BAB 10 - DCCC - CEMBURU

Romance Completed 34736

"Hai Nadia... Wow! You look stunning dear..."

"Ish you ni... Mana ada? Pakai macam ni pun you kata stunning... Mata you problem ni, Bell."

"Nad... Boleh tak, untuk satu hari, you jangan rasa rendah diri sangat... Dah memang realiti you memang cantik... Kalau tidak, Anaqi takkan tergila-gilakan youlah..."

"Ish! mengarutlah you ni... Kenal pun tidak, macamana boleh suka?"

"You nikan, Nadia... Whatever!" Bell seakan mahu merajuk.

"Bell.. It's not like that... Cuma, memang I tak selesa dengan perkataan cantik tu... Lagipun, cantik tu universal... You pun cantik... Semua wanita dalam dunia ni cantik..."

"Including the girl in front of me..." Tergamam Bell dan Nadia mendengar suara garau milik seorang lelaki. Nadia malu...

************************

"Thanks a lot cousin... Kenyang perut Bell... Habis diet Bell, tau..."

"Hahaha! Dietlah sangat... Lagipun dinner ni untuk perkenalan kita... Siapa suruh Bell diet?" Bell tergelak kecil mendengar bebelan sepupunya.

"Thanks bro... I dah lama tak masuk hotel ni..." Seraya itu, ingatan Chyril terus terbayangkan Sandra... Sandra, seorang gadis yang cukup cantik... Namun sayang... Kecantikkan yang dimiliki tidak selari dengan sikapnya yang tak ubah seperti perempuan sundal. Menjual diri demi kemewahan hidup...

Di hotel inilah, Chyril menangkap Sandra bersama seorang lelaki tua yang selayaknya digelar daddy... Sandra sanggup meniduri lelaki itu demi wang. Hati Chyril tidak dapat menerima kecurangan Sandra lantas riwayat Sandra ditamatkan.

'You deserve it, Sand!'

"Tapi, thanks to you Chyril... I tak sangka dapat bertemu dengan dengan lelaki hebat seperti you... The owner of CC Interior yang berjaya mendapat tawaran hebat dari company besar."

"Hebat? Hah! I tak sehebat you, Anaqi... You, doktor pakar bedah di hospital yang bertaraf 5 bintang... Royal Liverpool Hospital University... Bukan calang-calang orang dapat memegang jawatan besar di hsopital mahal tu..."

"Ish, you ni! I doktor je pun... Masih makan gaji... Tak macam you... Company sendiri, duit sendiri..." Ada sedikit perasaan canggung Chyril rasakan ketika ini... Lain benar intonasi yang lepaskan Anaqi...

Sementara itu, Nadia hanya mampu memandang perdebatan antara dua lelaki idaman Liverpool di hadapannya.

"Taklah... Itu semua hak syarikat. I cuma menjalankan amanah je... I masih menerima gaji jugak dari parents I..."

"Ok... ok... Stop both you...!" Keadaan kelihatan semakin tegang... Bell cuba meleraikan keadaan...

"Wait, wait! Cara you cakap macam you tahu kami dapat tender dari company besar... You tahu ke?"

"Chyril... Marcus Maximiliano @ Maxi, my bestfriend masa di university dulu... And that company... Maxi is the owner... You lupa ke? Hari tu I ada cakap at first time kita jumpa...?"

"Oh, really? Sorry bro... I betul-betul lupa..."

"Takde hal bro... Biasalah, orang busy kan?" Chyril mengangguk seraya tersenyum.

"By the way... Thanks to you cousin... Because of you... I dapat bertemu dengan gadis cantik di hadapan I..." Nadia tertunduk malu mendengar pujian dari Anaqi. Chyril terasa panas hati... Mata dikerling ke arah Nadia...

'She's mine, Anaqi... She's mine!''

"Nadia... I hope you tak tolak pelawaan I selepas ni ya...?"

"Mak...sud you...?" Tergagap-gagap Nadia.

"I mean, keluar dengan I... Lunch or dinner or just having a cup of tea..."

"Emm... In shaa Allah..." Nadia mengerling Chyril yang merenung tajam ke arahnya.

"Jangan menolak lagi selepas ni ya... I insist nak kenal you dengan lebih rapat... Ke you ada somebody yang bertahta di hati you...? If yes, I taknak kacau... Takut... Lebam muka I nanti..." Nadia mengerutkan dahinya melihat Anaqi tergelak kecil.

"Kenapa you berkerut? Salah ke I cakap?"

"Hahaha...!" Gelak Nadia sambil menutup mulutnya...

"See... You gelak macam tu pun, comel..." Nadia tersipu malu. Makin panas dada Chyril... Kancing kemeja lengan panjangnya, dibuka... Lalu lengan baju itu dilipat sehingga ke lengan... Terpampang lengan kekar milik lelaki itu... Jelas disitu, urat-urat lengannya yang menegang... Nadia mengerling ke arah Chyril... Nampak sangat wajah tak suka Chyril memandang ke arahnya.

'Jealouslah tu!'

"Oh, my gosh... Anaqi... You dah angau dengan Nadia ke?" Bell sengaja mengerling ke arah Chyril... Dia tahu Chyril cemburu... Bell tahu, Chyril sukakan Nadia... Tapi, ego... Nasiblah...

"Bukan angau je... I dah rindu gila nak tatap wajah cantik ni... Rugi kalau tolak gadis secantik Nadia..." Nadia merona... Chyril terpaksa berlagak biasa... Control macho, walaupun dalam hatinya, Chyril benar-benar ingin membelasah Anaqi yang berani-berani memuji Nadia di hadapannya.

"Nadia... Rasanya tak salahkan kalau kita dapat kenal dengan lebih rapat?"

"In shaa Allah... I pun takut, kalau ada perempuan lain yang datang tiba-tiba serang I... Maklumlah, doktor pakar bedah hemsem... Tentu ramai peminat..."

"Ya, I akui. Memang I ramai peminat. But, I really nak kenal dengan you... Bolehkan...?" Nadia terpaksa mengangguk... Cuma, hatinya tidak pasti apakah benar dia dapat menerima insan lain selain jantan ego di hadapannya...

"Thanks dear... I rasa, I insan yang paling bertuah dapat mengenali gadis cantik dan bijak macam you... Like other people say... Beauty with brain."

"Jangan terlalu memuji I, Anaqi... Bimbang you akan kecewa lepas tahu siapa I nanti..."

"Why should I...? I tahu you siapa Nadia Natalia... Anak jati Malaysia yang berasal dari Selangor Darul Ehsan... Ada 3 orang adik-beradik... Dan you anak sulung... Bawah you ada dua adik lelaki yang sedang menyambung pelajaran di universiti di Malaysia, kan?"

Terkejut Nadia mendengar jawapan panjang lebar Anaqi. Begitu juga Bell... Dari mana sepupunya yang sesibuk menteri tu tahu segalanya pasal Nadia. Chyril berlagak biasa... Padahal dalam hati, menyinga... Sampai macam tu sekali Anaqi tau pasal Nadia...

"Are you serius, cousin?"

"Anaqi, are you investigate about me?"

"Dunia teknologi, Nadia... Semuanya di hujung jari..."

"I cuma berharap kita dapat kenal dengan lebih dekat... Who knows... Kita boleh rapat macam pasangan kekasih..." Sambung Anaqi lagi.

"Anaqi... You memang baik... I tak nafikan. Cuma, I rasa... Cukuplah kita sekadar berkawan dahulu... I bimbang... I tak mampu nak kawal diri I, nanti..."

"Nadia... Kenapa you benar-benar nak mengelak dari berbicara pasal hati dan perasaan?"

"Anaqi... I... I takut you akan terluka nanti... I tak mampu nak paksa diri I untuk menerima orang lain sewenang-wenangnya... I belum mampu nak buka pintu hati I..." Nadia berura-ura nak bangun dari tempat duduknya...

Tapi sempat di tahan Bell...

"Nad... Nanti..." Bell merenung sepupunya dengan renungan tajam...

"Ok, ok... Sorry... Sorry... I minta maaf... I takkan paksa you... But, please... Jangan tolak pelawaan I untuk ajak you keluar..."

Tiada sahutan, hanya keluhan yang kedengaran...

"Ok, ok! Just a friend... I mean it... Friend!" Tangan dihulurkan tanda perkenalan.

"Nadia, please... Just friend..." Nadia memandang wajah Anaqi yang meminta simpati...

"Nad... Please..." Rayu Bell...

Keluhan dilepaskan... "Ok... Just a friend..." Nadia menyambut huluran tangan Anaqi... Chyril mengepal penumbuk... Tegang wajahnya melihat tangan Nadia dalam genggaman Anaqi...

"Anaqi, boleh lepaskan tangan I...?" Nadia tidak selesa Anaqi menggenggam tangannya. Nadia mengerling Chyril yang tak lepas dari memandang wajahnya.

"Sorry, sorry... Thanks Nadia..." Nadia mengangguk seraya melepaskan senyuman.

'How dare you...!'

"I nak baliklah... Bell, hantar I... Boleh?"

"Err..."

Deringan telefon bimbit Anaqi, mengganggu konsentrasinya...

"Sorry... One moment..." Anaqi beralih jauh sedikit dari rakan-rakannya... Sebelum kembali pada mereka...

"Emm, I'm sorry... I kena pergi hospital sekarang ni... Ada urgent case... Sorry..."

"It's ok, Anaqi... Work come first..." Ujar Chyril. Dalam hati... Syukur sangat sebab Anaqi takde lagi di depan matanya... Takdelah Chyril terpaksa nak melihat drama romantik yang menyakitkan mata. Kesian Chyril... Sakit mata dan sakit hati...

"Nak buat macamana... Sorry, Nadia... Ingat nak hantarkan balik, but ada urgent case pulak..."

"It's ok, Anaqi... Saya boleh balik dengan Bell."

"Don't mention... Anyway, I kena gerak dulu... Hope to see all of you again... Don't worry... I dah cakapkan I belanja... Nadia... Sorry again... Nanti I belanja you lagi... Chyril... Nice to meet you..." Mereka berjabat tangan...

"Thanks to you, Anaqi... Nice to meet you too..."

"Bell... Thanks again..." Badan Bell dipeluk sebelum Bell mencium pipi Anaqi.

"Most welcome, cousin..."

Mereka berpisah di lobi hotel sebelum Anaqi bergerak pantas meninggalkan mereka.

"Bell..." Belum sempat Nadia nak sambung ayat... Chyril dah cantas.

"Nadia, come I hantar you balik..." Bell memandang Nadia dengan renungan tajamnya sambil menjongketkan keningnya...

"Err... Ok kan, you balik dengan bos...?"

"Emm, ok... Thanks Bell... Jumpa nanti..."

"See you... I balik dulu ya... Sir..." Chyril mengangguk. Bell meninggalkan kedua-duanya. Nadia terpinga-pinga.

"Nad... Come... I hantar you balik..."

"Emm..." Nadia mengangguk... Lambat-lambat Nadia membontoti Chyril ke kereta Range Rover milik Chyril yang diparking di hadapan hotel...

Chyril membuka pintu bahagian penumpang...

"Nad..." Chyril mempersilakan Nadia.Nadia masuk lalu melabuhkan punggungnya ke kusyen kereta.

"Thanks, sir..." Chyril diam. Mengangguk tidak, menggeleng pun tidak... Chyril masuk ke bahagian pemandu. Nadia sebal... Kereta dipandu keluar dari perkarangan hotel... Nadia hanya memandang wajah tegang Chyril.

'Kenapa pulak bos aku, ni? Marah ke?'

Nadia malas nak melayan Chyril... Hakikatnya dia tahu Chyril marah, jealous... Tapi, sebab ego seorang lelaki... Pandangan di arah keluar kereta... Suasana sunyi di dalam kereta mewah itu menemani perjalanan mereka.

"Sir... You nak bawa I ke mana ni...? Sir? Sir...?" Nadia merasa perjalanan ke apartmentnya sangat lama dan jauh... Padahal, hanya sekadar 8 ke 10 minit je perjalanan ke apartmentnya dari hotel dengan kereta.

Chyril tidak menjawab, sebaliknya meneruskan pemanduannya...

"Sir...? Please, I nak balik..." Chyril masih senyap...

"Sir? Chyril Connor!" Jerkahan Nadia mengejutkan Chyril. Chyril terkejut kerana dia tidak sangka Nadia akan menjerit ke arahnya.

Street! Bunyi tayar kereta yang dihentikan secara melulu... Nasib tiada kenderaan yang dekat dengan mereka. Tali pinggang menyelamatkan keduanya... Tapi hakikatnya, tangan Chyril menghalang Nadia dari terhantuk ke dashboard.

"Are you crazy?"

"Yes! I'm crazy! I'm crazy because of you!" Tergamam Nadia mendengar kenyataan Chyril... Nadia menanggalkan tali pinggang keledar sebelum membuka pintu kereta lalu melangkah laju meninggalkan kereta putih itu.

Nadia dah bosan dengan perangai Chyril... Tak tahu apa sebenarnya yang Chyril mahukan... Pening melayan jantan ni... Ego! Egois!

"Nadia! Nadia!" Chyril menjerit nama Nadia. Nadia meneruskan perjalanannya tanpa menoleh ke belakang lagi. Sakit hati dengan perangai Chyril yang cukup mengjengkelkan. Sombong bodoh! Itu jawapan sebenarnya... Chyril menanggalkan tali pinggang keledarnya.

"Hi... Wow... Hot and spicy..." Nadia diganggu oleh dua orang lelaki mat saleh yang cuba menghalang perjalanannya.

"Please, let me go!" Nadia menjerit selepas tangannya disentuh salah seorang dari lelaki yang mengganggu.

"Wow! What a beautiful girl..." Lelaki tadi cuba menyentuh pipi Nadia... Nadia cuba mengelak.

"Please, don't! Let me go!"

"I will never let you go... You're beautiful... I..." Belum habis ayat...

Bush! Satu tumbukan hinggap di wajah lelaki tadi. Terkejut Nadia... Bertempiaran seorang lagi lelaki tadi selepas melihat kawannya yang tidak sedarkan diri selepas menerima tumbukan padu Chyril. Nadia mengerling Chyril dengan wajah tegangnya... Chyril beriak selamba.

Nadia tergamam melihat sisi lain Chyril Connor.

"Argh!" Nadia tersentak selepas tangannya ditarik Chyril.

"Let me go, sir! Let me go!" Nadia berusaha melepaskan genggaman tangannya dari cengkaman Chyril. Chyril hanya melepaskan tangan Nadia selepas sampai di kereta. Pintu kereta dibuka.

"Get in!" Nadia tidak berganjak.

"No...!"

"Masuk!"

"No!" Nadia melawan.

"I said... Get in! Get in Nadia!" Naik seoktaf suara Chyril melihat kedegilan Nadia.

"No! No! No!" Nadia tidak mahu mengalah.

"One more time, Nadia Natalia... I said... Get in, now!"

"And my answer is no, Mr Chyril Connor!" Nadia tetap melawan... Dia tak mampu menahan lagi kesabarannya.

"Nadia... Jangan naikkan darah I..."

"So what?" Nadia tetap melawan.

"You...!"

Chup! Nadia tergamam apabila bibirnya dipagut Chyril... Dia mula meronta minta dilepaskan, tetapi Chyril merangkul pinggang Nadia sekuat hati dan menahan tangan Nadia dari terus meronta... Nadia terbuai, namun cepat tersedar apabila Chyril terus memagut bibirnya...

Tubuh Chyril ditolak kasar...

"So...sorry Nad... Sorry...! I'm so, so sorry. Nadia..." Chyril mengeluh... Wajahnya diraup kasar... Nadia berlari meninggalkan Chyril. Apartmentnya hanya beberapa meter dari lokasi mereka sekarang.

"Nadia! Nadia...!" Chyril menjerit nama Nadia, namun Nadia hanya berlalu meninggalkan Chyril terpinga-pinga dengan rasa yang amat bersalah.

"What I had done!" Keluh Chyril... Rasa bersalah menyelubungi dirinya... Tak sepatutnya dia melakukan benda begitu pada Nadia... Dia tahu Nadia macamana... Dia tahu Nadia gadis yang baik... Tentu Nadia membencinya selepas ini.

I'm sorry, Nadia...' Chyril kesal... Kesal akibat keterlanjurannya. Kaki longlai melangkah ke kereta...

"Argh!" Tangan menghentak ke stereng kereta...

"I'm sorry Nadia... Please... Forgive me... Forgive me, Nadia... I love you, Nadia... I love you so much... Please... Trust me..." Chyril meletakkan kepalanya di stereng...

Luahan hati seorang lelaki bernama Chyril Connor yang membuatkan dia menjadi lelaki yang kalah dengan perasaannya... Ya, dia cemburu... Cemburu melihat kemesraan Anaqi dan Nadia... Chyril tidak dapat menerima Nadia disentuh lelaki lain...

Maaf, lewat update... Enjoy new chapter...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience