apa-apa, Isa" terang Ayaz.
"Siapa kata? Aku Qayyisa Qaysara kut. The heirs of Estrella Real Group. Sesiapa yang cari pasal dengan kawan aku, aku sailang sampai mati" ucap Qayyisa dengan nada bergurau.
Ayaz tergelak sambil memandang wajah manis Qayyisa.
"Kau tahu tak Isa? Yang kau sebenarnya betul-betul kawan yang baik" puji Ayaz.
Qayyisa membalas pandangan Ayaz. "Tak lah. Korang semua yang baik. Korang sanggup nak bantu aku sampai tahap macam ni sekali"
"Maka disebabkan itu, kau perlu rasa resepi baru aku, KEK BATIK " Ayaz membuka menutup bekasnya dan menghulurkan kepada Qayyisa.
"Apa ni?"
"Kek batik. Tanda penghargaan dan juga hadiah tahniah daripada aku kepada kau"
"Hadiah tahniah apa pula?" Qayyisa semakin bingung.
"Tahniah sebab dah together dengan Aryan! Wohooooo"
Qayyisa membulatkan matanya. "Macam mana kau tahu ni?"
Ayaz tersenyum. "Mestilah cinta hatu kau bagitahu, dia pergi heboh satu rumah pagi ni"
Qayyisa mengetap gigi. Ada juga dia terus putus ni.
.
.
.
.
Maaf lagi atas kelewatan minggu ini hehehehehehehehehehey. Tapi Alhamdulillah juga sebab saya berjaya publish chapter ke 2 untuk minggu ni. So yeah stay tune for chapter terakhir untuk minggu ni.
Share this novel