"Maxi... You ni... Actually... I akui I suka tengok wajah lelaki macam you, hemsem, macho... But... you jangan nak expect I akan terpikat, tau?"
"Kenapa pulak? I tak cukup hemsem ke untuk you?"
"Maxi... Please... Kita tak boleh paksa orang untuk suka pada kita. You know that, right?"
"Sorry, Nadia... I gurau je..."
"Nadia..." Suara seseorang memanggil Nadia...
"Anaqi..." Anaqi melirik tajam ke arah Maxi...
"Hai Anaqi... Come, joint us." Ajak Maxi... Lagipun, Maxi dan Anaqi berkawan sejak di universiti... Jadi, tiada masalah untuk mereka keluar bersama.
"No, thanks... But, I nak cakap dengan Nadia sekejap..."
"Anaqi... Cakap di sini je... Lagipun, I tak selesa berdua dengan you..." Jawab Nadia, selamba.
"Nadia, please..."
"No...! Kalau you nak cakap, cakap sekarang... In front of Maxi..."
"Fine! Kenapa you tolak pelawaan I? Kenapa tolak semua pemberian I?"
"I told you, Anaqi... I tak boleh terima pemberian you... I tak boleh terima cinta you... You tak faham ke?"
"Kenapa? Apa yang kurangnya I, Nadia...? Apa yang tak cukupnya pada I?" Nadia menghela nafas berat.
"I cuma tak boleh terima cinta you... That's it! I memang tak boleh! Boleh tak you jangan paksa I... I tak suka!" Naik seoktaf suara Nadia... Maxi masih memandang adegan meloyakan di hadapannya.
"Tapi, kenapa? Apa alasan untuk you tolak cinta I, Nadia? Tell me, Nadia..."
"Ya Allah... Please Anaqi... I memang tak boleh... Kenapa you tak faham, hah?"
"I takkan faham... Dan I tak boleh faham kalau you tak terangkan kenapa you tak boleh terima I?"
"Oh, Anaqi... Pleaselah..."
"Nadia... I cuma nak tahu, kenapa dan atas alasan apa you tak nak terima cinta I, Nadia... Sedangkan I betul-betul cintakan you..."
"Bullshit dengan cinta you!"
"Sebab jantan ni ke you tolak I? Sebab Maxi, you tolak cinta I?"
"Anaqi, watch out! Jangan memandai nak tuduh I dengan Nadia macam tu... Kami baru je berjumpa hari ni..."
"Shut up, Maxi! I'm Not talking to you...! Nadia, please!"
'Bullshit punya jantan...!'
Maxi menggenggam penumbuk. Silap haribulan memang teruk Anaqi dibelasahnya.
"Nadia... Please... Terima cinta I, Nadia... I really love you..." Anaqi cuba meraih tangan Nadia... Namun, Nadia lebih pantas melarikan tangannya... Nadia teringat saat Anaqi mencengkam tangannya ketika di pejabat beberapa hari lalu.
"Stop it! Stop it, Anaqi...!"
"Nadia... Dia tak layak untuk you, Nadia... Dia tak layak... You tak tahu siapa Maxi sebenarnya..."
"Anaqi! You jangan nak lebih-lebih..." Maxi semakin membara amarahnya.
"I don't care... I tahu siapa you sebenarnya. Nadia, please, terima cinta I, Nadia... I tak boleh hidup tanpa you, Nadia..."
"Hahaha... Tak boleh hidup di samping I? Really? Macamlah I tak tahu siapa you sebenarnya... Dasar buaya... Kasanova..."
"Nadia..." Anaqi tergamam...
'Macamana dia tahu... Bell ke yang bagitahu Nadia atau mungkinkah Camelia...?'
"Kenapa you senyap? Betulkan you ni memang kasanova...? Tak pernah cukup dengan satu. Jawablah..." Anaqi masih mendiamkan diri...
"Nadia... Ya... I akui... I memang kasanova... But, it was before... Sekarang... Cinta I hanya pada you, Nadia... Nadia... Please..."
"Oh really...? Macamana dengan Camelia...?"
"Err... Cam... Err... Kenapa dengan Camelia?"
"You lupa atau you buat-buat lupa?"
"I... I tak faham, Nadia..."
"Huh! Let me tell you something... You tinggalkan Camelia sebulan sebelum perkahwinan you dengan Camelia... You lukakan hati Camelia... You kahwin dengan perempuan lain... Then, sekarang, you nak lepas tangan... Jantan apa you ni...?"
Anaqi menghela nafas berat. Cuma mencari perkataan yang sesuai untuk menjawab segala persoalan Nadia...
"Nadia... I admit I bersalah... Tapi, waktu tu I belum matang..."
"Kalau you dah sedar... Kenapa you tak pujuk Camelia? Kenapa terhegeh-hegeh nak kejar I?"
"Sebab I cintakan you, Nadia..."
"Nadia... Please..."
"Anaqi... Tolonglah... I rayu kat you... Jangan ganggu hidup I lagi... I memang tak boleh terima you... I tak minta lain... I hanya nak you faham... Pergilah, jernihkan semula hubungan you dengan Camelia... Kasihankan dia... Dah 5 tahun you buat dia menderita... Cukup-cukuplah Anaqi..."
"But, I cintakan you... Bukan Camelia...!"
"For your information, I tak cintakan you dan I takkan sesekali jatuh cinta pada you... You faham tak!"
"Nadia..."
"Anaqi... Sudahlah... Tak perlu nak paksa orang kalau orang tak suka..."
"You back-off! Tak perlu campur tangan urusan kami...!"
"Hello! Urusan you mengganggu konsentrasi kami berdua... Can't you see, kami tengah dating?" Nadia terkejut mendengar alasan yang diberikan Maxi. Begitu juga Anaqi...
"Dating? Are you serius...? Sejak bila, jantan gay macam you berdating dengan perempuan cantik? Huh?"
"Watch out, Anaqi! Jangan sebarangan melafazkan kata-kata! Kelak makan diri..." Amaran Maxi.
"Do I care? Dasar jantan jalang... You ingat I tak tahu, yang you memang gay?"
'Apa yang berlaku ni...? Maxi gay? Are you serius?'
"I cakap, sudah Anaqi...! Jangan cakap apa-apa kalau you tak tahu apa-apa..."
"Kenapa? You ingat I takut dengan amaran you? Kali ini siapa pula pasangan you... Rais, Syed, Lincoln...?" Urat Maxi semakin tegang di leher... Tangan dikepal... Kemarahannya cuba diredakan sendiri...
"I takkan sesekali takut dengan you Maxi... I tak takut dengan you lagi... Dulu, memang I takut... Sekarang, tidak lagi... You boleh pergi mampus! Dasar jantan jalang! Gay giler!"
Buk! Satu tumbukan mengenai wajah Anaqi. Berdarah sedikit tepi bibir kanannya...
"Maxi..." Nadia cuba meleraikan Maxi dari terus membelasah Anaqi...
"I dah lama berdiam diri, Anaqi... I dah lama bertahan dengan mulut jahat you. I dah lama bersabar dengan sikap you... Dari mula kenal lagi, you dah tunjuk perangai jahat you... You buli I... You seksa fizikal dan mental I... You dera perasaan I... Sekarang you cakap I gay, jantan jalang?"
"Selama ni, siapa yang ajar I tengok video lucah? Siapa yang bawa video lucah dan lepaskan nafsunya kat I? Siapa? Jawab Anaqi? Jawab!"
"Semakin lama you semakin melampau, Anaqi... You paksa I buat perkara tak senonoh! You janji I takkan sakit... Hakikatnya, I menderita... Fizikal dan mental I cukup sakit kerana perbuatan you, Anaqi... Sehingga I terpaksa berjumpa dengan pakar psikiatri... Sebab siapa, Anaqi? Sebab siapa?" Turun naik pernafasan Maxi menahan kemarahannya.
Anaqi terus terdiam... Kepala ditundukkan tanpa sebarang bunyi.
"You sebenarnya bermasalah Anaqi... You kurang kasih sayang. Sebab itu, you buat masalah dan macam-macam hal untuk sakitkan hati orang lain dan dalam masa yang sama, you sakitkan hati you sendiri... I terlalu banyak bersabar, Anaqi... Terlalu banyak bersabar... I jaga nama baik you dan keluarga you... Sekarang I tak boleh nak sabar lagi..."
"Ini amaran I yang penghabisan... Jangan ganggu I dan jangan sesekali ganggu Nadia... I takkan teragak-agak melakukan sesuatu yang lebih dahsyat kalau you berdegil. Bertaubatlah Anaqi... Pintu taubat masih terbuka... Belajar terima kekurangan diri sendiri... Jangan hidup dibayangi kisah silam... You masih ada keluarga... Masih ada Tuhan Yang Satu... Masa depan you cerah... Kembalilah ke pangkal jalan..." Nadia memandang Maxi dengan wajah yang penuh kejutan sehingga melopong mulutnya.
"Nadia... Let's go... I hantar you balik..." Nadia masih terkejut...
"Nadia...!"
"Eh, ya, ya!"
"Jom... I hantar you balik..."
"Ok, ok... Sorry Anaqi..." Nadia membontoti Maxi meninggalkan Anaqi yang masih terduduk sugul di situ... Suasana tadinya senyap sunyi akibat pertengkaran mereka... Kembali menjadi bingit...
'Maafkan I Nadia... Maxi... Maafkan I...'
"Anaqi gay...? Betul ke...?"
****************************
Sepasang mata memerhatikan Nadia dari jauh... Bukan tidak dirindui gadis itu... Tapi, kenangan pahit dicurangi berkali-kali menjadikan dia manusia paranoid...
Chyril Connor, businessman yang berjaya. Jutawan muda yang berjaya dalam bidang perniagaan yang mewarisi sebahagin besar harta keluarganya... Mempunyai harta yang berlimpah-ruah hasil perniagaan interior yang dimiliki keluarganya...
Di sebalik nama Connor, mereka juga mewarisi harta jutaan pound sterling hasil perniagaan hotel lima bintang kepunyaan datuknya... Yakni, ayah kepada daddynya... Mr Connor Chistopher...
Kegagalan dalam percintaan menjadikan Chyril seorang pendendam... Kehebatan Chyril Connor dalam dunia perniagaan dan perdebatan sejak di bangku sekolah, memang tidak dapat disangkal... Namun, berbeza dengan Chyril Connor kini... Chyril menjadi pendendam...
Tapi, tidak pada Nadia Natalia... Gadis yang benar-benar mengganggu lenanya... Fikirannya melayang memikirkan Nadia... Untuk melafazkan kata-kata cinta, bukanlah kehebatan Chyril... Apa yang dia mahukan, Nadia sentiasa berada di hadapannya...
"Nadia..."
***************************
"Nadia... Sorry pasal tadi..."
"No... It's ok... I faham. You nak selamatkan I. Anyway, thanks Maxi... I terhutang budi dengan you..."
"Ish! Terhutang budi apa... I cuma cakap yang betul... Betulkan kita tengah berdating...?" Nadia mengerutkan dahinya.
"Ok, ok. I faham. Actually, kalau I berjumpa dengan sesiapa saja, including my friend... I anggap kami berdating... It's not neccesary, berdating kita ada date dengan someone special..."
"Ok...I get it."
"But... Can I ask you something?"
"I tahu you nak tanya apa..." Pantas Maxi mencantas ayat Nadia...
"You jangan salah faham... I cuba nak tahu je... It's ok kalau you taknak ceritakan kat I..."
"No, it's ok... I akan ceritakan kat you. Tapi... I berharap sangat you tak jijik pada I...?"
"Why should I?"
"Nadia... You dengarkan apa yang Anaqi cakap pasal I tadi..."
"Ya... Maxi. But, I percaya... You bukan jenis macam tu, tapi you terpaksakan?" Maxi mengangguk lemah...
"I kenal Anaqi masa sambung belajar di Cambridge University... I bukan sama course dengan Anaqi... Cuma, kami duduk di rumah sewa yang sama... Apa yang dapat I katakan, Anaqi memang ada masalah dengan familynya."
"Tapi, apapun alasan, bukan alasan untuk buat you macam tu...!"
"Entahlah Nadia... Puas I tolak... I nak keluar ke mana? At that time, I tak familiar dengan tempat tu... Nak tak nak I just stay sampai Anaqi mula jadikan I tempat melempiaskan nafsu binatang dia... I mengadu dengan parents dan pensyarah... Tapi, Anaqi menggunakan cara kotor untuk melindungi diri."
"Sebab dah tak tahan, I dengan my parents cari rumah sewa lain... Tapi, Anaqi tak pernah berhenti cari I... Anaqi dan beberapa kawan terus mengganggu I dan mengugut untuk sebarkan gambar seks I di sosial media... You rasa...?"
"Sakit, perit, kecewa, marah, sedih semua ada, Nadia... Bertahun-tahun I terpaksa berjumpa dengan psikiatri... Pergi kaunseling demi untuk menghilangkan kisah silam tu... Hinggakan mummy daddy I terpaksa bawa I berpindah dari sini demi nak melihat I sihat kembali..."
"Kesian parents I... Berkorban segalanya untuk I... Ikutkan hati daddy I, dorang nak saman mereka yang dah buli dan buat I macam ni. Termasuklah Anaqi... Tapi, my mum tak nak benda ni jadi isu besar. Sudahnya... Kami terpaksa berpindah ke Itali semula..."
"Kesian you, Maxi... I turut simpati dengan nasib you... Tapi... Sekarang, macamana... I mean... Hati you, perasaan you?"
"It's hard to say... Tapi... Alhamdulillah... I'm getting better and better..."
"Alhamdulillah... Eh, wait! I dari tadi dengar you cakap pasal taubat... And now, you sebut 'Alhamdulillah...' Are you...?"
"Yes... I dah convert to Islam 2 years ago... My name is Muhammad Mikael... Tapi, tak semua orang tahu..."
"Your parents?"
"They know... But, my parents belum lagi..."
"It's ok, Maxi.. Ops... Muhammad Mikael..."
"I tak kisahlah... I sering berdoa, moga-moga hati parents I akan berubah satu hari nanti..."
"In shaa Allah... Sebagai anak, kita kena sentiasa mendoakan kedua orang tua kita. Tapi... Macamana you boleh peluk Islam... Sejak bila you tertarik dengan Islam?"
"Masa di Itali... I dah jumpa macam-macam doktor dan orang yang pandai untuk mengubati I... Penat sangat... Duit takde masalah for me... Tapi, I nak pulih... I nak teruskan kehidupan I yang dulu... Sebelum I ditimpa musibah..."
"Then, one day... I bertemu dengan seorang lelaki yang agak berusia ketika bercuti di Singapore. Nampak macam biasa je... Tapi, I tertarik sangat dengan cara dia bercakap... Soft spoken... Dia ajar I cara-cara nak dekatkan diri sendiri... Nak kenal diri sendiri... I jadi teruja sangat..."
"Mula-mula masuk ke sebuah masjid di sana... Keterujaan I semakin nyata... Apa yang I dapat rasakan cukup berlainan... Hati I semakin tenang mendengar kalimah suci Al-Quran yang dialunkan lelaki tadi... Hati I tenang-setenangnya..." Panjang lebar penjelasan Maxi...
"Bila pula you mengucap syahadah?"
"Keesokkannya... Selepas mengucap kalimah syahadah... Air mata I menitis... Jiwa I rasa terlalu tenang. Berbeza ketika I dilanda musibah dulu..."
"Alhamdullillah... And nama tu...?"
"I pilih sendiri dengan persetujuan lelaki tadi..."
"So... Mana lelaki tadi... I mean, di mana dia sekarang...?"
"Ada di Malaysia... Lebih spesifik di Selangor... Kuala Selangor, if I'm ot mistaken..."
"Are you serius...? Itu kampung I... Kuala Selangor."
"Ya Allah... Betul ke...? Parents you?"
"Parents I kat Shah Alam... Tu rumah atok nenek I... You buat I rindu nak balik Malaysia, Maxi..."
Maaf, lewat update... Letih sangat... Enjoy reading... Follow sis di Nurul_MataPena78...
Share this novel