CHAPTER 23

Drama Series 5352

Qayyisa hanya memandang dari jauh dua pasangan yang sedang rancak berborak itu. Hatinya sakit.

Terlalu sakit untuk melihat kemesraan itu.  Namun, apakan daya. Dia akan lebih sakit kalau jejaka itu cedera kerana dirinya sendiri.

Qayyisa menghela nafas lemah. Langkah kakinya menapak menuju ke arah tingkat atas cafe tersebut.

Hari ini dia bukan sengaja melihat kemesraan mereka, tapi dia terpandang.

Sebaik sahaja kaki memijak lantai tingkat atas tersebut, Qayyisa berjalan ke arah meja yang dihuni oleh seseorang.

"Hai. Sorry lambat" sapa Qayyisa lemah. Jejaka itu hanya tersenyum seperti biasa.

"So, ada apa kau nak jumpa aku?"

"Aku nak pinjam duit sikit boleh tak Qay?"

"Berapa?"

"300k" Qayyisa membulatkan matanya.  Buat apa jejaka ini memerlukan duit sebanyak itu?

"Kau nak buat apa dengan duit tu banyak tu, Firas? Takkan lah gaji kau selama ni tak cukup lagi?"

Firas mengeluh. Sudah pasti dia akan disoal dengan pelbagai soalan. Dia serba salah untuk bercerita sebab dia tahu ia akan mengaibkan keluarganya.

Lagi-lagi ayahnya. Tuan Fazrul a.k.a director T.Faz Entertainment.

"Cerita jelah. Aku takkan bagitahu sesiapa" ucap Qayyisa seolah olah mengerti kenapa jejaka itu berlalu berat hati untuk bercerita.

"Mama aku. Dia hidap cancer. Aku perlukan duit secepat mungkin untuk lakukan pembedahan tu. Sekarang pun aku baru menabung dan baru ada 100 k." Cerita Firas sambil menunduk. Dia yakin soalan yang bakal diajukan Qayyisa lagi akan membuat dia bertambah menunduk.

"Ayah kau mana? Bini sakit takkan tak tolong?" Tepat lagi benar. Soalan yang bakal membuatkan Firas membuka pekung didadanya sendiri.

"Papa aku sedaya upaya tak nak benda ni diketahui orang lain. Sebenarnya, papa aku ada perempuan simpanan. Sejak aku sekolah rendah lagi. Mama aku pula baru tahu tentang tu dua tahun lepas. Mama mengamuk dan dia minta papa ceraikan dia. Papa tak nak. Jadi papa gantung mama tak bertali." Cerita Firas.

"Mama benci sangat papa sejak itu. Sampaikan duit yang papa bagi semua mama transfer semula. Sebab itu, kitorang tak ada duit nak lakukan pembedahan itu" sambung Firas lain.

Qayyisa terdiam. Tersentuh mendengar cerita Firas mungkin. "Okaylah. Kau bagi nombor account kau, nanti aku bank in"

Firas tersenyum. Dalam hati dia bersyukur kerana Qayyisa percayakannya.

"Thanks Qay. Tapi boleh tak kau jumpa mama aku? Sebab aku yakin dia tak akan percaya kalau aku bagitahu yang duit tu duit kau"

Qayyisa seakan tak percaya. Perlu ke sampai berjumpa?

Akhirnya senyuman pasrah dilakarkan membuatkan Firas tersenyum lega.

.
. .
. .

Mereka menuruni tangga dan berjalan ke arah kereta yang dipandu Qayyisa.

Qayyisa sempat mengerling pasangan tadi namun nampaknya mereka sudah tiada.

Dia terus berjalan diikuti Firas sehingga sampai di keretanya.

Firas tergamam. Wajah Qayyisa dan kereta itu dipandang secara bergilir. Bukan tidak percaya, tentang kereta mahal itu.

Tetapi tak percaya yang Qayyisa mampu membawa kereta pada umur 16 tahun. Lesen pun belum boleh lagi rasanya.

"Kau, ada lesen?"

Qayyisa tergelak kecil mendengar soalan itu. Ingatkan Firas ni stok-stok genius licik tapi telahannya silap. Firas ni dikategorikan genius bengap.

"Kau, bengap juga eh?"

Firas mengetap bibirnya. Wajah Qayyisa ditenung mencari helah gadis itu.

"Anonymous Estrella buatkan aku lesen palsu" terang Qayyisa sambil membuka pintu keretanya.

Firas yang pada mulanya kagum mengangguk kepalanya berulang kali. Dia juga turut membuka pintu di bahagian penumpang kereta Qayyisa.

Dan mereka terus memecut menuju ke Silver Hospital.

Silver Hospital

Langkah Firas di lajukan ke arah wad yang menempatkan mamanya.

Kelihatan susuk tubuh seorang wanita yang terbaring lemah di atas katil menyayat hatinya.

"Fir" sapa seseorang dari belakang.

"Mama perlukan pembedahan segera."  Jawab suara itu lagi.

Firas mengeluh. Dia menoleh ke belakang dan menikam mata kembarnya itu.

"I got the money. So let's proceed" balasnya lemah.

Faris menarik nafas lega. Mereka sudah dapat duit, tapi kenapa Firas kelihatan begitu sedih?

"Fir, duit yang kau dapat tu duit papa ke?"

Firas menggeleng. "Duit kawan aku"

Mata Faris terbeliak. Jangan cakap yang kawan yang dimaksudkan itu kawan-kawan rapatnya.

"Fir! Kau gila ke?! Kau bagitahu kawan-kawan kau yang mama sakit ke apa? Eh kau tak takut ke kalau papa tahu?"

"Bukan diorang. Ni kawan aku yang lain."

"Eh siapa lagi kawan kau kalau bukan diorang berempat! Ish kau ni..."

"Firas" suara gadis memberhentikan percakapan Faris. Mereka berdua pantas menoleh.

"Qay"

"Kenapa bising-bising ni? Ni kan hospital. Kau dah jumpa belum mama kau?" Firas tertunduk malu. Lengannya menyiku kuat perut Faris yang disebelahnya.

"Jomlah jumpa mama aku" ajak Firas dan melangkah pergi meninggalkan Faris yang masih terkebil-kebil.

.
. .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience