BAB 39 - DCCC - KANDUNGAN

Romance Completed 34736

Kertas yang ditulis tangan itu diletakkan dibawah botol mineral. Begitu juga dengan beberapa barangan bayi dan makanan. Segalanya disediakan khas untuk Nadia dan baby dalam kandungannya.

Wanita itu nekad. Dia akan bebaskan Nadia... Telefon bimbit Nadia dicari di dalam tas tangan Nadia sebelum dihidupkan. Dia tahu, Chyril sedang susah hati akibat kehilangan Nadia...

Mungkin ini, jalan terbaik buat Nadia... Juga yang terbaik buat dirinya... Cukuplah, kesilapan yang telah dia lakukan sebelum ini. Apa yang penting sekarang ini, keselamatan Nadia... Wanita itu menelefon pihak polis dan memberitahu mengenai Nadia...

"Selamat tinggal Nadia... Maafkan aku..."

Kaki melangkah keluar... Pintu tidak dikunci bagi memudahkan pihak yang berkenaan menyelamatkan Nadia.

Berita Nadia telah dijumpai telah diketahui Chyril. Max terlebih awal tiba di lokasi kejadian bersama pihak polis dan Matthew. Nadia sudahpun dibawa ke hospital.

**************************

Chyril bagaikan tidak percaya dengan penjelasan Max dan Matthew. Rumah Jenny sudahpun digeledah oleh pihak polis. Namun, Jenny tidak kelihatan. Yang ada hanyalah Nadia yang terbaring tidak sedarkan diri dan barangan yang ditinggalkan Jenny khas untuk Nadia dan bayi dalam kandungan Nadia.

"Max... Matthew... Mana Nadia? Mana isteri aku?" Soal Chyril sejurus kelibat Max dan Matthew di hadapannya.

"Chyril... Please... Bersabar... Nadia ada kat dalam. Doktor tengah periksa dia... Dia terlalu lemah..." Pujuk Max...

"Max, macamana kau boleh jumpa Nadia?"

"Sorry, Ril... Aku dan Matthew ke rumah Jenny dengan pihak polis... Tak sangka, pihak polis dah terima panggilan dari seorang wanita mengatakan Nadia ada di lokasi... Jadi, kami bergegas ke sini sebelum kami temui Nadia terbaring lesu di lantai dengan ikatan di kaki tangannya yang sudah terlerai..."

"Tapi, siapa yang..."

"Aku rasa Jenny... Jenny mungkin terpaksa mengikut kemahuan Jack... Tapi, dia tak sampai hati... Aku kenal Jenny... Dia bukan macam yang kita sangkakan... Ini tentu semuanya rancangan Jack..." Ujar Matthew.

"Ya, Ril. Waktu kami masuk... Memang rumah tu takde orang... Yang ada hanya Nadia dan beberapa barangan makanan yang mana semuanya untuk Nadia dan baby dalam kandungan Nadia..."

"Tapi, macamana dengan Nadia...? Nadia tak apa-apakan...?"

"Maafkan aku, Ril... Aku tak dapat nak jawab soalan kau... Kita tunggu doktor, ya...? Emm, Camelia...?"

"Emm, aku tak tahu... Lepas kau inform aku, aku terus datang sini..."

"Takpelah Ril... Biarkan Nadia berehat dulu. Aku tahu kau pun tak tidur semalaman. Kau rehat ya..." Bahu Chyril ditepuk perlahan.

"Takpe Max... Thanks a lot... Kau dah banyak tolong aku... Aku tak tahu macamana nak balas budi baik kau..."

"Don't mention... Kita sekeluarga, kan..."

"Thanks Max... Aku nak tunggu Nadia sedar..."

"Ril... Kau nampak tak terurus sangat... Biar Nadia rehat dulu..."

"Aku ok, Max... Aku ok... Please... Aku hanya nak tunggu wife aku sedar... Aku hanya nak Nadia tahu, aku insan pertama yang dia nampak bila dia dah buka mata, nanti."

"Baiklah... Kalau itu yang nak katakan... Cuma, aku minta sangat... Jangan ikutkan perasaan. Ingat, semua yang berlaku adalah takdir Tuhan... Kau kena ingat tu..." Bahu Chyril ditepuk perlahan.

"In shaa Allah... Terima kasih sebab selalu ingatkan aku... Aku akan cuba kawal diri aku..." Max mengangguk.

"Boss... Maafkan saya, bos... Maafkan saya... Saya akan serahkan diri pada pihak polis... Saya akan mengaku semuanya dan saya akan beri semua keterangan mengenai Jenny dan Jack... Saya janji..."

Tiada jawapan mahupun sahutan dari Chyril. Sebaliknya, Chyril terus melangkah masuk ke wad yang menempatkan isterinya sejurus doktor memanggil waris Puan Nadia Natalia. Matthew menunduk kesal.

Mengalir air mata Chyril melihat Nadia yang terbaring lesu dengan wajah yang pucat dan penuh dengan wayar yang berselirat. Chyril melentokkan kepala di katil bersebelahan isterinya. Tangan Chyril menggenggam erat tangan isterinya yang kedinginan...

Matthew tertunduk. Dia tahu, Chyril takkan maafkan segala kesilapan yang telah dia lakukan dan dia tekad untuk menyerahkan diri pada pihak berkuasa. Cukuplah dia menjadi hamba kepada Jack, sepupunya yang hanya menjadikan dirinya sebagai orang suruhannya demi melaksanakan dendamnya.

"Chyril, kami gerak dulu. Jaga diri... Jangan lupa solat, Ril... Mohon dipermudahkan segala urusan kita semua..." Sekali lagi bahu Chyril ditepuk perlahan. Max dan Matthew melangkah meninggalkan wad VVIP yang menempatkan Nadia.

Chyril cuba melelapkan matanya... Sudah semalaman dia gagal melelapkan matanya setelah kehilangan Nadia... Chyril takut akan kehilangan Nadia... Chyril takut Nadia akan meninggalkan dirinya...

Kerana, Nadia punca dia bahagia... Nadia punca dia lupa pada penyakit DIDnya... Dan kerana Nadia, dia sekeluarga mengecapi kebahagiaan yang tidak pernah mereka kecapi setelah pemergian arwah Caden.

"Baby... Bangun sayang... Jangan tinggalkan hubby... You know what baby... Since I know you, hubby changed a lot... Hubby cuba jadi seorang lelaki sejati... Hubby belajar dekat dengan Yang Maha Esa... Hubby cuma mendalami agama Islam... Semuanya, kerana honey..."

"Hubby nak jadi imam untuk honey... Untuk bakal anak-anak kita... Honey tahu... Hubby ada penyakit DID... Personality Disorder... Tapi, sejak kenali honey... Penyakit tu macam dah tinggalkan hubby..."

"Sebab apa? Macamana boleh hilang...? Semua sebab honey... Honey mengubah hubby menjadi sebaik-baik manusia... Kenal diri, kenal hati sendiri... Sayang diri sendiri..."

"Baby... Please wake up... Hubby miss you... Hubby love you so much... Please wake up... Hubby minta maaf sebab tak jaga honey dengan baik... Hubby gagal jadi seorang suami yang bertanggungjawab..."

"Bangunlah sayang... Bangunlah... Jangan tinggalkan hubby... Jangan biarkan hubby keseorangan... Hubby love you so much..." Air mata jantannya mengalir lagi. Mana mungkin dia sanggup menyaksikan kehilangan lagi di hadapannya...

Sedari tadi, si pemerhati tadi merenung drama air mata seorang Chyril Connor. Hatinya menjadi sebak... Memang... Dia punya niat tidak baik untuk mengganggu rumahtangga Nadia dan Chyril... Dan dia ingin memberitahu Nadia perihal penyakit Chyril.

Namun, saat terdengar luahan hati Chyril. Hatinya menjadi sebak. Perasaan marah bertukar menjadi simpati. Malah, dia semakin kasihankan Chyril... Apatah lagi, melihat Nadia terbaring kaku di atas katil hospital.

Pada mulanya, dia sendiri terkejut mendapat tahu berita penculikkan Nadia... Disebabkan itu, dia cuba mencari wad yang menempatkan Nadia... Bukan mudah untuk masuk ke wad VVIP itu, biarpun dia seorang doktor pakar di situ...

Pintu wad dikawal ketat oleh 4 orang pegawai polis dan 4 orang bodyguard yang diupah khas untuk menjaga Nadia atas arahan Mr Christopher Connor. Semua orang mengetahui siapa hartawan, dermawan dan billionaire bernama Christopher Connor.

Sedang dia asyik mendengar luahan hati Chyril, tiba-tiba kedengaran suara...

"Jangan! Jangan! Jangan ganggu aku! Jangan!" Tangan Nadia terangkat-angkat ke udara... Mulutnya tak henti-henti meracau...

"Jangan ganggu aku...! Jangan ganggu aku...! Tolong! Hubby! Tolong honey! Honey takut! Honey takut!" Bibir Nadia tak henti-henti meracau. Chyril tersedar... Lantas...

"Baby... Baby... Honey... Honey..." Pipi Nadia ditepuk-tepuk... Nadia masih meracau-racau.

"Honey takut! Honey takut! Jangan! Jangan usik anak aku! Jangan!"

"Baby... Wake up, honey...! Honey...! Hubby is here...! Hubby here...!" Chyril mengusap-ngusap dahi isterinya... Diciumnya berkali-kali dahi isteri kesayangannya... Tangan Nadia digenggam sebelum dikucup perlahan. Nadia terlelap kembali.

Chyril menghela nafas kelegaan. Begitu juga dengan si dia yang sedari tadi memerhatikan Chyril dan Nadia...

'Maafkan I, Nadia... Maafkan I, Chyril...'

***********************

"Assalammualaikum..." Suara babah dan ibu di pintu masuk dipandang sekilas sebelum Chyril bangkit menyambut kedatangan kedua mertuanya.

Pada awalnya, Chyril tak mahu memberitahu hal yang terjadi pada mertuanya... Tetapi, atas desakan daddy dan mummy, akhirnya Chyril akur... Tiket penerbangan ditaja sepenuhnya oleh daddy.

"Waalaikumussalam... Ibu... Babah..." Chyril merapati ibu dan bapa mertuanya lalu tangan mereka kucup...

"Babah, ibu... Ril minta maaf... Ril tak jaga Nadia dengan baik... Ril..."

"Chyril... Babah tak pernah salahkan Ril... Ini semua ujian buat Ril..."

"Ya, Chyril.. Ibu juga fikir macam babah... Ini semua dah tertulis Ril... Jangan sekali-kali salahkan diri sendiri... Ibu dan babah takkan sesekali salahkan Ril atas apa yang telah berlaku pada Nadia dan bakal cucu ibu babah..."

"Tapi, Ril gagal jadi seorang suami yang sepatutnya melindungi isterinya... Ril gagal, bu.. Ril gagal... Ril tak tepati janji Ril untuk menjaga Nadia sebaiknya..."

"Chyril... Dengar cakap babah. Kami takkan sesekali menyalahkan Chyril atas apa yang terjadi. Ingat... Segala yang berlaku ada hikmahnya..."

"Tapi, Ril..."

"Sudah! Babah tak nak dengar apa-apa! Sekarang, fokus kita pada kesihatan Nadia... Babah tak nak Ril cakap pasal benda-benda ni lagi..."

"Ril minta maaf, babah, ibu..." Chyril menunduk malu.

Babah dan ibu lantas mendekati anak mereka, Nadia Natalia... Wajah pucat Nadia dielus perlahan. Hari ini sudah 3 hari Nadia tidak sedarkan diri... Dan selama 3 hari ini juga, Nadia sering meracau-racau akibat trauma dirinya diculik.

"Jangan! Jangan ganggu aku! Hubby, tolong honey! Honey takut! Honey takut! Tolong! Baby kita, hubby... Baby kita...!"

Itulah yang diulangi Nadia setiap kali dia meracau. Dan pastinya, Nadia akan diberikan ubat penenang melalui injection. Chyril tak sanggup melihat Nadia terseksa begitu...

Sehinggalah, semalam... Hari kedua Nadia tidak sedarkan diri... Nadia tanpa sedar, tanpa sengaja menyebabkan dirinya keguguran... Menurut doktor yang merawat... Nadia mengalami kesan trauma yang amat memberi kesan pada dirinya dan sekaligus kandungan Nadia tidak dapat diselamatkan.

Chyril terduduk, terkejut dan tergamam selepas mendengar penerangan doktor. Ya, Chyril benar-benar terluka dikala doktor mengatakan Nadia keguguran... Air matanya menitis saat melihat janin yang berusia 4 bulan yang sudah lengkap terbentuk, dibalut rapi.

'Selamat jalan anak daddy, Muhammad Caden Connor... Doakan mummy cepat sedar... Tunggu daddy dan mummy di syurga...'

Bayi suci tanpa dosa itu itu dikucup perlahan, dikafankan dan disembahyangkan oleh Chyril sendiri sebelum dibawa ke tanah perkuburan Islam yang terletak berdekatan dengan kawasan kediaman mereka.

"Assalammualaikum..."

"Waalaikumussalam... Eh, Camelia, Maxi... Masuk nak..." Tegur ibu.

"Babah... Ibu..." Camelia dan Maxi menyalami ibu dan babah yang sudah mereka anggap seperti ibu bapa kandung mereka sendiri...

"Ibu, babah... Bila sampai...?"

"Dalam setengah jam tadi..."

"Emm... Ni, mummy ada kirimkan makanan untuk kita makan kat sini... Abang... Jom, kita makan sikit." Hanya gelengan kepala yang dibalas Chyril.

"Ril... Jangan macam ni Ril... Dah tiga hari kau macam ni... Kau nak sakit ke...?"

"Aku takde selera, Max... Bagi ibu dan babah makan dulu..."

"Abang, jangan macam ni, bang... Abang kena jaga diri abang juga... Abang tak boleh terlalu ikutkan perasaan..."

"Abang tak lapar, Cam... Kalau abang lapar, abang makan nanti..." Max menghela nafas kasar.

"Ril... Dengar cakap kami, Ril... Aku dah banyak kali tegur kau, kan... Ingat tak aku ada bagitahu kau sentiasa percaya pada qada' dan qadar Tuhan... Kita tak minta semua ni, Ril... Tapi, ini semua satu ujian buat kita sebagai hambaNya... Dia tahu, kau mampu atasi ujian ni... Sebab itu, Dia uji kau, Ril..."

"Kau tak faham apa yang aku rasa, Max... Kau tak tahu macamana perasaan aku saat ini... Nadia tak sedar dah 3 hari... 3 hari Max... Dan, aku kehilangan anak yang aku dan Nadia yang kami nantikan selama ini... Anak aku dah takde, Max..." Air mata Chyril mengalir. Chyril menundukkan dahinya ke lengan Nadia yang masih sirat dengan wayar berwarna-warni...

Timbul perasaan sedih dan kasihan Max, ibu dan babah melihat keadaan Chyril yang cukup menyiksa jiwa... Suasana hiba menyelubungi wad VVIP itu. Sesekali terdengar esakan kecil Chyril.

Camelia mendapatkan ibu, lalu dipeluk tubuh wanita yang sudah dianggap ibunya sendiri... Terhinjut-hinjut tubuh Camelia menahan tangisannya... Ibu yang sedari tadi menahan sedih, turut sama mengalirkan air mata tatkala melihat Camelia menangis tersedu-sedan.

Sepasang mata masih memandang ke arah keluarga bahagia yang kini berduka nestapa lantaran sifat dendam dan dengki manusia yang menyebabkan manusia yang sering menggembirakan mereka, kini terbaring lesu. Air mata diusap perlahan dan kaki melangkah pergi.

"Chyril..." Bahu Chyril disentuh dan diusap perlahan. Chyril mengalihkan pandangannya pada wajah mertuanya.

"Segala yang berlaku ada hikmah di sebaliknya... Babah percaya, Nadia akan lebih terluka dan terseksa bila melihat suami kesayangannya ini berubah sebegini... Chyril sayangkan Nadia, kan?" Chyril mengangguk lesu...

"Kalau Chyril sayangkan Nadia... Kemaskan diri... Makan... Dah tiga hari Chyril tak makan... Macamana kalau Chyril sendiri jatuh sakit? Siapa nak jaga Nadia...? Chyril nak orang lain jaga Nadia?" Chyril menggeleng laju bagaikan anak kecil yang disoal siasat selepas melakukan kesalahan...

"Jadi, babah nak tengok Chyril yang babah sering bangga-banggakan... Chryil Connor yang segak, tampan, berwibawa... Nadia selalu puji Chyril abang mata biru macam tu... Betul tak?" Chyril mengangguk lagi.

"Dengar cakap babah... Chyril kena sihat... Kena makan untuk sihat... Jaga kesihatan Chyril... Bolehkan?" Chyril mengangguk sekali lagi.

"Tapi, macamana kalau Nadia sedar nanti, dia tanyakan pasal baby? Apa yang Ril nak jawab? Ril takde jawapan pada persoalan tu, babah... Ril tak mampu nak begitahu Nadia, kandungan Nadia sudah tiada..."

"Chyril... Dengar sini... Nanti kita fikirkan jawapan yang sesuai... Sekarang, ibu nak Chyril makan. Lepas ni, mandi, tukar pakaian dan solat... Sujud padaNya... Mohon dipermudahkan segala urusan Chyril dan Nadia... Berdoa dan terus berdoa... Jangan putus harapan... Ujian ini tanda Allah sayangkan kita, Ril... Dia tahu, Ril kuat untuk menghadapinya..."

"In shaa Allah, bu... Ril akan ikut cakap ibu dan babah... Terima kasih sebab sentiasa memberi kekuatan pada Ril... Cam... Maafkan abang... Terima kasih kerana sentiasa ada dengan abang... Max... Thanks Max... Kau dah banyak bantu aku... Terima kasih Max..." Lantas Camelia memeluk tubuh Chyril dengan linangan air mata yang berjujuran di pipi mulusnya.

Sorry semua.. bab ini main emosi sikit... kita kasi air mata leleh sikit.. Emosi sis terusik... Apapun enjoy reading.. Hai... Silent readers...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience