CHAPTER 21

Drama Series 5352

Qayyisa kembali memandang ke arah telefon bimbitnya. Suatu mesej dari Ayahanda menarik minatnya.

Ayahanda

- Esok, ayahanda akan bagitahu Megat Qasrina yang Qayyisa setuju untuk jadi isteri Daris.

Qayyisa terpegun. Memorinya kembali berputar pada syarat-syarat yang di lafazkan oleh Ayahandanya.

Pertama. Dia tidak dibenarkan untuk meminta pekerja tetap Estrella untuk sertainya.

Kedua. Kahwin dengan Megat Daris Aley.

Qayyisa mengeluh kuat sambil mengangkat wajahnya menyebabkan Aryan tertarik untuk memandangnya.

Buat beberapa saat, mata mereka bertembung dan muncullah satu idea yang bernas dari akal Qayyisa.

"Aryan. Lepas makan ni, boleh tak kau hantar aku ke Taman De' Rossele?" Pinta Qayyisa sambil membuat muka comel.

Aryan terpaku. Dia berdehem sambil perlahan-lahan menganggukkan wajahnya.

Qayyisa bertepuk tangan seperti anak kecil membuatkan dia kelihatan sangat comel di hadapan Aryan.

Aryan segera menggigit bibirnya. iPhone nya segera dikeluarkan dari poket dan dibuka.

Dia berpura-pura bermain telefon bagi membuang rasa yang tersimpan di hatinya.

Qayyisa yang tidak perssan akan sifat malu-malu kucing Aryan hanya meneruskan aktivitnya yang tergendala sebentar tadi sehingga pelayan menghantar makanan yang dipesan.

Yang pasti, perancangan selepas ini harus berjalan lancar.

.
. .
.

Qayyisa turun daripada motor Aryan sebaik sahaja jejaka itu memberhentikan motornya.

Ucapan terima kasih diberikan sebelum dia memaksa jejaka itu untuk beredar dengan segera.

Aryan yang pada mukanya berkeras untuk menunggunya, mula mengalah apabila diugut untuk putus kawan oleh Qayyisa.

Walaupun dirinya berumur 16 tahun namun ayat putus kawan itu sangat digeruninya. Kenapa? Dia pun tak tahu.

Qayyisa menarik nafas dalam sebelum menekan loceng rumah itu.

Kelihat wajah pucat Megat Qasrina menghiasi pintu utama rumah tersebut.

Qayyisa tersenyum manis. Dia segera mengalami tangan wanita tua itu.

Megat Qasrina yang pada mulanya agak terkejut dengan kehadiran mengejut Qayyisa, mula mengajak gadis itu Masuk ke rumahnya.

"Kenapa Isa datang mengejut ni?" Soal Megat Qasrina sebaik sahaja melabuhkan punggungnya di sofa ruang tamu.

Qayyisa tersenyum terpaksa. Hajatnya yang satu ini harus disampaikan secepat yang mungkin.

Jika tidak, dia tidak tahu apa yang akan berlaku pada keluarga itu.

"Aunty, dah Ada calon menantu?" Megat Qasrina tersenyum nipis apabila mendengar soalan yang keluar dari mulut anak gadis itu.

"Belum lagi, Isa. Kenapa? Isa dah ubah fikiran ke? Nak kahwin dengan Daris?" Soal Megat Qasrina melulu.

Qayyisa serba salah. Lain yang diharap lain pula jadinya.

"Eh, bukan itu maksud Isa. Cuma, Isa nak minta tolong aunty"

Megat Qasrina mengerutkan dahi tanda tidak mengerti.

"Ayahanda, aunty."

"Ayahanda paksa Isa kahwin dengan Daris" jawab Qayyisa lancar. Megat Qasrina tersenyum lebar. Peha Qayyisa ditepuknya manja.

"Bagus lah tu. Daris dah dapat persetujuan bakal ayah mertua dia" Qayyisa ternganga.

Takkan aunty tak faham lagi???!!

Qayyisa mengeluh berat. Wajah Megat Qasrina ditenungnya.

"Aunty, Isa bukan tak nak jadi menantu aunty. Tapi, keadaan tak mengizinkan."

"Tapi, Daris.." Qayyisa pantas memotong ayat Megat Qasrina.

"Betul, Daris cintakan Isa. Tapi, Isa tak mampu. Bukan sebab Isa tak cintakan dia. Cuma disebabkan dunia gelap Estrella, Isa takut nyawa Daris jadi pertaruhan."

Megat Qasrina terpaku. Kata-kata yang dikeluarkan Qayyisa cukup membuat dia terkesan.

Dia faham apa yang dimaksudkan gadis itu. Dan dia juga pernah melaluinya.

Mungkin, masyarakat mengenali Megat Qasrina sebagai seorang pengusaha butik mewah yang berjaya.

Walhal dia adalah seorang ahli Estrella yang handal. Tetapi, setelah suaminya terbunuh, dia berhenti dan mula mengusahakan sebuah butik yang kini telah menjadi berpuluh di seluruh Malaysia.

Megat Qasrina tersenyum nipis. "Kalau itu tujuan sebenar Isa menolak, aunty terima seadanya. Dan aunty juga akan menolak tawaran ayahanda Isa."

Qayyisa tersenyum lega. Nampaknya syarat yang kedua berjaya dielak olehnya.

Kini hanya syarat pertama yang bersisa iaitu ahli kumpulannya haruslah bukan pekerja tetap Estrella.

"Thank you, aunty. Kalau macam tu, Isa balik dulu lah. Maaf kalau menyusahkan aunty." Ucap Qayyisa seraya berdiri.

"Dah malam sangat ni Isa. Isa tidur sini jelah. Soal sekolah esok, Isa jangan risau. Aunty akan suruh Pak Wan hantarkan. Uniform Isa pula Isa tukar, biar Mak Mah cuci, keringkan dan gosokkan sebelum Isa pergi sekolah" pujuk Megat Qasrina panjang lebar.

Qayyisa yang pada mulanya agak ragu-ragu, akhirnya bersetuju apabila terfikir yang dia tidak mempunyai pengangkutan untuk pulang pada malam ini.

"Err, baik aunty"

.
. .
.

Langkah Qayyisa terhenti di hadapan sebuah pintu bilik. Ayat yang tertera dipintu tersebut dibaca perlahan.

'Daris the Little Ironman'

Qayyisa tergelak kecil. Nickname yang comel untuk seorang jejaka yang boleh menjadi seorang ayah dengan usianya.

Tangannya yang gatal itu mula menyentuh tombol pintu bilik tersebut.

"Isa?"

Qayyisa kaget. Tidak perasan yang Megat Qasrina turut ada di situ.

"Isa nak tengok bilik Daris?" Seperti orang mengantuk disorong bantal, Qayyisa pantas tersenyum lalu mengangguk laju.

"Masuklah. Aunty nak ke dapur sekejap. Nak makan ubat" ucap Megat Qasrina lalu meninggalkan Qayyisa keseorangan di situ.

Qayyisa pantas memulas tombol pintu tersebut. Suis lampu ditepi pintu itu ditekan menyebabkan matanya disapa oleh persekitaran bilik sangat kemas dan teratur.

Dia berjalan dengan perlahan memasuki bilik tersebut.

Tak sebesar biliknya di rumah ayahanda nya, tapi cukup selesa untuk seorang berketurunan Megat seperti dirinya dan Daris.

Qayyisa menghampiri rak buku kecil bersebelahan katil. Dia membaca kesemua tajuk novel yang terdapat disitu.

Namun, terdapat satu buku yang tidak mempunyai tajuk. Qayyisa segera mencapai buku itu dan dibeleknya.

Apabila dia menyelak helaian pertama, dia baru tersedar yang buku itu adalah diari kepunyaan Daris.

25/02/20xx

I never know that being in love such  a great thing. Now, I can't stop loving her cause she has my heart.

26/02/20xx

Maybe people know her as a heartless person. But for me, she is an angle.

Qayyisa menyelak halaman seterusnya hingga ke halaman akhir.

25/02/20xx

It's over now. The result of this relationship is I'm hurt.

Qayyisa menutup buku itu. Air matanya yang mengalir diseka.

Buku itu mengembalikan kisah manis mereka berdua. Hampir kesemua kisah dicoretkan dalam buku itu.

Dan paling sadisnya, Qayyisa telah memusnahkan keikhlasan cinta seorang jejaka kepadanya.

'Sorry, kita tak ditakdirkan untuk bersama. Awak berhak dapat yang terbaik'

.
. .
.

Thank you kerana sudi membaca

Don't forget to vote and comment this story!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience