BAB 16 - DCCC - RESIGN

Romance Completed 34736

"Hahaha... Tak payah dramalah, Nadia. You dah lama ke tak balik Malaysia...?"

"Lama jugaklah... Lepas habis study... I terus buat practicle kat CE Interior sebelum diserap permanently ke CC Interior... Dah hampir 5 tahun I tak balik Malaysia..."

"Huish! Lama tu! Kenapa tak cuti je...?"

"Err... Actually... I nak ambik cuti panjang... Tapi, company busy dengan projek baru. I bimbang, nanti permohonan cuti I tidak diluluskan... Lagipun, I nak ambik cuti sebulan... Confirm tak luluskan?"

"Oh... Kesian you, kan?"

"Kan! Susah sangat... I ingat, I nak berhenti kerja teruslah... Boleh balik Malaysia terus..."

"Sure ke you nak balik sana terus...?" Nadia menjongketkan keningnya.

"Yelah... Kenapa pulak you tanya macam tu?"

"Sure ke?"

"Apa maksud you?" Maxi tersenyum lebar.

"Betul ke nak terus tinggal di Malaysia...? You tak rindu seseorang ke nanti?"

"Rindu? Siapa? You...?" Nadia tergelak kecil... Maxi merenung gadis di hadapannya yang sedang tergelak kecil sambil menutup mulutnya dengan tapak tangan... Maxi terpegun.

"Err... Maxi... Kenapa tengok I macam tu...?" Nadia malu ditenung sebegitu.

"I suka tengok you gelak macam tu... Comel sangat..." Nadia merona dipuji begitu...

"Dahlah! Takmu tengok I macam tu... Malulah." Seraya itu, Nadia melindungi wajah dengan kedua tapak tangannya. Maxi ketawa kecil.

"Eh... Maxi... Tadi you cakap rindu... I nak rindu siapa?"

"I ingat you tak nak tanya tadi...?" Nadia menjongketkan keningnya...

"Ok, ok! Sorry... I mean, Chyril Connor... Your big boss a.k.a. your boyfriend?"

"My big boss? Chyril...? My boyfriend?"

"Ya... Chyril Connor."

"Siapalah I, Maxi... I ni bukan sesiapa... Hanya pekerja bawahan..."

"Hei, kenapa humble sangat? You tak rasa apa-apa ke?"

"Maksud you? I tak faham... You cakap apa ni?"

"Nadia... Are you sure you tak rasa apa-apa?" Nadia menggeleng...

"Allah... You ni, Nadia... Polos sangat."

"Muhammad Mikael... Boleh tak you direct to the point?"

"Garangnya you ni..." Nadia mengecilkan matanya...

"Ok, ok... I rasa Chyril sukakan you..."

"Chyril Connor sukakan I...? Are you serius, Maxi? Hahaha... Chyril sukakan I? Nak tengok muka I pun dia tak nak, Maxi..."

"Nadia, I lelaki... I boleh tahu... Dia memang sukakan you. Dari cara dia tengok you... Dia memang sukakan you..."

"Entahlah Max... I tak tahu nak cakap apa... Ada je yang bagitahu benda yang sama... Tapi, until today... Chyril tak pernah cakap apa-apa kat I... Before this, dia ada cakap yang dia sukakan I... Tapi dah lama... Masa I warded..."

"Tu, dia dah cakaplah tu..."

"The problem is, sampai hari ni, tiada tanda-tanda yang dia sukakan I... He never mention anything to me... Chyril masih Chyril Connor... Muka beku... Pandang orang macam nak telan je. Macamana I nak tahu dia betul-betul sukakan I? Silap haribulan, orang cakap I syok sendiri... Perasan... Ish, tak naklah I..."

"Kenapa tak you je yang cakap dulu...?"

"Ish, malulah! I tak nak dituduh perigi cari timba... Jatuhlah air muka I nanti... Malu satu hal..."

"Jadi, betullah... You pun sukakan Chyril...?" Nadia tergamam... Tak percaya dirinya membuka rahsianya sendiri...

"Nadia... Relax ok... I tahu... I can see from your eyes... You dah jatuh cinta pada Chyril... I sedikit kecewa sebenarnya..."

"Kenapa? Kecewa dengan I ke?"

"Yup! Actually, I dah jatuh cinta kat you masa kali pertama I jumpa you di majlis pembukaan pejabat baru I... Tapi, bila melihat boss you, Chyril... Nampak dia betul-betul sukakan you... I boleh tahu, Nadia..."

"Maaf, Max... I..."

"Hei, relax... I oklah... Dont worry... I tahu, hati dan perasaan tak boleh dipaksa... I admit that... But, to be honest... I nak jadi one of your best friend... Bolehkan?" Nadia memandang wajah tampan milik Muhammad Mikael di hadapannya... Nadia tersenyum manis... Nadia mengangguk...

"Thanks Nadia... I tahu, dekat sini, you kurang kenal orang lain... I mean... Kekawan... You takde kawan ramai, kan...? So, I offer diri I yang hemsem, tampan dan macho ni untuk menjadi sahabat baik you... Bolehkan?"

"Hahaha... Macho sangat! In shaa Allah... Thanks again, Max... I terhutang budi kat you... I memang susah nak percayakan orang... I harap you faham keadaan I..."

"No sweat, sweety..."

Dari kejauhan, sepasang mata yang sejak tadi mengekori Nadia... Menundukkan kepalanya di stereng kereta BMW adiknya...

'Adakah aku sudah terlambat untuk melafazkan kata cinta buat Nadia...? Adakah aku perlu menjauhkan diri dari Nadia...? Nadia... Kenapa buat I macam ni...? I love you from the first sight, Nadia... Kenapa you kecewakan I?'

"Nadia... You perasan tak ada kereta hitam di sana? You tengok kereta BMW warna hitam di tepi restoran sana..."

"Ok, I nampak... Kenapa?"

"Boss you follow kita sejak awal tadi..."

"Be...Betul ke, Max?"

"Yes... I tahu it's him..."

"Betul ke Max... Tapi, kenapa dia follow I?" Nadia memusingkan kepalanya mencari lokasi Chyril...

"Because he love you, Nadia..." Nadia tergamam...

"You mean... Masa Anaqi ganggu kita tadipun, dia ada?"

"Yup!"

"Allah... Kenapa dia tu?"

"Nadia, can't you see yang Chyril betul-betul cintakan you. Cuma, dia takut nak berterus-terang kat you..."

"Max... I tak faham dengan Chyril... Mulut kata sayang, cinta... Tapi, kelakuan... Tidak menggambarkan apa-apa? Sekarang, follow I sana sini, kenapa?"

"I rasa, dia nak protect you Nadia..."

"From whom? Anaqi?"

"Maybe..." Nadia buntu... Ya, perkataan protect... Mesej yang dia terima dari pemanggil yang tidak dikenali... Adakah mesej tu dari Chyril...

****************************

Gempar!

Nadia meletakan jawatan secara tiba-tiba. Nadia menghantar email mengenai perletakkan jawatannya ketika di lapangan terbang... Nadia nekad untuk meninggalkan CC Interior dan Liverpool demi keluarganya yang tercinta. Walaupun hakikat sebenarnya, Nadia ingin mengubati lukanya.

Pemergian Nadia tidak diketahui sesiapa... Setelah berfikir selama 3 hari... Akhirnya, Nadia membuat keputusan tanpa berbincang dengan majikannya... Itu lebih baik daripada mengadap mereka yang tidak mempedulikannya lagi.

Bukan niat Nadia untuk membuat majikan dan kawan-kawannya kecewa... Namun, Nadia tidak mampu menahan kesakitan di hatinya. Ada baiknya, dia meninggalkan bumi yang membuatkan hatinya bergolak. Diabai dan dipulaukan tanpa diketahui puncanya...

"Cam... Tolong abang, Cam...!"

"Calm down, abang... Kenapa ni... Tell me..."

"Nadia... Nadia..."

"Nadia? What happen to her? Tell me, abang..."

"She left! Nadia tinggalkan abang, Cam... Nadia dah lari..." Chyril semakin sebak...

"What happen abang...? Apa yang berlaku sebenarnya? Abang, answer me!" Chyril menggeleng...

"Chyril Connor! Bagitahu adik, apa yang berlaku sebenarnya? Cam tahu Nadia macamana... Nadia takkan lari kalau takde sebab... So, tell me, what is going on?"

"Abang tak tahu, Cam...! Mungkin ... Abang dah abaikan Nadia... Abang..."

"Abaikan Nadia...? Jadi selama ni... Abang tak pernah luahkan isi hati abang? Abang tak ceritakan segalanya pada Nadia...?" Chyril sekali lagi menggelengkan kepalanya.

Camelia menepuk dahinya...

"Oh my gosh!! Kenapa abang ni lembap sangat! No! Cam tak rasa ini alasan yang menyebabkan Nadia resign macam tu... Mesti ada sebab lain... Cam percaya, mesti ada sebab lain..."

"Maksud Cam...?"

"I need to see the CCTV..." Camelia merampas handphone milik Chyril... Chyril tercengang dengan kelakuan Camelia... Dibiarkan sahaja, Camelia.

Hampir setengah jam Camelia menerjah ke rakaman CCTV di telefon bimbit Chyril... Segalanya diteliti dengan sempurna... Memang sah... Confirm, ada salah faham di sini...

"Abang... Abang... Kenapalah abang ni...? Cam tak faham dengan abang... Abang dengan Bell ada masalah, tapi jadikan Nadia sebagai mangsa... Is it fair for her?"

Tok! Tok! Bunyi ketukan dipintu, mengejutkan Chyril...

"Come in!"

"Boss..."

"Bell... Do you know anything about Nadia..?"

"Nadia...? No, Sorry Cam... Tapi, kenapa dengan Nadia? Is she ok?"

"Baru nak tanya pasal Nadia...?" Bell sedikit tersentak...

"You tak tahu ke mana Bell?" Bell menggelengkan kepalanya.

"Nadia dah resign pun you tak tahu?"

Bell terkejut... "Nadia... Resign? Betul ke, Cam?"

"I tak tahu kawan jenis apa you ni... You kata dia kawan baik you... Tapi, Nadia terluka sebab you and Chyril... Because of you and you..." Jari dituding ke arah Chyril dan Bell...

"Because both of you... Nadia dah resign dari company ni... You ingat senang ke nak dapatkan Nadia bekerja di sini...? Puas I pujuk dia tau tak?"

Bell kesal. Kesal dengan tindakannya memulaukan Nadia hanya kerana Chyril... Tentu Nadia benar-benar terluka dengan sikapnya. Mana janji-janji Bell pada Nadia...? Kawan dunia akhirat... Kawan di kala susah dan senang... Bell semakin sebak memikirkan Nadia keseorangan...

'Nadia, maafkan I... Maafkan I...'

"And you, Chyril Connor... Adik dah tak nak tolong abang lagi... Adik dah penat nak layan kerenah abang... Ego je memanjang... Fine! Teruskan junjung ego abang... So, lepas ni... Kalau kita dapat kad kahwin dari Nadia. Jangan menangis... Huh!"

Camelia meninggalkan Chyril yang terdiam kaku tanpa terkutik dan Bell yang teresak-esak menahan tangisan.

Chyril terdiam masih terdiam... Bell terus keluar dari bilik Chyril dengan linangan air mata...

"Nadia... Maafkan I, Nadia... I love you, Nadia... I miss you a lot... Please, come back..." Wajah diraup berkali-kali... Bodoh dirasakan dirinya kerana melepaskan intan permata di hadapannya.

*************************

Nadia termenung sebaik sahaja meletakkan punggungnya... Kepulangannya kali ini, tentu mengejutkan ibu dan babahnya... Manakan tidak... Nadia tidak memberitahu akan kepulangannya pada mereka... Keputusan drastik ini dilakukan demi kebaikan mereka semua... Untuk CC Interior... Untuk Bell...

Ya, Nadia benar-benar terluka dengan sikap Bell... Mengabaikannya tanpa Nadia tahu apa kesalahan yang telah dia lakukan... Untuk Chyril Connor... Jejaka yang telah mencuri hatinya...

'Selamat tinggal abang mata biru... I will miss you Chyril...'

Sekurang-kurangnya, Nadia akan bebas dari lelaki bernama Adam Anaqi... Lelaki kasanova yang terlalu mengharapkan cinta darinya. Muhammad Mikael @ Marco Maximiliano. Lelaki yang bergelar sahabat baiknya kini... Hanya Maxi yang tahu akan kepulangannya ke Malaysia.

Terngiang-ngiang kata-kata Max ketika Chyril menghantar Nadia ke lapangan terbang...

"Nadia... Betul ke you nak balik ke Malaysia? You tak risaukan ada hati yang bakal terluka di sini...?" Nadia tersenyum kelat.

"I akan lebih terluka kalau I terus stay kat sini, Max... Takde siapa yang pedulikan I... I pergi kerja, buat kerja macam biasa dan terus balik... I benar-benar rasa diabaikan... Mungkin I tak layak untuk terus berada di sini, Max... Biarlah I pergi... I yakin, lepas ni takde siapa lagi yang akan terluka kerana I..." Nadia mengelamun...

"But I care about you... We're friend, right?"

"Thanks Maxi... I tak tahu macamana I boleh selesa berkawan dengan you... Thanks again, Max... Selalu ada dengan I..."

"Don't mention... You kan best friend I? I akan tolong you selagi I mampu..."

"Thanks Maxi... I bersyukur sangat sebab Allah temukan kawan yang baik sangat dengan I... I akan sentiasa mendoakan kebahagiaan you dunia dan akhirat... Dan I berharap sangat... You akan bertemu dengan jodoh yang baik dan selayaknya untuk you... Lebih baik dari I..."
Air mata yang mengalir, diusap kasar dengan tapak tangannya. Terhinjut-hinjut tubuhnya menahan esakan... Bimbang di dengari penumpang lain...

Nadia cuba melelapkan matanya... Perjalanan jauh dari England ke Malaysia mengambil masa yang agak lama... Tentu memenatkan... Cukuplah minda dan hatinya letih selama ini... Biarkan kali ini dia ingin rasakan kebahagiaan hakiki walau tanpa insan kesayangannya...

'Selamat jalan Chyril Connor...'

****************************

Sudah hampir seminggu pemergian Nadia... Dan selama seminggu ini juga, Camelia mengabaikan Chyril... Camelia tidak lagi mahu ke pejabat abangnya... Mummy dan Daddy bingung melihat perubahan anak-anaknya...

"Camelia... Chyril... Dinner time..."

"Coming mummy..." Camelia mencium pipi mummy dan daddy yang sudahpun melabuhkan punggung mereka di meja makan... Diikuti Chyril yang kelihatan sedikit messy...

"What's going on with both of you, hah? Dah seminggu mummy tengok you berdua tak bertegur sapa... Ada apa-apa yang mummy daddy tak tahu?" Camelia beriak biasa.

"Chyril... Camelia...?" Teguran daddy mummy membuatkan selera Chyril hilang lalu, diangkat punggungnya menghala ke luar rumah...
"Darling... Takpe... Makan... Nanti dia lapar, dia makanlah... Biarkan Chyril..." Pujuk daddy... Sementara Camelia hanya mendiamkan diri. Sibuk mengunyah makanan yang berada di dalam pinggannya...

Suasana di meja makan berubah sekelip mata... Tiada lagi gurau senda dan tawa riang... Yang kedengaran hanya bunyi sudu garfu yang berlaga...

"Camelia... Kenapa ni...? Boleh berithu mummy apa yang berlaku...? Mummy tak suka tengok anak mummy macam ni..." Soal mummy selepas mereka selesai mengemas tempat makan...

Camelia menghela nafas kasarnya... Rambut panjangnya diraup ke belakang...

"Nadia, mummy... Nadia left us..."

"Nadia resign dari company dan mummy tak tahu...? Bila? Tapi, kenapa?"

"Mummy tanyalah anak mummy yang ego tu..."

"Camelia...?" Rambut panjang Camelia, dielus perlahan...

"Dah seminggu... Semua sebab abang... Kalau bukan sebab abang dan Bell yang pulaukan Nadia... Nadia tentu takkan tinggalkan kita macam tu je... Cam geram sangat dengan anak mummy tu... Ego... Ego sangat... Banyak kali Cam cakap, confess Nadia... Confess je... But he refuse... Asyik sibuk mention pasal kecurangan x dia yang dulu... Annoyinglah..."

Lega rasanya dapat melepaskan bebanan yang ditanggung hampir seminggu ini...

Maaf di atas kelewatan meng'update' chapter baru DCCC... Anyway, enjoy reading... Silalah kecam abang mata biru... Follow sis di Ig sis... Nurul_MataPena78... Kita borak-borak nak...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience