Daris menghela nafas panjang apabila kereta miliknya selamat sampai ke destinasi.
Beg kertas yang terletak elok di tempat duduk penumpang di sebelahnya dicapai lalu dibelek beberapa kali.
Setelah itu, dia mengeluarkan kotak baldu bewarna merah yang terdapat di dalam beg kertas tersebut.
Daris tersenyum sendiri melihat isi kotak baldu tersebut. Senyumannya bertambah lebar apabila membayangkan reaksi yang bakal diterima daripada gadis tersebut.
Namun, ketukan dari tingkap keretanya itu menyebabkan dia menggelabah dan menyimpan kotak baldu tersebut ke dalam poket blazernya.
Dia berdehem sebelum keluar berjumpa dengan manusia yang mengetuk tingkap keretanya sebentar tadi.
"Engik Megat Daris Aley?" Soal jejaka tersebut.
"Ya saya. Kenapa?"
Jejaka tersenyum lalu membongkokkan badannya.
"Selamat Datang ke Estrella Real Resort. Saya Imran, pembantu encik untuk hari ini. Saya diminta untuk membawa Encik kepada salah satu klien kami, iaitu Cik Qayyisa Qaysara. Jadi boleh kita gerak sekarang?"
Daris menganggukkan kepalanya sambil menghela nafas bagi menghilangkan rasa gementarnya. Entah kenapa hari ini dia berasa lebih gemuruh untuk bertemu dengan Qayyisa berbanding hari-hari sebelum.
Langkah demi langkah di atur dengan penuh tertib. Dan akhirnya, langkah mereka membawa Daris ke sebuah bugi golf.
"Kita buat apa di sini? Mana Qayyisa?" Soal Daris kebingungan. Imran hanya tersenyum kecil lalu duduk di tempat pemandu bugis golf tersebut.
"Silakan, encik." Pelawa Imran. Tanpa banyak bantahan, Daris segera duduk di sebelah Imran sebelum bugi golf tersebut mula bergerak menuju ke destinasi utama mereka.
Setelah 15 minit menaiki bugi golf, merentasi padang golf yang luas itu, akhirnya Daris dapat melihat bayang seorang perempuan sedang duduk di bangku berdekatan pintu masuk ke taman bunga.
Senyumannya bertambah lebar apabila perasan akan bayang gadis tersebut melambai-lambai ke arahnya.
Bugi golf itu berhenti di hadapan taman bunga tersebut. Daris bergegas ingin turun dari bugi golf tersebut, namun dihalang Imran.
Imran sempat menghulurkan satu keychain berlambang bintang dan memesan kepada Daris untuk menekan butang yang terdapat di tengah keychain itu jika ingin pulang.
Daris segera mencapai keychain tersebut sebelum berlari anak ke arah Qayyisa.
Setibanya dia di hadapan Qayyisa, Daris terpaku melihat keanggunan Qayyisa memakai gaun bawah lutut berwarna putih.
Senyuman manis daripada Qayyisa membuatkan Daris bertambah angau sehinggakan dia tidak sedar bahawa sudah dua minit dia merenung gadis itu tidak berkelip.
"Daris?" Akhirnya lambaian tangan Qayyisa di mukanya menyentakkan lamunannya.
"Err, Hai Isa" Qayyisa tersenyum semula. Dia menarik tangan Daris masuk ke dalam taman bunga di belakang mereka.
"Isa, kenapa awak bawa saya ke sini?" Soal Daris kebingungan. Qayyisa hanya mampu tersenyum sebelum jarinya naik menyentuh bibir Daris.
"Today, i want to show you something special for me" Mereka berbalas senyuman sebelum tangan Daris mencapai tangan Qayyisa lalu dipegangnya erat.
Mereka berjalan penuh dengan senyuman di sepanjang taman bunga tersebut. Dan bagi Daris, ini adalah pertama kali, dia melihat sisi lain Qayyisa Qaysara. Sisi yang penuh dengan keayuan dan keceriaan.
Mereka berhenti di hadapan pintu pagar kecil yang berada di sebalik pokok-pokok hijau yang tumbuh di situ.
Qayyisa tergelak kecil apabila melihat wajah terkejut Daris. Dia segera membuka kunci pagar tersebut.
Dan apabila mereka melangkah masuk ke kawasan tersebut, wajah Daris kelihatan sangat terpegun melihat kawasan itu dipenuhi tumbuhan menghijau.
"Come. Depan ni ada maze, so saya akan lari dulu dan awak akan kejar saya, boleh?" Soal Qayyisa. Daris menggeleng. Tidak adil kerana dia baru pertama kali berada di sini.
Qayyisa memucungkan bibirnya sambil mengembungkan pipi. "Boleh lah?"
Daris tergelak kecil. Dia menggosok kepala Qayyisa perlahan-lahan. "Okaylah, untuk awak semua boleh"
Qayyisa akhirnya tersenyum dan melompat keriangan. Dia segera berlari ke hadapan. Namun sebelum itu dia sempat menyuruh Daris mengira dari angka 1 hingga 10.
Daris hanya mampu tersenyum bahagia melihat telatah Qayyisa yang terlebih manja pada hari ini.
Sehabisnya, dia mengira, Daris terus melangkah ke dalam maze tersebut untuk mencari sang gadis pujaan hatinya.
Hampir setiap kawasan di carinya. Namun, kelibat Qayyisa masih tidak dijumpai.
Nama gadis itu turut di seru namun malangnya tiada yang menyahut. Akhirnya Daris membuat keputusan untuk keluar dari maze tersebut melalui pintu penamat.
Setelah keluar, mata Daris dijamu dengan wajah manis Qayyisa di sebalik pemandangan air pancut dihadapannya itu.
Qayyisa tergelak kecil lalu menghampiri Daris yang sedang bercekak pinggang.
"Awak cakap cari awak dalam maze. Tapi kenapa awak duduk luar?" Soal Daris tidak puas hati.
"Saya tak suruh awak cari, saya suruh awak kejar."
"Erghh. Tak nak lah kawan" Daris terus berpeluk tubuh dan memalingkan wajahnya ke arah lain tanda merajuk. Qayyisa tersengih geli hati.
"Jangan lah merajuk, Daris. Nanti siapa nak jadi romeo saya? Sorry lah. Please, forgive me. Hmm?" Pujuk Qayyisa.
Daris yang tadinya berpeluk tubuh kembali berdiri tegak memandang tepat ke arah wajah Qayyisa.
"Okay, saya maafkan awak" Qayyisa kembali tersenyum dan memaut lengan Daris.
"Let's go to the next location."
Mereka berhenti di papan tanda berhampiran air pancut tersebut.
"Saya minat sangat cerita-cerita ni. So, saya minta ayahanda buatkan my fairytale land sendiri." Cerita Qayyisa sambil tangannya masih tidak lepas memaut lengan jejaka tersebut.
"So awak nak mengembara ke mana dulu?"
Daris pura-pura mengetuk dagunya beberapa kali tanda berfikir. Kemudian, dia memandang Qayyisa.
"Saya rasa saya teringin nak pergi Terabithia" Qayyisa tersenyum lalu menarik lengan Daris ke arah seperti yang ditunjukkan papan tanda itu.
Mereka terus melangkah sehingga terjumpa sebuah rumah pokok yang tersergam indah.
"This is my Terabithia"
"Rumah pokok?" Qayyisa mengangguk laju sebelum menariknya masuk ke dalam rumah tersebut.
"Lawa" Daris tergamam melihat dalaman rumah pokok tersebut. Dia memandang wajah Qayyisa silih berganti.
"Nak naik atas?" Soal Qayyisa. Daris terus tersenyum dan melangkah laju menaiki tangga kayu tersebut.
Qayyisa hanya mampu tersenyum melihat telatah Daris yang seakan-akan jakun itu.
Setelah beberapa minit berada di dalam rumah pokok itu, mereka meneruskan pengembaraan mereka ke menara Rapunzel.
Disebabkan menara itu terlalu tinggi, jadi mereka hanya mampu untuk memandang dari bawah sahaja.
"Awak tahu tak Daris, yang semua tempat ni adalah tempat saya mengubat rindu saya pada bonda" kata Qayyisa sayu.
"Bonda sukakan nature, dia suka membaca dan dia juga sukakan materials art." Sambungnya lagi.
Daris berasa kasihan lalu memeluk bahu gadis itu dan menggosoknya bagi menyalurkan semangat.
"Saya rindukan bonda" Dan akhirnya empangan air mata yang ditahan itu pecah.
Di sini, tempat terakhir dia meluangkan masa bersama bondanya dan di sini juga bakal menjadi tempat terakhir dia meluangkan masa bersama Daris, jejaka yang mengajarnya erti cinta.
Thank you kerana sudi membaca
Don't forget to vote and comment this story!
Share this novel