CHAPTER 24

Drama Series 5352

"Assalamualaikum, Ma." Ucap Firas kepada seorang wanita yang terlantar di katil wad tersebut.

Wanita itu menoleh. Perlahan-lahan bibir pucatnya mengukir senyuman.

"Fir..Firas" Air mata Firas tumpah apabila wanita itu memanggil namanya.

Dia segera menghampiri katil wanita tersebut, dan mencapai tangannya dengan penuh berhati-hati.

"Ma, Fir dah dapat duit. Kita buat operation ya?" Pujuk Firas lembut.

Wanita itu kembali membeku. Wajahnya dipalingkan daripada melihat anak yang sudah lama ditinggalnya.

"Ma, duit itu bukan duit papa. Duit itu duit kawan Fir." Terang Firas.

"Bukan diorang berempat, tapi duit kawan Fir yang ini" Sambungnya lagi sambil menunjuk ke arah Qayyisa.

Qayyisa tersenyum manis. Tangannya di bawa dekat pada jari jemari mama Firas.

"Assalamualaikum, aunty" Katanya sambil mencium lembut tangan itu.

Mama Firas kembali tersenyum.

"Siapa ni, Fir. Bakal menantu mama ke?" Usiknya. Qayyisa tergelak kecil.

"Tak adalah aunty. Saya kawan dia saja." Nafi Qayyisa.

Firas disebelah hanya mampu berdiam diri. Betul lah apa yang dikatakan Qayyisa. Mereka berdua hanya berkawan.

"Ma, kita buat operation, eh?" Ucap Firas setelah membiarkan Qayyisa dan mamanya berborak kecil.

Sungguh tak di sangka gadis yang dia sangka dingin itu, mempunyai perwatakan yang mampu menambat hati para ibu yang sedang mencari menantu.

Mama Firas mengangguk kecil membuatkan Firas rasa sangat bersyukur.

Insyaallah, tidak lama lagi kesengsaraan ibunya akan berakhir. Cuma, mungkin nyawa turut menjadi pertaruhan dalam pembedahan tersebut.

Setelah setengah jam berbual, akhirnya Qayyisa meminta diri untuk pulang.

Mama Firas segera memberi isyarat mata kepada Firas supaya mengiringi Qayyisa.

"Qay. Thanks sebab sudi jumpa mama aku" ucap Firas sebaik sahaja mereka melangkah keluar dari bilik wad mamanya.

Qayyisa tersenyum nipis lalu kepalanya dianggukkan.

"Aku pergi dulu. Bye" pamit Qayyisa sebelum menapak meninggalkan Firas di hadapan bilik wad itu.

Firas hanya mampu tersenyum dari jauh. Siapa sangka gadis yang mempunyai muka yang dingin itu mempunyai hati yang baik.

Betullah apa yang dikata, don't judge a book by it's cover.

.
. .
.

Qayyisa memberhentikan keretanya di sebuah taman. Taman di mana dia mula berkawan dengan manusia yang bernama Aryan.

Bibirnya membentuk segaris senyuman. Tidak sangka yang persahabatan di atas dasar taruhan, kini menjadi ikhlas setelah hampir sebulan.

Bagaimana perasaan itu menjadi ikhlas? Usahlah ditanya kerana mereka hanya berkawan dan tidak lebih dari itu.

Qayyisa berjalan keluar dari kereta lalu menuju ke arah seorang pemuda yang duduk di bangku di bawah sebatang pokok yang besar.

"Lama ke kau tunggu?" Soal Qayyisa dan terus duduk bersebelahan Aryan di bangku itu.

"10 minit je. Kau pergi mana tadi?"

"Melawat mak kawan" Aryan memandangnya pelik.

"Kau.. ada kawan?" Soalnya tak percaya.

Qayyisa menggetap bibirnya apabila disoal begitu.

"Kau ingat aku lonely sangat ke sampai tak ada kawan" jawab Qayyisa sambil mengecilkan matanya.

"Aku ingatkan aku seorang je kawan kau" getus Aryan perlahan.

"Apa kau cakap tadi?" Tanya Qayyisa seakan terdengar sesuatu. Aryan hanya mampu menggeleng sambil tersenyum.

Wajahnya dipalingkan ke arah tasik yang terbentang. Nafas ditarik perlahan dan dihembusnya. Ada sesuatu yang dia ingin ungkapkan kepada Qayyisa.

"Qayyisa" Qayyisa menoleh apabila namanya di seru.

"Aku sebenarnya.." belum sempat Aryan menghabiskan ayatnya telefon bimbit Qayyisa berbunyi kuat.

"Sekejap" balas Qayyisa lalu terus berlalu pergi untuk menjawab panggilan tersebut.

Setelah beberapa minit, Qayyisa kembali semula dengan wajah yang cemas.

"Aryan, aku kena balik dulu. Ada emergency." Kata Qayyisa dan terus pergi meninggalkan Aryan keseorangan di situ.

Aryan mengeluh. Nampaknya, peluangnya untuk meluahkan perasaannya kepada Qayyisa berakhir begitu sahaja.

Atau memang dia tidak ditakdirkan untuk mencintai gadis itu?

.
. .

"What's up, Lex?" Soal Qayyisa sebaik sahaja sampai di bangunan rasmi Estrella.

Alex menunduk. Telefonnya dikeluarkan dari poket, lalu menunjukkan sebuah video kepada Qayyisa.

Qayyisa hanya memerhati video itu tanpa ragu-ragu. Namun, di pertengahan video dia mula terkedu.

Jelas wajah seseorang di masa silamnya, sedang tersenyum di dalam video itu.

Bukan senyuman biasa yang di pamerkan semua orang, tapi senyuman misteri yang hanya dia sahaja faham maksud senyuman itu.

Qayyisa terpaku. Wajah Alex dipandang seakan tidak percaya.

"Jadi, Louis masih hidup?"

.
. .

"Ayahanda tak nak kamu teruskan misi lama tu" Qayyisa tergamam. Pantas kakinya berdiri tanda memprotes ayahandanya.

"Habis tu, ayahanda nak tengok Isa mati di tangan Louis?!" Dada Qayyisa berombak kencang. Kesabarannya makin menipis.

Megat Qayrul hanya mampu menggeleng kepala.

"Biarkan. Estrella. Urus. Semuanya" ucap Megat Qayrul satu persatu. Nampaknya kesabaran dan maruahnya turut tercabar apabila ditengking anak kandungnya sendiri.

"Isa tetap akan teruskan. Walaupun tanpa pekerja professional atau tetap Estrella." Qayyisa menunduk.

Suaranya kembali mengendur sewaktu membicarakan ideanya itu.

Megat Qayrul hanya mampu mengetap bibir. Wajah anaknya dipandang sekilas sebelum gadis itu melangkah pergi dari bilik bacaan tersebut.

'Ayahanda cuma tak mahu kamu tinggalkan ayahanda seperti mana bonda kamu lakukan'

.
. .
.

Kereta Qayyisa memecut laju selaju mutiara jernih yang jatuh dipipinya.

Dia rasa tertekan. Dia tiada sesiapa untuk mengadu masalahnya. Jika dulu, dia mempunyai Daris yang sudi mendengar luahan hatinya.

Tapi kini, dia keseorangan.

Qayyisa memberhentikan keretanya di tepi jalan.

Tanggisannya bertambah kuat sehingga menyebabkan bahunya turut terhincut.

Setelah setengah jam menangis, tangisan Qayyisa kembali reda. Dia mengelap air mata di pipinya dengan kasar menggunakan hujung lengan bajunya.

Serta merta senyuman penuh dendam terukir di bibirnya.

Dia, Qayyisa Qaysara bersumpah akan membunuh Louis sebelum lelaki itu sembat mengacukan pistol kepadanya.

Telefon bimbit di keluarkan, lalu nombor Firas didail.

"Fir, kau dekat hospital lagi ke?" Soalnya apabila Firas mengangkat panggilan itu.

"Aku dah balik ke rumah Aryan lah."

"Rumah yang kau bawa aku waktu aku pengsan tu ke?"

"Yup"

"Okay, nice. Lagi 30 minit aku sampai" ucap Qayyisa sebelum mematikan panggilan itu.

Firas memandang telefonnya yang bertukar hitam. Kerutan muncul di dahinya untuk beberapa saat.

"Kenapa Fir?" Soal Ayaz apabila tersedar yang Firas asyik merenung telefon.

"Qayyisa cakap nak datang sini"

"WHATTT?????"

.
. .
.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience