Jari jemari Qayyisa menari-nari di atas piano miliknya. Fikirannya yang sedang serabut kini kembali tenang apabila mendengar irama yang mengasyikan itu.
Setelah beberapa minit, dia menghabiskan lagu itu dengan keluhan yang panjang.
Keliru? Ya dia masih keliru.
Dia sendiri tidak pasti dengan keputusan yang dibuatnya. Kerana kedua dua pilihan akan membuat hidupnya berubah.
Berubah kepada 360 darjah.
Akhirnya dia bangun dari kerusi piano itu dan melangkah ke arah balkoni rumahnya.
Keheningan malam di balkoni itu langsung tidak mampu memadamkan kehangatan memorinya bersama Daris.
Ya, dia mengaku dia masih cintakan jejaka itu lebih dari segalanya.
Mungkin manusia di sekolahnya menyangka yang dia bercinta dengan Daris kerana jejaka itu salah seorang pelabur untuk membangunkan sekolah itu.
Tapi, mereka silap.
Dia ikhlas cintakan jejaka itu walaupun jarak umur mereka jauh.
Kerana hanya Daris yang dia ada untuk mengadu, untuk bergurau senda dan untuk bercerita.
Benar, dia ada ayahanda. Tapi ayahanda tidak pernah ada dia. Mereka ibarat langit dan bumi. Bebeza dan tidak pernah sependapat.
Untuk sekalian kalinya, keluhan menjadi bicara Qayyisa meluahkan rasa yang terpendam di hati.
Dia memandang bulan yang kelihatan pucat di tengah kegelapan malam itu.
'If You give me a chance, can I be yours?'
.
.
.
.
Aryan berlari anak setelah menyelesaikan larian sepanjang 3 km di taman itu.
Peluh yang menitik langsung tidak dihiraunya menyebabkan anak-anak gadis di situ turut cair apabila memandangnya.
Ada yang menyapanya tetapi langsung tidak dibalas. Ada juga yang cuba lari seiring dengannya tetapi dia sempat melajukan langkahnya sehingga gadis tersebut mengalah.
Sesungguhnya seorang Aryan bukanlah spesies yang melayan wanita seperti sepupunya Aariz. Gay?
Tak! Aryan tak gay kerana dia juga meminati gadis. Gadis yang sedang duduk termenung di bangku di bawah pokok itu.
Satu senyuman terlakar di bibir Aryan apabila melihat gadis itu dari jauh.
Hatinya meronta-ronta supaya dia menyapa gadis itu tetapi akalnya menyangkal tindakan itu.
Akhirnya, dengan penuh rela, dia mengikuti cadangan hatinya.
Langkah kakinya menghampiri gadis yang sedang termenung itu. Setelah hampir 10 saat dia berdiri 1 meter dari gadis itu, Aryan berdehem menyebabkan dia tersentak.
"Hai" Sapa Aryan. Gadis itu hanya membalas sapaannya melalui ekor matanya.
Langsung tidak ada minat untuk melayan Aryan mungkin.
"Seorang je ke?"
"Tak lah ada ramai ni ha" perli gadis itu menyebabkan Aryan tersengih.
"Aku duduk sini boleh?" Soal Aryan lalu terus duduk bersebelahan gadis idamannya.
Gadis itu hanya mempamerkan wajah dinginnya. Soalan yang diajukan Aryan dibiarkan tergantung sepi.
Aryan berdehem bagi menghilangkan rasa janggal dan menyesal yang terbit dihati.
"Aku nak minta maaf" Aryan cuba memulakan perbualan. Namun, gadis itu masih mendiamkan diri.
"Qayyisa, aku nak minta maaf sebab duduk tempat kau haritu" cuba Aryan lagi. Kali ini, Qayyisa menoleh kearahnya bersama senyuman sinis di bibir.
"Kalau kau nak aku maafkan kau, kau dengan geng kau berhenti kacau aku. That's it." Dahi Aryan berkerut tanda tidak mengerti.
"Kacau?" Tanya Aryan sekali lagi. Qayyisa mengangguk.
Aryan tergelak kecil. "Kitorang cuma nak berkawan dengan kau."
"Kenapa aku?" Tanya Qayyisa polos. Dalam beribu pelajar di Rexwell Highschool, kenapa dia?
Aryan tersenyum menampakkan lengsung pipitnya. "They said that you're a psycho but we can see that you're alone"
Qayyisa tersentak. Kata-kata itu..
'I can see that you're alone. Let's be friend'
"Qayyisa?" Aryan melambai muka Qayyisa menyebabkan Qayyisa tersedar ke alam realiti.
"So boleh tak kitorang jadi kawan kau?" Tanya Aryan sambil menganggkat keningnya beberapa kali.
Qayyisa tersenyum sinis.
"Let's fight first"
.
.
.
.
.
.
Rexwell Highschool
Weekly Hot Topics
Student class 4-2A, Qayyisa Qaysara confirmed break up with Megat Daris Aley (One of the school investor)
Breaking up with her sugar daddy, What will happend to our Psycho student?
End up her relationship with Dr. Daris because of the new students. Is it a fact or a rumour?
Qayyisa berhenti meneroka laman web sekolahnya. Nafas berat dihembus mengeluarkan beban yang terlekat di hati.
Letih. Dia sangat letih dengan permainan licik Kelab Paparazzi di sekolahnya itu.
Dulu sewaktu umurnya 14 tahun, mereka mula menabur fitnah mengatakan dia adalah perempuan simpanan jejaka itu.
Dan kini masih lagi dengan fitnah yang sama. Penat tahu Tak.
Kalau dia mampu untuk berhenti sekolah, pasti dia akan melakukan perkara itu dari dulu.
Tetapi tidak, dia seorang pewaris kepada Estrella Real Group, syarikat yang membina Rexwell Highschool itu sendiri.
Qayyisa kembali memandang ke arah telefon bimbitnya apabila mendengar bunyi mesej baharu masuk.
16:26
2 message from Ayahanda
Ayahanda
- Balik rumah malam ni.
- I've something to discuss with you.
+ 8.00 malam Isa sampai
Qayyisa menutup telefonnya. Nafas ditarik dan dihembus perlahan-lahan. Malam ini, dia harus mendengar Dan menjawab segala soalan dari Ayahanda.
.
.
.
Villa Megat Qayrul
Suasana janggal menjadi jurang antara mereka anak beranak. Langsung tiada bunyi melainkan bunyi sudu dan garfu berlaga di atas pinggan.
Qayyisa mula berdehem apabila melihat dirinya dan ayahanda sudah menghabiskan makanan.
"Pukul sembilan tepat, kita bincang di bilik bacaan" kata Megat Qayrul sambil mengelap mulutnya menggunakan napkin.
Qayyisa yang menunduk perlahan-lahan menganggukkan kepalanya.
Aura yang dikeluarkan oleh ayahandanya pada hari ini membuatkan Qayyisa yakin bakal berlakunya perang dingin antara mereka lagi.
Tanpa melengahkan masa, Qayyisa berlalu ke biliknya untuk merehatkan diri sebelum menghadapi suatu lagi ujian.
9.00 p.m.
Qayyisa berdiri dihadapan bilik bacaan. Nafas ditarik dan dihembus perlahan.
Hari ini ayahandanya betul-betul ingin serious dalam perbualan mereka sehinggakan langsung tidak meletakkan pengawal di hadapan bilik tersebut.
Dengan penuh debaran, pintu dibuka perlahan-lahan.
Kelihatan susuk tubuh Megat Qayrul sedang menyusun buah catur di atas papannya.
"Hari ni ayahanda nak kita bincang sambil main ni" ucap Megat Qayrul sambil menunjuk ke arah papan catur yang sudah siap disusun buahnya.
Qayyisa yang pada mula agak pelik hanya menurut perintah ayahanda nya.
Walaupun catur bukan kegemarannya tetapi catur adalah makanannya.
Qayyisa terus mengambil tempat berhadapan ayahandanya apabila ayahandanya sudah mula menggerakkan bidaknya.
"I heard that Megat Qasrina want to propose you to be her daughter in law." Pergerakan Qayyisa terhenti.
Nampaknya ayahandanya sudah tahu soal itu. Tapi bagaimana? Takkanlah..
"Ayahanda suruh Tengku Hasya letakkan hidden mic pada Megat Qasrina ke?" Soal Qayyisa tidak puas hati.
Tangannya masih terpaku pada kuda di bahagian kirinya.
Megat Qayrul tersenyum sinis. Qayyisa berdecit sambil tangannya menggerakkan kuda itu.
"Tapi kenapa Isa tolak?"
.
.
.
Thank you kerana sudi membaca
Don't forget to vote and comment this story!
Share this novel