CHAPTER 8

Drama Series 5352

Daris menutup mulutnya yang ternganga luas itu. Matanya digosok beberapa kali bagi menghilangkan rasa mengantuk yang ditahan dari tadi. On call selama 48 jam sungguh memenatkan baginya.

Dia kembali fokus kepada pemanduannya untuk ke rumah sewa yang terletak 28 kilometer dari hospital tempat dia bekerja.

Tanpa disedari, seorang gadis melintas secara tiba-tiba menyebabkan dia terpaksa memberhentikan keretanya secara mengejut.

Daris segera keluar dari keretanya untuk melihat keadaan gadis itu. Kelihatan seorang gadis terduduk di atas jalan tar dan betul-betul di hadapan keretanya.

"Cik tak apa-apa?" Soalnya kepada gadis yang masih terduduk itu. Gadis itu menggelengkan kepalanya yang menunduk itu. Daris menarik nafas lega apabila menerima gelengan kepala dari gadis itu.

Gadis itu mengangkat wajahnya untuk melihat jejaka yang telah melanggarnya. Namun, sebaik sahaja dia melihat wajah itu, dia terpana. Dia merasakan sesuatu yang aneh.

Dejavu.

Situasi seperti ini bagaikan sudah berlaku baginya. Dan dia juga seakan pernah melihat lelaki ini. Tetapi, otaknya tidak mampu memberikan kerjasama untuk memutarkan memorinya.

"Cik? Cik?" Panggilan Daris menyentakkan lamunan gadis tersebut. Dia hanya tersenyum sambil mengangguk dan terus berlalu meninggalkan Daris yang kebingungan di situ.

Tiga orang jejaka memandang pelik ke arah gadis yang sedang terbaring di sofa rumah mereka. Pelbagai soalan yang bermain di fikiran mereka. Dan soalan yang paling utama ialah

"Apa dia buat kat sini?" Soal Aryan pelik. Ayaz dan Aariz mengangkat bahu.

"Semalam siapa yang paling lambat balik?" Soal Aryan lagi.

"Firas" Aryan berdecit apabila nama itu keluar dari mulut Aariz.

"Aku dah agak dah." Kata Aryan seraya itu membuatkan Ayaz dan Aariz menoleh ke arahnya serentak.

"Kau agak apa?" Soal mereka ingin tahu.

"Dia pergi club tak ajak aku."

"Woi, kau jangan nak fitnah aku eh!" Marah Firas yang tiba-tiba muncul di belakang mereka.

Aryan tersengih. Firas membetulkan rambutnya yang kusut itu lalu menghampiri Qayyisa. Perlahan-lahan dia menepuk pipi mulia milik gadis itu.

Qayyisa membuka matanya perlahan-lahan. Dia cuba mengubah polisinya dari baring ke duduk.

Namun, kepalanya terasa sangat sakit dek akibat dipukul oleh benda keras semalam. Apabila berjaya duduk, dia memandang ke arah sekeliling ruang tamu dan empat orang jejaka tersebut silih berganti.

"Kenapa aku ada di sini?"

Aryan, Aariz dan Ayaz mengangkat bahu dan menunjuk ke arah Firas. Pandangan Qayyisa beralih kepada Firas dan serta merta memori semalam menerjah ke fikirannya.

Dia segera bangkit dari duduknya dan memegang pinggangnya. Namun, benda itu tiada.

"Mana barang aku?" Soalnya kasar. Firas mencapai pistol di pinggangnya dan menyerahkannya kepada Qayyisa.

Qayyisa ingin mengambilnya, tetapi Firas lebih pantas menarik pistol itu semula.

"Aku cuma nak cakap yang aku bukan seperti yang kau fikir. Ingat tu." Firas menyerah kembali pistol tersebut kepada Qayyisa.

Qayyisa mengambil pistol tersebut lalu membeleknya bagi memastikan ianya adalah pistol yang sebenar. Dan nampaknya, ia memang pistolnya yang sebenar apabila melihat logo yang tersemat di bahagian pemegangnya.

Qayyisa melangkah beberapa tapak ke belakang, sebelum mengacukan pistolnya ke empat-empat jejaka tersebut.

"How can I believe that you are not his man?" Soalnya sambil tersenyum sinis.

"Because I'm your man?" Gurau Aariz dikala keadaan masih serious. Lantas, mata tajam Qayyisa memandang wajah ketakutan Aariz.

"Lawak bodoh kau tu boleh bawa mati. Kau nak mati ke?" Soal Qayyisa sambil menghalakan pistolnya ke arah Aariz.

Aariz segera menggeleng dan mengangkat tangannya tanda mengalah. Qayyisa tersenyum sinis.

Tiba-tiba, telefonnya berbunyi tanda satu pesanan ringkas masuk. Qayyisa menurunkan pistolnya dan melihat pesanan tersebut.

Dia berdecit sebelum melangkah keluar dari rumah empat teruna tersebut.

Setelah pasti bahawa Qayyisa sudah tiada, mereka menarik nafas lega. Cuak lah juga apabila Qayyisa mengacukan pistol tersebut ke arah mereka terutama Aariz.

"Budak tu, dah lah tidur kat sini tanpa izin aku. Ucap terima kasih pun tak" kata Aryan tak puas hati.

"Tulah, menyesal aku bawa dia ke sini. Kalau tahu, aku letak je dia dalam kereta." Firas juga turut menyesal dengan perbuatan mereka.

Mereka mengeluh buat sekalian kalinya. Ayaz membulatkan matanya setelah melihat jam yang sedang berdetak di dinding.

"Guys! Kita dah lambat!!!"

Dan dengan gopoh gapahnya mereka bersiap untuk ke sekolah.

Qayyisa memandang plan strategi dan sepuluh orang dihadapannya silih berganti.

Lapan orang jejaka dan dua orang gadis hanya mampu menundukkan wajah mereka supaya tidak bertentangan mata dengan ketua mereka.

Qayyisa mengetap giginya tanda tidak puas hati.

"Macam mana boleh gagal?" Soalnya.

"Plan kita kena sabotaj" jawab seorang jejaka merangkap ketua bagi misi tersebut.  Qayyisa merengus geram.

"Aku tak kira. Kita set semula strategi. Yang pasti, malam ni diorang mesti tumpas" mereka menelan air liur kesat apabila boss besar mereka sudah memberi kata putus.

Nampaknya, hari ini mereka harus bekerja keras supaya tidak menghampakan ketua mereka lagi.

"Dan malam ini, aku akan lead." Senyuman mula terukir di wajah mereka semua. Jika Qayyisa yang lead misi kali ini, pastinya semua akan berjalan lancar dan musuh mereka akan mati di tangannya.

Empat orang jejaka tercungap-cungap berlari ke arah pondok yang tersedia berhampiran padang. Wajah putih mereka juga turut kemerah-merahan setelah berlari selama 30 pusingan padang.

Botol air yang tersedia di situ, di ambil dan di minum dengan rakusnya. Langsung tidak menghirau pandangan anak dara yang asyik memerhati mereka.

"Kau rasa Qayyisa datang sekolah tak?" Soal Ayaz setelah nafasnya kembali teratur.

Aryan mengangguk, Firas menggeleng dan Aariz mengangkat bahu. Kerutan di dahi Ayaz jelas kelihatan selepas menerima jawapan dari sahabat-sahabatnya.

"Mana satu ni? Datang ke tak?"

"Datang"

"Tak"

"Don't know"

Ayaz mengeluh. "Okay, Firas. Kenapa kau kata dia tak datang?"

"Sebab kalau dia datang, dia mesti kena denda sebab lambat juga" balas Firas dengan yakin.

Ayaz beralih kepada Aryan. "Kau? Sebab bagi alasan kau?"

"Sebab, tadi kau tengok sendiri dia. Dapat mesej terus bla. Siap berdecit pulak tu. Mesti ayah dia suruh pergi sekolah la tu."

Ayaz mengangguk. Alasan munasabah. Boleh diterima.

"Okay. Kita tengok siapa yang betul dekat kelas nanti" Kata Ayaz kepada yang lain sebelum melangkah pergi meninggalkan pondok tersebut.

Setibanya mereka di kelas, Firas tersenyum sinis. Sangkaanya tepat sekali. Qayyisa tidak hadir ke sekolah.
Dan hanya dia sahaja yang tahu sebab gadis itu tiada di sini.

Thank you kerana sudi membaca

Don't forget to vote and comment this story!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience