"Siapa kau?"
Lelaki itu hanya tersenyum. Tangannya menunjukkan ke arah nametag yang dipakainya pada blazer.
"Qays Thaqif?"
Lelaki itu mengangguk sekali. Senyumannya masih tidak lekang dari bibirnya menampakkan lesung pipit yang dalam di kedua belah pipinya.
"Macam mana kau boleh masuk sini?" Soal Qayyisa pelik. Tak silapnya dia sudah mengunci semula pintu selepas berjaya masuk.
"Saya sedang mencari kelas 4-2A. And then saya terdengar bunyi piano."
"By the way, melodi yang awak main tadi, itu bukan ke melodi yang pianist Melisa pernah main ke? Tapi dia main tak habis sebab dua hari selepas tu, dia meninggal dunia" ucap Qays panjang lebar.
Qayyisa memaparkan wajah dingin sebaik sahaja Qays menghabiskan ayatnya.
"Aku pergi dulu." Pamit Qayyisa meninggalkan Qays keseorang disitu.
Qays terpaku apabila dia tersedar sesuatu. Kenapa dia banyak sangat cakap, tadi?
.
.
.
.
Untuk berpuluh kalinya, Qayyisa memonteng sekolahnya lagi. Kali ini, tanpa persiapan, dia terus memanjat tembok sekolah dan berlalu ke arah grab car yang dipesannya sebentar tadi.
Sebaik sahaja dia memasuki kereta tersebut, dia disapa mesra oleh pemandu tersebut.
Qayyisa menganggkat wajahnya apabila pemandu tersebut masih tidak berhenti menyapanya.
Namun, dia terdiam apabila melihat wajah pemandu tersebut melalui cermin hapadan.
Louis.
Qayyisa membulatkan matanya. Dia Cuba untuk melangkah keluar namun malangnya kereta itu terkunci.
Dia cuba membuka kunci itu, tapi ketat. Nafas Qayyisa mula tidak teratur. Peluh menitik membasahi wajahnya langsung tidak dihiraukan.
Kereta yang di naiki mereka mula bergerak laju. Sangat laju sehinggakan sesiapa sahaja yang menaikinya akan terasa seperti maut menghampiri mereka.
Qayyisa menoleh ke arah cermin semula. Kelihatan senyuman sinis Louis membuatkannya semakin ketakutan.
Tangannya menggigil begitu juga dengan Tubuhnya. Dia tidak tahu apa yang harus dilakukan.
Tubuhnya terdorang ke tepi apabila kereta yang dipandu Louis membelok ke arah gaung.
Qayyisa seakan tidak percaya. Nyawanya akan berakhir begitu sahaja. Dan paling sadisnya, berakhir pada tangan orang yang cuba membunuhnya beberapa tahun lepas.
'Ampunkan Qayyisa, Ayahanda!'
Dan akhirnya, semua menjadi gelap.
"Qayyisa?"
"Qayyisa?"
"Qayyisa?"
Qayyisa tersedar dari mimpinya. Dia meneliti keadaan sekelilingnya.
Hanya ada meja dan kerusi. Dan juga seketul Aryan.
Qayyisa menghembus nafas lega. Kepalanya dihalakan kepada Aryan yang sudah menukar uniform sekolah kepada pakaian biasa.
"Kau buat apa kat sini?" Soal Qayyisa pelik.
Aryan mati kutu. Takkan lah dia nak mengaku bahawa dia risaukan gadis itu yang masih belum terjaga dari tidur apabila jam menginjak 4.30 petang.
"Aku tertinggal barang." Bohong Aryan.
"Kau pula kenapa lama sangat tidur? Dari pukul 9 pagi tadi. Lama sangat tu. Budak lain nak kejut pun tak berani tau"
Qayyisa menggaru kepalanya. Patut ke dia cerita pada Aryan yang dia sudah dua hari tidak tidur kerana merancang plan strategi untuk misi terbarunya?
"Aku .." sebaik sahaja Qayyisa ingin membuka mulut, bunyi perutnya yang sudah mengeluarkan lagu hip hop kedengaran.
Qayyisa memegang perutnya. Dari pagi dia belum menjamah apa-apa makanan.
"Kau lapar ke?" Soal Aryan.
Qayyisa tidak menghiraukan soalan itu dan terus menggalas begnya untuk keluar dari kelas itu.
Nafsu makannya yang sedang memberontak dan rasa malu yang amat pada Aryan membuatkan dia ingin cepat beredar dari pandangan jejaka itu.
Aryan mengikut jejak langkah gadis itu. Kolar blazer Qayyisa ditarik membuatkan gadis itu terdorong ke belakang.
Satu senyuman sinis dipamerkan.
"Jom! Aku teman kau makan" ajak Aryan lalu menarik lengan Qayyisa dengan ceria.
Qayyisa yang terpinga-pinga hanya menuruti Aryan sehingga mereka berhenti pada sebuah bmw r1250rs.
Aryan menghulurkan helmetnya kepada Qayyisa tetapi gadis itu menolak.
"Kau kan lapar. Jom lah cari restoran untuk makan. Cepat pakai"
"Kau nak aku Naik motor ni dengan kau?" Soal Qayyisa seakan tidak berminat.
"Yelah Qayyisa oi. Aku ada superbike je. Kereta tiada lagi"
Qayyisa seakan gelisah. Dia memang lapar tetapi naik motor berdua dengan 'kawan' barunya ini seperti terlampau extreme baginya.
Naik grab? Mimpi yang menghantuinya sebentar tapi cukup membuatkan dia takut untuk menaiki kenderaan itu.
Nak tak nak, dia terpaksa juga menaiki motor itu bersama Aryan.
Aryan tersenyum apabila Qayyisa memakai helmet yang dihulurnya sebentar tadi.
Dia juga turut memakai helmet yang lain dan terus menaiki motor itu. Enjen dipanaskan sebelum dia mengundurkan motor itu.
"Naik" arah Aryan.
Qayyisa menurut arahan itu tanpa banyak alasan. Baju Aryan di bahagian bahu dipegangnya erat sebelum motorsikal Aryan bergerak laju keluar dari perkarangan sekolah.
Aryan tersenyum senang hati disebalik helmet yang menutupi sebahagian mukanya itu.
Idea nakal mula muncul dari akalnya. Tanpa memberi peringatan kepada Qayyisa, Aryan melajukan lagi motornya.
Qayyisa sedikit gerun menaiki motor tersebut secara tidak sengaja memeluk Aryan apabila motor itu terlalu laju baginya.
Aryan tersenyum bahagia apabila merasakan sepasang tangan mula melingkar dibahagian pinggangnya dan sesuatu yang mendakap pada tubuh belakang nya.
Dia terus membawa motor tersebut dengan kelajuan yang sama sehingga sampai ke destinasi mereka.
Aryan memberhentikan motornya. Qayyisa pula masih belum melepaskan pelukannya membuatkan dia berdehem malu.
"Isa. Kita dah sampai" Qayyisa membuka matanya perlahan-lahan. Nampaknya, apa yang Aryan kata benar. Mereka sudah sampai di sebuah cafe yang bernama 'Eat&Chill Cafe'.
Dia segera melepaskan pelukan tersebut dan turun dari motor Aryan.
Mukanya yang putih itu bertukar kemerahan apabila terdengar ketawa kecil Aryan.
Helmet dicabut dan dihulurkan kepada Aryan dengan pantas tanpa melihat wajah jejaka itu sebelum dia melangkah masuk ke dalam cafe tersebut.
Aryan tersenyum. Melihat wajah putih kemerah-merahan Qayyisa cukup membuatkan dia bahagia.
Sungguh, dia tidak menyesal menyahut cabaran Qayyisa pada hari itu.
Tapi, kenapa dia merasakan ianya masih belum cukup?
'Can we turn this friendship into love?'
.
.
.
.
Aryan memasuki cafe tersebut dan melangkah ke arah Qayyisa yang sedang bermain telefonnya.
"Kau dah order?" Soalnya.
Qayyisa mengangkat kepalanya lalu mengangguk. "Kau punya aku orderkan Americano. Boleh?"
Aryan tersenyum nipis lalu mengangguk. Muka Qayyisa ditenung tanpa disedari gadis itu.
Kalau lah Qayyisa tahu yang dia sukakan gadis itu pasti tawarannya untuk berkawan ditolak mentah-mentah.
"Qayyisa, betul ke kau putus dengan Megat Daris sebab kau dah tak cintakan dia?"
Qayyisa terpaku. Sejujurnya, dia malas ingin membuka kes itu. Sebab tak lama lagi, dia akan...
Arghh. Lupakan.
"Bukan urusan kau." Jawab Qayyisa malas. Aryan menggigit bibirnya.
'Penting, Qayyisa. Sebab aku nak jadikan kau yang pertama dan terakhir untuk aku. Dan aku nak kau jadikan aku yang berakhir buat kau'
.
.
.
Thank you kerana sudi membaca
Don't forget to vote and comment this story!
Share this novel