Firas duduk di bangku yang disediakan di taman itu sambil tersenyum riang.
Telefonnya dikerling jika ada mesej baharu yang masuk. Namun, hampa. Tiada notifikasi untuknya.
Dia kembali memandang ke arah tasik yang terbentang di hadapannya. Ketenangan yang dirasainya cukup mampu mengubat rasa sedih di jiwa.
"Wassup, bro." Sapa seseorang secara tiba-tiba.
Firas pantas menoleh ke arah manusia itu. Dia tersenyum senget.
"Assalamualaikum kau mana?" Manusia itu tersengih apabila sedar kesilapannya.
"Sorry lah Fir. Aku excited sangat ni nak jumpa kau." Jawab jejaka itu sambil menepuk bahu Firas dengan perlahan.
"Yelah. Kau memang macam tu. By the way, Mama sihat tak?" Soal Firas. Jejaka disebelahnya tersenyum hambar.
"Mama makin teruk, Fir."
"Kau tak bawa mama pergi hospital ke, Faris?" Soal Firas lagi. Jejaka yang bernama Faris itu mengangguk kepalanya.
"Doktor sarankan mama buat operation. Tapi kos dia tinggi, Fir." Jelas Faris. Firas mengeluh perlahan.
"Duit yang papa bagi tu. Kenapa tak guna?"
"Mama kan sangat bencikan papa. Duit yang papa bagi semua dia transfer balik. Dia kata dia sanggup mati daripada gunakan duit jantan yang tinggalkan dia."
Firas mendongak ke langit sambil menutup matanya. Cuba mencari solusi bagi masalah keluarganya yang berpecah belah ini.
Dia meraup mukanya lalu memandang Faris. Terdapat satu idea yang muncul di dalam kepalanya.
"Berapa total untuk operation tu, Ris?"
"400 ribu"
Firas terdiam. 400 ribu? Duit yang dia ada untuk meneruskan hidup di Rexwell highschool pun baru ada 100 ribu.
Itu pun dia belum bayar yuran sekolah yang harganya lebih kurang 70 ribu.
Tiba-tiba dia teringatkan Qayyisa. Idea yang hilang tadi, kini muncul kembali.
Dia pasti jika dia meminta bantuan Qayyisa pasti gadis itu akan membantunya.
"Aku akan cari jalan untuk selesaikan masalah ni." Putus Firas. Faris tersenyum nipis.
Dia yakin yang adiknya kembarnya boleh diharap. Lainlah dirinya ini, dah lah bodoh, tak boleh diharap pula itu.
"Oh ya Fir. Bila kau nak balik rumah mama? Mama rindu kau." Firas melemparkan pandangan ke arah tasik. Dia sendiri tidak mempunyai jawapan untuk soalan tersebut.
"Aku pun tak tahu. Bila masanya tiba Dan bila aku sudah bersedia." Ringkas tetapi penuh makna Firas menjawab soalan tersebut.
"Apa apa jelah kau. Jom ambil gambar. Aku nak tunjuk kat mama yang aku jumpa anak kesayangan dia ni." Ucap Faris sambil menarik Firas ke arah beberapa gadis dan meminta salah seorang daripadanya mengambil gambar mereka.
Gadis itu yang pada mulanya malu malu hanya menurut permintaan tersebut.
"Say cheese"
'Klik'
"Here" gadis itu menghulurkan telefon pintar Faris setelah menyelesaikan tugasnya.
"Thanks." Gadis itu hanya mengangguk Dan tersenyum sebelum melangkah pergi ke arah rakan-rakannya.
"Huish, awek tu dah la lawa. Ambil gambar pun lawa" puji Faris. Firas hanya mampu tergelak kecil.
"Dah lah. Aku balik dulu. Nak hantar mama ke hospital. Bye" pamit Faris lalu melangkah pergi meninggalkan Firas keseorang di situ.
Firas hanya membalas pamitan Faris dengan memerhati pemergian jejaka itu.
.
.
.
.
Qayyisa mundar mandir di hadapan wad yang menempatkan Megat Qasrina.
Namun, apabila doktor yang merawat Megat Qasrina sudah keluar, dia secepat mungkin menghampiri doktor itu.
"D. Hasya, macam mana keadaan dia?" Soal Qayyisa cemas. Doktor yang digelar Hasya itu hanya tersenyum hambar.
"Qayyisa, I rasa you kena ikut I sekejap" ucap Hasya lalu dibalas anggukan kepala oleh Qayyisa.
Mereka terus melangkah ke arah bilik Hasya. Sebaik sahaja sampai di bilik bersebut Hasya terus meletakkan keputusan x ray di tempatnya.
"As you can see, tumor yang dimiliki Megat Qasrina semakin cepat merebak. Megat Qasrina pun belum pernah buat apa-apa rawatan lanjut. So, I rasa you kena pujuk Megat Qasrina untuk lakukan operation" terang Hasya.
Qayyisa hanya tersenyum lemah. "I akan cuba"
.
.
.
.
.
Megat Qasrina membuka kelopak matanya perlahan-lahan. Warna siling putih menjadi santapan matanya.
Dia menoleh pula ke arah kirinya. Kelihatan seorang gadis sedang tidur berbantalkan tangannya di sisi kirinya.
Wajah putih bersih gadis itu di pandang sayu. Betul ke keputusan yang di buat? Mampukah gadis lain membahagiakan Daris seperti mana gadis ini lakukan?
Megat Qasrina megeluh kuat menyebabkan tidur Qayyisa terganggu.
"Aunty dah bangun?Aunty nak air ke?" Soal Qayyisa cemas.
Megat Qasrina tersenyum nipis sambil menggeleng kepalanya. Anak matanya langsung tidak di alihkan dan terus menerus menikam wajah gadis itu.
"Isa, boleh tak aunty nak tanya sesuatu?"
Qayyisa pantas menganggukkan kepalanya bersama senyuman manis yang terlakar di bibir.
"Sudi tak Isa jadi menantu aunty?"
.
.
.
.
Daris melihat gambar-gambar yang terdapat di dalam MacBooknya. Satu fail yang dinamakan 'love??' menjadi perhatian sejak dari tadi.
Fail itu mengandungi hampir seribu lebih gambar tetapi Daris hanya mampu melihat beberapa gambar sahaja.
Selebihnya, dia tidak mampu untuk teruskan.
Dia menutup MacBook nya dan bersandar pada kerusi. Matanya di tutup sambil tangannya mengurut pelipisnya perlahan-lahan.
Rindu.
Itu yang dia rasakan sekarang ini. Berharap yang Qayyisa akan kembali mencintainya dan akhirnya mereka bersatu sebagai pasangan yang halal, hanya akan menjadi angan-angannya sahaja.
'If I had a chance, I will use the chance to make you love me again'
"Daris?" Daris tersentak apabila namanya di panggil seseorang. Dia pantas menoleh ke arah manusia itu.
"Eh, Kim. Masuklah" pelawa Daris. Hakim hanya menuruti pelawaan Daris tanpa banyak soal.
"Ris, betul ke aku dengar kau dengan girlfriend kau dah putus?"
Daris melakar senyuman kecil. Cuba untuk menyembunyikan perasaan sedih apabila sahabat baiknya itu membuka kembali kes putus nya.
"Nak buat macam mana, dah tiada jodoh" balasnya. Hakim mengangguk faham.
"Tapikan, aku rasa kalau kau kawin dengan awek tu mesti anak kau hensem-hensem, lawa lawa"
"Yelah, kau dah hensem. Ex kau pun lawa. Gabungannya mestilah kebaboo. Ye tak?" Sambungnya lagi.
Daris menggigit bibir tanda geram. Perlu ke jejaka di hadapannya ini, terus menerus bercakap tentang perkara ini?
"Hakim, can you please drop the topic? I don't have mood to talk about her. Aku nak tidur. Lagi pun esok aku kena kerja. Dah pergi keluar" marah Daris beserta titah menghalau.
Hakim terus terdiam dan menganggkat kalinya beredar dari tempat itu.
Member tengah emo jangan nak kacau. Nanti kalau hubungan retak Makin teruk pula jadinya.
Sebaik sahaja kelibat sahabatnya hilang, Daris menarik nafas lega. Dia tidak mahu Dan tidak suka apabila orang disekelilingnya terus menerus menyoal tentang hubungan nya.
Dia kembali membuka MacBook tadi. Fail 'Love ??' dipilih. Dia menarik nafas panjang apabila satu soalan terpapar di skrin tersebut.
Are you sure you want to permanently erases the file?
'You can't undo this action'
Yes No
'I will try to forget you, memory'
.
.
.
Thank you kerana sudi membaca
Don't forget to vote and comment this story!!
Share this novel