Susana yang sunyi membuatkan Qayyisa Qaysara tersenyum sinis. Setelah dia yakin bahawa tiada sesiapa di situ, dia memulakan langkahnya.
Beg kertas yang dibawanya dicampak melepasi tembok sekolah. Setelah berjaya, dia pula yang memanjat melepasi tembok besar itu.
Senyuman riang terbentuk di bibirnya apabila dia berjaya mendarat dengan selamat. Namun senyuman itu pudar setelah melihat wajah yang tak diinginninya.
"I got you" balas jejaka kacak dihadapannya beserta senyuman sinis yang terukir di bibirnya.
Qayyisa turut sama tersenyum sinis. Matanya menjeling sekilas bahagian kiri dan kanannya. Kosong. Peluang yang baik baginya untuk melepaskan diri.
"Sorry sir, but Bye Bye."
Kakinya terus melangkah dengan laju ke arah bangunan kedai yang tidak jauh dari situ. Qayyisa langsung tidak menoleh ke arah belakang melihat jejaka itu. Kerana apa yang penting buatnya sekarang adalah tempat persembunyian.
Asyraf berdecit geram. Nampaknya gadis licik itu terlepas lagi. Dia cuba mengejar langkah Qayyisa, namun gadis itu terlalu pantas. Susuk tubuh gadis itu juga langsung tidak kelihatan. Asyraf mengeluh lalu berlalu pergi dari situ.
Qayyisa tersenyum kemenangan apabila melihat Asyraf berjalan pulang ke arah sekolahnya. Dia terus keluar dari tempat persembunyiannya dan mengatur langkah ke tandas awam yang berdekatan untuk menukar baju.
Setelah menukar baju, Qayyisa menyarungkan topi hitam di atas kepalanya dan cermin mata hitam rayban diletakkan di atas batang hidungnya.
Dia terus melangkah ke arah sebuah kereta bmw yang sedang menunggunya sejak dari tadi .
.
.
.
Asyraf menundukkan wajahnya. Tidak berani untuk bertentang mata dengan guru disiplin dihadapannya ini.
"Macam mana boleh terlepas lagi?" soal cikgu itu.
"Mma..ma..aa..af cikgu. Tt..ta..di ss..aa..ya nn..nak tt..ang..kap dah dia, tapi dd..di..dia la...la..ri." Jawab Asyraf gagap.
"HABISTU TAKKAN AWAK TAK KEJAR?!" Jerkah guru itu.
"Sss..sa..ya dd..dah kke..ke..jar dd..ddia tapi ddia la..laju ssa..sa..ngat. Ddi..dia hi..hi..lang dd..da..ri pp..pan..dangan ssa..sa..ya."
"ASYRAF?! AWAK ADALAH ATLET PECUT SEKOLAH ! TAKKAN DENGAN PEREMPUAN PUN KALAH?!" Jerkah guru muda itu lagi.
Kali ini, Asyraf hanya mendiamkan diri. Dia pun tidak tahu macam mana Qayyisa boleh hilang dalam sekelip mata.
"Dah. Awak boleh bergerak ke kelas. Tapi ingat, bila sahaja Qayyisa sampai ke sekolah, saya nak awak bawa dia jumpa saya. Faham?" Asyraf mengangguk.
"Terima Kasih, cikgu." Kata Asyraf sebelum melangkah keluar dari bilik disiplin itu.
Sebaik sahaja keluar dari bilik 'neraka' itu, langkah kaki Asyraf menuju ke bilik Majlis Tinggi pengawas.
Sesampainya di bilik itu, dia duduk di atas sofabed yang telah tersedia di situ. Dia mengurut pelipis keningnya perlahan-lahan.
Tiba-tiba satu wajah terbayang di fikirannya.
Qayyisa Qaysara
Kalau gadis yang berumur 16 tahun itu tak buat masalah, tak adanya dia dimarah teruk begini.
Disebabkan Qayyisa, masalahnya bertambah.
Disebabkan Qayyisa, cikgu hampir tak percayakan dia.
Disebabkan Qayyisa, keputusan dia merosot. Dah lah tahun ini dia bakal menjawab SPM.
Asyraf menyerabaikan rambutnya. Tali leher dilonggarkan. Dia mengubah posisi duduknya kepada pembaringan.
Tidak lama kemudian, mata yang kuyu itu akhirnya tertutup rapat.
Qayyisa memandang tembok di hadapannya itu. Rasa malas menguasai dirinya untuk panjat tembok itu semula.
Kalau diikutkan hatinya, ingin sahaja dia terus balik ke pent house miliknya selepas ponteng sekolah tadi. Tetapi disebabkan oleh beg komputernya tertinggal di kelas, maka dia terpaksa gagahkan diri untuk balik ke sekolah semula.
Jam tangannya dikerling. 4.45 petang. Masa yang diperuntukan untuk sesi persekolahan tamat masih bersisa 15 minit lagi. Dia hanya mampu mengeluh berat dan bermain telefon dahulu sementara menunggu masa yang sesuai.
Apabila jarum jam yang panjang telah bergerak dari nombor 9 ke nombor 3, dia memulakan misinya.Dengan sekali percubaan, tembok yang tinggi itu berjaya dilepasinya.
Sebaik sahaja mendarat dengan selamat, dirinya dikelilingi oleh 8 orang MT pengawas. Qayyisa berdecit kegeraman apabila mengetahui bahawa misinya telah gagal apabila melihat senyuman kemenangan Asyraf.
"Bawa dia jumpa Cikgu Fakhrul." Arah Asyraf. 3 orang lelaki dan 4 org perempuan itu mengangguk faham lalu memegang lengan Qayyisa bagi memastikan gadis itu tidak melarikan diri.
Dengan tidak rela, Qayyisa terpaksa juga untuk berjumpa guru disiplin yang digeruni semua pelajar itu.
Sebaik sahaja mereka sampai di bilik guru disiplin itu, Qayyisa duduk di kerusi berhadapan guru tersebut. Riak wajah selamba di pamerkan.
"Terima kasih saya ucapkan kepada kalian. Saya rasa kalian boleh balik sekarang" ucap Cikgu Fakhrul kepada semua pengawas tadi termasuklah Asyraf.
Mereka mengangguk faham dan terus beredar dari situ, kecuali Asyraf. Dia ingin tahu apa yang gadis itu bakal dihadapi. Jadi dia menyorokkan diri disebalik pintu.
Cikgu Fakhrul duduk di kerusinya. Dia memandang wajah selamba gadis dihadapannya itu.
"Awak tahu tak kesalahan apa yang awak dah buat?" Soal guru muda itu. Dengan riak wajah yang masih selamba, Qayyisa mengangkat bahunya.
"Awak ponteng kelas lagi buat kali yang ke 10 untuk AWAL tahun ini." Qayyisa tersenyum sinis.
"Wah, baru awal tahun dah buat rekod baru. Nice" balas gadis itu selamba.
Cikgu Fakhrul menggelengkan kepalanya sambil mengeluh. Tidak faham dengan sikap degil gadis muda di hadapannya ini.
"Qayyisa, saya tahu awak merupakan anak Tuan Director sekolah, tetapi janganlah terlalu melampau" Asyraf tergamam. Qayyisa, gadis nakal tersebut merupakan anak pengarah sekolah?
Wajah yang mempamirkan senyuman sinis tadi bertukar menjadi wajah penuh kebencian.
"Nama saya Qayyisa Qaysara binti Qayrul. Bukan MEGAT Qayyisa Qaysara binti MEGAT Qayrul." Perkataan megat ditekankan untuk menyedarkan guru dihadapannya ini bahawa dia bukan gadis yang dimaksudkan oleh guru itu.
"Awak boleh menindakkannya tapi kalau awak tunjuk ic awak kat saya nama yang tertera adalah 'Megat' Qayyisa Qaysara kan?"
"It's up to you, sir. I'm not so called 'Secret Heir' of Megat Qayrul family. Because... you know why." Balas gadis itu sebelum mengangkat kaki untuk beredar dari tempat yang merupakan 'tempat singgahannnya' itu.
Sebaik sahaja Qayyisa keluar, Asyraf merangkak perlahan lahan untuk keluar juga. Namun, nasibnya malang apabila Cikgu Fakhrul perasan akan dirinya. Asyraf meneguk air liur yang terasa pahit di tekaknya. Di fikirannya hanya ada satu perkata iaitu 'mati'
Thank you kerana sudi membaca
Don't forget to vote and comment this story!
Share this novel