BAB 8 - DCCC - DARLING/DEAR

Romance Completed 34736

"Yes darling..."

"No... No... No... Sir... Sorry... Saya tak sengaja... Tadi terkejut... Sorry..."

"Haish! Saya dah teruja dengar awak panggil saya darling..." Suara Chyril kedengaran sedikit kecewa.

"Maaf tuan... Saya cepat terkejut..."

"Nadia, still tuan?"

"Habis tu, saya nak panggil apa...?"

"Chyril... Easier..."

"Se...seganlah..."

"What about... Emm... Hubby..."

"Kita belum kahwin..."

"So, jom kahwin?"

"Hah, kahwin?"

"Sorry, I'm joking..." Chyril simpan senyum. Tertelan air liur Nadia mendengar gurauan kasar Chyril...

"Ok, ok... Sambung makan. Come, saya suapkan. Nadia..." Malu-malu Nadia membuka mulutnya... Nadia sememangnya tengah lapar... Terpaksa control demi menjaga air mukanya.

Lepas satu sudu satu sudu... Habis juga bubur nasi yang disuap abe mata biru... Mangkuk nasi dialihkan ke meja.

"Done... Minum air... And last, ubat ni..." Nadia merenung dua biji ubat berbentuk bulat yang berada di tapak tangan Chyril.

"Nadia... Ambik, ubat ni..." Air liur ditelan terasa berpasir.

"Nadia...?"

"Saya dah ok..."

"Tapi, ini arahan doktor... Luka di leher awak masih ada berkesan."

"Tapi... Ubat tu...?"

"Are you afraid of this?" Chyril mengangkat tangannya seraya menunjukkan ubat yang berada di tapak tangannya pada Nadia...

"Ubat tu pahit..."

"Oh my gosh! Nadia, awak takut makan ubat?"

"Ubat tu pahit... Saya tak suka."

"Hahaha... Nadia Natalia takut makan ubat... Are you serius, Nad?"

"Kenapa tuan gelakkan saya...? Saya tak nak makan ubat tu dan saya tak suka. That is it!" Nadia berkeras dengan keputusannya.

'Ingat kita takut ke dengan awak, abe mata biru... Pirrahhhh!' Getus Nadia dalam hati.

"Tapi, Nad... Ubat ni untuk kesihatan awak juga, Nad!"

"No! Saya tak nak... Jangan paksa saya..." Chyril mengeluh.

"Ok... Now listen... You choose... Read my lips... Take it or I will feed you with my lips!" Mendengar ugutan 'kasar' abe mata biru, cepat-cepat ubat di tapak tangan Chyril di ambil. Tanpa banyak soal, ubat dimasukkan ke dalam mulut sebelum air diteguk dari gelas yang dihulurkan Chyril.

Tertawa Chyril melihat wajah Nadia berkerut menelan ubat.

"You look so cute dengan wajah macam tu..." Nadia malu. Namun, Nadia tak mahu kalah. Sebaliknya, wajah Chyril dipandang...

"Kenapa tengok saya macam tu?"

Nadia tersenyum...

"First time saya tengok tuan senyum... You look handsome..."

"Awak puji saya, Nadia... Oh... I'm flattered!"

"Ish... Tuan ni... Mengada je..."

"Cukuplah tu... Sekarang Nadia rehat... Saya ada kat sini, jaga Nadia... Ok..."

"Tu... Emm... Chyril... Thanks..."

"Don't mention... Take a good rest..." Nadia melebarkan senyumannya...

'Kenapa dia baik sangat... Betul ke Chyril sukakan aku?'

Nadia mengelamun sebelum matanya tertutup... Chyril tersenyum melihat gadis di hadapannya yang sudahpun lena... Sesekali, leher merah Nadia dikerling...

'Jenny, Jack... Watch out... Kau belum kenal siapa aku...' Penumbuk dikepal...

****************************

"So, Chyril... How's Nadia?"

"She's fine... Cuma, mungkin masih terkejut. Ril bagi dia rehat seminggu ni..."

"Takpelah kalau macam tu... Biar dia rehat... Nanti, bila Nadia dah sihat, bawak Nadia jumpa mummy ya..." Chyril menjongketkan keningnya.

"What? Kenapa pandang mummy macam tu...?"

"Macamana mummy tahu pasal Nadia?"

"Hello... She was staff, ok... Ish, mummy tahulah... Mummy tahu dia anak Malaysia, sama tempat kelahiran dengan mummy... di Selangor."

"Mummy ada borak-borak dengan Nadia sebelum Camelia serapkan Nadia dalam CC Interior... She's beautiful... I like her..." Tambah mummy...

"I know you like her, too... Kenapa tak confess?"

"It's not that easy, mummy... Ril takut Nadia terkejut bila tahu siapa Ril sebenarnya..." Mummy merapati anak terunanya. Bahu Chyril diusap...

"Chyril... Kalau kita tak cuba, kita takkan tahu... Mana tahu, Nadia pun sukakan Chyril..."

"Tak mungkin, mummy... Takkanlah orang secantik Nadia takde boyfriend...? Mustahil..."

"Chyril dah tanya Nadia sendiri?" Chyril menggelengkan kepalanya...

"See... Kalau Chyril tak tanya, sampai bilapun Chyril tak tahu yang Nadia dah ada boyfriend? Silap haribulan, dia sendiri memang sukakan Chyril... Who knows..."

"Chyril takut, mummy... Ril takut kalau Nadia menolak... Dan Chyril takut kalau Nadia tahu kisah hitam Ril... Tentu dia akan menolak... Nadia tentu akan tinggalkan Ril..."

"Chyril... Mummy percaya Nadia takkan buat macam tu kalau Nadia benar-benar sayangkan Chyril... Chyril kena berterus-terang dengan Nadia... Pasal perasaan Ril sendiri..."

"Tapi, macamana kalau Nadia menolak?"

"Belum cuba belum tahu, Chyril Connor... Sejak bila anak mummy ni jadi penakut macam ni? Atau Chyril nak mummy tanyakan sendiri pada bakal menantu mummy tu?"

"Mummy... Please..." Chyril malu diusik begitu.

"Hahaha... Anak mummy jadi pemalu... Whatever. Bila nak jumpa Nadia...?"

"Nantilah mummy. She's not feeling well, kan?"

"Ok, ok... Mummy tunggu... By the way, son... Please, muka tu... Tolong jangan beku sangat... Macamana Nadia nak suka, tengok muka ketat je."

"Mummy..."

"Ok, ok... Bye sayang." Chyri tergeleng melihat telatah mummy yang memang suka bergurau. Memang dari kecil, mummy lebih suka mengajar anak-anaknya bertutur dalam bahasa melayu. Kata mummy... Mummy anak Malaysia... Walau ke manapun mummy pergi, bahasa melayu adalah keutamaan...

Cuma, selama ini, Chyril jarang melihat mummy menunaikan solat yang dikatakan tiang agama Islam... Sesekali, mummy akan berjemaah dengan daddy... Tapi, tidak Chyril... Memang malu, bila mengaku diri Islam, tetapi tidak menjalankan tanggungjawab sebagai seorang muslim sejati...

Chyril menghela nafas. Kepala didongakkan. Fikiran menerawang... Mahukah Nadia bersama dengannya? Mahukah Nadia menyambut cintanya? Adakah Nadia akan terus bertahan apabila mengetahui sisi gelap Chyril Connor?

Persoalan itu tak mampu dijawab tanpa bertanya kepada tuan badan sendiri. Memang lain macam aura Nadia Natalia... Berbeza dengan bekas teman wanitanya yang terdahulu...

Benar, Chyril sudah jatuh cinta pada Nadia... Cuma, Chyril masih takut dan bimbang akan peristiwa lama yang mengganggu... Chyril tak mahu lagi dicurangi... Dan yang utama, Chyril tak mahu peristiwa hitam yang dia lakukan, diketahui Nadia... Bersediakan Chyril menerima kehilangan Nadia setelah mengetahui kisah silamnya?

'Ah, lupakan dulu hal Nadia... Aku perlu bersedia... Jack pasti takkan lepaskan aku semudah itu selepas adiknya ditangkap... Aku yakin... Jack pasti akan melakukan sesuatu untuk menjatuhkan reputasi aku... Chyril Connor... Get ready...' Chyril bermonolog.

***********************

"Nadia... Finally... Are you ok...?" Soal Belinda...

"Alhamdulillah... I'm good. Thank you, Bell. How are you?"

"Fine... Come! Join us for breakfast..."

"No, thank you, Bell. Go ahead..."

"Tuan Chyril dah ingatkan I suruh you makan ikut time... Sebab you kena makan ubat, kan?" Tercengang Nadia mendengar alasan Belinda.

"Nadia...?"

" Yes... Yes... It's ok, Bell.. Nanti I makan ya..."

"No! It's not ok!" Terpempan Nadia mendengar suara garau penuh maskulin milik abe mata biru.

'Hish, dia ni... Ade je...!'

Nadia palingkan wajahnya melihat abe mata biru yang sudahpun berdiri di sebelahnya.

"Tuan Chyril... I dah makan kat rumah tadi..."

"So, ubat you, mana?"

"A...ada..."

"Mana?"

"Kat rumah..." Nadia menundukkan kepalanya... Malas nak bertekak dengan abe mata biru ni...

"Takpe... I ada extra ubat you... I tahu, you tentu takkan makan ubat ni... Lagipun, Doktor Francis dah remind I... So, ambik ni..." Dua biji ubat selamat diletakkan di tapak tangan Nadia... Sementara kawan sekerjanya hanya mampu tersengeh melihat kelakuan Nadia seperti keanak-anakan yang disuruh makan ubat.

Chyril simpan senyum melihat wajah cemberut Nadia...

'Nak skip makan ubatlah tu...'

"Nadia... Nadia!"

"Ya, ya.. Dear..." Again! Nadia terlepas... Tulah, berangan lagi. Tergelak kecil kekawan pejabatnya.

"Awak memang suka berangan, ya? Ubat tu, makan cepat..." Nadia mengherotkan mulutnya...

Tiba-tiba Chyril merapati Nadia lalu berbisik... "Or you want me feed you with my lips..." Tanpa berlengah, Nadia menelan ubat yang diberi... Segelas air habis diminum. Nampak sangat ubat tu memang pahit... Hihihi...

"Good girl..." Usik Chyril...

"Ish... I hate you..."

"But I love you...." Terkejut Nadia mendengar suara seorang lelaki di belakangnya... Tubuh dipusing...

"Sorry..."

"Sorry... I'm looking for Mr Chyril... Is he around?"

"Yes... And you are...?"

"Mr Jack Jacquel... His friend..."

"Sebentar tuan... Saya inform Tuan Chyril... Have a seat."

"Thank you..."

Nadia melangkah masuk ke bilik Chyril sebelum kembali keluar diikuti Chyril.

"Jack Jackquel... Apa mimpi kau datang kemari...? Nak suruh aku tarik balik report, sorry... I can't..."

"Chyril... Please, we need to discuss something..."

"Discuss? Pasal apa? Kita tak pernah buat apa-apa perjanjian pun..."

"Chyril, aku hanya nak bincang dengan kau... Face to face..."

"Untuk apa, Jack? Untuk apa? Tak cukup lagi dengan apa yang kau dah lakukan pada Caden, pada aku dulu...?"

"Chyril... Look... I'm sorry for what I had done before... But, trust me... Aku benar-benar dah berubah... Aku bukan lagi Jack dulu..."

"Why should I trust you? Tak semudah itu aku nak lupa apa yang kau dah lakukan dulu, Jack..."

"Please, Chyril... I beg you... Bagi aku peluang menerangkan segalanya... Hanya sekejap..." Chyril melepaskn keluhan kasar.

"Baik... Aku bagi kau masa 15 minit untuk terangkan apa tujuan kau kemari... Cepat, aku sibuk."

"Chyril... Please... just two of us..."

"Ok... Masuk office aku." Kedua-dua lelaki itu melangkah masuk ke pejabat Chyril.

"Siapa lelaki tadi tu, Bell?"

"Itulah Jack Jacquel... Abang Jenny..."

"Hah, abang Jenny? No wonder, nama tu familir sangat..."

"Nadia... Please be careful... Abang Jenny tu jahat... Orang sini kenal sangat si Jack tu... Dia kasanova, lintah darat... Ramai perempuan dah kena dengan dia... Becareful tau... Jangan dengar cakap dia... Jangan keluar dengan dia, kalau dia ajak you... Bahaya..."

"Oh... Ok... I dengar cakap you... Thanks Bell... Dah, jom kita sambung kerja... Nanti tak habis... Kita pulak kena marah dengan Tuan Chyril..."

"Wait... Wait... Cakap pasal Tuan Chyril... Macamana hubungan you dengan bos...?"

"Hubungan apa? Apa yang you merepek ni...?"

"Apa pulak I merepek...? Betulkan... Tuan Chyril ada cakap masa malam dinner... Semua orang dengar..."

"Ish... Taklah... Waktu tu, Tuan Chyril cakap sebab nak Jenny lepaskan I... Dia nak selamatkan I dari Jenny je..."

"Serius ke? Macam lain je...?"

"Bell... I ni orang kampung, Bell... I bukannya model, cantik, bergaya... Tak macam Tuan Chyril... I have nothing, Bell..."

"Nadia... You ni suka sangat rendahkan diri tu... Actually, malam dinner tu, ramai yang tanyakan hal you kat I... You siapa? Dah kahwin? Couple siapa? Letih tau I nak jawab..."

"La... Ya ker... Sorry, Bell... Terpaksa jadi PA I..."

"Tapi, kan... Lepas I dengar tuan Chyril bagitahu pasal perasaan dia kat you malam tu... I cakaplah dengan dorang semua... You milik Tuan Chyril..."

"Bell... Are you insane? I milik Tuan Chyril? Jangan Bell... Ada pulak yang datang claim Chyril boyfriend dorang... Silap haribulan I kena belasah tau..." Nadia tertawa kecil...

"Siapa berani nak belasah you? Tell me?"

"Eh, Tuan Chyril..."

"Nadia, Bell... My office now..." Nadia menjongketkan keningnya seraya memandang Bell yang cuba menanyakan padanya, kenapa Tuan Chyril nak jumpa? Agaknyalah...

Tok! Tok!

"Come in!"

"Tuan..."

"Have a seat, Nad, Bell..."

"Ya, Tuan Chyril... Ada apa-apa yang kami boleh tolong?"

"Emm, macam ni... I just need your opinion... Jack Jacquel nak bekerjasama dengan syarikat kita untuk satu projek usahasama yang membabitkan sebuah syarikat dari Itali..."

"Emm... Projek apa?"

"Jack cuba cakap, syarikat kita akan mereka dan mendekor ruang pejabat baru sebuah syarikat besar dari Itali yang bakal membuka cawangan mereka di sini..."

"Ada paperwork?" Soal Belinda. Chyril gelengkan kepalanya.

"Maaf, tuan... Tapi, kalau benar Tuan Jack nak bekerjasama dengan kita, dia perlu sediakan paperwork... Segala perbelanjaan, rekabentuk dan perbincangan dengan pihak Itali perlu disertakan sekali... Pandangan dari pihak tuan punya syarikat juga diperlukan... Tak boleh sewenang-wenang nak buat ikut kepala sendiri.. Kita tak nak nanti, kita dipersalahkan sebab tiada perbincangan 3 mata..."

"Lagi satu tuan, boleh ke percayakan Tuan Jack... Kita tahukan dia, abang Jenny... Dan kita tahu apa yang Jenny dah lakukan selama ini... Saya percaya, tuan tahu dan kenal siapa Jack selama ini, kan?" Tambah Belinda.

"Betul tu, Tuan Chyril... Takut, kita dah standby, dah ready... Lastly, dia batalkan... Orang macam Jack tentu banyak idea nak jatuhkan orang lain..."

"Hemm... Saya pun confuse... Nak percaya atau tidak..."

"Apa kata tuan upah seseorang untuk memerhati segala gerak geri si Jack... Saya cuba bimbang dia berniat tak baik pada tuan atau lebih tepat pada Nadia..."

"Maksud awak, Bell?"

"Ini cuba andaian saya sahaja... Jack cuba rapat dengan tuan sebab Nadia... Atau lebih tepat, nak balas dendam pada Nadia dan tuan lepas apa yang dah berlaku pada Jenny..." Nadia tak mampu nak cakap apa-apa... Segala kata-kata yang keluar dari mulut Belinda, ada benarnya.

"Takpelah... Saya akan fikirkan nanti... Thanks sebab kongsi pendapat dengan saya..."

"Your welcome, sir..." Nadia masih diam terkutik. Belinda menarik tangan Nadia keluar dari bilik Chyril.

"Err... Nadia... Tak perlu risau apa-apa... Don't worry... You'll will be ok..." Terhenti langkah Bell dan Nadia mendengar suara Chyril.

"Thanks sir..." Chryil mengangguk. Nadia terdiam sesampainya di meja kerjanya. Fikirannya menerawang. Macam-macam yang difikirkan...

Sorry, lewat update... Sis letih sangat hari ni... Enjoy reading...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience