CHAPTER 29

Drama Series 5352

Aryan termenung sendiri apabila mengingatkan kejadian pagi buta tadi. Perlahan-lahan tangannya mencubit pipinya.

Sakit.

Maknanya kejadian semalam benar-benar berlaku. Dan dia pasti dia tidak bermimpi.

"So, It is true that I'm her boyfriend right now?" Soalnya sendiri. Aryan tersenyum sambil badannya berjoget riang.

'Wohoo! Mama! Aryan dah taken!'

Flashback

"So that, we both can be together while holding the star" Mata Aryan mencuba untuk menikam anak mata Qayyisa.

Qayyisa membalas renungan Aryan. "Kenapa kau tak pernah nak mengalah?"

"Kenapa kau tak pernah bagi aku peluang?"

"Sebab aku tak mampu nak cintakan kau Aryan dan kita masih muda" Alasan Qayyisa membuatkan Aryan tergelak. Muda?

"Kau tak pernah cuba pun Qayyisa sebab kau masih tenggelam dalam dunia silam kau. Dan muda? Habistu kau bercinta dengan Daris, bukan lagi muda ke dari sekarang ke?"

Qayyisa mengetap giginya kuat sehingga menyebabkan bunyi yang agak kuat.

"He just my past"

"And I can be your future,Qayyisa. Just give me a chance" Aryan memandang sayu ke arah Qayyisa.

Kenapa? Kenapa tidak pernah walau sekali, Qayyisa memberinya peluang?

Qayyisa memandang nya tajam lalu mengeluh dengan kuat. Dia memejamkan matanya buat seketika.

"Okay fine. I'll give you the chance. TAPI, andai kata kau kecewa atau marah pada aku, jangan pernah sesekali salahkan aku"

Aryan terpana. Betul ke apa yang dia dengar ini? Dia? Qayyisa? Peluang?

Aryan segera memeluk batang tubuh Qayyisa tanda teruja. Perlahan-lahan tangannya memegang kedua belah pipi Qayyisa.

"Aku janji, aku takkan tinggalkan kau dan aku janji akan buat kau jatuh cinta pada aku" Ucap Aryan sebelum tangannya mencubit pipi gebu Qayyisa.

Qayyisa mengerang kesakitan sebelum tangannya menepuk kuat lengan Aryan.

"Don't you dare to do that again"

Kemudian mereka sama-sama tergelak sambil ditemani bintang yang bergemerlapan.

.
. .
. .

Qayyisa memandang ke arah villa mewah milik ayahnya. Masih sunyi seperti dahulu.

Dia tertunduk sayu. Walaupun villa itu kelihatan mewah, namun ia menyimpan seribu satu rahsia yang menyedihkan.

Rahsia tentang kematian ibunya, rahsia tentang Estrella dan juga rahsia kewujudan dirinya.

Mungkin tak semua orang akan faham apa yang dia lalui. Kerana dia bukan mereka.

"Cik Muda" teguran daripada pengawal peribadi ayahnya menyentakkan lamunannya.

"Kenapa berdiri dekat sini? Cik Muda tak nak masuk ke?"

"Saya ingat nak jumpa ayahanda, tapi nampak macam dia tiada, jadi tak apalah" balasnya.

Pengawal itu tersenyum.

"Jangan risau, Tuan Megat ada dekat dalam. Dia tengah makan tengah hari. Mungkin Cik Muda boleh makan sekali dengan dia?"

Qayyisa menggigit bibirnya. Dia perlahan-lahan menggeleng. "Tak apalah, saya lupa pula saya ada misi kena laksanakan"

Qayyisa segera memalingkan tubuhnya dan melangkah ke arah kereta yang diparkirkan di luar pagar villa tersebut.

"Isa" langkahnya terhenti.

"Masuk bilik bacaan. SEKARANG" ucap suara itu lagi.

Qayyisa mengeluh berat. Nampaknya ayahnda sudah menghidu kehadirannya sejak tadi.

Cuma, dia terus memerhati untuk menantikan reaksi anaknya sendiri.

Qayyisa terpaksa menggagahkan dirinya untuk masuk ke dalam Villa mewah itu.

Kakinya terus menerus menuju ke bilik bacaan dan seperti yang disangka, sebuah papan catur sudah tersedia di atas meja utama bilik itu.

"Jadi, apa tujuan Isa?" Soal Megat Qayrul sebaik sahaja Qayyisa melabuhkan punggungnya.

"I got members and plan too" jawabnya sambil tangan lincah menggerakkan buah kudanya.

"What? plan?"

"Members?"

Megat Qayrul menggerakkan askarnya dua langkah maju.

"Plan untuk cari dan hapuskan Louis?" Qayyisa turut menggerakkan askarnya kehadapan.

"He's already dead." Balas Megat Qayrul bersama buah gajah yang membaham buah askar Qayyisa.

Qayyisa tersenyum sebelum buah benteng nya pula membaham buah gajah ayahanda nya.

"No he don't"

"Kenapa yakin sangat?" Soal Megat Qayrul tidak puas hati.

"Isa boleh rasakan kehadiran dia. Lagipun kawan-kawan Isa sendiri dapat track seorang yang suspicious yang cuba untuk bunuh Isa tanpa sebab yang kukuh"

"Jadi Isa nak teruskan misi Isa, dengan kawan-kawan bodoh macam diorang?"

"Yang ada masalah keluarga? Yang dibuang keluarga? Yang dibenci keluarga? Yang tak ada masa depan?" Tuduh Megat Qayrul melulu.

Qayyisa tergamam. Wajahnya menjadi merah akibat menahan geram yang melampau.

Ya, dia tahu kisah gelap mereka, masalah mereka. Tapi ayahanda nya tak berhak menilai mereka sebegitu.

"Sekurang-kurangnya, diorang tak biarkan pembunuh ahli keluarga diorang sendiri, masih hidup bebas diluar sana."

"Dan diorang tak akan biarkan satu lagi nyawa keluarga diorang terkorban"

Mata Megat Qayrul mencerlung memandang anaknya. "Jadinya sekarang Isa nak salahkan ayahanda?"

"Isa nak salahkan ayahanda atas kematian bonda?"

Megat Qayrul terbangun dari duduknya. Matanya membulat tanda dia marah akan anak gadisnya itu.

Qayyisa tersenyum sinis. Kepalanya didongakkan memandnag wajah ayahanda nya yang masih memerah.

"Sebab ini semua memang salah ayahanda dari awal. Kalau ayahanda tak bawa masuk pembunuh dalam keluarga kita, semua takkan jadi huru hara" balas Qayyisa sambil tubuhnya perlahan-lahan berdiri.

"Dasar anak tak kenang budi!" Satu tamparan hinggap di pipi Qayyisa sehingga menyebabkan gadis itu terteleng ke tepi.

Qayyisa memegang pipinya. Rasa sakit yang menjalar langsung tidak dihiraukan.

"Teruskan. Teruskan hidup ayahanda tanpa ada sekelumit pun rasa serba salah atas apa yang ayahanda telah buat dulu" Ucap Qayyisa sebelum melangkah pergi meninggalkan ayahandanya yang masih terpana.

.
. .
. .
. .
.

Heheheheh sorry atas kelambatan saya.. Jangan berhenti membaca dan menyokong yaaa!! ??????

Btw, tahniah #TeamAryan !! Semoga mereka kekal

insyaallah tengok lah macam mana nanti

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience