BAB 28 - DCCC - HAK MILIK

Romance Completed 34736

"Sudahlah Naqui... Pergilah balik... Aku takkan terima pinangan kau... Pergilah balik... Aku nak pergi kerja..." Video di telefon bimbitnya, sengaja dibiarkan... Nadia perlu merakam segala-galanya sebagai bukti apabila berlaku sesuatu yang tidak terduga... Nadia kenal Naqui macamana...

Nasib Nadia tak buka lagi pagar rumah... Jadi, terasa sedikit selamat... Sekurang-kurangnya, Naqui tak dapat nak sentuh Nadia.

"Nad, tolonglah Nad... Aku sayangkan kau, Nad... Hidup aku tak tenteram lepas kau tinggalkan aku, Nad... Aku menyesal Nad. Aku betul-betul menyesal tinggalkan kau dulu..."

"Sayang? Menyesal? Huh! Dah terlambat, Naqui. By the way, bila pulak aku tinggalkan kau... Aku lari dari kau kan sebenarnya... Dasar manusia tak tahu bersyukur!"

"Kau cakaplah apa kau nak cakap Nad... Aku terima seadanya... Asalkan kau terima pinangan aku..."

"In your dreams, Naqui... Cukuplah selama ini penghinaan yang kau dan mama kau berikan. Aku bersyukur, aku tinggalkan kau... Aku nyaris jadi mangsa kerakusan nafsu kau... Aku bersyukur sangat... Tuhan masih sayangkan aku."

"Nadia... Aku mengaku aku bersalah, Nad... Aku ego... Aku bongkak dengan diri aku sendiri... Aku mohon kau maafkan aku, Nad... Tolonglah terima aku semula, Nad..."

"Semudah itu, Naqui...? Kau dan mama kau sama je... Dah hina orang, dah tutup periuk nasi babah aku, kau nak aku maafkan kau, mama kau...? Eh, bila kita putus? Kita hanya kawan je..."

"Apa maksud kau...? Aku tak faham..."

"Kau tak faham? Betul kau tak tahu apa yang mama kau dah buat?" Naqui menggeleng...

"Sebab mama kau! Mama kau punca babah aku dibuang kerja... Hanya kerana pinangan kau ditolak, babah aku dibuang kerja... Pelikkan... Papa kau pun tak tahu babah aku dibuang kerja... Tapi, aku bersyukur... Sekurang-kurangnya, babah aku dah tak jadi kuli batak kau sekeluarga. Sudahlah Naqui... Baliklah... Kembalilah kau pada isteri kau..."

"Tak Nadia... Aku nak kau maafkan aku... Dan terima pinangan aku... Aku nak kita bersama kembali... Terima aku, Nadia..."

"Kau tak faham bahasa ya...? Aku takkan sesekali terima kau... Aku benci kau... Aku benci keluarga kau... Kau faham tak! Aku nak kahwin lagi dua minggu Naqui... Lagi dua minggu. Tolonglah, kembali pada isteri kau..."

"Nadia... Aku rayu... Terimalah pinangan aku... Aku berdosa, Nad... Aku berdosa pada kau... Aku minta ampun, minta maaf pada kau, Nad... Tolong ampunkan aku, Nad..."

"Naqui, Sepatutnya kau minta ampun dengan Allah... Bukan dengan aku... Bertaubatlah... Minta ampun dengan Allah. Minta diampunkan segala kesalahan dan kesilapan yang kau dah lakukan."

"Nadia... Aku rayu kau... Aku sanggup sujud kau... Kembalilah pada aku, Nad..."

"Kau gila ke, Naqui? Aku bakal isteri orang... Aku bakal jadi isteri kepada seorang lelaki yang jauh lebih tinggi tarafnya dari kau..."

"Tapi, Nadia..."

"Aku tak lupa semua kata-kata kau, Naqui... Aku tak pernah lupa segala kata-kata tohmahan mama kau... Ya... Aku sedar... Aku tak sama level dengan kau sekeluarga, kan? Tapi, kami bahagia... Bahagia sangat..."

"Nadia... Jangan! Nadia... Kesiankan aku, Nadia... Kita pernah bercinta dulu... Takkan takde sekelumit perasaan sayang kau pada aku, Nad...?"

"Realiti yang perlu kau terima, Naqui... Aku tak pernah cintakan kau... Aku tak pernah simpan apa-apa perasaan pada kau... Aku hanya anggap kau kawan rapat aku... Untuk pengetahuan kau... Cinta aku hanya pada tunang aku, yang akan aku nikahi tak lama lagi..."

"Tak! Kau takkan kahwin dengan orang lain... Kau milik aku... Milik aku, Nad... Kahwin dengan aku, Nad... Kahwin dengan aku..."

"Kenapa kau desperate sangat ni, Naqui...? Kenapa dengan kau...? Apa yang buat kau jadi macam ni...?"

"Aku terlalu cintakan kau, Nadia..."

"Cinta? Hahaha... Kau memang gila, Naqui... Gila!"

"Isteri aku tak mampu nak bagi aku zuriat, Nad... Dia tak mampu..." Naqui tertunduk malu.

"Hahaha... Sebab zuriat... Kau nak kahwin lain sebab zuriat? Kau yakin ke dia yang bermasalah? Bukan kau? Sepatutnya, kau bawak isteri kau pergi berubat... Bukan meletakkan kesilapan pada dia 100%. Itulah sikap kau yang tak pernah berubah sejak dulu... Meletakkan kesilapan pada orang lain walaupun ianya kesalahan kau..."

"Nad, tolonglah aku, Nad... Terimalah lamaran aku..."

"Aku akan berkahwin, Naqui! Aku akan berkahwin dengan lelaki pilihan hati aku sendiri... Lelaki yang sanggup menerima diri aku seadanya... Lelaki yang sanggup terima aku walau aku tak sekaya dia..."

"Tak! Kau tipu aku, Nad... Kau tipu aku! Kau sukakan aku! Kau cintakan aku..."

"Kau memang gila, Naqui... Kau memang gila... Aku takkan terima kau walau hidup mati semula. Pergilah balik, Naqui... Aku rayu kau... Baliklah... Aku dah letih nak layan kau... Aku nak keluar cari rezeki. Pergilah sebelum aku telefon polis..."

"Sampai hati kau, Nad... Sampai hati kau kecewakan aku... Aku sukakan kau, Nad... Aku cintakan kau, Nadia..."

"Kau bukan mahukan aku sebab kau sukakan atau cintakan aku. Tapi, sebenarnya kau obses untuk memiliki aku demi merealisasikan impian mama kau untuk mendapatkan zuriat. Betulkan? Sudahlah, Naqui... Baliklah..."

"Nad..."

"Ini kali terakhir aku bagi amaran pada kau, Naqui... Amaran terakhir... Atau aku akan buat laporan polis... Jangan cabar aku, Naqui... Aku bukan lagi Nadia yang boleh kau pijak-pijak. Yang boleh kau perbodohkan seperti dulu... Baliklah..." Nadia terus melangkah masuk ke dalam rumah... Pintu terus dihempas.

"Nadia... Nadia...!"

"Sampai hati kau, Nadia... Aku takkan biarkan kau menjadi milik orang lain, Nad... Takkan...! Kau tunggu Nad... Aku akan pastikan kau jadi milik mutlak aku... Wait and see, Nad..." Jeritan Naqui mengganggu pendengaran Nadia dan kedua ibu bapanya. Naqui melangkah pergi membawa hatinya yang cukup kecewa dengan sikap Nadia yang berterusan menolak pinangan dia mentah-mentah.

Melihat Nadia di depan matanya, nafsunya melonjak... Nadia terlalu cantik... Menang diakui, Nadia memang dari dulu cantik secara semulajadi... Tapi, kerana mamanya... Dia terpaksa memilih antara darjat atau merempat...

Dua pasang mata merakam setiap gerak-geri Naqui...Video drama swasta yang dirakam, dihantar pada seseorang...

**********************

"Shit!" Genggaman tangan semakin kuat setelah melihat video yang diterimanya... Nampak gayanya dia perlu menjadi seseorang demi menjaga keselamatan Nadia. Takkan sewenang-wenangnya, Chyril akan melepaskan manusia seperti Naqui...

Prang! Cermin meja solek pecah akibat tumbukan padunya.

"Berani kau usik Nadia... Nadia milik aku... Milik aku, Naqui... Kau akan menangisi setiap kesilapan yang telah kau lakukan, Naqui... Aku takkan izinkan kau sentuh walau hujung rambut Nadia sekalipun... Nadia hak aku... Hak aku...!"

"Kau belum kenal siapa aku, Naqui... Kau tak kenal siapa aku... Aku akan tunjukkan siapa aku pada kau... Berani kau ganggu Nadia... She's mine, Naqui! She's mine!"

Satu nombor telefon didail...

"Ok, listen... I need all those thing... I'll send you the list... Ok noted!" Talian dimatikan... Genggaman tangan semakin kuat...

***************************

Keluar masuk, pergi balik Nadia diperhatikan. Tidak sesekali dibiarkan tanpa memerhatikan Nadia walau dalam kejauhan...

Segalanya telah dirancang... Mana mungkin dia akan membiarkan ada tangan lain memiliki Nadia...

"No way! Nadia will be mine...! Always mine!" Berkali-kali dinding ditumbuk dengan sehingga berdarah tangannya... Namun itu tidak sedikitpun meredakan kemarahannya... Chyril melelapkan matanya sebentar... Nafas ditarik sebelum dihembus kembali...

"Belajar kawal kemarahan... Fokus pada yang tersayang... Ingat pada seseorang yang sentiasa membuatkan kamu merasa tenang... Bayangkan dia sentiasa berada di sisi kamu..." Kata-kata doktor yang merawatnya, tiba-tiba terngiang-ngiang di telinga.

Deringan telefon mengganggu lamunannya...

"Yes! Ok... I'll take it later... Just put it at the same place we discuss before..."

**************************

"Kakak... Dah tinggal seminggu je lagi... Ada lagi yang tak siap ke...?"

"Emm, setakat ni... Alhamdulillah... Cuma baju untuk majlis resepsi, kakak belum ambik... Kejap lagi kakak ingat kakak nak keluar..."

"Kakak nak ke mana?"

"Nak pergi butik Kak Yaya... Nak ambik baju nikah kakak dengan Chyril... Semalam, Kak Yaya dah call... Baju dah siap... Boleh ambik sekali baju untuuk majlis resepsi tu..."

"Kakak tak nak tunggu Chyril...?"

"Kalau ikut kata Chyril hari tu... Chyril sampai sini hari Rabu... Dah alang-alang cuti ni, biarlah kakak ambik terus. Kesian pulak nak tunggu Chyril... Tentu dia penat... Lagipun, Chyril belum sihat sepenuhnya tu..."

"Yelah kalau kakak dah cakap macam tu... Tapi, nanti nak keluar... Bawak si kembar... Tak manis keluar sorang-sorang..."

"Ibu... Kakak dah dewasalah... Dah nak kahwin pun... Takyahlah berteman bagai..."

"Sebab kakak dah nak kahwinlah, ibu suruh kembar temankan kakak... Sehari dua ni, dada ibu berdebar-debar... Ibu takut apa-apa terjadi pada kakak... Lagipun, ibu takut si Naqui buat sesuatu kat kakak... Kakak tak ingat ugutan Naqui hari tu?" Terpampang wajah Naqui ketika ini.

"Baiklah bu... Nanti kakak suruh kembar temankan kakak... Ibu takyah risau lagi ya...?"

"Ibu bukan apa, kakak... Ibu takut, Naqui buat sesuatu... Tengok dari cara dia tu, macam orang gila talak je... Seram ibu..."

"In shaa Allah... Lepas ni kakak akan berhati-hati." Nadia simpan senyum. Terus mati senyumannya ketika ini... Bayang Naqui sentiasa menghantui Nadia... Bukan Nadia rindu... Tapi, lebih kepada takut... Selepas apa yang berlaku pada pertemuan terakhir mereka, Nadia terus membuang jauh-jauh nama Naqui...

Nadia terus padam segala kenangan persahabatan mereka dari sekolah rendah sehingga kini... Nadia tak mahu lagi mengingati kenangan bodoh tu... Cukuplah selama ini, kata-kata nista dan caci-maki dari keluarga Naqui yang Nadia terima...

Nadia bersyukur, selepas babahnya dibuang kerja dari syarikat keluarga Naqui... Babah diterima bekerja di syarikat milik keluarga Chyril... CCNN Interior... Sehari selepas Nadia mengadu mengenai babah yang dibuang kerja... Keesokkannya, babah terus dipanggil bekerja di syarikat mereka...

Pada awalnya ditolak mentah-mentah oleh Nadia... Tetapi selepas diterangkan Chyril dan dipujuk Aunty Emelia, Nadia akur... Kebetulan tugas babah lebih kurang dengan tugasnya di tempat lama.

"Ibu... Kakak pergi dulu ya... Arul, Aril cepatlah..."
Laung Nadia selepas bersiap untuk mengambil baju nikah yang sudah siap dijahit.

"Sekejap kak..."

"Kakak takut Kak Yaya balik nanti... Lagipun, hari ni hari Sabtu... Kak Yaya separuh hari rasanya..."

"Dah, jom! Kami dah siap..."

"Ibu, kami pergi dulu, ya...?"

"Yelah! Jangan balik lambat sangat... Nanti mak ngah, mak lang, mak andak datang... Nak tolong..."

"Baik, bu..." Kereta Mercedes GLA berwarna putih yang dihadiahkan Chyril dipandu Nadia menuju ke lokasi yang telah dijanjikan. Tanpa Nadia sedar, sebuah kereta Toyota Camry berwarna hitam mengekori Nadia... Dan dalam masa yang sama, sebuah kereta Mini Cooper Countryman berwarna putih mengekori Toyota Camry hitam tanpa disedari.

Ting! Bunyi notifikasi menandakan kemasukkan pesanan baru ke telefon bimbit...

"Hai.. Makwe hantar mesej ke...?"

"Ish, kakak ni... Mana ada makwe...? Kakak ada calon ke...? Pas-paslah kat kami kak..."

"Takde maknanya... Akak mana ada kawan... Kalau ada pun dah jadi bini orang, mak orang... Nak ke?"

"Ish, taknaklah... Orang nak yang muda-muda... Tak mainlah yang tua-tua ni..."

"Porah! Esyen je... Cari sendiri..."

"Hahaha... Err.. Kak, pinjam handphone kak..."

"Nak buat apa?"

"Ala... Sekejap je..."

"Ambiklah dalam beg tu..."

"Ni password ni...?"

"Ish, sibuk je... Type kat situ... Birthday akak..."

"Ok... Thanks kak..." Arul mula memasukkan sesuatu dalam handphone Nadia seperti yang diarahkan Chyril...

"Ok, dah... Thanks kak.."

"Buat apa dengan phone akak...?"

"Cari maklumat..." Tergeleng-geleng kepala Nadia dengan gelagat adik kembarnya.

"Ok, dah sampai... Dah jom..."

"Kak, dah alang-alang sampai sini, kita jalan-jalan dulu kak..."

"Nak cari apa?"

"Nak cari awek..."

"Amboi... Gatalnya..."

"Yelah... Akakpun dah nak kahwin... Kita orang ni... Bukan nak cakap pasal kahwin... Makwe pun takde..."

"Hai... Adik-adik akak ni punyalah hemsem, smart, badan sado... Takde orang berkenan ke? Ke korang jual mahal ni...?"

"Akak jangan percaya cakap Arul ni... Si Mira, kau nak letak mana? Mengada je..."

"Ish, kau ni... Kacaulah... Suka tau pecah rahsia..."

"Oh, Mira... Sedap nama dia... Err... Aril...?"

"Shalina..."

"Ish, kau ni..."

"Habis tu... Kau bocorkan rahsia aku takpe..."

"Dah, dah! Tak payah nak bertekak bagai... Nanti majlis resepsi, bawak Mira ngan Shalina datang. Boleh akak kenal... Alang-alang, boleh kenalkan dengan ibu babah." Tertelan air liur kedua-duanya mendengar perkataan ibu babah...

"Hah, kenapa? Takut? Tak gentlelah..." Terkedu keduanya...

"Bukan masalah tak gentle ke apa kak. seganlah kak... Masalahnya, kita orang belum dapat kerja tetap lagi... Macamana nak bagi anak dara orang, makan..."

"Amboi, amboi, amboi... Akak suruh kenalkan je bukannya suruh kahwin terus... Gatal eh?"

"Hihihi... Oh, bukan ya...? Ingat nak suruh kahwin terus."

"Jangan nak mengada... Kerja dulu, cari duit... Kesian ibu babah tu..."

"Kak, kat tempat kerja akak, takde kerja kosong ke bahagian interior... Kalau ada, takdelah Aril nak cari tempat lain..."

"Arul pun, kak..."

"Nasib baik tanya... Akak taknak rekomenkan Arul ngan Aril macam tu je... Tapi, takpe... Nanti akak tanya Aunty Emelia... Kot-kot ada kerja kosong... Akak tak nak rekomen terus... Apa-apa, nanti serahkan resume kat akak... Akak bagi Aunty Emelia... Biar Aunty Emelia yang tentukan, boleh?"

"Boleh kak... Thanks kak... Sayang akak..."

"Dah, cepat... Nak cari apa ni? Jangan nak pau akak ya...?"

"Ala kak... Bukannya selalu... Sekali sekala je..."

"Yelah, yelah... Hah, cepat..." Tingkah laku Nadia diperhatikan sedari tadi dan tingkah laku manusia misteri itu diperhatikan oleh seseorang dari belakang...

Hampir setengah jam berlalu, Nadia dan si kembar mula melangkah keluar dari kompleks membeli-belah itu. Sebelum menuju ke kereta mereka... Tiba-tiba...

Alhamdullilah. New chapter updated... Kita bagi para pembaca berteka-teki... Aapa yang berlaku sebenarnya... Enjoy reading

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience