BAB 43 - DCCC - PERASAAN

Romance Completed 34736

"So...?"

"Untuk abang, Muhammad Carrol Connor or we can call him, Carrol or Carl... And for the girl, Nabihah Nafeesya... We can call her Esya..."

"C for Chyril and N for Nadia... Emm, menarik tu... Thanks hubby... Honey suka..."

"Thanks honey..."

"Err, hubby... Hubby dah inform semua...?"

"Allahuakhbar... Hubby lupa, baby... Sorry, sorry... Hubby teruja sangat sampai terlupa nak call semua orang... Don't worry, hubby call them now..."

"Thanks hubby... Emm, honey ingat nak rehat sekejap, boleh?"

"Yes, sure baby... Lagipun baby tengah tidur... So, honey rehat dulu. Anything, hubby gerakkan honey ya..."

"Ok, hubby... Thank you so much, hubby..." Nadia mendepangkan tangannya... Chyril tersenyum lalu mendakap tubuh isterinya. Dikucup dahi Nadia sebelum turun ke bibir isterinya. Cukuplah walau hanya sekali. Sekadar menghilangkan rindu.

***********************

Beberapa tahun berselang, perniagaan Chyril dan Nadia sudahpun berada di puncak kejayaan. Semakin hari semakin banyak rezeki yang mereka perolehi selepas kelahiran si kembar.

"Hi babies..."

"Mummy! Daddy! Mummy! Daddy!" Terkedek-kedek sikembar mendapatkan Chyril dan Nadia yang baru pulang dari kursus di Australia selama 4 hari. Didakapnya tubuh si kembar erat.

"Sayang mummy, daddy... Nakal tak?" Dikucupnya pipi si kembar bertalu-talu... Rindu sangat pada sikembar... First time, sikembar kena tinggal lama mummy daddynya...

"Tak... Abang ngan adik, baik... Kan wan bu?" Si abang cukup keletah berbeza dengan si adik yang cukup manja. Usia sikembar sudahpun menjangkau 4 tahun dan kini belajar di Little Caliphs berdekatan rumah ibu bapa Nadia.

"Ya... Cucu-cucu wan bu baik sangat..."

"Good... Daddy mummy penat sangat..." Berlari sikembar ke dapur sejurus mendengar perkataan penat terpacul dari bibir daddy mereka. Carl dan Esya, sorang satu membawa segelas air dari water dispenser yang ada di dapur lalu diserahkan pada daddy dan mummy mereka.

"Allah... Baiknya baby mummy, daddy ni... Thank you sayang..."

"So, Carl... Esya... How's school?" Soal Chyril. Laju Esya dan Carl berlari masuk ke dalam bilik sebelum keluar membawa buku laporan. Berkerut dahi mummy daddy melihat perangai anak kembar mereka.

"Daddy, mummy... Esya ngan abang Carl dapat nombor satu dalam kelas..."

"Oh, really...?" Carl dan Esya terus duduk di riba daddy mereka sambil menghulurkan buku laporan.

"Wah... Alhamdulilah... Daddy so proud... See, daddy told you... Kalau rajin belajar, nanti kita jadi pandai..."

"Mengaji macamana? Any improvement?" Soal mummy pula.

"Alhamdulillah... Ibu seronok tengok si kembar ni kakak... Cepat betul dapat tangkap... Sekali je ibu ajar... Dah ingat... Ya, Allah.. Beruntung kakak dengan Ril... Dorang bijak sangat. Ustazah dorang pun tanya benda berulang kali kat ibu..."

"Tanya apa pulak, bu?"

"Betul ke daddy dorang ni mat saleh?"

"I show daddy mummy's photo to ustazah..."

"Hahaha... Kenapa pulak...?"

"Yelah... Dorang tak percaya, anak mak saleh, tapi pandai mengaji..."

"Allah... Itupun rezeki... Anak pandai belajar, pandai mengaji tu semua rezeki, kan?"

"It's ok, honey... Carl... Next time, tak payah nak tunjuk gambar mummy daddy... Biarlah dorang nak cakap apa, pun... The most important thing, Allah know... Am daddy right?"

"Yes, daddy..."

"Good boy..."

"Dahlah, mummy daddy nak masuk mandi... Nak solat... Carl dan Esya, dah solat...?"

"Dah, daddy. Dengan wan bu..."

"Ok... Ibu, kami masuk dalam dulu ya..."

"Yelah..."

**************************

Chyril dan Nadia membawa Carl dan Esya pulang ke England... Bukan bercuti sebenarnya, tetapi lebih kepada bekerja. Hampir 3 hari, Carl dan Esya menghabiskan masa bersama datuk dan nenek mereka.

"Grandma... Mana mummy daddy ni? Carl bosanlah..."

"Carl...Jangan cakap macam tu... Mummy daddy kerja kan...?"

"Sorry grandpa... I'm a little bit boring..."

"Bahasa sayang... Guna bahasa melayu, ya...?"

"Sorry grandma..."

"Esya pun boring jugak... Grandma... Grandpa... Boleh Esya minta sesuatu?"

"Yes, dear..."

"Err... Esya selalu dengar mummy daddy sebut nama Caden... Caden abang Esya ngan Carl, kan?" Mummy mengalihkan pandangannya pada daddy... Macamana budak sekecil itu boleh menanyakan soalan sebegitu.

"Ya, sayang... Arwah abang Caden, abang Esya dan Carl..."

"Mummy...!" Serentak si kembar menyebut nama mummynya seraya mendengar suara Nadia dari arah pintu masuk. Nadia mendakap erat buah hati pengarang jantungnya...

"Assalammualaikum..."

"Waalaikumussalam, daddy..." Kali ini, tubuh Chyril pula didakap...

"What's going on right here?" Tertunduk kepala sikembar. Chyril agak tegas berbanding Nadia.

"They asking about arwah Caden..." Terang Daddy. Mata dihalakan ke arah anak-anak bijaknya.

"Why? Do you both want to know about arwah abang Caden?" Kedua-duanya mengangguk.

"Well... Come... Daddy ceritakan..." Bersemangat kedua-duanya lantas riba Chyril menjadi tempat duduk mereka.

"Actually... I have a brother..."

"Ehem! Ehem!" Deheman mummy berserta jelingan tajam menyedarkan Chyril...

"Ops! Sorry mummy... Sorry sayang daddy... Sebenarnya, daddy ada seorang abang, yang diberi nama Caden Connor... Tapi, uncle Caden dan meninggal dunia... Long time ago... Then..." Chyril merenung wajah isterinya sedikit berubah tatkala cerita mengenai arwah Caden dikenang kembali. Jari-jemari Nadia diusap dan digenggam.

"Sorry hubby... Honey ok..." Nadia perlu kuat menghadapi kenyataan hidup... Sudah 4 tahun pemergian arwah Caden... Anak pertama yang wujud dalam rahimnya. Namun sayang... Allah lebih menyayanginya...

"Mummy..."

"Mummy ok sayang..." Rambut panjang Esya dielus perlahan.

"Daddy... Sambunglah..." Carl tak sabar-sabar nak mendengar cerita dari daddynya. Memang menjadi kegemarannya mendengar cerita dari daddy mummynya.

"Ok... Ok... Lepas uncle Caden meninggal dunia... Mummy melahirkan seorang anak lelaki... Tapi... Baby tu tak cukup bulan dan meninggal dunia... Baby tu daddy bagi dia nama Muhammad Caden Connor..."

"Sama macam nama uncle."

"Ya, sayang... Sebab, daddy nak nama Caden tu jadi kenangan buat kita..."

"Emm... Mummy, please don't cry..." Esya mengusap air mata Nadia dengan telapak tangan kecilnya.

"Tak, tak! Mummy tak nangis... Mummy happy anak-anak mummy baik sangat nak tahu pasal abang Caden."

"Nanti, daddy bawak Carl dan Esya ziarah abang dan uncle Caden ya..."

"Nak, nak, nak!" Terjerit keriangan sikembar. Berlarian mereka ke laman rumah bermain bersama.

"Chyril, Nadia... Kerja-kerja kat pejabat dah habis ke?"

"Alhamdulillah, mummy... Settle..."

"Mummy bukan apa... Kesian sikembar tu... Tadi siap tanya mummy daddy mana Ril ngan Nadia... Kesian dorang... Duduk terperap je... Boring dorang... Pergilah bawak pergi mana-mana..."

"Memang itupun planning kami, mummy... Tapi, kami tengah tunggu Max and Cam... Kami dah plan nak bercuti ke Switzerland... Tunggu dorang sampai je... I miss Carolina and Mika..."

"Err, I thought you already know...?" Mata terus terarah pada daddy.

"Sorry, darling... My bad... I forget to tell you..."

"Daddy... No wonderlah mummy tak tahu..."

"Assalammualaikum..."

"Waalaikumussalam..."

"Nadia!"

"Cam!" Berpelukan kedua ipar setelah hampir setahun tidak bertemu lantaran covid 19 yang melanda dunia ketika ini.

"Amboi... Tengok tu Chyril... Dia tinggalkan aku dengan anak, terus peluk bini kau..."

"Hahaha... Rilekslah Max... Macam tak biasa pulak... Rilekslah..."

"Rileks, rileks jugak... Hah, tolong aku ambik si kecik ni..." Max menghulurkan tangannya pada Chyril bagi memudahkan Chyril mengambil si hemsem boy, Muhammad Maaz yang berumur 2 tahun ketika ini dari dakapannya. Chyril menyambut anak buahnya.

"Hai, uncle's handsome boy..." Diciumnya pipi kemerahan si Maaz yang lebih gemar menggelarkan dirinya Az.

"Uncle... Uncle... Carol... Carol..." Carolina Casandra menarik hujung baju Chyril. Carolina a.k.a. Carol berumur 3 tahun... Carol menghulurkan tangannya minta Chyril mendukungnya.

Jangan tak percaya, Carolina cukup sayangkan Chyril... Dalam setahun tidak bertemu, hampir setiap hari, Max atau Camelia terpaksa menelefon atau skype dengan Chyril demi Carol yang mahu melihat wajah unclenya, Chyril.

Sehinggakan Carol menggelarkan Chyril... Bello Zio which is dalam bahasa melayu bermaksud pakcik kacak... Mentang-mentanglah, daddy dia Italian... Tergeleng-geleng kepala Camelia dan Max melayan anak kesayangan mereka. Ikut perangai siapalah ni...

Sementara di suatu lokasi yang agak jauh, seorang gadis membawa diri jauh dari keluarga dan rakan-rakannya... Hidupnya tidak bermakna lagi selepas mengetahui kematian abang kandungnya, yang ditemui telah mati akibat dibunuh dengan kejam.

Berita kematian Jack Jacquel benar-benar mengejutkan ahli keluarga mereka tetapi tidak pada Jenny. Jika dilihat dari jenayah yang telah dilakukan, bukan sedikit... Nama Jack Jacquel tak pernah hilang dari rekod polis, antara lelaki yang paling dikehendaki.

Kaki melangkah lemah. Fikirannya kusut. Andai dia tidak tersalah langkah, tentu semua ini tidak akan berlaku. Tentu Jack takkan mati dibunuh. Pening memikirkan siapa yang membunuh abangnya. Siapa sahaja boleh menjadi musuh kepada Jack. Pihak polis mengklasifikasikan kes kematian Jack sebagai kes balas dendam akibat jenayah yang dilakukannya.

Selepas dipanggil untuk pengecaman mayat, Jenny terduduk. Matanya tertacap pada kesan-kesan luka yang terdapat pada tubuh badan Jack. Kesan kelar di bahagian depan dan belakang tubuh Jack, cukup membuatkan Jenny menelan air liur.

Belum lagi hujung-hujung jari yang dibakar hingga hilang ke sepuluh-sepuluh jari dan kukunya. Pada awalnya pihak polis mengatakan, kematian Jack disebabkan dadah... Nah! Mana mungkin Jack mengambil dadah... Dia, gangster... Tak main dengan benda-benda membodohkan diri sebegitu...

Satu hal lagi, sepupu Jenny, Matthew telah selamat berkahwin dengan Bell, rakan sekerja mereka. Agak memeranjatkan Jenny, bagaimana Matt boleh terlepas dari kesalahan menculik Nadia...

***************************

"Hai honey..." Nadia menoleh... Senyuman yang paling manis Nadia berikan pada suami tercinta.

"Why? You look distracted... Ada apa-apa yang honey risaukan?" Pinggang Nadia dirangkul dari belakang... Bahu Nadia dijadikan tempat meletak dagu runcingnya.

Tangan kekar Chyril diusap perlahan. Rasa selamat berada di dalam dakapan Chyril Connor, suaminya yang sah, setelah 4 tahun mendirikan rumah tangga bersama.

"Hubby...?"

"Emm..."

"Macamana... dan apa perasaan orang yang membunuh?" Chyril tersentak... Ah, sudah! Kenapa pulak Nadia tanya benda-benda macam ni...

"Apa yang honey merepek ni...?" Air liur ditelan kesat.

"Honey saja nak tahu... Apa perasaan orang yang dah bunuh orang lain..."

"Ke...Kenapa honey tanya soalan tu...?"

"Entahlah... Honey pun tak tahu..."

"Wait, wait, wait! Apa yang honey cuba nak cakapkan ni...? Boleh straight to the point?"

"Emm, honey ada terbaca berita pasal kematian Jack di akhbar..."

"Then...?" Terasa peluh mula terbit di dahi.

"Tiba-tiba rasa kesian pulak pada Jack..."

"Sebab...?"

"Kematian dia, sadis sangat... Kesian dia hubby... Badan dia kena kelar... Jari-jari dia kena bakar..."

'Sebab dia sentuh hak hubby... Hubby tak izinkan sesiapapun sentuh hak hubby tanpa izin hubby...'

"Kenapa nak kesiankan dia? Dia dah buat honey terseksa... Sebab dia, honey keguguran... Honey lupa semua tu?"

"Bukan macam tu... Cuma... Kesian dengan cara kematian dia... Honey tak pernah lupa apa yang telah dia lakukan pada honey... Pada arwah Caden... Tapi, kita manusia kan... Ada perasaan kesian dan timbang rasa yang Tuhan berikan..."

"Jadi...?"

"Ish, hubby ni... Honey bukan apa... Kekadang tertanya-tanya... Apa punca mereka membunuh? Sejak bila mereka terjerat dalam semua tu? Dan, satu soalan yang honey nak tahu, apa perasaan mereka masa tu?"

'Puas hati'

"Hubby?"

"Opss... Sorry, sorry... Hubby tengah berfikir semua soalan honey..."

"Maksud hubby...?"

"Hubby cuba menyelami jiwa mereka... Dalam..." Chyril cuba menghilangkan gelodak di jiwanya yang semakin membuak-buak... Mata dipejam seolah-olah mencari ketenangan, bimbang riak wajah ketakutannya, jelas kelihatan.

"Sudah?" Soal Nadia... Mata dibuka...

"Sudah apa?"

"Hubby cakap tadi nak selam jiwa pembunuh..."

"Oh... Hubby lupa pulak... Sorry, my bad..."

"Hubby rasa kenapa dorang membunuh...?"

"Dendam... Maybe...?"

"Dendam? Selain dari tu...? Honey tak fikir dendam menjadi punca dia membunuh..."

'Dendam honey... Dendam punca hubby berbuat sanggup membunuh...'

"Jadi, honey rasa..."

"Mungkinkah dia stress... Stress sebab pengalaman pahit yang dia alami ketika kecil atau current situation... I mean, dia melihat kes keganasan, pukul-memukul, berbunuhan... Entahlah... Honey tak tahu nak cakap macamana..." Nadia menghela nafas...

Chyril cuak... Mungkinkah Nadia tahu rahsianya?Apakah ada orang yang tahu akan rahsianya? Kehidupan Chyril cukup bahagia bersama keluarganya sehinggalah kematian Caden membawa impak yang besar dalam hidup mereka.

Malah, sudah tiga kali Chyril gagal dalam percintaan. Bahkan dicurangi oleh wanita-wanita yang dia sayangi... Adakah itu dikatakan kejam apabila cinta dipersiakan malah diejek dan diketawakan hanya kerana tidak mencapai apa yang diinginkan oleh wanita-wanita itu?

"Eh, hubby... Mana kiddos?" Tersentak Chyril.

"Sleeping... Dengan Carol dan Maaz dalam bilik mummy daddy."

"Eh, awalnya...? Baru pukul 9... Tak ganggu mummy daddy ke hubby...?"

"Sikembar nak kasi 'me time' mummy ngan daddy buat baby..."

"Hubby...?" Nadia menjegilkan matanya. Tergelak kecil Chyril melihat reaksi wajah Nadia...

"Ok, ok... Tadikan, penat pergi piknik... Seharian bawak dorang keluar dengan Max, Cam, Carolina, Maaz, mummy, daddy..."

"Yelah... Sorry, hubby... Tak dapat nak attend sangat Cam ngan Max... Lagi-lagi Carl and Esya... Tu belum lagi Carol ngan Maaz nak suruh honey dukung... Kesian dorang... Sorry hubby... Honey betul-betul sakit kepala..."

"It's ok, baby... Jangan fikir sangat... Hubby kan ada..."

"Takdelah... Honey kesiankan hubby. Jaga sikembar sorang-sorang. Nak layan anak, nak layan honey lagi..." Nadia berbaring lantas meletakkan kepalanya di riba Chyril. Rambutnya dielus.

"Its' ok baby... Hubby tak kisahpun... Hubby tahu honey penat... Dengan kerja pejabat lagi... Ni, kita baru dua minggu kat rumah mummy... Another 2 weeks baru balik Malaysia... Honey ok ke?"

"Honey ok je... Maybe sebab honey penat sangat kot... Tu yang honey sakit kepala..."

"Or...?"

"Or...?" Nadia mendongak memandang wajah suaminya sebelum bangkit dari pembaringan.

Sorry readers... Lambat sikit update... Alhamdulillah, rezeki hari ni dapat balik niaga awal... Enjoy reading...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience