"Ibu nak tunggu si kembar ni... Kesian sikembar. Balik kerja nanti, nak makan... Kang babah lagi... Takpelah... Pergilah... Nanti kirim salam dengan menantu ibu..." Si kembar kerja part-time di kedai serbaneka 24 jam sementara menunggu keputusan peperiksaan.
"Yelah... Kakak masuk dulu ya...?" Ibu menganggukkan kepala.
Nadia menutup pintu bilik sebelum mencapai telefon Iphone, hadiah dari Chyril... Nombor 'hubby' dicari... Lalu ikon hijau digesek... Seketika menanti... Tiada sahutan...
"Hubby marah honey ke? Kenapa tak jawab telefon honey? Takpe, kita cuba lagi..." Omel Nadia... Sekali lagi nombor Chyril didail...
"Hi sister-in-law..." Terkejut Nadia apabila suara dan wajah Camelia terpapar di skrin telefon...
"Hi, Camelia... How are you, dear...?"
"Fine, thank you... And how are you...?"
"Alhamdulillah..."
"Nad, you looking for abang, kan...?"
"Yes... Where is he...?"
"Emm..."
'Macamana nak cakap ni... Aduh...'
"Camelia...? Chyril mana?"
"Err... Sorry, Nad... I have to tell you... Abang ada kat hospital ni..."
"Hospital? Kenapa? Apa terjadi...? Camelia... Kenapa dengan Chyril...? Cam, you jangan bergurau dengan I, Cam... I takut, tau..."
"Nad... Sabar Nad... Please, calm down..."
"Cam, tell me... What happen? Where's Chyril?"
"Dalam operation room..."
"Operation room? Kenapa? Apa yang terjadi? Cam...?"
"Abang accident this morning..."
"Allah... Cam... Kenapa takde orang inform I? Kenapa tak bagitahu I awal-awal? Sampai hati you, Cam..." Kedengaran tangisan Nadia bergema diskrin telefon.
"Nad... I'm sorry... I panic, Nad... Suddenly, dapat call dari hospital... Abang kena langgar..."
"You should inform me early, Cam..."
"Nadia..." Nadia mengesat air matanya dengan belakang tangan.
"Mummy, daddy mana...?"
"Ada... Tengah tunggu keputusan doktor..."
"I'm coming...!"
"No! Nad... Mummy, daddy ada... Jangan Nad... Jauh ni..."
"Cam... I love your brother, Cam... Chyril my fiance... Takkan you nak I biarkan Chyril sorang-sorang hadap semua benda tu...? You jangan halang I, Cam... Bagitahu I... Chyril kat hospital mana? Cam, tell me...! Cam!"
"Nad, please calm down... I tahu you risau... Tapi, tolong bertenang..."
"Macamana I nak bertenang Cam... Tunang I accident and I baru tahu... Itupun sebab I call... Kalau tidak, sampai bila-bilapun I tak tahu apa yang terjadi... So, tell me, Cam..."
"Ok, ok... I send the location... I hantar kat wassup..."
"Thanks, Cam... I cuba cari flight tiket... Anything, I'll let you know..."
"Ok, sis... Please, becareful..."
"In shaa Allah... I will..." Talian dimatikan. Nadia terus mencari tiket penerbangan ke England di dalam talian... Kuasa Allah, tiada siapa dapat menduga... Rezeki Nadia malam ini... Flight penerbangan pukul 3 pagi waktu Malaysia...
'Hubby... wait for me...'
Nadia terus bersiap... Beberapa pasang pakaian diambil dan dimasukkan ke dalam beg travel... Sling beg diisi dengan passport dan beberapa benda penting... Nadia menyarungkan jeans dan kemeja sebelum jaket disarungkan ke tubuhnya. Beg travel terus ditarik keluar...
"Eh, kakak... Nak pergi mana ni?" Tegur ibu.
"Babah, ibu... Tolong izinkan kakak... Chyril accident, bu... Chyril kena langgar..."
"Allahuakhbar... Macamana boleh terjadi kakak...?"
"Kakak tak pasti, babah... Kakak baru call, Camelia yang jawab... Dorang kat hospital... Chyril masih dalam bilik pembedahan... Tolong babah, ibu.. Tolong izinkan kakak melawat Chyril... Kakak takut kakak tak berkesempatan..."
"In shaa Allah... Doa yang baik-baik... Jangan fikir yang bukan-bukan... Tiket macamana?"
"Alhamdulillah... Allah permudahkan urusan kakak... Tiket pukul 3 pagi nanti... Sekarang, kakak nak ke airport..."
"Tunggu... Babah hantar..."
"Terima kasih babah..."
"Ibu ikut..."
"Kami pun nak ikut..." Celah si kembar.
"Hah, cepat siap..."
************************
Perjalanan yang mengambil masa yang agak lama, benar-benar menguji kesabaran Nadia... Terasa begitu lama apabila melibatkan orang tersayang. Dah hampir setahun tak menjejakkan kaki ke England... Nadia teringat kisah setahun yang lalu selepas merajuk hati dengan Chyril...
Sempat Nadia meninggalkan voice message pada Puan Emelia menceritakan perihal yang berlaku pada Chyril... Nadia merayu untuk diberikan cuti sementara dia melawat dan sekaligus menjaga Chyril.
Nadia terus menahan sebuah teksi dan mengarahkan teksi tersebut ke hospital yang dimaksudkan Camelia... Kelam kabut Nadia selepas tiba di hospital... Sesudah membayar tambang teksi, Nadia terus menarik beg menuju ke lobi hospital sebelum menuju terus ke wad yang menempatkan tunangnya...
Kaki diperlahankan selepas berada betul-betul di hadapan pintu wad Chyril... Perlahan pintu ditolak... Air mata mengalir saat melihat Chyril yang terbaring lesu dengan kepala, tangan, kaki dan badannya berbalut.
"Hubby...?" Air mata tak mampu ditahan lagi... Nadia terus mendapatkan Chyril yang tidak sedarkan diri... Mengongoi Nadia menangis sambil memeluk tubuh Chyril...
"Nad...?" Nadia memusingkan tubuhnya. Air matanya sekali lagi mengalir melihat Camelia dibelakangnya...
"Cam..." Nadia menghamburkan tangisannya dalam pelukan Camelia...
"Shu... shu... It's ok... Abang selamat..." Belakang Nadia diusap perlahan.
"Nadia...?"
"Mummy..." Nadia meluru ke arah mummy. Tubuh mummy dipeluk erat... Menangis kedua-duanya... Termasuk Camelia... Daddy hanya mampu memandang lesu...
"Shu...Shu... Dah, dah... Don't cry... Kalau Nadia menangis macam ni, Chyril will be sad... Nadia tak nak Chyril sakitkan?" Nadia mengangguk lesu... Air matanya diusap dengan belakang tangan... Tangisan Nadia sedikit reda.
"Macamana Chyril boleh accident, Cam?"
"Kami tak tahu, Nad... Rasanya abang baru keluar dari rumah... I think kurang... sejam... Belum sempat I nak sampai office, somebody from hospital call bagitahu, abang accident..." Nadia melangkah ke katil menempatkan Chyril yang terbaring tidak sedarkan diri...
"Nad, you need a rest, Nad... Jauh perjalanan you, kan... You mesti jet lag..."
"No, it's ok... I nak jaga Chyril..."
"Nadia sayang..."
"Mummy, daddy... Please... Let me take care of Chyril...Please... Kalau Nad letih, Nad rehat kat sofa ni ya..." Keluhan dilepaskan. Mummy tak mahu nak menghalang Nadia...
"As you wish... Mummy dan daddy nak balik sekejap... Lagipun, mummy dan daddy ada meeting esok pagi..."
"It's ok... Nad dah minta cuti dengan Aunty Emelia... Biar Nad jaga Chyril ya..."
"Ok, dear... Nanti daddy bawakan makanan..."
"Thanks daddy, mummy..."
"Cam... Tengok-tengokkan Nadia and abang..."
"Yes, I will."
Daddy dan mummy melangkah keluar dari wad Chyril...
"Cam, macamana Chyril boleh kena langgar... Tahu ke siapa yang langgar?"
"Actually, dah tau siapa pelaku dia... Dan ada bukti pun... I tunggu abang sedar je..."
"You mean, Susan...?"
"You tahu, Nad...?" Nadia mengangguk...
"Chyril ada ceritakan kat I, two days ago..."
"I tak sangka Susan desperate sangat... Rupanya dah bunting... Nak jadikan abang kambing hitam. Dia sebenarnya kena kahwin dengn pilihan parents dia... Kalau tak, dia akan kehilangan segala harta pusaka... Tapi, disebabkan dia pregnant, dia takutlah... So, dia paksa abang kahwin dengan dia. Suka-suka hati je nak paksa orang..."
"So, you nak buat apa selepas ni...?"
"I tunggu abang sedar... Then, misi I seterusnya... Revenge..."
"Revenge? Kat Susan? Are you serius?"
"We'll see... Nad, you rehat ya...? I nak beli air ngan makanan kat cafe... I laparlah... You want anything...?"
"Apa-apa ajepun boleh..."
"Ok... I turun dulu ya...?"
"Thanks Cam..."
"Don't mention..."
"Hubby..." Dahi Chyril diusap perlahan... Sempat Nadia mengambil gambar Chyril dan dihantar pada ibu babah dan sikembar... Sayu hati melihat keadaan Chyril...
Nadia menghadiahkan satu kucupan di dahi dan bibir Chyril yang lebam kemerahan... Luka di hujung bibir diusap perlahan...
"Hubby... I'm here... Please, wake-up... I miss you, hubby... Please... Get well, hubby..." Tangan Chyril digenggam, dibawa ke bibir lalu dikucup... Nadia memeluk tubuh Chyril dengan sebelah tangan. Sementara tangan sebelah dijadikan bantal untuk meletakkan kepalanya. Nadia tak mampu menahan rasa kantuk dan letih akibat perjalanan jauh dan mengambil masa yang cukup lama... Mata tertutup rapat...
Beberapa minit kemudian...
"Ala... Kesiannya... Letih sangatlah tu..." Ujar Camelia selepas membeli juadah untuk mereka berdua....
*************************
"Huh? Baru puas hati aku! Kau nak bermain dengan api ya...? Nah! Rasakan...!" Gembira bukan kepalang Susan setelah menjalankan misi jahatnya. Puas hatinya dapat menyiksa Chyril sedemikian...
"What have you done, Susan?" Tiba-tiba suara garau daddy menerjah. Kelihatan daddy dan mummy sudah lama berada di dalam kondo miliknya.
"Da...daddy? Mummy?..." Terketar-ketar suara Susan. Entah bila masa daddy dan mummy ada di dalam kondo, tidak diketahui.
"Answer my question!"
"I didn't do anything!"
"I'll give you one more chance, Susan Shannon or you'll regret... What have you done to Chyril Connor?" Susan ketakutan... Dengan daddy tak boleh dibuat main... Kalau A kata daddy, that's mean A... Susan benar-benar ketakutan... Jari-jemarinya diramas-ramas...
"I'm asking you young girl...!" Terhenjut tubuh akibat terkejut mendengar jerkahan daddy. Susan hanya mampu memandang sayu wajah bengis daddynya dengan linangan air mata...
"I'm pregnant daddy... I'm pregnant... Tapi, Chyril tak mahu berkahwin dengan Susan... Dia tak mahu bertanggungjawab..." Lakonan mantap Susan... Susan mungkin ingat yang daddynya akan termakan dengan lakonannya...
"Berhenti berlakon, Susan... I hate that!" Sergah mummy.
"Mummy... I'm sorry. Susan betul-betul menyesal. Chyril tak mahu bertanggungjawab pada kandungan ni..." Tangisan hiba Susan benar-benar menjadi...
Pang!
Terteleng kepala Susan menerima tamparan dari daddy. Tergamam Susan apabila terasa pipinya terasa perit akibat tamparan itu... Tangan mengusap pipinya yang terasa perit...
"Daddy? Mummy... Please..." Sayangnya, mummy hanya mampu menundukkan mukanya... Sedari tadi, mummy Susan tak mahu memandang ke arahnya...
"Berhenti berlakon, Susan Shannon... Stop it!"
"Daddy... What..."
"Jangan berani menyebut nama Chyril lagi... Dia tidak bersalah... Daddy tahu apa yang kamu dah lakukan... I knew it!
"Daddy... Please.."
"Stop it, Susan! Berhenti berlakon... Selama ini, daddy hanya mendiamkan diri... Daddy biarkan kamu dengan hidup kamu yang suka berfoya-foya... Tapi sayang... You take it for granted... Kamu sanggup gunakan Chyril sebagai kambing hitam... Tapi, Tuhan tak tidur Susan... Kamu mengandung, kan?" Susan terkejut...
"Ma...Macamana daddy tahu...?"
"Anak siapa, Susan?" Susan tergamam...
"Anak siapa dalam perut kamu?" Terhinjut Susan.
"Chyril..." Pendek jawapannya.
"Daddy ada ramai spy, Susan... Selama ini, daddy upah orang untuk memerhatikan segala gerak-geri kamu, Susan... Daddy tak sangka, kamu sanggup buat sesuatu yang memalukan keluarga kita..."
"Daddy... It's not true...! It's not true!"
"Sampai hati kamu, Susan... Kamu mengambil kesempatan atas kebebasan yang mummy, daddy berikan pada kamu... Selama ini mummy, daddy hanya mendengar kata-kata orang, termasuk orang yang daddy upah untuk memerhatikan segala gerak-geri kamu. Sayang... Kamu terlalu leka, terlalu asyik dengan dunia kamu sendiri... Cukuplah! Mummy, daddy tak boleh terima apa lagi alasan kamu..."
"Mummy, daddy... A...Apa maksud mummy...?"
"Kamu bukan lagi anak daddy, mummy... Kamu bukan lagi keluarga Shannon..."
"Daddy, a...apa maksud daddy...? Mummy... Please..."
"Kamu tak faham...? Kamu bukan lagi anak kami, Susan... Mulai saat ini, tika ini... Susan Shannon dah mati bagi daddy dan mummy... Kami takde anak seperti kamu... Kami tak mahu lagi ada hubungan dengan kamu... Ini wang 500k... Wang terakhir untuk kamu dari daddy."
"Mulakan kehidupan kamu sendiri... Jaga anak dalam kandungan kamu... Jauhi diri kamu dari kami... Jangan cuba-cuba dekati Chyril... Remember! Anything happen to Chyril... Kamu akan kami sumbat dalam penjara... With my own hand... Remember that!" Daddy menarik tangan mummy lalu meninggalkan Susan yang terpinga-pinga. Wang yang dicampak daddy ke arahnya, direnung.
Air mata berjujuran... Saat ini dirasakan dunianya semakin kelam... Mummy daddy dah buang dia dari keluarga mereka... Ke mana lagi hendak dia tuju... Wang ratusan ribu yang diberikan daddy, tidak bermakna buatnya... Entah siapa bapa kepada anak dalam kandungannya... Susan bingung...
Selepas disahkan mengandung, Susan terus berjumpa dengan kekasihnya... Tapi, sayang tiada seorang pun yang mengaku itu anak mereka... Itulah kesilapan terbesar Susan... Sikapnya yang suka berfoya-foya, bertukar pasangan memakan dirinya apabila disahkan mengandung... Dan satu benda yang paling menakutkannya, akhirnya terjadi juga... Susan disahkan positif HIV...
Susan benar-benar terduduk mendengar kata-kata Doktor Patricia... Anak yang dikandung tidak diketahui siapa bapanya... Kini, ia disahkan HIV positif... Dan tiba-tiba hari ini, dirinya dibuang dari keluarga hanya kerana kesilapan yang telah dilakukan tanpa sedar.
Susan menyentuh perutnya yang sedikit membukit. Perasaan marah, sedih, pilu, kecewa, bercampur-aduk. Mana mungkin, Susan dapat menerima berita dibuang keluarga sendiri... Macamana hendak diteruskan hidup ini sendirian dengan kandungan yang semakin membesar...
Keputusan perlu dibuat... Susan perlu mencari jalan penyelesaian, agar segala-galanya kembali normal... Matanya terarah ke balkoni kondo 30 tingkat yang didudukinya... Kondo ini dihadiahkan daddy ketika ulang tahun hari lahirnya yang 25 tahun yang lalu. Perlahan-lahan Susan merapatkan dirinya ke balkoni...
"Mummy, daddy... I'm so sorry... Baby, maafkan mummy... Chyril... I'm so so sorry..."
************************
Sudah dua hari Chyril tidak sedarkan diri dan selama dua hari ini, Nadialah yang menjaga Chyril... Kadang-kadang, badan, kaki dan tangan Chyril dilap dengan kain basah... Wajah Chyril yang kelihatan lebam dan penuh luka, dilap perlahan-lahan...
"Done... Hubby dah wangi... Love you..." Dahi dan pipi Chyril dicium. Begitulah rutin Nadia selama dua hari menjaga Chyril. Sayangnya Nadia pada Chyril tak mampu dipertikaikan lagi...
New chapter updated... Enjoy reading...
Share this novel