Qayyisa memandang ke arah kalendar di meja katilnya dengan perasaan berat.
Tarikh yang dibulatkan olehnya semakin hampir dan dia masih belum siapkan apa-apa persiapan.
'Relax, Qay. She's gonna be fine' pujuk dirinya.
Ting!
Megat Qashrina
Daris dah otw ke Istanbul
Esok aunty dah kena masuk hospital
Isa free tak?
Isa teman aunty, boleh?
Boleh je aunty
Alang² tengah cutu sekolah
Syukur lah kalau macam tu
Isa teman aunty, ya
Pukul 10
Okay aunty
Nanti Isa jemput aunty dekat rumah
Terima Kasih, Isa
Isa sahaja yang boleh aunty harapkan
Most welcome, aunty
Qayyisa terduduk. Secara tak sengaja, nafasnya tidak teratur. Segala kemungkinan yang dia pernah bayangkan kini menerjah ke fikirannya yang serabut itu.
"She's gonna die"
"She can't survive"
"Kau bunuh mommy aku Qayyisa"
"Kau pembunuh"
"Kau tahu peluang untuk Megat Qashrina hidup hanya 50-50"
Qayyisa menggigil. Kedua kakinya kini tidak mampu menampung badannya menyebabkan dia terduduk.
Ding Dong
Ding Dong
Ding Dong
Qayyisa tersentak apabila loceng rumahnya tidak berhenti berbunyi. Dia segera mengangkat kakinya pintu rumahnya untuk melihat gerangan yang hadir.
Qayyisa memegang kepalanya apabila rasa sakit menerkam secara tiba-tiba. Langkah kakinya masih diteruskan walaupun rasa sakit itu makin teruk.
Akhirnya, dia gagal menampung badannya dan jatuh terkulai beberapa meter daripada pintu.
.
.
.
.
Aryan menggigit kukunya apabila Qayyisa masih belum muncul dihadapannya.
Jarum jam panjang sudah beralih 360 darjah tapi gadis itu masih belum kelihatan membuatkan hati Aryan berdetak risau.
Segera telefonnya dikeluarkan dan nombor seseorang didail.
"Hello, Alex"
"Hello, bro. Kenapa?"
"Qay ada dengan kau ke, sekarang?"
"Nope. Why?"
"Aku dengan dia dah janji nak jumpa tapi dah sejam dah, dia tak muncul lagi. Call pun dia tak angkat"
"Wow, are you serious? Cuba you pergi rumah dia. I sure that she's at home right now"
"Okay thanks Lex"
"Welcome, bro"
Panggilan dimatikan dan Aryan segera menghidupkan motornya.
.
.
.
.
Loceng penthouse Qayyisa ditekan sebanyak mungkin namun masih belum ada yang membalas.
Aryan bertambah risau. Nombor Alex didailnya lagi sekali.
"Lex"
"Jumpa tak dia?"
"Nope. Nampaknya dia cam tak ada kat rumah"
"Seriously? Oh my god! I rasa benda yang tak kena"
"Apa maksud you?"
"Aryan, cuba you masuk rumah dia"
"What? You gila ke? I mana tahu password dia"
Alex terdiam. Di dalam hatinya mula terdetik rasa serba salah.
"You tahu ke password dia, Lex?"
Aryan yang dapat rasakan sesuatu mula menyoalnya.
Alex mengehela nafas pendek. Mahu atau tidak, dia harus memberitahu Aryan kerana dia juga rasakan sesuatu yang tidak kena dengan Qayyisa.
"I bagitahu tapi you jangan buat apa-apa andaian, okay"
"Okay, okay. Cepat"
"2614316"
Aryan segera menekan butang password tersebut menyebabkan pintu rumah Qayyisa terbuka.
Namun, dia terkedu apabila melihat sekujur tubuh yang terbaring di hadapannya.
"Qayyisa?!"
.
.
.
.
.
.
Qayyisa membuka matanya perlahan-lahan sambil dahinya berkerut.
Cahaya lampu yang terang bercampur dengan rasa sakit di kepalanya sungguh membuatkan dia mahu menutup mata semula.
Tetapi, apakan daya, demi melihat keberadaannya sekarang, dia terpaksa membuka matanya.
Alat degupan jantung, jarum yang dicucukkan ditangannya dan bau ubat yang kuat membuatkan Qayyisa yakin dia berada di mana sekarang.
Sudah semestinya hospital.
Qayyisa mengeluh lemah sambil tanggannya dibawa ke dahi.
"Hai, dah sedar?" Satu suara datang dari arah pintu menarik mata Qayyisa untuk melihat gerangannya.
Qayyisa ternganga. "How?"
"Let's see.. saya selamatkan awak?"
"Wow, no way"
"Yes way"
"Tapi macam mana?"
"Alex"
Qayyisa berdecit. Rasanya dirinya sudah mampu mengagak gerangan disebalik 'pecah masuk' ini.
"Nak apa-apa tak?" Soal Aryan setelah suasana menjadi sunyi.
"Nak makan. Lapar" ujar Qayyisa dengaj intonasi manja.
Aryan tersenyum. Dia segera bangun dari duduknya dan mencapai bungkusan yang dibelinya di Family Mart tadi.
"Onigiri nak?"
Qayyisa mengangguk laju. Pantas tangannya mencapai bungkusan tersebut.
Aryan hanya mampu memandang Qayyisa yang sedang makan dengan berselera.
Dia ingin menanyakan sesuatu tetapi dia merasakan yang waktu ini masih belum sesuai.
'tetapi sampai bila?' soal hatinya.
"Qayyisa" panggil Aryan.
Qayyisa berhenti mengunyah dan memandang Aryan.
"Sebab kau terima aku, bukan kerana Daris kan?"
"Maksud kau?"
"Kau bukan terima aku sebab nak lupakan Daris kan? Maksud aku, yelah Daris kan dah kahwin, jadi kau tak gunakan aku kan?"
Qayyisa memandang Aryan dengan muka yang tidak puas hati.
"Kenapa kau tanya aku secara tiba-tiba? Kan aku dah pernah bagitahu yang aku akan cuba cintakan kau"
"Tak. Itu bukan jawapan yang aku nak dengar. Sekarang ni aku nak tahu kau GUNAKAN aku ke?" Perkataan gunakan di tekankan Aryan.
"Tak pernah terlintas dalam fikiran aku untuk gunakan kau" Muka Qayyisa kembali tegang.
Langsung tiada senyuman atau gelak tawa antara mereka.
"Qayyisa"
"Apa lagi?" Soal Qayyisa malas.
"Boleh tak kau jangan sebut nama Daris? Even dalam tidur atau waktu kau tak sedarkan diri. Sebab benda tu buat aku rasa aku bukan sesiapa untuk kau"
Qayyisa tersentak manakala Aryan tersenyum hambar sebelum kakinya melangkah ke pintu keluar dari bilik sakit Qayyisa.
"Eh Aryan" Alex yang baru sampai menegur jejaka itu.
"Aku keluar dulu" satu senyuman dihadiahkan Aryan kepada Alex sebelum jejaknya semakin menghilang.
"Why with that guy?" Soal Alex pelik. Qayyisa hanya mengangkat bahu dan menyambung makannya yang tergendala.
"This is for you" satu beg plastik berisi bekas makanan diletakkan di meja bersebelahan katil Qayyisa.
"Thanks"
"As always it's not a big deal. By the way Qayyisa, Daris and his wife on the way to Malaysia" Qayyisa tersedak.
"WHAT?!"
"I tell him the truth. Tentang mom dia yang nak operate esok"
"But why Alex? Why?!"
"Apa yang you fikir, Qayyisa? Megat Qashrina akan berjaya buat pemedahan tu?" Soal Alex.
"She will make it"
"No she won't, Qayyisa. Dr. dari Estrella sendiri yang diagnos dia cakap 50-50."
Qayyisa membisu. Dia tidak mempunyai apa-apa idea untuk membidas Alex.
"Please, Qay. I'm pretty sure that this will be the last time I lead your way"
.
support me?
Share this novel