"Kalau begitu, tentu puan dan tuan ada hajat yang besar, kan...? Kalau tidak masakan tuan dan puan ke mari, datang dari jauh. Takkan semata-mata nak jumpa Nadia... Betulkan tekaan saya, tuan, puan...?" Puan Edora dan suami berpandangan sebelum tersenyum lebar.
"Kalau mengikut perancangan kami, memang kami datang ni membawa hajat besar... Saya tak pandai nak berkias bagai... Saya straight to the point jelah, ya, Encik Nizar, Puan Naemah." Ujar daddy...
"Maklumlah... Saya bukan pandai sangat atau lebih tepat saya tiada pengalaman nak meminang anak dara orang. Lagi-lagi nak cakap dalam bahasa melayu, saya kekok sikit."
"Takpe, tuan... Kami faham..."
"Kakak, buat air untuk tetamu, kakak..."
"Baik, ibu..." Nadia berura-ura nak bangun dari tempat duduknya...
"Err... Tak perlu... Nadia... Mari... Duduk dekat mummy, sayang..." Panggil mummy. Nadia memandang wajah kedua ibu dan babah sebelum mereka mengangguk, menandakan mereka memberi kebenaran... Nadia duduk rapat di samping Puan Edora... Tangan Nadia digenggam erat dan dibawa ke riba mummy.
"Begini Encik Nizar, Puan Naemah... Kami datang dari jauh ni sebenarnya, berhasrat sangat nak jadikan Nadia menantu kami untuk anak lelaki kami, Chyril."
"Hah... Menantu?" Nadia cepat-cepat menutup mulutnya dengan tapak tangan apabila tersedar keterlanjurannya...
"Saya tahu, cara kami ni mendadak sangat. Tapi, kami nekad, walau jauh sekalipun... Kami tetap mahukan Nadia menjadi menantu kami, isteri kepada anak teruna kami, Chyril Connor..." Nadia memandang mummy...
"Mummy sayangkan Nadia... Mummy tahu mummy takkan salah buat pilihan untuk anak mummy. Sebab mummy tahu Nadia dan Chyril saling suka sama suka... Walaupun jauh perjalanan kami ni, mummy dah nekad nak ikat terus Nadia menjadi menantu mummy... Macamana Encik Nizar, Puan Naemah?" Nadia tergamam...
"Saya percaya, Nadia tentu ada ceritakan serba sedikit hal Chyril pada Puan Naemah, kan...?" Ibu mengangguk kecil.
"Sebenarnya, Chyril yang bagi cadangan untuk kami datang menemui Nadia, Encik Nizar dan Puan Naemah... Kami tahu Chyril sayang sangat pada Nadia... Chyril dah banyak kali terluka. Bila dia berterus-terang pasal Nadia... Kami sekeluarga memang tidak teragak-agak membuat keputusan drastik untuk datang nak menyunting Nadia untuk Chyril... Dan sekaligus jadi menantu kami..."
'Menantu? Aku nak jadi menantu keluarga ni?'
Ibu dan babah berpandangan sesama mereka sebelum dialihkan pandangan pada anak dara mereka, Nadia Natalia... Tertelan pahit air liur Nadia...
"Ini ada sebentuk cincin berlian untuk Nadia... Jika Nadia sudi menjadi hak milik mutlak Chyril, terimalah pemberian kecil ini... Tapi, mummy dan daddy memang berharap sangat Nadia sudi terima pinangan kami. Mummy tahu, mungkin mummy agak mendesak. Tapi, mummy dapat rasakan... Jauh dilubuk hati Nadia, Nadia juga sayangkan Chyril, kan?" Nadia memandang wajah ibu memohon bantuan... Talian hayat... Hahaha...
"Chyril terlalu sayangkan Nadia. Dia cukup bimbang akan kehilangan Nadia. Dalam masa yang sama, dia juga takut dikecewakan lagi... Tapi, mummy yakin sangat... Nadia takkan kecewakan Chyril, kan?" Nadia menunduk malu. Rambut panjangnya dielus perlahan.
"Nadia... Ketahuilah... Chyril memang terlalu sayangkan Nadia... Sejak Nadia tinggalkan kami, no... Sejak Nadia tinggalkan Chyril... Chyril dah beberapa kali jatuh sakit kerana terlalu rindukan Nadia..." Terdongak Nadia memandang wajah mummy... Bagaikan tidak percaya yang Chyril sakit disebabkan rindu pada dirinya.
"Maaf Puan Edora, saya nak bertanya sedikit. Emm... Macamana Chyril boleh jadi macam tu...? Yelah, kalau ikut kata Nadia, Chyril jadi pendiam."
"Macam ni Puan Naemah, Encik Nizar... Chyril dulu periang, penyayang. Banyak bercakap. Tapi, selepas sering kali dikecewakan dan ditambah pula dengan kematian abang kandungnya, Caden... Disebabkan tunang arwah yang berlaku curang, Chyril berubah... Dia jadi trauma. Sebab, arwah abangnya meninggal dunia di depan matanya akibat dilanggar kekasih tunangnya. Agak menyayat hati kalau nak diceritakan kisah arwah Caden... Tapi, itulah realitinya."
"Maafkan saya, Puan Edora..."
"Takpe Puan Naemah... Benda dah berlalu..."
"Nadia, mummy mohon sangat, Nadia terima pinangan mummy ni... Hanya Nadia yang mampu pulihkan Chyril... Sebab, Chyril bukan jenis yang senang nak serius dengan perempuan... Dia takde orang lain, melainkan Nadia..."
"It's true Nadia... Daddy juga harap sangat, Nadia akan terima pinangan kami untuk Chyril... I know, you love Chyril, too..." Nadia merona.
Nadia memandang kembali wajah kedua ibu dan babahnya... Kedua-duanya mengangguk seraya tersenyum.
"Kakak, jawapan segala persoalan kakak ada pada kakak... Ibu dan babah akan setuju dengan pilihan kakak... Kami terima siapa saja pilihan kakak. Ibu dan babah hanya nak kakak bahagia..." Cincin berlian di alam kotak bersalut kain baldu biru gelap, direnung lama.
"Nadia, daddy harap sangat Nadia dapat pulihkan Chyril... He needs you, dear... Daddy kenal anak daddy... He loves you so much..." Nadia tersenyum kelat. Perlahan-lahan cincin di kotak itu ditarik... Suasana menjadi suspen seketika... Dup dap dup dap jantung mereka berdegup.
Akhirnya, cincin disarungkan ke jari manisnya.
"Perfect... Alhamdulillah... Thank you so much, dear... Mummy rasa bersyukur sangat..." Pipi Nadia dikucup lembut... Nadia mendapatkan ibunya.
"Just nice..."
"Tahniah sayang..." Ibu mengucup pipi Nadia... Nadia tersenyum bahagia.
"Sekarang... Kami nak berbincang dengan pihak Encik Nizar dan Puan Naemah... Agak-agaknya, bila kita boleh satukan mereka...?"
"Kalau dah macam ni gayanya... Lagi cepat lagi bagus... Tak begitu, Puan Edora..." Ujar ibu.
"Kami setuju je. Cuma, majlis pernikahan nanti, macamana pula? Maaf ya, Puan Naemah, Encik Nizar... Saya kurang arif perkahwinan di sini..."
"Macam nilah, puan, tuan... Kalau dah suka sama suka, kami rasa elok kita segerakan majlis mereka. Agak-agaknya, bila lagi pihak tuan puan boleh datang ke teratak kami... Sebab nak nikah ni, ambik masa juga... Nak kena pergi kursus, borang nak kena ambik kat pejabat agama, kena buat ujian darah dan HIV... Banyak kerja..."
"Saya faham tu... Saya minta maaf... Sekejap ya..." Puan Edora melangkah keluar sebelum masuk kembali dengan senyuman yang terukir di bibirnya. Kali ini, mummy diekori seorang lelaki yang amat Nadia rindukan, berada di belakang Mummy... Nadia terkejut... Terasa bahang di wajah apabila Chyril mengenyitkan matanya sambil tersenyum ke arahnya.
"Assalammualaikum..." Ibu dan babah memandang kepada empunya suara... Chyril menghulurkan tangan menyalami ibu dan babah Nadia... Nadia dah tersipu malu. Wajahnya merona... Si kembar, Arul dan Aril menyalami bakal abang ipar mereka.
Sempat mereka berbisik di telinga Nadia. "Abang ipar mata biru dah sampai." Nadia membesarkan mata mendengar usikan adik kembarnya. Chyril terdengar usikan mereka... Tersenyum simpul... Tengkuk yang tidak gatal, digosok perlahan.
'Hemsemnya dia...'
'She's beautiful...'
"Nadia..."
"Camelia...?"
"Ya Allah, rindunya dengan bakal kakak ipar I ni..." Tubuh Nadia didakap erat... Nadia membalas pelukan Camelia... Chyril mengecilkan matanya memandang ke arah Camelia yang sengaja menjelirkan lidahnya ke arah Chyril seraya memeluk tubuh langsing Nadia.
"Camelia... Salam makcik pakcik dulu..."
"Maaf, daddy... Makcik, pakcik..." Camelia menyalami kedua orang tua Nadia...
"Panggil ibu, babah je... Lebih mesrakan... Eh, Chyril duduk... Duduk Camelia..." Sempat Chyril mengerling Nadia.
"Puan Naemah, Encik Nizar... Sekarang ni, couple of the year dah ada depan mata... Macamana Puan Naemah, Encik Nizar?" Ujar mummy sambil tersenyum.
"In shaa Allah. Kami suami isteri takde halangan. Kami setuju je... Kan, bang...?"
"Ya, puan... Kami setuju je... Tapi, tak tahu pulak Nadia...?" Nadia malu apabila ditegur begitu.
"Kakak, macamana? Setuju ke? Ke nak merajuk lagi?" Usik babah. Nadia buat muka cemberut. Tanpa memandang wajah Chyril... Nadia menganggukkan kepalanya.
"Alhamdulillah... Terima kasih sayang... Mummy bersyukur sangat..."
'Thanks sayang... I love you...' Chyril merenung wajah buah hatinya tak berkedip.
"Alhamdulillah... Nampak gayanya kedua-dua pihak dah setuju... Tuhan dah permudahkan segala urusan kita. Tapi Puan Edora, Encik Chris... Kalau ikut undang-undang perkahwinan di Malaysia, kedua-dua pihak pengantin perlu menghadiri kursus perkahwinan, kalau tak silap saya, dua hari..."
"Borang yang diambil di pejabat agama, perlu diisi kedua-dua belah pihak dengan lampiran dokumen yang lengkap... Kemudian nak kena buat ujian darah untuk pengesahan bagi mengetahui samada HIV atau sebaliknya... Terakhir, penetapan tarikh untuk pernikahan."
"Emm, saya faham... Chyril dah take note?"
"Dah daddy..." Suara itu... Suara garau itu baru didengari pagi tadi... Suara yang membuatkan dia rindukan empunya diri... Nadia mengerling sedikit ke arah Chyril... Cepat-cepat pandangannya dialihkan apabila mata mereka bertentangan. Chyril tersenyum melihat Nadia malu.
"Jadi, untuk langkah pertama, dah selesai. Selepas ni Chyril dan Nadia perlu menghadiri kursus perkahwinan... Kemudian, baru kita ke part seterusnya..."
"Betul tu... Saya anggap ini proses merisik sekali bertunang ya... Bolehkan Puan Naemah, Encik Nizar?"
"In shaa Allah, puan. Kami memudahkan keadaan tuan puan sekeluarga. Kami faham, pihak keluarga tuan dan puan datang dari jauh... Jadi, anggap semua ini proses peminangan dan pertunangan... Islam itu memudahkan... Tak gitu tuan?"
"Betul tu... Saya setuju sangat."
"Dah alang-alang ke sini... Kami nak minta izin Encik Nizar dan Puan Naemah."
"Minta izin untuk apa, Puan Edora?"
"Urusan merisik dan pertunangan dah selesai. Kami ingat nak bawa Nadia pulang ke kampung. Sekali nak kenalkan pada ibu dan ayah saya... Atok dan nenek budak-budak ni... Itupun kalau takde halangan dari pihak Encik Nizar dan Puan Naemah."
"In shaa Allah... Kami takde masalah, puan..."
"Terima kasih, Puan Naemah... Err, Nadia... Pergilah bersiap..." Nadia mengangguk.
"Kakak, kat sana nanti, jaga diri, jaga kelakuan, jaga tuturkata."
"In shaa Allah, ibu... Kakak ingat... Err, kakak nak masuk bilik, nak kemas baju..." Ibu dan babah mengangguk...
"Mummy, daddy... Nadia masuk bersiap ya?"
"Pergilah..."
"Nad... Nak ikut, boleh? Nak tumpang washroom..."
"Boleh... Jom..." Chyril mengerling ke arah buah hatinya... Cemburu sebab Camelia dapat masuk bilik Nadia.
'I will get you, my dear...'
Perjalanan dari Shah Alam ke Kuala Selangor, tidak mengambil masa yang lama sebenarnya. Memandangkan Puan Edora sudah bertahun tidak pulang ke Malaysia, jadi Nadia diberi tugas utama memandu kereta yang disewa mereka ke kampung halaman Puan Edora.
Mercedes GLA berwarna hitam yang disewa Chyril, dipandu Nadia... Chyril sebagai co-pilot, setia menemani Nadia. Sedari tadi, Chyril tak berkedip mata merenung wajah Nadia, kekasih hati yang baru dinaikan pangkat menjadi tunangan Chyril. Nadia semakin rimas dibuatnya.
"Sorry... Awak... Nak minta tolong sikit, boleh?" Nadia rasa tidak selesa ditenung begitu.
"Tolong? Tolong apa?"
"Tolong pandang depan... Saya... Seganlah..."
"Why? I didn't do anything..." Chyril dengan jawapan tidak bersalahnya.
"Awak ganggu saya..."
"Ganggu apa? I didn't do anything to you..."
"Awak, please..." Rengek Nadia. Rimas dengan renungan tajam Chyril.
"Sejak bila dah tak boleh dipandang ni?"
"Awak... Tolonglah..."
"No!"
"Chyril Connor... Stop starring at me!"
"Honey... Salah ke saya tenung wajah tunang saya? Saya pandang je kan... Bukannya buat apa-apa pun."
"Memanglah tak salah... But I'm driving right now. You make me nervous!"
"Kalau nak pandang jugak?"
"Awak, please... Atau, awak nak saya berhentikan kereta kat tepi jalan ni!"
"Amboi, dah pandai ugut ya?"
"Please... Saya... Saya tak selesalah..."
"Chyril... Stop bothering Nadia..." Usik daddy.
"Yes, daddy... Sorry honey..." Tergeleng-geleng Camelia melihat telatah merpati dua sejoli di hadapannya.
"Padan muka abang... Kacau Nad lagi..."
"Shut up, Cam..."
Tak dapat pandang Nadia, Chyril sengaja memasang lagu nyanyian The Moffats, I miss you like crazy. Volume suara sengaja dikuatkan. Nadia tersenyum lebar.
Wajah Nadia merona apabila Chyril menyanyikan setiap bait lagu itu sambil merenung ke arahnya.
Tapi Chyril tetap Chyril... Dia tetap memandang tunangannya sampailah ke tempat yang dimaksudkan... Nadia tak mampu nak menghalang Chyril.
'Such a stubborn'
"Mummy... Daddy... Camelia... We're here..."
"Alhamdulillah... Sampai juga akhirnya..."
"Nadia... Mari...Mummy kenalkan pada atok nenek..." Nadia mengangguk lalu membontoti mummy.
Hampir 3 hari Nadia mengikuti Chyril sekeluarga bercuti di kampung halaman mummy dan selama itu juga, rindu keduanya terubat... Dan tiba masanya untuk Chyril pulang ke England... Nadia menghantar Chyril sekeluarga dengan kereta yang disewa mereka. Turut menghantar mereka ke lapangan terbang, keluarga Nadia.
"Puan Naemah, Encik Nizar... Terima kasih sudi menghantar kami... Terima kasih juga sudi menerima pinangan dari kami... Kami rasa sangat berbesar hati dengan layanan baik dari tuan dan puan sekeluarga..."
"Terima kasih kembali Puan Edora, Tuan Chris... Terima kasih sebab sudi menerima Nadia dalam keluarga tuan dan puan. Chyril jaga diri, Camelia pun. Nanti datang lagi rumah ibu ya..."
"In shaa Allah, ibu, babah... Terima kasih banyak. Cam suka sangat..." Camelia menyalami ibu dan babah sebelum memeluk tubuh Nadia.
"Take care, sister-in-law... I'm gonna miss you. Takmu gaduh-gaduh, merajuk lagi tau... Penat Cam nak kena pujuk." Belakang Nadia diusap. Nadia juga melakukan benda yang sama pada Camelia.
"I'll miss you too... Take care dear..."
"Mummy, daddy... Safe journey..."
"Take care dear... Next time, mummy datang lagi ya. Mummy datang nak bawak Nadia pulang ke England."
"In shaa Allah." Tubuh mummy dipeluk erat sebelum mummy menyalami ibu dan memeluk tubuh ibu.
"Terima kasih sudi datang Puan Edora..."
"Terima kasih sudi menerima kedatangan kami..."
"Pakcik... Makcik." Chyril menghulurkan tangan pada ibu dan babah.
"Apa pulak pakcik, makcik? Rasanya dah boleh kot panggil babah, ibu, kan?" Chyril malu diusik begitu.
New chapter updated... Enjoy reading...
Share this novel