Arul dan Aril perlu memberi keterangan berkaitan kes penculikan Nadia dan juga Naqui yang dituduh sebagai penculik... Segala bukti rakaman diserahkan pada polis untuk siasatan lanjut.
Nasib baik Naqui tak dibelasah si kembar... Ikutkan hati mereka yang sedang marah, teruk dikerjakan Naqui. Dendam mereka pada Naqui sekeluarga tak berkurang sebaliknya bertambah selepas babah mereka diberhentikan kerja oleh mama Naqui. Tetapi, mereka anak yang baik. Segala nasihat ibu babah disimpan rapi dalam kepala.
'Tak perlu berdendam... Buang jauh-jauh perasaan dendam tu... Tak tenang jiwa jika kita berdendam...'
Kata-kata babah tersemat kukuh di dalam kepala.
Sementara, Naqui yang separuh sedar, diheret masuk masuk ke dalam kereta peronda polis. Sudah lama mereka berdendam dengan Naqui dan ibunya... Kifarah itu wujud... Kali ini, tentu mereka dapat menarik nafas lega...
Dalam keadaan separuh sedar dan tangan bergari, Naqui menahan kesakitan di wajah dan tubuh badannya... Kekesalan mula menerjah dalam dirinya.
'Semuanya berpunca dari mama... Kalau bukan sebab mama, Naqui tentu dah berjaya memiliki Nadia...'
Mamanya juga punca Naqui tidak dapat menyambung pelajarannya ke luar negara. Mama jugalah punca dia dikahwinkan dengan isterinya sekarang. Mamanya malu kerana Naqui masih belum mempunyai zuriat sendiri, walaupun sudah berkahwin selama 5 tahun.
Mamanya sendiri pergi ke rumah Nadia untuk meminang Nadia menjadi isteri nombor dua Naqui, demi merealisasikan impiannya untuk mendapatkan cucu.
Tidakkah mama tahu, rezeki itu datangnya dari Allah swt? Tidakkah mama tahu yang sebagai manusia, kita hanya merancang dan Allah menentukan segalanya?
Kesakitan tubuh dan wajah Naqui akibat dibelasah bakal suami Nadia tidak sesakit hatinya melihat kebaikan lelaki separuh mat saleh itu pada Nadia. Ya... Nadia berhak mendapat lelaki yang lebih baik dan yang selayaknya bergelar seorang lelaki.
Tidak sepertinya yang dikawal segala pergerakkan. Bahkan, papanya juga menerima nasib yang sama. Segalanya dikawal mama sehinggakan Naqui memberontak dalam diam.
'Nadia... Maafkan aku... Maafkan aku, Nadia... Aku kesal dengan apa yang telah berlaku...'
'Aku doakan kau bahagia Nadia...'
Nasi dah menjadi bubur... Masa telah berlalu dan tak mampu diundur kembali...
***********************
Nadia ditahan di wad sementara laporan polis dibuat adik kembarnya... Chyril kecewa, terlalu kecewa kerana tidak dapat menyelamatkan Nadia lebih awal.
"Baby..." Rambut Nadia dielus...
"Hu...bby..." Air mata Nadia mengalir lesu... Pipi Nadia yang kemerahan dan bibirnya yang pecah akibat tamparan Naqui, diusap perlahan...
"Don't cry...." Nadia masih menangis. Chyril mendakap Nadia... Belakang Nadia diusap perlahan.
"I'm sorry... I'm so sorry... Hubby lambat selamatkan honey..." Tangisan Nadia semakin bergema. Ketakutan dan kesakitan bergabung menjadikan Nadia trauma. Namun, dia redha. Pelukan dileraikan. Chyril menatap wajah cinta hatinya. Chyril melepaskan senyuman... Bibir Nadia dipagut. Nadia terkesima. Dalam wad, kot... Nasib takde orang.
"Sorry honey... I can't control myself. Hubby minta maaf sebab lewat sampai selamatkan honey. Kalaulah hubby sampai awal, tentu honey takkan terluka begini..." Wajah Nadia dielus.
"Honey minta maaf sebab susahkan hubby. Honey tak sangka Naqui akan buat begitu..."
"No... It's my fault... Hubby tak jaga honey... Hubby masih tak puas hati dengan manusia durjana tu... Ikutkan hati... Hubby dah tamatkan riwayat dia!"
"Hubby... Jangan! Jangan buat macam tu, hubby... Dia dah kena tangkap pun, kan...? Biar undang-undang yang menjatuhkan hukuman..." Nadia memeluk Chyril. Dahinya dikucup Chyril.
"Honey... Do you want anything?" Nadia menggeleng...
"Honey rehat, ya...?" Chyril berura-ura ingin melangkah... Tak semena-mena tangannya dirangkul Nadia.
"Honey...? What's wrong...?"
"Honey, takut... Please, jangan tinggalkan honey..."
"No. No. I won't leave you. It's ok... I'm here..."
"Jangan tinggalkan honey... Honey, takut..."
"No... I won't." Dahi Nadia dikucup perlahan. Chyril membaringkan Nadia... Genggaman tangan tidak terlerai... Chyril setia menemani Nadia sehingga Nadia terlelap. Sudah semalaman, Nadia meracau-racau dan terjerit-jerit.
Chyril bimbang akan keselamatan Nadia... Tidak pernah terjangka, Nadia akan trauma sebegitu... Penumbuk dikepal keras, hingga tegang urat-urat di lengannya... Amarahnya membuak-buak pada Naqui. Tak sanggup Chyril melihat Nadia yang acapkali disuntik dengan ubat penenang bagi menghilangkan trauma yang dialaminya.
Perasaan kasihan mula menerjah. Macamana Nadia tanpa Chyril di sisi? Apapun, Chyril tetap bersyukur, kecederaan Nadia tidak serius dan hanya tinggal beberapa hari sebelum mereka berdua bergelar suami isteri.
"Baby..."
"Hubby..." Tangan Nadia dicapai lalu digenggam.
"How are you today?"
"Alhamdulillah... Getting better..." Nadia cuba bersandar... Chyril lantas menyelaraskan katil untuk keselesaan Nadia.
"Masih sakit lagi...?" Wajah Nadia dielus.
"A little bit..."
"Emm, hubby..."
"Yes, baby..."
"You owe me an explanation..." Chyril duduk rapat di sisi Nadia. Tangan Nadia di dalam genggamannya, dicium...
"What explanation?"
"Hubby, please... Hubby tak ceritakan pun macamana hubby boleh sampai kat sini? Macamana hubby boleh tahu honey kena culik? Macamana hub..."
Cup! Rambut belakang Nadia dicengkam. Ciuman di dalamkan... Nadia tidak menolak... Chyril melepaskan bibir Nadia setelah dadanya ditolak perlahan kedua tangan Nadia. Nadia tertunduk malu. Wajah semakin merona... Dagu dipaut. Mata bertentangan.
"I love you so much... I will do anything to protect you, baby..." Pipi Nadia yang kemerahan dielus perlahan.
"I love you too... Thanks for always being by my side. Thank you for always protecting me..." Sekilas bibir Chyril dikucup... Tak sempat Nadia menarik bibirnya, Chyril sekali lagi menekan belakang kepala Nadia. Chyril bagaikan ketagih dengan bibir Nadia.
"I need an oxygen..." Kucupan dilepaskan. Dahi Nadia dikucup lama.
"Hubby..."
"I know... Lucky... Nobody here..."
Deringan telefon mengganggu mereka. Berdecit bibir Chyril melihat telefonnya yang berdering. Tergeleng-geleng kepala Nadia melihat telatah Chyril.
"Hubby?"
"It's Cam..."
"Jawablah... Kesian Cam..." Chyril membuat rolling eyes...
"Hai, abang..."
"Dah tak tahu nak bagi salam, ya?"
"Ops! Sorry, abang... Assalammualaikum..."
"Waalaikumussalam..."
"Abang... Cam nak cakap dengan Nad..."
"Ish, sibuk je..." Handphone diserahkan pada Nadia.
"Siapa?"
"Your best friend..."
"Assalammualaikum, sister-in-law..."
"Waalaikumussalam... Hai, Cam..."
"Nad, how are you today?"
"Alhamdulillah... Getting better... Eh, Cam... Bila nak datang sini... Tinggal beberapa hari je before hari nikah..."
"Guess what? We're here..."
"Hah! Really...? Alhamdulillah..."
"Hai... Nad..." Suara Camelia di pintu masuk wad yang menempatkan Nadia.
"Cam...!" Mereka berpelukan. Camelia menerpa ke arah Nadia...
"Mummy! Daddy!" Mereka berpelukan bagaikan setahun tak jumpa... Baru seminggu je kot... Mummy mendakap Nadia... Air mata yang bergenang diusap perlahan.
"Hubby...?"
"Hubby, call mummy semalam... Baby kan tak sedar..."
"Thank you, hubby..."
"Nadia.. How are you?" Soal daddy. Mata dialihkan pada mummy yang sedikit sembab matanya.
"Alhamdulillah, daddy... Getting better. Mummy... I'm ok... See... Nadia, ok... Takmulah sedih sangat... Nadia dah sihat... See..."
"It's not ok, sayang... Mummy bimbang sangat bila Chyril call mummy hari tu. Mummy tak lena tidur... Tak senang duduk..." Rambut ikal mayang Nadia yang diikat, dielus... Mengalir air mata mummy... Sayang sangat mummy dengan menantunya.
"Ya, sister... Mummy ke hulu ke hilir, tak duduk diam... Mummy punya risau, tahap maksima... Atlast, daddy ajak datang sini awal sikit... Only for you, Nad... I am jealous..."
"Auw... Thanks, mummy... In shaa Allah, Nad ok... Dah, sihat dah..." Tubuh mummy dipeluk erat. Nadia merenung manja Chyril. Bahagia sangat apabila kehadiran diri diterima bakal mertua.
"Assalammualaikum..." Semua mata tertumpu di pintu masuk wad yang menempatkan Nadia...
"Waalaikumussalam..."
"Puan Edora..."
"Puan Naemah..." Ibu, babah dan si kembar menyalami dan berpelukan dengan keluarga besan mereka.
"Kakak, macamana rasa sekarang?"
"Alhamdulillah... Semakin baik, babah..."
"Alhamdulillah..."
"Puan Edora... Rasanya kita dah boleh teruskan rancangan kita..."
"Saya pun fikir macam tu... Lagipun, Nadia dah sihat, kan...?"
"In shaa Allah, mummy..."
"Jadi, majlis nikah kita teruskan seperti yang dirancang sebelum ni, ya... Nadiapun dah boleh discharge hari ni, kan?"
"Ya, babah..."
"Chyril...?"
"Yes, mummy...?"
"Barang-barang Ril ada kat homestay... Kami dah letak semua barang kat situ..."
"Oh, thanks, mummy, daddy..."
"Pukul berapa boleh discharge ni?"
"They said after lunch..."
"Kalau macam tu, mummy daddy balik homestay dulu, ya... Mummy nak rest... Jet lag."
"Yelah... Kesian Puan Edora... Tak hilang penat... Takpelah... Rehat kat rumah saya jelah, Puan Edora... Nanti, kita makan sekali. Saya dah masak tu..."
"Ish! Takyah susah-susahlah, Puan Naemah... Kami boleh je rehat kat homestay... Nak makan... Banyak restoran, kan?"
"Jangan macam tu, Puan Edora... Rezeki tu... Tuan Chris... Bolehkan?"
"Yelah, kalau dah cakap macam tu... Kami ikut... Tapi, Nadia..."
"Don't worry, Daddy... Nanti dah settle, Ril bawak Nadia balik..."
"Jangan nak bawak pergi tempat lain, pulak... Nadia baru pulih tu..."
"Yes, mummy. Ril tahu..."
"Jangan singgah mana-mana... Terus bawak balik ya, bang..." Usik Camelia.
"Shut up, Cam!" Kening dijongket. Tergelak kecil Nadia dan Camelia melihat wajah cemberut Chyril.
"Kalau macam tu, kami balik dulu, ya... Chyril, kakak... Nanti ibu masakkan lauk kegemaran kakak..."
"Ok, ibu... Terima kasih ibu, babah, mummy, daddy, Cam, Arul, Aril... Terima kasih datang melawat Nadia..."
"No sweat, sweety... Take care, ya..."
"Ok, mummy... Nanti jumpa kat rumah, ya..." Mummy mengangguk dan seraya itu mummy dan ibu tersenyum. Sempat Camelia memeluk tubuh Nadia...
"Nad... I rasa you dah susut sikitlah..." Chyril mengerling ke arah dua sahabat baik itu.
"Eh, ya ke? I rasa, sama je..."
"Tu maknanya, you bahagia dengan abang I, kan...?" Nadia merona diusik begitu...
"Dah, dah! Pergi balik..." Tegur Chyril.
"Sibuk je..."
"Ok... Bye, Nadia... See you..."
"Bye Cam..." Mereka melangkah keluar dari wad meninggalkan Chyril dan Nadia.
"Baby... Do you want to eat?"
"Tak... Nantilah... Honey, tak lapar... Hubby nak makan, hubby makanlah..."
"No, it's ok... Hubby tak lapar pun..."
"Honey..."
"Emm..."
"In two days..."
"Yes...?"
"Two days... Our wedding... Will you follow me to England after our wedding reception?"
"England?" Chyril mengangguk.
"I thought you would stay here..."
"Yes... But at the same time... CC Interior needs me..."
"Tapi, macamana dengan CCNN Interior? Aunty Emelia?"
"Hubby dah bincang dengan aunty... And she agrees with my suggestion..." Nadia mengecilkan matanya.
"Honey, tak faham... Suggestion apa?" Chyril duduk bersebelahan Nadia di atas katil. Tangan Nadia digenggam erat.
"Macam ni... For this momment, we will stay here... Jaga CCNN and at the same time, Camelia akan jaga CC Interior. Tapi, kita kena berulang ke England at least 2 bulan or 3 bulan sekali... Dan dalam waktu yang sama, Arul dan Aril akan take over our company... Bolehkan?"
"Arul? Aril? Are you sure, hubby?"
"Yes... I already discussed this with Aunty... And she agreed."
"Hubby macamana? Hubby percayakan Arul, Aril?"
"Honey... Arul Aril, my brother-in-law, kan? Lagipun, dorang pun ada ijazah dalam interior... Lebih kurang macam kita... Hubby percaya, dorang boleh diharapkan..."
"Arul, Aril ok ke? Dorang dah setuju ke?"
"Yap! Dorang setuju je... Hubby tahu dorang pun tengah cari kerja, kan. Honey macamana?"
"Honey, tak kisah... It's up to you... Lagipun, itu company hubby kan?"
"No... It's ours."
"Hah? Bila pulak honey joint venture dengan hubby...? Hubby jangan nak buat kelakar..."
"Honey, baby... Kelakar apanya. For your information... CCNN Interior... CC, stand for Chyril Connor and NN... Stand for..."
"Nadia Natalia..."
"Yes... You are right..."
"Tapi, kenapa hubby letak nama honey...?"
"Because I love you... I love you so much... And I will do anything just for you..." Air mata bergenang di tubir mata... Tak mampu ditahan... Nadia akhirnya menangis. Terharu dengan kebaikan Chyril pada dirinya, pada keluarganya.
"Hei... Baby... Why are you crying?" Pinggang Chyril dirangkul... Nadia menangis dalam pelukan Chyril.
"Why are you doing all this?"
"Because I love you... I love you from the bottom of my heart..."
"Hubby..."
"Shu... Shu... Stop crying, baby... It's ok... It's ok..." Tangisan semakin redha... Berkali-kali belakang Nadia diusap.
"Thanks, hubby... Thanks a lot... I love you too..." Seraya itu bibir Nadia dipagut... Lembut dan dalam. Chyril bagaikan tidak puas menikmati bibir Nadia.
"Hubby..." Dada Chyril ditolak.
"Sorry, baby... I can't control myself if with you. I can't wait for our first night..." Nadia membesarkan matanya mendengar kata-kata nakal dari Chyril. Rasa wajahnya membahang... Pipinya terasa panas.
'Ish... Si abang mata biru ni... Seram pulak dengar dia cakap macam tu... Masak aku...'
Chyril tersenyum nakal melihat Nadia mengalihkan pandangannya.
'Malulah tu...'
"Honey... Hubby kemas barang dulu... Lepas lunch nanti, honey dah boleh discharge..."
"Ok, hubby... Nanti honey kemaskan baju honey..."
"No! Biar hubby kemas... Honey, just rehat."
"Tapi..." Nadia malu sebenarnya... Manakan tidak, pakaian kecilnya ada di dalam beg. Malu kalau Chyril terlihat benda tu.
"No, that means no!"
"Ish... Muka tu, ketat je... Nak kemas pun tak boleh..." Bebel Nadia.
"I heard that..." Cepat-cepat Nadia menekup mulutnya.
'Eh, dia dengar ke...? Ingat tak dengar...' Chyril mengerling ke arah Nadia sambil memegang pakaian kecil Nadia berwarna putih yang sengaja ditayangkan.
"Hubby...!" Tergelak besar Chyril melihat Nadia yang mengejarnya sambil memegang pakaian kecil.
Happy couple.
Hari ini wal sikit kita update sebab dah ada dalam draft... Sat lagi nak bawak sikembar dapatkan injection... Vaksin... So... sis takut ada drama swasta berlaku nanti... Jadi, kita awalkan sikit meng'update'. Enjoy reading... Follow sis di Ig Nurul_MataPena78 kalau nak berborak...
Share this novel