CHAPTER 16

Drama Series 5352

Firas terbaring di katil biliknya. Matanya tertumpu pada kipas yang berpusing tetapi jiwanya kembali ke memori tengah hari tadi.

Flashback

"Another world of Estrella Real Group"

Firas tergamam. What the hell is this?

"In yang aku maksudkan. Aku nak kau join kitorang." Jelas Qayyisa. Firas yang masih terpaku seakan tidak mendengar apa yang dikatakan Qayyisa.

Matanya sibuk meliar ke arah sekeliling tingkat tersebut. Ianya sangat berbeza. Dari segi hiasan dalaman hinggalah pakaian yang dipakai pekerja di situ.

"Firas, kau dengar tak?" Soal Qayyisa apabila tidak menerima sebarang reaksi dari Firas.

"Hah? Kau cakap apa tadi?"

"Aku nak kau join kitorang. I mean untuk satu misi ni sahaja. And kalau kau tak nak teruskan, kau boleh berhenti" jelas Qayyisa kepada Firas sekali lagi.

Firas menganggukkan kepalanya berulang kali bererti yang dia faham akan apa yang disampaikan Qayyisa. Serta merta semyuman nakal terbit di birbirnya.

"Gaji?" Qayyisa mengeluh. Sudah pasti jejaka seperti Firas sangat mementingkan duit berbanding keselamatannya.

"For this mission RM 10 000 cukup?" Soalnya. Firas berfikir sejenak. Rm 10 000 bersamaan 4 kali ganda duit belanja nya setiap minggu. Sangat mencukupi.

"Apa skop kerja aku?" Firas pula menyoal Qayyisa. Gadis itu tersenyum puas apabila melihat jawapan positif jejaka ini.

"Follow me." Arahnya sambil kaki melangkah ke arah sebuah bilik yang tidak jauh dari tempat mereka berdiri.

Pintu bilik itu diketuk beberapa kali sebelum mereka memasukinya.

Firas yang mula berdebar kini berubah kagum melihat bilik yang dimasukinya dipenuhi komputer pada setiap meja.

"Ini adalah room untuk anonymous Estrella yang kerja full time. But disebabkan sekarang adalah masa rehat, so ruangan ni kosong" Terang Qayyisa.

Firas hanya mampu mengangguk apabila Qayyisa menerangkan tentang ruangan tersebut. Lidahnya masih terkelu dek akibat terlampau teruja.

Setelah mengeliling bilik itu, mereka mula melangkah ke dalam sebuah lagi bilik yang khas direka untuk anonymous yang lebih handal.

Mereka berjalan ke arah sebuah meja yang tidak berpenghuni.

"Kalau kau setuju join kitorang untuk misi ini dan kau nak teruskan jadi sebahagian dari Estrella, then this place become yours" kata Qayyisa sambil menepuk meja itu berkali.

Firas sekali lagi terkelu. Rasa terujanya semakin membuak apabila peluang keemasan datang kepadanya secara tiba-tiba. Sudahlah gaji lumayan, tempatnya juga menjadi idamannya.

"So, how?" Soal Qayyisa sambil tersenyum sinis. Dia yakin jejaka itu tidak akan menolak tawaran lumayan ini apabila melihat reaksi lelaki itu.

"Deal"

End of flashback

Firas mengeluh berat apabila teringat yang dia sudah menjadi sebahagian dari Estrella.

Dia mencapai buku panduan Anonymous Estrella yang di bawa masuknya secara sembunyi sebentar tadi.

Helaian pertama diselak perlahan-lahan dan dibacanya.

'Estrella Real Anonymous Guide'

Kemudian, dia menyelak halaman kedua sehinggalah halaman terakhir.

Buku panduan itu tidak lah terlalu tebal untuk di bacanya kerana ia hanya mengandungi 50 halaman bercetak dan 3 halaman kosong.

Seusai membacanya, Firas meletakkan buku itu di dalam laci dan melangkah ke luar dari bilik nagi mengelakkan kecurigaan rakan-rakannya yang lain.

.
. .
.

"Mommy, Daris gerak dulu ya" ucap Daris sambil tangannya menyalami tangan wanita yang disayanginya itu.

Megat Qasrina hanya tersenyum nipis sambil mengangguk kepalanya berkali-kali.

Tidak lupa juga pesanan khidmat keselamatan buat anak kesayangannya itu sebelum bertolak ke Johor.

Daris mengukirkan semyuman sebelum tubuhnya memasuki kereta Audi miliknya.

Dia sempat membaca doa sebelum kereta itu bergerak meninggalkan perkarangan rumah mommynya.

Setelah yakin yang kereta anaknya sudah jauh, Megat Qasrina mendekati telefonnya dan mendail nombor seseorang.

Senyuman terlakar di bibirnya apabila panggilan itu di sambut.

"Hello"

"Hello"

"Isa, apa khabar?"

"Sihat ja aunty. Aunty pula?"

"Macam tulah Isa, sekejap okay sekejap tak. Err, Isa. Datang rumah aunty boleh?"

"Oh, boleh je aunty. Kebetulan sekarang Isa memang dekat dengan area rumah aunty. Lagi 10 minit, Isa datang."

"Okay, Thank you, Isa. See you."

Megat Qasrina menamatkan panggilannya. Keluhan kecil terbit dari bibir tuanya itu.

Rasa sakit yang mencengkam kepalanya cuba di tahan sebaik mungkin.

Rahsia besar yang disoroknya dari semua orang selama ini semakin lama semakin ingin menonjolkan dirinya.

Dia segera mencapai botol kaca yang elok tersimpan di dalam laci dapur dan mengeluarkan dua pil dari botol tersebut.

Air di dalam jag di tuang perlahan-lahan ke dalam gelas lalu di dekatkan ke bibirnya.

Namun, belum sempat dia ingin memasukkan pil itu di dalam mulutnya, rasa sakit itu lebih cepat menggagalkan fungsi badannya dan memyebabkan dia terbaring tidak sedarkan diri.

.
. .

Qayyisa memberhentikan keretanya di hadapan rumah Megat Qasrina. Dia memerhati keadaan sekeliling nya.

Ianya sunyi. Seperti tiada penghuni di rumah itu.

Qayyisa berdehem sebelum berjalan ke arah pintu masuk rumah itu.

Tok. Tok. Tok.

Pintu di ketuk beberapa kali, namun tiada siapa yang menyahutnya. Qayyisa mula merasa tidak sedap hati.

Firasatnya kuat mengatakan ada sesuatu teruk yang berlaku pada Megat Qasrina.

Tanpa membuang masa, Qayyisa menolak daun pintu tersebut dan memasuki rumah banglo itu.

"Aunty?" Panggilnya namun tiada bersahut.

Qayyisa semakin pelik. Dia melangkah ke dapur dan alanglah terkejutnya dia apabila melihat sekujur tubuh terbaring di lantai dapur itu.

"Aunty?!"

.
. .
. .

Thank you kerana sudi membaca?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience