BAB 12 - DCCC - 'X'

Romance Completed 34736

"Emm, not sure... Pergilah tengok sendiri... I nak sambung kerja... Dia ada kat depan... Ok, bye..." Bell berlalu... Malas nak campur hal abang sepupunya... Bell tahu perangai si Anaqi ni... Selagi tak dapat, selagi itu dia akan kejar...

"Bell... Bell! Ish, budak ni..."

"Takpe, jom kita tengok siapa orang yang nak jumpa you sangat..."

"Emm, ok..." Nadia dan Camelia melangkah keluar dari pantry menuju ke ruang hadapan pejabat di bahagian receptionist... Kelihatan seorang lelaki sedang berdiri membelakangkan mereka...

"Err... Excuse me... You nak jumpa I ke...?"

"Yes, dear..." Anaqi memusingkan tubuhnya mengadap gadis idamannya...

"You...!" Serentak suara Nadia dan Camelia keluar sebaik sahaja melihat manusia di hadapan mereka.

"Yes, it's me! Eh, Camelia... You pun ada kat sini?"

"Yes, why? Terkejut ke tengok I kat sini...?"

"Emm, not really... Tak tahu pulak I, you kerja dengan Nadia..."

"Excuse me... I kerja dengan Nadia?"

"Err... Anaqi... She's my boss..." Terang Nadia...

"Oh, really! Jadi, you and Chyril...?"

"He's my brother..."

"No wonder... Both look familiar!" Senyum sinis diberikan kepada Camelia...

"Whatever! You nak apa datang sini?" Nadia memerhatikan kedua-dua makhluk ciptaan Yang Esa yang bertekak di hadapannya, Camelia dan Anaqi.

'Kenal ke dua-dua orang ni? Apa kaitan dorang berdua? Kenapa Anaqi ni datang sini? Apa yang dia nak?'

"I nak apa ke, nak jumpa siapa pun, apa kena-mengena dengan you?"

"Hello? You datang office I and you tanya apa kena-mengena dengan I? Are you insane?"

"I nak jumpa Nadia... So, what?"

"Dia staff I... I yang akan buat keputusan dan bagi kebenaran samada Nadia boleh jumpa you atau tidak!"

"Hei... Kenapa you nak marah ni? You jealous ke I tak jumpa you...!"

"Jangan perasan, Adam Anaqi! You datang office I and you nak buat perangai berlagak you kat sini... Go to hell Anaqi! This is my office..." Marah Camelia.

"Sejak bila ada undang-undang yang tak benarkan staff jumpa orang...?" Anaqi tersenyum sinis.

"Undang-undang tu terpakai di pejabat dan hak milik I... So, dengan segala hormatnya you boleh blah!" Nadia tersentak mendengar jerkahan Camelia...

"Hei Cam... I nak jumpa Nadia... Apa masalah you ni?" Naik seoktaf suara Anaqi.

"I tak izinkan... Nadia dah ada boyfriend... Tak payah nak kacau dia! Buat apa you sibuk kat sini... Huh, tak malu!"

"I akan blah dari sini, kalau Nadia yang suruh, bukan you! Huh!"

"Nadia... Please... Baik you suruh jantan bodoh ni keluar dari sini... I tak nak tengok muka dia kat sini!"

"You cakap I jantan bodoh! How dare you!"

"Anaqi..."

"By the way, Nadia... I nak tanya you... You nak jumpa jantan ni ke?" Nadia menggeleng...

"You dah nampakkan... So... Apalagi?"

"Anaqi, tolong jangan buat masalah kat sini. I nak cari rezeki... Tolonglah pergi..."

"Nadia... I nak jumpa you... Sekejap je..."

"Cakaplah... I dah depan mata, cakaplah..."

"I nak tanya pasal bunga yang I hantar... You terima ke?"

"Jadi, you yang hantar bunga tu? Sorry, I dah buang... Tapi, kenapa you bagi I bunga?" Soal Nadia.

"Sampai hati you, Nadia... I beli mahal-mahal nak bagi kat you... You buang... You tak suka bunga ke?"

"Sorry Anaqi... I tak suka bunga... I allergic dengan bunga... Tak perlu hantar lagi kat I, ya?"

"Kenapa you menolak pemberian I?"

"I dah cakap I allergic pada bunga... You tak faham ke? Tolonglah... Jangan ganggu I lagi..."

"Nadia... I nak kenal dengan you dengan lebih rapat lagi... Salah ke?" Tangan Nadia ditarik. Nadia cuba meronta...

"Lepaskan tangan I, Anaqi... Lepaskan!" Nadia berusaha menarik tangannya dari genggaman Anaqi... Anaqi terpaku... Sedar kesilapan diri...

"Sorry, sorry, Nadia... I minta maaf... I tak sengaja... Please Nadia..."

"Anaqi, kita dah janji hanya kawan biasa, kan? Tolonglah! Jangan buat buat hal kat sini. Baliklah. I nak buat kerja... Jangan sekat rezeki I kat sini." Nadia berura-ura hendak melangkah pergi.

"Tapi, I dah sukakan you, Nadia... I dah mula cintakan you..." Nadia berpaling secara tiba-tiba... Lalu merapati Anaqi.

"Anaqi! Stop! I dah cakapkan... I tak nak terima apa-apa kata-kata cinta dari you... I hormat you sebagai kawan I... I tak boleh terima hati sesiapa buat masa ni... Tolong faham!"

"Huh! Mudah sangat suka dan cintakan orang... Nadia ni, perempuan ke berapa you dah lafazkan kata-kata buaya you ni?"

"Hei! Apa maksud you, Camelia?"

"You buat-buat tak tahu atau buat-buat lupa?" Anaqi mengerling ke arah Camelia yang tersenyum sinis.

"Anaqi, pergilah... Jangan ganggu I lagi..."

"Tapi, Nadia..."

"Anaqi... Please! Please, jangan sampai I hilang hormat pada you sebagai kawan I... Please, just go..."

"Bos... Sorry..." Bell tiba-tiba muncul... Niat di hatinya nak leraikan salah faham yang terjadi.

"And you, Bell! Suruh jantan ni a.k.a cousin you ni, keluar dari pejabat ni, sekarang! Jangan ingat I tak bagi amaran." Camelia memusingkan tubuhnya melangkah pergi meninggalkan Bell dan Anaqi yang terpinga-pinga... Nadia membontoti Camelia.

"Baik, bos."

"By the way, Mr Adam Anaqi... Cermin muka you dulu... Huh!"

"Nadia! Nadia...!" Anaqi tidak berpuas hati dengan layanan Nadia terhadapnya.

"Anaqi, sudahlah! Jangan ganggu Nadia lagi... Pergilah balik... Nanti Bell slowtalk dengan Nadia..."

"Tolong ya Bell... Abang betul-betul nakkan Nadia..."

"You dah dengarkan apa yang Nadia cakap tadi... Dia tak nak ada apa-apa perasaan pada orang lain, especially you..."

"Bell, kalau Bell sayang abang, Bell kena tolong abang..."

"Nanti Bell fikirkan... Abang balik dulu ya... Bell tengah kerja ni... Lain kali jangan buat sesuatu tanpa bagitahu Bell, tau... Tengok... Bell dah kena marah sebab abang... Dah... Abang baliklah..."

"Bell... Please, tolong abang..."

"Abang, nantilah... Bagi Bell kerja dulu... Nanti kita fikirkan sama-sama, ya?"

"Tolong ya Bell...?"

"Ya... Nanti, Bell tolong... Tapi Bell tak janji..."

"Tolonglah... Abang rayu sangat..."

"Yelah, yelah! But, promise jangan datang sini... Jangan bagi Nadia apa-apa lagi..."

"Abang promise..."

"Dah, balik..."

"Thanks Bell... Abang balik dulu..."

"Ok, abang..." Bell menghela nafa lega selepas pemergian Anaqi...

'Macamana ni? Macamana nak pujuk Nadia...? Si Anaqi ni pun, sabarlah dulu... Tak menyempat! Ah, nantilah!'

"Cam... Sorry... You kenal ke dengan Anaqi tu?" Tegur Nadia ketika mereka di pantry.

"Lebih dari kenal, Nad..."

"Maksud you?" Nadia cuba ingin mendapatkan kepastian.

"Anaqi my boyfriend... Ops... X-boyfriend... Kami dah 3 tahun berkawan dan kemudian, bercinta... We're planning nak berkahwin. A month before our wedding, Anaqi tinggalkan I without a single word... Selepas I desak dia... Dia bagi alasan, dia nak sambung belajar di Ireland selama 4 tahun..."

"Then?"

"Bayangkan... Lagi sebulan nak kahwin, dia tinggalkan I macam tu je... You rasa...? I tak boleh nak terima... Sedangkan dia janji dengan I nak sambung belajar sama-sama selepas majlis perkahwinan kami..."

"Kesian you... Tak sangka I..."

"Kan? Nak buat macamana... Dah takde jodoh I dengan dia... But, I'm ok... Syukur sangat sebab tak jadi dengan jantan keparat tu... Dasar buaya...!"

"I betul tak sangka Anaqi tu... Muka nampak innocent je..."

"Ya... I pernah cakap macam tu kat dia... Tapi, rupanya, wajah tu hanya lakonan aje... Wajah yang nampak baik tu, tak mencerminkan dirinya yang sebenar."

"But, yang I tak faham... Kenapa you marah sangat..."

"I dapat tahu dia duduk serumah dengan student kat sana..."

"Anaqi dah kahwin ke?"

"Dah... Tapi dah bercerai..."

"Dah kahwin tapi bercerai... I confuselah..."

"Sorry, sorry... Dia dah kahwin dengan student tu... Kena paksa...Sebab terlanjur! Habis je study, dia orang bercerai..."

"Senangnya, kahwin lepas tu bercerai..."

"Tulah... Berapa kali I dapat tangkap dia curang dengan perempuan lain... Tapi, sebab I ni bodoh, sayangkan dia. Senang je dia pujuk, I percayakan dia bulat-bulat."

"Kesian you, Cam..."

"It's ok... You jangan rasa I dengki dengan you... I taknak you jadi mangsa Anaqi yang seterusnya..."

"No... I faham... Tapi, jujur dengan I, please..."

Berkerut dahi Camelia... "Kenapa?"

"You masih sayangkan Anaqi, kan?"

"Emm... Tipulah kalau I kata I tak sayang langsung... Dia pernah berada dalam hati I hampir 3 tahun... Cinta pertama I... Tapi, sorry... Setakat ni, belum lagi terbit apa-apa perasaan sayang pada jantan tak guna, tu... You hati-hati, Nadia... I risau kalau you termakan kata-kata pujuk rayu Anaqi..."

"In shaa Allah, tidak... Hati I tertutup buat lelaki bernama Adam Anaqi..."

"But, masih terbuka untuk lelaki bernama Chyril Connor, kan...? Betul tak...?"'

"Apa yang you merepek ni, Cam? I tak cakap pun nama Chyril... You pandai-pandai je, kan?"

"Eleh... I dapat rasalah... See... Muka you dah menyala merah... Hahaha..."

"Cam... You ni... Saja je nak sakat I, kan?"

Tanpa disedari, perbualan mereka didengari Bell...

"Patutlah... Dorang kenal rupanya... Emm, memang dasar buaya cousin aku sorang ni... Tak pernah cukup dengan satu... Ah, malaslah nak layan kau, Anaqi... Pandai-pandailah kau nak hidup... Aku malas nak tolong kau, bang."

********************

Tok! Tok! pintu bilik dikuak.

"Hai, abang... How are you?" Camelia menjengulkan kepalanya.

"Alhamdulillah... I'm good... Thank you, sis..."

"Good!" Camelia duduk di atas katil sebelah Chyril.

"So, macamana office?"

"So far so good... Wait, wait... Abang tanya pasal pejabat or Nadia?"

"Both." Selamba je jawapan Chyril.

"Ish, muka tu... Cuba, senyum sikit... Muka tu... Ketat je... Senyum tu kan satu sedekah, kan?"

"Sejak bila adik abang pandai cakap macam ni..." Ni tentu belajar dari Nad, kan?"

"Abang sebut nama Nad... Are you serius?"

"Boleh jangan pusing cerita tak? How's office?"

"Abang ni memang muka mat beku... Direct to the point jelah..."

"Whatever... How's office and Nadia Natalia... My lovely girl?"

"How sweet..." Tersenyum lebar Camelia mendengar ayat romantik Chyril.

"Adik...?" Chyril menjongketkan keningnya.

"Ok, ok... She's fine... Alhamdulillah... But, lunch time tadi ada hal sikit kat pejabat... Lucky adik selamatkan keadaan..." Chyril merapati Camelia... Ditarik tangan adiknya ke birai katil.

"What happen? Tell me, what happen? Adik...?"

"Ish, sabarlah! Tak menyempat... She's fine... But, that fellow... Ish, I really hate him..." Tangan dikepal...

"That fellow? Siapa? Do I know him... You mean, him...? Siapa tu?"

"Anaqi..."

"Anaqi? You mean Adam Anaqi...?"

"Yes!"

"You know Adam Anaqi?"

"Abang lupa ke? Jantan tak berguna tu... My ex-boyfriend... Promise nak kahwin dengan adik... At last, a month before our wedding, he left to Ireland without a single word..."

"Serius?"

"Yes... It's true..."

"I'm not sure... Wait, wait... Yes... Abang ingat... Tapi, at that time, I was continue my study at London, remember?"

"Oh... Yelah... Adik lupa... Adam Anaqi... That stupid guy... I really hate him!"

"Dia buat apa? Dia kacau Nad abang ke?"

"Nad abang?"

"Camelia Connor..."

"Ok, ok... Actually, dah dua hari dia hantar bunga pada Nadia... Tapi Nadia dah buang... Adik tak tahu pulak dia allergic bunga..."

"Nadia allergic bunga...?" Chyril mengerutkan dahinya...

"Entahlah... Tapi, malam dinner tu, elok je Nadia cium bunga kat atas meja tu... Ataupun, dia sengaja cakap macam tu, tak nak Anaqi bagi dia bunga lagi..."

"Entah... Err, lagi.. Anaqi ada usik Nadia ke?"

"Emm... Yelah! Tadi, Anaqi tarik tangan Nadia... Marah betul Nadia... Sampai ugut Anaqi... Tapi, abang don't worry... I know she like you..."

'Berani kau usik perempuan aku, Anaqi...' Tangan dikepal... Penumbuk digenggam...

"Kenapa Anaqi tarik tangan Nadia?"

"He's crazy! Dia paksa Nadia terima dia... Crazy!"

"Berani dia...?"

"Relaxlah bang... Nadia tak bodoh... I told her everything about that fellow!"

"So... Abang macamana? Bila nak confess Nadia?"

"Entahlah dik..."

"Abang belum confess Nadia lagi ke?"

"Macamana nak confess...? Muka abang pun dia taknak tengok... I miss her, badly..."

"Pity you... Takpe... Adik tahu nak buat apa... I'll help you..."

"Macamana?"

"Macam ni..." Camelia merapati tubuh Chyril... Bibir didekatkan di telinga Chyril sebelum Nadia menjerit...

"Adik nak mandi...!!!"

"Camelia! How dare you!" Lintang-pukang Camelia melarikan diri dari abangnya si beku...

"Bye brother...!" Terdengar laungan Camelia dari luar biliknya... Tergeleng-geleng Chyril dengan telatah Camelia yang suka mengusiknya. Chyril sayangkan Camelia... Satu-satunya adik yang dia ada.

"Nadia... I really miss you... Please, forgive me..." Omel Chyril sambil merenung ke luar jendela... Pemandangan dari atas bukit dapat dilihat dari perumahan elit yang diduduki Chyril sekeluarga.

Dua hari dia tinggal di rumah keluarganya atas arahan Daddy. Memandangkan kesihatannya tidak menentu... Daddy bimbang tiada siapa yang akan menjaga Chyril di kondo nanti.

"Kalau rindu, pergilah jumpa Nadia..." Suara mummy mengejutkan lamunannya...

"Eh, mummy..." Malu Chyril ditegur mummy begitu...

"You love her don't you...?" Chyril mengangguk lesu...

"Then?"

"It's hard for me, mummy... Ril dah lakukan kesilapan... Ril dah berkali-kali minta maaf. Ril betul-betul tak sengaja... But..." Chyril menghela nafasnya...

Maaf, lewat update... Enjoy reading...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience