Sepanjang kedinginan malam itu, Qayyisa tidak mampu melelapkan matanya.
Tidurnya yang panjang di sekolah tadi cukup meengembalikan tenaganya untuk berjaga sepanjang malam.
Dia bangkit dari pembaringan, dan berjalan keluar dari bilik tetamu itu. Langkah kakinya dituju pada bilik bacaan yang terdapat di hujung laluan itu.
Beberapa jam lepas dia telah meminta izin Megat Qasrina untuk menggunakan bilik bacaan jika dia tidak mengantuk.
Dan nampaknya , Megat Qasrina hanya mengizinkan dia tanpa banyak pertanyaan.
Qayyisa melangkah masuk ke dalam bilik bacaan tersebut dan berjalan ke arah MacBook khas bilik tersebut.
MacBook itu dihidupkan lalu dia mencari fail tentang Estrella.
Kosong.
Nampaknya Megat Qasrina sudah buang fail yang berkaitan dengan misinya itu.
Qayyisa mengeluh. Dia mencari lagi. Tetapi memang tiada.
Qayyisa membuka fail lain. Dan nampaknya fail yang diberi nama 'Megat Daris Aley' mencuri tumpuannya.
Fail itu ditekan dan terpampanglah wajah Daris sewaktu kecil.
"Comel" pujinya.
Qayyisa tersenyum nipis. Dia terus menerus meneroka fail tersebut sehingga dia terjumpa satu video.
Video itu dimainkan dengan perasaan tertanya-tanya.
"I made this video since our first date."
Wajah Daris mengunggkapkan kata-kata tersebut menjadi permulaan video itu.
Kemudian, wajah Daris hilang digantikan dengan latar belakang hitam.
Iringan lagu 'A thousand year' yang dinyanyikan dengan suara lelaki menjadi soundtrack video itu.
Latar belakang hitam tadi kini berganti dengan wajah Qayyisa.
Gambar Qayyisa ketika tersenyum, ketika merajuk, ketika menangis dan ada juga gambar mereka berdua berselfie.
Sehabisnya lagu, skrin bertukar gelap kembali. Kemudian, disambung dengan video yang dirakam Daris.
"Isa, do you love me?" Qayyisa tersenyum.
"Always"
.....
"Our princess such a crybaby"
Qayyisa mengelap air matanya lalu menepuk lembut lensa kamera tersebut.
"I hate you, Daris!" Qayyisa mengelap air matanya lagi.
"But I always love you, sayang!"
....
"Happy birthday to you,
Happy birthday to you,
Happy birthday to my love,
Happy birthday to you."
Qayyisa terpegun. Sambutan Hari jadinya yang dirancang istimewa oleh Daris sungguh membuat dia terharu.
"Why you do this to me?"
"Cause I love you"
......
"Isa, can I ask you something?"
"Sure"
"You will never leave me right?"
"Never, dear."
....
Qayyisa tersentak. Tubuhnya secara automatik tidak mampu bergerak. Jiwanya hilang. Hatinya hancur. Sehancur hati Daris.
'Why we are so in love?'
"Patut ke aku ubah keputusan ni?"
.
.
.
.
.
.
Sebulan Kemudian
Daris membetulkan tshirt dihadapan cermin biliknya. Wajah yang sedang tersenyum secara terpaksa itu dipandangnya sayu.
Hari ini, dia bakal bertemu dengan calon isteri pilihan mommynya. Dia tidak tahu apa yang harus dia rasakan sekarang ini. Gembira? Atau sedih?
Daris mengeluh dan berjalan keluar dari biliknya.
"Mommy?" Kelibat mommynya dicari sebaik sahaja anak tangga terakhir dilangkahnya.
Megat Qasrina segera keluar dari dapur untuk melihat anaknya. Senyuman yang terbit dari bibir tua itu bertambah lebar apabila melihat wajah Daris.
Kacak. Persis arwah suaminya dahulu.
Dia segera menghampiri anaknya dan menepuk lembut tubuh sasa itu.
"Mommy harap, Daris tak hampakan pilihan mommy" ujar wanita tua itu.
Daris hanya tersenyum terpaksa. Jika diikutkan, gadis ini, sudah menjadi tunangnya sejak dua minggu lepas. Tetapi, mereka baru berkesempatan untuk berjumpa pada hari ini.
"Baik mommy. Daris tak akan hampakan mommy. Daris pergi dulu ya" Daris menyalami mommynya dan berjalan ke arah kereta bmw milik arwah ayahnya.
Megat Qasrina hanya mengiringi pemergian anaknya dengan lirikan matanya.
Keluhan dilepaskan tanda menyesal. Dia tahu anak terunanya itu seperti tidak mampu terima hakikat yang sudah tertulis buatnya.
'Maafkan mommy, Ris.'
.
.
.
.
.
Daris melangkah masuk ke dalam sebuah restoran mewah. Matanya diliarkan mencari kelibat tunangnya.
Namun sepertinya setiap meja dihuni lebih dari seorang. Akhirnya Daris membuat keputusan untuk duduk di sebuah meja yang kosong.
Telefon bimbitnya dikeluarkan dan aplikasi instagram dibuka.
Tiada apa yang menarik minatnya melainkan sebuah pos terbaharu milik Qayyisa.
qay.isara
Estrella Real Resort
Liked by aminahgomezz and 19, 560 others
qay.isara new vibes??
Daris tersenyum sinis. Macam mana kau boleh move on sedangkan aku tak, Qayyisa?
"Assalamualaikum" sapa seorang gadis membuatkan Daris tersentak.
Telefonnya segera dimatikan sebelum menjawab salam gadis itu.
"Megat Daris Aley?" Tanya gadis itu. Daris mengangguk mengiyakan pertanyaan tersebut.
Gadis itu tersenyum lega. Dia segera duduk dihadapan jejaka itu. Senyuman ikhlas dipamerkan.
"Nama saya, Megat Kasyifa." Ucap gadis itu membuatkan Daris mengangguk faham.
Wajah Kasyifa dipandang. Manis. Semanis namanya. Tapi nak semanis Qayyisa.
"Awak dah order ke?" Soal Kasyifa. Daris menggeleng. Tangannya mula menekan butang pelayan yang terdapat dimeja.
Setelah pelayan mengambil pesanan, suasana bertukar janggal. Masing-masing tidak mahu membuka mulut.
"Saya nak tanya sesuatu, boleh?" Soal Daris apabila merasakan mereka berdua telah lama mendiamkan diri.
Kasyifa mengangguk. "Kenapa awak terima pinangan mommy saya?"
"Bukan saya yang terima, tetapi mak ayah saya. Saya hanya menuruti permintaan mereka" jawab Kasyifa tenang.
Daris mengangguk. Tetapi otak masih dipenuhi pelbagai soalan seperti 'Awak kenal saya, kan?' 'Awak tahukan saya pernah kerja model dulu. Sebab tu awak nak kahwin dengan saya'.
"Saya pula nak tanya. Awak rasa kita boleh bahagia ke?"
Daris perlahan-lahan tersenyum. "Mungkin. Kalau kita sama-sama belajar untuk mencintai"
.
.
.
.
.
.
Thank you kerana sudi membaca??
Share this novel