Pelukan beralih ke arah Max, sebelum tubuh babah didakap erat. Tangan ibu dikucup lama bersama juraian air mata.
"Dah... Pergi mandi... Pakaian Ril semua ada Camelia bawakkan..." Chyril mengangguk seraya melebarkan senyuman.
"Chyril mandi, bersihkan diri... Solat... Doa banyak-banyak... Kemudian, makan... Ibu, babah, Camelia dan Max ada jagakan Nadia... Ingat satu pesan ibu... Anggap semua ini ujian dari Allah... Allah uji hambaNya sebab Allah sayang..." Chyril mengangguk sebelum mengalihkan pandangan pada isterinya yang terbaring lesu. Wajah pucat Nadia direnung sekilas...
"Maafkan Chyril... Ibu, babah, Camelia, Max... Tolong tengokkan Nadia... Ril nak mandi dan solat..."
"Pergilah..."
"Abang jangan risau... Kami akan jaga Nadia sampai abang selesai nanti, ya...?" Chyril menganggukkan kepala seraya melepaskan senyumannya... Terasa berat kaki nak meninggalkan isteri kesayangannya...
Namun, Chyril tak mampu nak membantah. Apa yang mereka katakan, ada benarnya. Semua yang berlaku ada hikmah yang tersembunyi... Takde siapa yang mahu semua ini berlaku... Allah uji sebab Dia sayang hambaNya... Kaki melangkah memasuki kamar mandi yang telah tersedia di wad VVIP itu...
*************************
Sudah 7 hari a.k.a seminggu Nadia tidak sedarkan diri dan ditahan di wad VVIP di hospital swasta itu dan selama 7 hari jugalah Chyril menetap di situ... Makan, minum, tidur, mandi di situ... Camelialah yang akan menggantikan tempat Chyril di pejabat dan Aunty Emelia yang akan menggantikan tempat Chyril ketika di CCNN Interior...
Sejak semalam, Nadia sudah mampu tidur nyenyak di waktu malam. Tiada lagi, jeritan, ketakutan atau meracau-racau ketika malamnya. Sesekali, dalam sekali sehari, ada terdengar jeritan kecil Nadia...
Itu cukup menggembirakan Chyril. Mengucap panjang Chyril mendengar penjelasan doktor. Tiada lagi wayar yang berselirat di tubuh isterinya. Nadia juga mampu bernafas dengan baik tanpa menggunakan alat bantuan pernafasan.
"Baby... Alhamdulillah... Hubby bersyukur sangat... Baby dah semakin baik... Semakin pulih... Be strong sayang... Hubby sentiasa ada menemani honey di sini..."
"Honey jangan risau... Hubby dah balas apa yang telah mereka lakukan pada honey dan anak kita... Hubby dah selesaikan hutang kita... Honey jangan risau... Hubby janji ini yang terakhir... Tiada lagi sisi gelap Chyril Connor selepas ini..."
"Yang ada kini, Chyril Connor, suami kesayangan Nadia Natalia... Suami yang penyayang dan semestinya the one and only Nadia Natalia lovely hubby..." Dahi Nadia dikucup perlahan.
"Ok, honey dah cantik... Dah bersih... Hubby dah letak perfume... Hubby rindukan honey... Hubby rindu sangat... Bangun ya sayang... Jangan tidur lama-lama lagi. Hubby takde orang nak peluk. Takde orang nak kiss..."
Babah dan ibu juga mummy daddy hanya menghantar makanan dan pakaian Chyril dan Nadia dan sekaligus melawat Nadia di hospital... Chyril melarang keras mereka menjaga Nadia walau atas apa jua alasan. Kali ni, Chyril menggunakan kuasa vetonya sebagai seorang suami kepada Nadia Natalia.
Tapi, ada satu hari, maaf satu malam, dalam 2 jam, Chyril menyusup keluar tanpa diketahui oleh sesiapa. Orang suruhannya yang paling dipercayai sudahpun menjumpai Jack Jacquel. Dengan senang hati, dengan perasaan membara yang sarat dengan dendam dan amarah... Chyril menjalankan misinya.
Pintu sebuah bilik dikuak... Sebelum ditutup kembali... Mentol kecil yang tergantung di tengah-tengah bilik dipasang...
"Urgh! Siapa kau...? Who are you...?" Derapan kaki semakin dekat dan jelas.
"Who's that? Show me yourself. Hello! Somebody! Help me...! Help me!" Bunyi rantai dtarik, kedengaran.
"Argh! Lepaskan aku! Let me go! Let me go! Turunkan aku..." Jack kini tergantung di tengah-tengah bilik yang kedap bunyi itu.
Derapan kaki kedengaran dan dapat dirasakan seseorang berada disisinya...
"Who's that? Show me yourself! Who are you...? Somebody, please help me!"
"Aarrgghh!" Jeritan nyaring kedengaran saat belakang tubuh bogel Jack dihiris dengan pisau belati.
"Who are you? Argh...!" Sekali lagi tubuh bogelnya dihiris perlahan. Chyril tersenyum puas.
"Please... Let...me...go..." Terketar-ketar suara Jack menahan kesakitan yang tidak tertanggung. Cyhril mencapai pemetik api lalu dibakar hujung jari Jack satu-persatu...
"Aarrgghh...! Fucking shit! It's hurt... Please... Help me... Help me... Aarrgghh...!" Menggelupur Jack menahan kesakitan yang tidak pernah dia rasakan selama ini. Mungkinkah ini pengakhiran buat Jack Jacquel.
"Adios amigos..." Satu-satunya perkataan yang terkeluar dari mulutnya sambil tersenyum sinis sebelum tubuh bogel Jack disuntik dengan dadah dan racun yang berbisa. Seperti biasa, Chyril akan membersihkan segalanya tanpa meninggalkan sebarang petunjuk yang bakal menunjukkan dia adalah suspek utama.
Chyril kembali ke wad hospital yang menempatkan isterinya tanpa ada sebarang masalah. Chyril berjanji inilah kali terakhir penyeksaan yang dia akan lakukan demi cintanya.
Chyril amat berharap tiada lagi manusia-manusia durjana yang akan mengganggu kebahagiaannya dengan Nadia. Hanya satu kebimbangan Chyril...
Apa yang akan berlaku jika Nadia mengetahui akan ketiadaan anak dalam kandungannya? Apakah Nadia akan menyalahkan dirinya? Apakah Nadia akan menerimanya sebagai takdir Allah swt?
"Ya Allah... Aku buntu Ya Allah... Kau ampunilah aku Ya Allah... Kau permudahkanlah segalanya... Kau pulihkan isteriku Ya Allah. Aku mohon padaMu Ya Allah... Berikanlah aku kekuatan untuk menjelaskan pada isteriku Ya Allah... Kau lembutkanlah hati isteriku Ya Allah... Aku mohon pengampunan dariMu Ya Allah... Ampunilah kami, suami isteri... Berikanlah kami zuriat sebagai pengikat kasih sayang kami berdua, Ya Allah... Aamiin Ya Rabbal Alamiin..." Wajah diraup perlahan.
Chyril bangkit dari sujudnya. Sejadah dilipat dan diletakkan di atas kerusi yang telah disediakan. Disitulah tempat Chyril mendekatkan dirinya dengan Allah swt. Disitu jugalah Chyril akan melepaskan amarahnya... Memohon ampun pada Yang Satu, menangisi kesilapannya yang lalu...
Chyril sedikit terkejut tatkala terdengar esakan kecil... Diamati suara itu, lalu didekati dan ternyata...
"Honey...?"
"Hu...bby..." Esakan Nadia semakin bergema ketika melihat wajah suami yang dirindui selama beberapa hari dia tidak sedarkan diri...
"Honey..." Chyril terus mendakap tubuh isterinya... Air mata keduanya mengalir hiba... Dikucup wajah Nadia bertalu-talu. Linangan air mata mengalir deras sejurus wajah yang dirindui, mula membuka mata dan Chyril benar-benar teruja, malah bersyukur kerana dia merupakan insan pertama yang melihat isterinya terjaga dari lena yang panjang.
"Alhamdulillah... Alhamdulillah... Syukur padamu Ya Allah... Kau makbulkan doaku... Alhamdulillah..."
"Hubby rindukan honey... I miss you so much, baby..."
"Honey miss you too... I miss you too, hubby..." Pelukan langsung tidak dileraikan. Bagaikan ada magnet yang membuatkan keduanya melekat antara satu sama lain. Pelukan semakin erat sehingga ke duanya terlena dalam dakapan.
Seminggu, seminggu bersamaan 7 hari dan hari ini merupakan hari yang cukup bermakna buat Chyril kerana Nadia sudahpun sedar... Rindunya pada permaisuri hatinya tak mampu dibendung. Chyril berdoa agar isterinya terus diberi kesembuhan dari segi fizikal mahupun mental.
************************
"Assalammualaikum... Morning sayang..." Bisik Chyril di telinga Nadia... Suara gemersik dan husky milik Chyril sentiasa mencairkan hatinya.
"Waalaikumusssalam, hubby... Morning love..." Nadia terasa segar setelah mendapat tidur yang lena dalam pelukan Chyril.
"How do you feel right now?"
"Alhamdulillah... Getting better... Since you are here..." Wajah tampan Chyril diusap perlahan. Chyril tersenyum lebar...
"Come... Hubby dah sediakan honey sarapan..."
"Emm... Nantilah... Honey nak bersihkan badan.... Honey rasa tak selesa sangat... Bolehkan hubby..."
"Sure, baby... Come, hubby tolong..."
"Err... Tak...payah... kot... Ho...ney mandi sendiri, ya...? Honey dah ok..." Nadia menolak dengan baik... Lagipun, dia malu...
"Why? Honey malu dengan hubby ke? You're my wife, right? Kenapa nak malu?"
"Err..."
"You know what... Selama 7 hari honey tak sedarkan diri, hubby yang bersihkan badan honey... Wajah honey... Tukarkan pakaian honey..." Melopong mulut Nadia mendengar pengakuan jujur suaminya...
"Kenapa nak terkejut? Honey, wife hubby, kan? I've seen everything..." Merona Nadia mendengar jawapan Chyril...
'Ish... Tak tahu nak cover... Buat malu je...'
"Ok, ok..." Malas nak layan si suami yang mula nak menggatal. Tersenyum lebar Chyril mendengar jawapan Nadia... Nadia ditolak ke washroom dengan menggunakan wheelchair.
Hampir 20 minit, mereka keluar dari washroom... Dan Chyril sudahpun menyiapkan Nadia dengan pakaian baru dan rambut yang dilap perlahan menggunakan tuala yang dibawanya dari rumah.
"Assalammualaikum..."
"Waalaikumussalam... Ibu, babah, mummy, daddy, Cam... Max..."
"Nadia..." Berlari Camelia mendapatkan kakak iparnya...
"Alhamdulillah. Nadia... Nadia dah sedar. Allahuakhbar..." Mengalir air mata ibu, mummy dan Camelia. Terharu Nadia melihat kedua orang tuanya yang datang dari jauh semata-mata bimbangkan keadaannya...
"Ibu... Babah..." Tubuh kedua orang tuanya dipeluk erat, sebelum Nadia mendakap tubuh mummy dan Camelia.
"Alhamdulillah, syukur pada Allah... Kakak dah sedar... Kakak macam pagi ni... Ada rasa apa-apa?" Nadia memandang ke arah Chyril... Senyuman kelat Chyril berikan sebelum menundukkan kepalanya.
"Alhamdulillah... Kakak dah bertambah sihat... Tapi..." Chyril rasa berpeluh di tapak tangannya...
"Kenapa kakak...?"
"Kakak rasa perut kakak..." Air mata Nadia mula mengalir seraya perut kempisnya digosok perlahan... Chyril terasa debaran yang maha hebat. Tak sehebat waktu tangannya digenggam babah ketika majlis akad nikahnya sebelum ini.
Air mata mula bergenang di kelopak mata Chyril dan Camelia... Begitu juga mummy... Macamana nak mereka terangkan pada Nadia akan berita kehilangan itu?
"Kakak..." Ibu merapati anak perempuannya. Tangan Nadia digenggam. Ibu tahu Nadia tentu rasa sedih dengan kehilangan anak dalam kandungannya...
"Ibu tahu anak ibu kuat... Tabah, cekal... Ibu kenal anak ibu... Ya, ibu sedar... Kakak dan Chyril benar-benar impikan menjadi ibu bapa dan mempunyai anak sendiri... Tapi, kakak kena ingat... Apa yang berlaku, ada hikmah disebaliknya."
"Ibu faham, ibu faham sangat... Malah, mummy sendiri faham... Kami juga seorang ibu, dan kami faham bagaimana perasaan seorang ibu. Betulkan Puan Edora...?"
"Ya, Nadia... Mummy faham sangat macamana perasaan seorang ibu bila kehilangan. Mummy tahu, menantu mummy ni, cukup cekal... Mummy faham, Nadia benar-benar terasa kehilangan..."
"Apa yang berlaku, takdir Nadia... Nadia, mahupun Chyril tak minta semua ni, berlaku... Tapi, segalanya sudah tertulis... Mummy sayang Nadia macamana mummy sayangkan Chyril, Camelia dan Max... Mummy tak nak rasa Nadia keseorangan... Kami semua ada untuk Nadia..." Seraya itu memegang tangan Nadia.
"Anak babah, kuatkan? Babah selalu ingatkan kakak... Segala yang berlaku ada hikmahnya. Allah uji kita sebab Dia sayang... Allah tahu kemampuan kakak dan Chyril... Jadi, Dia uji dengan kehilangan. Tapi, babah percaya... Allah itu Maha Adil... In Shaa Allah, suatu hari nanti, Dia akan bagi kakak dua kali ganda kebahagiaan... Ingat tu... Semuanya tak mustahil... Kakak tahukan...?"
Mata dialihkan pada babah... Memang, Nadia cukup disayangai kedua ibu bapanya. Selama ini, apa jua yang berlaku tidak pernah dia sembunyikan dari kedua orang tuanya.
"Hubby minta maaf... Hubby tak mampu menjaga honey. Hubby gagal menjadi suami yang selayaknya untuk honey... Hubby minta maaf..." Suara Chyril mengendur... Perlahan-lahan air matanya mengalir ketika ini. Hilang sudah perasaan malu pada daddy, babah, mahupun Max...
"Boleh honey tengok gambar baby?" Soal Nadia cuba mencari kekuatan walaupun ada getaran pada suaranya... Chyril mendongakkan wajahnya. Mata Nadia dicari. Nadia cuba melepaskan senyuman. Perlahan Chyril mengangguk sebelum telefon di atas meja dicapai.
Ibu dan mummy memberi peluang kepada suami isteri itu melayan perasaan seketika dan sekaligus menghilangkan kerinduan pada baby mereka. Chyril mendekati isterinya. Video di telefon di pasang...
Air mata Nadia dan Chyril mengalir walaupun Nadia melebarkan senyuman tatkala melihat nyawa cinta hati mereka dari saat dilahirkan sehingga dikebumikan... Tersedu-sedan Nadia menahan tangisannya. Gambar anaknya diusap.
"Muhammad Caden Connor..." Nadia memandang suaminya...
"Hubby letak nama tu sebelum dikebumikan..."
"Terima kasih, hubby... Honey suka nama tu..."
"Hubby minta maaf..."
"No... Don't say like that... Honey terima segala ketentuanNya... Honey redha... Honey tahu, hubby dah sedaya-upaya untuk menjaga honey, jaga baby... Mungkin ini sudah tertulis. In shaa Allah... Ada sinar kebahagiaan buat kita nanti..."
"Honey..." Chyril terus mendakap tubuh Nadia... Air mata mengalir buat sekian kalinya. Kali ini, esakan Nadia semakin menggila.
"Shu... Shu... Hubby minta maaf... Please. Stop crying... Hubby sayang honey... Hubby sayang honey dunia akhirat..." Pelukan semakin erat. Camelia sudahpun mendakap tubuh Max. Tangisan Camelia turut kedengaran tatkala melihat pasangan itu menangis kesedihan.
Begitu juga ibu dan mummy... Tak mampu ditahan air mata mereka tatkala ini. Sesekali, babah, daddy dan Max mengusap air mata di tubir mata mereka.
"Please, jangan tinggalkan honey lagi... Jangan tinggalkan honey sendirian..."
"No... I won't leave you... I won't leave you, baby..." Dahi Nadia dikucup perlahan.
Sepasang mata, yang sedari tadi memandang ke arah keluarga bahagia itu, turut mengusap air matanya melihat kesedihan yang mereka hadapi. Kaki melangkah pergi. Tak mahu kehadirannya disedari mereka. Chyril menyedari kehadiran lelaki itu.
"Dah... Takmu nangis-nangis lagi... Kakak kena kuat... Chyril kena mainkan peranan... Kita semua perlu sama-sama sokong Nadia dan Chyril untuk memulihkan Nadia..."
"Betul tu, babah... Max setuju sangat. Sekarang, tugas kita kena bahagiakan Nadia dan Chyril. Chyril sendiri kena mainkan peranan penting... Nadia perlukan sokongan kita semua untuk cepat pulih."
"Daddy sokong... Dah... Letih daddy kalau semua menangis macam ni... Hilang macho daddy..." Seloroh daddy yang memang gemar mengusik...
"Terima kasih semua... Nadia terhutang budi pada, ibu, babah, mummy, daddy, Camelia dan Max... And you too, hubby... Thanks for always be by my side..." Sekali lagi tubuh Nadia dipeluk erat sebelum dahi Nadia dikucup lama.
Sorry, finally dapat juga update chapter ni... Penat, bila kena main dengan emosi... Dan dalam masa yang sama, hati penulis turut merasai kesakitan pemegang watak... Actually, hujan lebat gila kat tempat niaga ni... So, sis tak dapat nak update... Nipun, masih dengan kilat, guruh... Enjoy reading... Hi, silent readers.....
Share this novel