"Is this Chyril Connor yang mummy kenal? Chyril Connor yang mummy kenal tak macam ni... Dia bukan yang cepat mengaku kalah... Kenapa mengaku kalah kalau belum berjuang?"
Chyril merenung wajah lembut mummy... Chyril tahu, mummy memang ibu yang penyayang...
"Mummy... Ril tak tahu apa cara lain nak pujuk dia... Sekarang ni, Ril dah ada pesaing yang nak rebut Nadia..."
"Maksud Ril, ada orang lain nakkan Nadia?"
"Emm... Bekas bakal menantu tak jadi mummy."
"Apa benda Ril cakap ni...? Mummy tak faham..."
"Camelia's x-boyfriend... He like Nadia too... I'm afraid..."
"Bahasa please... Bahasa Malaysia... Kita kat rumah, kan? Ingat, mummy cakap apa. Biasakan guna bahasa Malaysia..." Itu kepantangan Mummy... Kalau bercakap dengan mummy di rumah, mummy prefer menggunakan bahasa ibundanya... Kata mummy, tak nak anak-anak lupa asal usul...
"Sorry... Maaf, mummy... Ril dah cuba nak pujuk Nadia... Tapi, tak sangka pulak, bekas kekasih Camelia nak cuba potong line Ril..."
"Maksud Ril, Adam Anaqi?" Mummy menarik tangan Chyril lalu diajak duduk di birai katil.
"Mummy ingat jantan tu?"
"Maunya tak ingat. Budak jantan ni memang dah lama mummy cari... Kisah hampir 5 tahun lalu, mummy takkan lupa... Berani dia tipu kita... Dia tipu Camelia... Lari dengan alasan sambung belajar, tapi rupanya kahwin kat sana..."
"Dasar jantan buaya! Mummy takkan teragak-agak nak belasah dia kalau mummy jumpa nanti..."
"Uish! Garangnya mummy Ril ni..."
"Mummy hilang sabar Ril... 3 tahun berkawan, then janji nak kahwin... Tinggal sebulan je... Terus lesap... Dengar-dengar dah kahwin dengan perempuan lain... Dia kecewakan Cam... Kesian anak mummy... Nasib baik mummy daddy ada..."
"Takpelah mummy... Ada balasan untuk orang macam tu... Hari ni, dia tak kena, esok lusa mendapatlah tu... Mummy takmu risau, ya..."
"Then, Ril kena terus berjuang merebut hati Nadia."
"Ril dah cuba... Tapi, macam dah sampai titik noktah..."
"Hahaha... Chyril, Chyril... Sejak bila cepat berputus asa ni? Mana, Chyril mummy yang berjiwa kental, berani menyahut cabaran? Where is he?"
"Mummy... Please..."
"Ok, ok... Or Chyril nak mummy pujuk Nadia?"
"No! Don't! Ril akan pujuk Nadia sendiri..."
"Boleh ke or mampu ke?"
"In shaa Allah... I'll try my best... Ril tak nak nanti dorang cakap Ril macam budak-budak, minta tolong dengan mummy." Tertawa kecil Chyril...
"That's my boy... Dalam percintaan, banyak dugaannya... Belum lagi dalam perkahwinan... Banyak liku-liku dan pancarobanya... Sedangkan dalam perhubungan biasa as a friend pun, masih ada dugaan yang mendatang... Sebagai manusia... Dan sebagai hamba Allah, kita tak boleh mudah berputus asa..."
"Macamana mummy boleh setabah ini? What I mean, selepas apa yang berlaku ada Caden..."
"Chyril sayang... Setiap manusia tidak lepas dari ujian Yang Maha Esa... Selagi kita bernyawa, selagi itu akan ada ujian dan dugaan buat kita. Allah nak lihat sejauh mana kita sujud dan minta pertolongan padaNya... Dan sebab itu, mummy selalu pesan pada anak-anak mummy, pada diri mummy dan daddy... Jangan tinggalkan solat..."
"Pada Dia sahaja tempat kita mohon petunjuk, pertolongan... Chyril tahu kenapa Allah turunkan ujian buat hambaNya?" Chyril menggeleng...
"Untuk melihat sejauh mana ketabahan hambaNya dalam memperjuangkan hidup mereka. Allah nak lihat sejauh mana rasa sayang dan cinta kita sebagai hambaNya pada Yang Satu."
"Sebagai manusia, kita takkan terlepas dari segala dugaan dan ujian... Mummy tahu apa yang berlaku selama ini... Mummy tahu, Ril marah pada apa yang berlaku pada arwah Caden... Tapi, bukan kerja kita untuk menjatuhkan hukuman."
"They deserve it! They deserve it, mummy!"
"Chyril sayang... Tak semua orang jahat, sayang... Tak semua orang macam perempuan-perempuan tu... Kalau mereka bersalah pun... Bukan hak kita untuk menghukum! Kita takde hak nak menghukum mereka... Kita bukan Tuhan, sayang." Rambut Chyril diusap penuh kasih sayang..
"Tapi, perempuan-perempuan tu, mata duitan... Sanggup tinggalkan Ril sebab Ril tak mewahkan dorang dengan kesenangan hidup... Dorang sanggup berselingkuh, jual body dan maruah demi mendapatkan kesenangan dan kemewahan hidup... Ril tak boleh terima keadaan macam tu." Chyril bangkit dari katil lalu menuju ke jendela.
"Chyril... Dengar cakap mummy... Tak semua perempuan tu jahat, sayang... Nadia tak macam tu, kan?"
"No...! She's different!" Chyril tidak bersetuju dengan mummy.
"Ya, mummy tahu... Itu sebab mummy cakap, tak semua perempuan tu jahat... Kalau betul Ril sayangkan Nadia, berusaha untuk pikat Nadia... Mohon maaf dari Nadia... Pujuk Nadia baik-baik. Jangan lupa satu benda... Mummy selalu pesan, jangan tinggalkan solat... Selalu berdoa moga diampunkan segala dosa dan kekhilafan kita sebagai manusia di muka bumi ini..."
"Ril cuba, mummy..."
"Itu jawapan yang sepatutnya... Ril lelaki... Lelaki tak boleh cepat berputus asa. Tapi, jangan asyik nak mencuba je... Ril kena usaha"
"Mummy doakan untuk Ril, ya... Kekadang, Ril rasa macam Ril dah tewas dalam perjuangan Ril sendiri..."
"In shaa Allah... Mummy sentiasa mendoakan anak-anak mummy... Mummy akan bimbing anak-anak Mummy. Lagipun, mummy dan daddy dah tua... Bila-bila masa aje, Allah akan tarik nyawa kami..."
"Mummy, don't say like that!" Tiba-tiba Camelia menerpa ke arah mummy. Tubuh mummy dipeluk erat dengan tangisan.
"Cam sayang mummy, daddy... Tolong jangan tinggalkan Cam... Cam dan abang takde sesiapa lagi..." Tangisan Camelia bergema di dalam bilik Chyril.
"Mummy pun sayang anak-anak mummy. Caden, Chyril and Camelia Connor... Ini semua harta mummy dunia akhirat..."
"Mummy..." Pelukan tiga beranak dengan juraian air mata cukup menghibakan.
'Abang Caden.. Damailah abang di sana..."
*************************
"Morning guys..."
"Mor... Eh, morning bos..."
"Finally the boss is back..." Chyril menjongketkan kening...
Nadia terpaku melihat buah hatinya... Dengan kemeja lengan panjang berwarna biru laut yang dilipat sehingga ke lengan, berseluar panjang warna biru gelap... Dan bertali leher turut warna yang gelap, Chyril kelihatan cukup macho...
'Oh... He so handsome...'
"Kenapa? Tak suka I datang office ke?"
"It's not like that... We miss you, boss..." Usik Matthew...
"Whatever..."
Chyril memandang sekilas Nadia... Rindu pada wajah buah hatinya yang seorang ini... Dua hari tak dapat menatap wajah Nadia, Chyril bagaikan kucing kehilangan taring... Hihihi... Angau... Nadia perasan renungan Chyril... Cepat-cepat dialihkan pandangannya... Chyril mengeluh...
'Nadia masih marah...'
'Dia tak rindu aku, ke? Dia dah sihat? Ish... Nadia, Nadia.'
Kepala diketuk perlahan. Tergeleng-geleng kepala Nadia seraya tersenyum dengan gelagatnya sendiri...
'Ibu... Abang mata biru dah kembali....'
Nadia menyambung tugasnya yang tergendala lantaran abang mata biru yang handsome dan macho menjelma kembali...
*************************
"Guys... Ini ada makanan untuk lunch... Today , I belanja..."
"Wow... Ni yang sayang boss ni... Thanks boss... Murah rezeki boss belanja kami..."
"Don't mention... Rezeki you all... Thanks sebab masih setia dengan I dan company ni..." Sengaja dilirik ke arah Nadia...
"Emm, Nadia... For you..." Chyril menghulur kotak makanan kepada Nadia...
Lambat-lambat Nadia mencapai huluran Chyril...
"Thanks..." Hanya sepatah perkataan yang keluar dari mulut Nadia...
"Most welcome... Enjoy your lunch..." Nadia mengangguk perlahan. Niat di hati nak berbual dan meminta maaf pada Nadia... Tapi... Melihat Nadia yang enggan memandangnya, Chyril terpaksa melupakan hasratnya...
'Takpelah... Sekurang-kurangnya Nadia dah ambik kotak makanan tu...'
Chyril memerhati dari biliknya...
"Nadia tak makan ke?" Dari tadi Nadia sekadar memerhati kotak makanan tu... Ingatkan nak makan kemudian... Tapi, bila teringat dia tak sempat bersarapan pagi tadi... Nadia jadi lapar... Perlahan-lahan dibuka kotak makanan itu...
Terdapat satu kad comel yang diselitkan pada kotak makanan itu...
"I'm really sorry... Please forgive me... I really miss you..." Emoji sedih turut tertera di situ...
'I miss you, too'
'Patutlah beria-ia nak belanja lunch... Nak minta maaf rupanya... Don't worry... I forgive you... and I miss you too.' Nadia bermonolog di dalam hati.
Chyril memerhatikan riak wajah Nadia yang bersahaja... Tiada reaksi senyum, suka atau sebaliknya...
'Nadia dah baca ke? Takkan takde perasaan? Ish, susahnya perempuan ni... Nasib baik sayang...' Omel Chyril dalam hati.
************************
Habis sudah waktu kerja... Nadia masih di tempatnya menyambung kerja yang belum habis. Rata-rata kakitangan CC Interior juga begitu... Sebab itu, Chyril sayang pada mereka...
Masuk awal pulang lewat semata-mata nak habiskan kerja... Lagi-lagi Nadia... Puas dinasihatkan Camelia... Tapi, kedegilan Nadia ada kalanya tak dapat dipujuk. Nasib rakan sekerja ada menemaninya.
Kerja-kerja lakaran sudahpun disiapkan, hanya menanti persetujuan Chyril dan Camelia sebelum kerja-kerja mendekor dimulakan. Maklumlah... Bukan mudah nak buat pelanggan berpuas hati dengan tugasan yang diberikan... Jadi, baik Chyril, mahupun Camelia... Atau kakitangan CC Interior sendiri... Mereka tak mahu terlepas peluang keemasan sebegini...
Peluang keemasan yang datang hanya sekali perlu digunakan sebaik mungkin... Tak mahu ada kesilapan dalam setiap dekor, Nadia bertungkus-lumus memastikan semua hasil kerja mereka semua, berbaloi dan diterima pihak pelanggan dengan rasa gembira.
"Finally... Alhamdulillah... Kita berjaya menyiapkan tugasan yang diberi dalam sebulan ini... I'm really proud. Tak sangka kita dapat menjayakan pembukaan ibu pejabat syarikat terkemuka dari Itali ini..." Ujar Chyril...
"Ya, boss! Ini semua hasil kerja dan idea Nadia... Kalau tidak, tentu kita gagal menyiapkan seperti yang dimahukan pelanggan..."
"No! Ini semua kerjasama kita semua... Bukan I seorang... Kita bekerja di bawah satu pasukan yang diketuai oleh Tuan Chyril Connor..." Nadia dengan sikap humblenya memang tak boleh dipisahkan...
"Betul tu, Nadia... Setuju sangat... Apapun, tahniah buat semua... Nanti I belanja makan ya... Kita tunggu payment dulu..." Sambung Camelia.
"Wow Boss...! Thank you... Thank you... Ni yang I suka ni..."
"Amboi, you Bell. Tang makan, laju je..."
"Hihihi..."
Dari jauh, sepasang mata mula memerhatikan mereka... Senyum tawa Nadia cukup mempersonakan... Kuat jantungnya berdegup ketika ini...
'Adakah dia jodohku...? She's beautiful... Siapa dia...? Macamana dia boleh buat sepertimana yang dimahukan...? Aku perlu siasat siapa gadis ini...?'
"You buat dada I bergetar, dear..."
************************
"Nad..." Tegur Chyril. Niat dihati ingin berbincang mengenai projek terbaru mereka.
"Yes..." Nadia memusingkan tubuhnya seraya tersenyum memandang wajah abang mata biru...
"Err... Nadia... Sorry, boss... Ada bunga untuk Nadia..." Tiba-tiba Matthew mencelah sambil menghulurkan bunga dan sebuah kotak dibalut cantik. Tercatat di atas kotak itu nama Nadia Natalia...
"Untuk I?"
"Yes... Tu... Ada nama you tertera kat atas kotak..."
"Takkan dia lagi...?"
"Come... Let me see... Ini lambang..." Actually, Chyril is jealous... Tu yang sibuk nak tengok siapa pengirim bunga dan hadiah untuk Nadia, buah hati pengarang jantungnya...
"Company yang kita buat dekor tu..." Celah Belinda.
"Yelah... The Italian company... Tapi, siapa yang hantar... Kenapa dekat I je yang dia hantar bunga dan hadiah ni... Kitakan ramai..." Nadia curiga...
"Kalau tekaan I betul... Ini mesti dari Tuan Maxi..."
"Maxi? You mean Tuan Marco Maximiliano?"
"Emm... Might be..." Jawab Bell selamba. Panas hati Chyril...
'Wah! Ni dah lebih ni... Buah hati aku, kau nak cantas!' Getus hati Chyril.
Chyril terus melangkah masuk ke dalam pejabatnya... Nadia dan Bell tercengang melihat Chyril yang tiba-tiba bagaikan merajuk.
'Ah, sudah!'
"Alamak... Nad! Kenapa tu? Tiba-tiba je blah..."
"Entah..."
"Jangan-jangan, abang mata biru you jealous tak...? Tu yang marah ada orang lain hantar something kat you..."
"Eh, taklah..."
"Nadia... Pergilah pujuk boss tu... Merajuk lagilah jawabnya..."
"Eh, takkan I yang kena pujuk? Youlah!"
"No! Youkan buah hati boss... Pergilah pujuk..."
"Bell..."
"Nadia... I tahu, Nadia... I minta maaf sebab kenalkan you dengan cousin I, si Anaqi tu... I betul-betul rasa bersalah..."
"Ap..."
"Nadia... I dah dengar perbualan you dengan Camelia tempohari... Memang I tak nafikan, Anaqi memang kasanova, buaya darat, buaya tembaga... I ingat dia dah insaf..."
"Insaf?"
"Ya... Dia dah janji dengan aunty uncle I yang dia akan berubah... Yelah... He already 32 years old... Bukan muda lagi... Tapi, masih dengan sikap kasanova..."
"I tak kisah nak kenal dengan sesiapa pun. Cuma I tak suka cara dia paksa-paksa I... Annoyinglah..."
"Hari tu, beria-ia pujuk I suruh tolong dia dapatkan you... Berjanji sumpah bagai kata dah insaf... Semalam, I jumpa Anaqi dengan seorang malay girl... Siap peluk bagai... Insaf apa macam tu! Dasar buaya..."
"Serius, Bell?"
"Dahlah Nadia... Tak payah layan dia lagi..."
"Tapi, kalau dia datang atau cari I atau bagi I barang lagi... Macamana? I tak sukalah..."
"Don't worry... Yang tu, tahulah I ajar dia nanti... Sekarang ni, pergi pujuk abang mata biru you tu. Kesian dia... I know, Nadia... Tak payah risau... I cover line ya...?" Nadia mengerutkan dahinya...
"Apa yang you mengarut ni, Bell...?"
"Nadia... Tak payah nak berlakon... From your eyes, I know you love Chyril, kan...? Tell me the truth dear..." Nadia menundukkan kepalanya...
"See... I knew it! Dah... Pergilah jumpa Chyril... Pujuk dia..." Bell menolak perlahan nanti... Apapun tak boleh... Subhanallah...
"Then... Go now... Pergilah..." Nadia betul-betul malu...
'Aduh, pompuan ni... Paksa-paksa pulak...' Belakang tengkuk digosok perlahan...
New chapter updated... Jangan lupa rate dan comment... Muah!!!
Share this novel