"Assalammualaikum..." Terdengar satu suara memberi salam...
"Waalaikumussalam..." Terhenti kerja-kerja mengemas tatkala mereka menoleh melihat empunya suara.
"Eh, Tuan Nazim, Puan Salimah... Jemput masuk... Jemput duduk tuan, puan..." Babah menjemput bekas majikan a.k.a ibu bapa Naqui duduk... Beberapa buah kerusi plastik sudahpun diletakkan di hadapan mereka oleh sikembar.
Nadia merapati Chyril... Chyril dapat lihat wajah Nadia sedikit berubah. Bimbang Nadia mengalami trauma, pinggang Nadia dirangkul. Berkali-kali belakang Nadia diusap perlahan.
"Ril.. Who are they? Kenapa Nadia nampak takut sangat?"
"I'm not sure, daddy..."
"Tuan Nazim, Puan Salimah... Maaf sangat... Kami tengah berkemas... Takde apa-apa pulak nak kami sediakan untuk tuan, puan..." Babah masih menghormati bekas majikannya.
"Tak mengapa, Nizar... Kami datang pun dah lewat sangat... Maaf mengganggu awak berkemas." Babah melepaskan senyuman kelat.
"Takpe tuan... Terima kasih sudi hadir... Ini, saya kenalkan keluarga besan saya... Ini, menantu saya... Suami Nadia... Chyril Connor... Yang ini, besan saya, Encik Muhammad Christopher Connor." Mereka berjabat tangan.
"Yang ni, isteri Encik Muhammad, Puan Edora... Orang Kuala Selangor ni... Dan ini, anak perempuannya mereka... Camelia Connor..." Mereka semua sekadar menganggukkan kepala.
Nadia masih enggan memandang ke arah tetamu yang hadir... Sesak nafasnya melihat ibu bapa Naqui di hadapan mata. Lagi-lagi mama Naqui. Kelancangan mulut orang tua itu, sering kali melukakan hati Nadia. Tubuh sasa suaminya, masih dipeluk erat. Chyril sedikit bimbang melihat perubahan isterinya.
"Honey...?" Nadia tidak menjawab, sebaliknya semakin erat pelukan Nadia.
"Arul, Aril... Who are they?" Soal Chyril separa berbisik.
"Parents Naqui..."
'So, that's mean, itu perempuan yang dah buat onar...'
"Kalau abang nak tahu, lepas babah ngan ibu tolak pinangan dorang, babah terus dibuang kerja. Mama Naquilah yang berhentikan babah dari syarikat tempat babah bekerja..." Tambah Aril.
"Ayah dia?"
"Ayah dia baik, bang. Mama dia ni, mastermind. Queen control... Bukan Naqui je kena... Dengan bapak dia sekali kena control." Jawab Arul pula. Chyril mengepal penumbuk. Nadia masih mendakap tubuh Chyril. Berkali-kali belakang Nadia diusap.
"Macam ni Nizar... Emah... Kedatangan kami sebenarnya nak minta maaf. Kami nak minta maaf pada kamu sekeluarga... Kami rasa bersalah sangat atas apa yang dah berlaku pada Nadia... Pada awak, Nizar..." Papa Naqui memang baik. Tapi, disebabkan isterinya yang mengawal segala-gala... Lain pula jadinya...
"Salimah... Apa lagi... Cakaplah!" Sergah Tuan Nazim.
"Err... Sebenarnya... Puan Naemah, Encik Nizar... Saya minta maaf... Saya minta maaf atas semua kesalahan saya... Saya mohon sangat maafkan segala kesalahan saya. Saya tahu saya bersalah... Saya banyak dosa dengan Encik Nizar dan Puan Naemah sekeluarga... Terutama Nadia... Saya minta maaf bagi pihak Naqui..."
"Saya tahu, saya punca Naqui bertindak melulu. Saya tahu Nadia terluka, terseksa sebab Naqui. Kami tahu Nadia tercedera... Kami dah jumpa Naqui... Naqui dah ceritakan segala-galanya. Saya benar-benar minta maaf.... Saya tak sangka Naqui akan bertindak sebegitu..." Air mata penyesalan mengalir laju.
"Tolong maafkan kami, Tuan Nizar, Puan Naemah." Keadaan sunyi seketika. Hanya kedengaran esakan Puan Salimah.
"Nadia... Uncle minta maaf sangat... Uncle minta maaf bagi pihak Naqui... Naqui dah mengakui kesalahan dan kekhilafannya... Dia rela menerima segala hukuman yang dikenakan... Cuma, uncle benar-benar minta Nadia maafkan Naqui..." Kata-kata Encik Nazim bagaikan angin lalu buat Nadia. Kesakitan yang dialaminya cukup menyeksakan. Tak semudah itu Nadia dapat melupakannya.
"Kami salah... Kami tak pandai didik anak... Kami leka dengan kesenangan yang miliki... Tolong, saya rayu sangat... Tolong maafkan kami..." Nadia masih enggan memandang ke arah lain. Wajahnya disorokkan ke ceruk leher Chyril...
Chyril puas menahan naluri kelelakiannya... Melihat Nadia yang sedikit ketakutan dan menggigil tubuh badannya, Chyril hanya membiarkan sahaja kelakuan isterinya. Belakang Nadia masih diusap perlahan-lahan.
"Encik Nizar... Awak masih pekerja syarikat... Saya mohon, datang semula kerja di sana apabila selesai semuanya, ya..."
"Maaf tuan, puan... Terima kasih atas tawaran tuan, puan... Saya dah pun bekerja di tempat lain. Saya minta maaf..."
"Takpelah kalau macam tu... Saya tak dapat nak buat apa-apa... Saya tahu apa yang berlaku pada Encik Nizar sekeluarga cukup tidak adil dan kejam..."
"Saya tak mahu lagi mengganggu keluarga awak, Nizar... Terima kasih kerana pernah berkhidmat di syarikat saya sebelum ini."
"Terima kasih Tuan Nizar... In shaa Allah, kami mendoakan kesejahteraan hidup buat tuan sekeluarga... Kami sekeluarga sudah pun memaafkan segalanya."
"Terima kasih, Nizar... Naemah... Saya minta maaf sekali lagi..." Encik Nazim mendekati Nadia...
"Nadia... Uncle minta maaf atas apa yang dah berlaku... Uncle minta maaf bagi pihak aunty dan Naqui... Uncle faham kalau Nadia tak dapat nak maafkan kami... Uncle doakan Nadia akan menemui kebahagiaan Nadia sekeluarga... Selamat pengantin baru, Nadia... Congrats, young man..." Bahu Chyril diusap perlahan. Chyril mengangguk seraya tersenyum.
"Terima kasih, uncle..." Balas Chyril.
"Kami pulang dulu, Nizar, Naemah..."
"Terima kasih Tuan Nazim, Puan Salimah." Kedua-duanya melangkah pergi meninggalkan dewan dengan hati yang kecewa... Nadia yang berada dalam dakapan Chyril, menghela nafas lega.
"Honey... Are you ok...?"
"Ya... Honey, ok... Sorry, hubby... Honey, takut sangat..."
"No... It's ok... Come, kita balik... Honey, nampak pucat."
"I'm sorry, hubby..." Nadia dipapah.
"Babah, ibu. mummy, daddy... Ril bawak Nadia balik dulu ya... She's not feeling well..."
"Kakak, kenapa ni...? Kakak ok tak...?"
"Maaf bu... Kepala kakak rasa tak selesa sangat... Kakak rasa..." Belum sempat Nadia menghabiskan butir bicaranya, Nadia sudah terjelepuk namun sempat disambut Chyril.
"Eh... Honey...?"
"Kakak..." Pipi Nadia ditepuk beberapa kali.
"Honey..." Chyril terus mencempung tubuh Nadia. Dan diletakkan di atas meja seketika sebelum babah datang membawa segelas air.
"Sapu air ni kat muka Nadia..." Ibu melakukan seperti yang disuruh.
"Nadia... Kakak... Bangun sayang..." Ibu mengusap-usap wajah Nadia dengan air yang diletakkan di tapak tangannya.
"Honey..." Chyril menepuk-nepuk wajah isterinya.
"Chyril... What happen?"
"Not sure, mummy... Ril rasa, tentu Nadia stress. Lagipun dari tadi, Nadia tak lepas peluk Ril... Badan dia menggigil..."
"Kita bawak Nadia ke hospital..." Cadang mummy.
"Tak perlu... Nadia cuma penat mental je... Betul kata Chyril... Dia stress pasal tadi... Parents Naqui..."
"Kalau macam tu, Ril bawak Nadia balik, ya?"
"Pergilah... Arul, Aril... Temankan abang Ril balik. Nanti babah ngan ibu balik sendiri..."
"Baik, babah..."
"Mummy, daddy, Cam... Sorry..."
"It's ok... Just take care of Nadia... We'll meet tomorrow..."
"Ok, daddy... Assalammualaikum..."
"Waalaikumussalam..." Chyril terus mencempung tubuh isterinya dan dibaringkan di dalam kereta milik Nadia yang dipandu Aril sementara Arul membawa kereta lain. Kepala Nadia dipangku.
"Honey... Wake up, baby..." Pipi Nadia ditepuk perlahan... Masih tiada sahutan.
Tubuh Nadia terus diletakkan di atas katil sebelum aircond dipasang...
"Aril, Arul... Thanks, bro...."
"Ok, bang... Jaga kakak..."
"In shaa Allah..." Pintu bilik ditutup dan dikunci. Chyril merapati isterinya... Beberapa barang hiasan dan veil yang tergantung, perlahan-lahan ditanggalkan... Wajah isterinya dibersihkan dengan baby wipe yang telah tersedia di meja solek.
"Nak tukar baju ke tidak? Emm... Nantilah..." Actually, Chyril bimbang Nadia akan mengamuk kerana membuka pakaiannya tanpa kebenaran. Walaupun, mereka sudah sah bergelar suami isteri, Chyril bimbang akan penerimaan Nadia. Memandangkan keadaan Nadia yang tidak mengizinkan dia melakukan apa-apa, Chyril hanya mampu memandang.
Kaki melangkah masuk ke kamar mandi... Nasib baik Nadia dah beritahu awal-awal kat Chyril tempat letak tuala dan pakaian mereka di dalam almari. Jadi, takdelah teraba-raba.
Hampir 15 minit membersihkan tubuh... Chyril terus menunaikan solat Isyak... Jangan tak percaya, Chyril dah mampu jadi seorang imam tau... Dalam waktu 2 minggu, Chyril mendalami agama Islam dengan ipar dan bapa mertuanya. Dia juga rajin mengikut babah ke masjid atau surau untuk menunaikan solat berjemaah.
Usai menunaikan solat Isyak, Chyril menyalin pakaiannya. Nadia masih tak sedarkan diri. Berkali-kali wajah Nadia diusap dengan air. Berkali-kali jugak Chyril mengucup ubun-ubun isterinya... Sudahnya, Chyril turut terlena di sisi Nadia.
Entah berapa lama dia tak sedarkan diri, tak dapat dipastikan... Nadia tersedar. Kepala yang sedikit pening, dipicit di bahagian pelipis. Badan mengiring ke kiri... Perasaan kasihan terbit dalam dirinya, melihat Chyril tertidur keletihan.
'Tentu hubby tunggu tadi... Ala, kesiannya dia. Sorry, hubby...'
Pucuk hidung mancung Cyril dikucup. Nadia mengambil keputusan membersihkan dirinya. Sempat dilihat jam di dinding... 2.20 pagi... Lama jugak dia tak sedarkan diri... Kamar mandi dituju...
"Aduh... Macamana nak bukak zip belakang ni... Ish... Takkan nak tidur macam ni... Tak solat lagi ni..." Bebel Nadia...
Terkapai-kapai tangannya mencapai zip di belakang badan. Entah bagaimana, Nadia merasakan gaun labuhnya melorot ke bawah.
"Eh, macamana boleh..." Nadia memusingkan tubuhnya...
"Hub...!" Cepat-cepat mulut Nadia ditutup dengan bibir Chyril... Tubuhnya dirangkul. Chyril masih mengucup bibir Nadia... Nasib baik, Nadia tak sempat jerit... Kalau tidak... Alamatnya, babah ngan ibu terjaga... Silap haribulan dengan sikembar sekali terjaga akibat jeritan Nadia.
Nadia menolak tubuh suaminya. Chyril tetap Chyril. Tangannya masih lagi merangkul pinggang Nadia.
"Hubby... Macamana boleh masuk? Honey, dah kunci tadi..."
"Ya ke dah kunci...? Kalau dah kunci, macamana hubby boleh masuk?"
"Hurm... Hubby keluar dulu ya... Honey, nak mandi..."
"Hubby nak temankan honey... Are you ok, baby?"
"Ya... Honey, dah ok... Sorry, hubby... Honey tak tahu macam boleh tak sedar tadi..."
"Honey stress... Babah pun cakap macam tu..."
"Sorry, hubby..." Nadia mendakap tubuh Chyril. Ini betul-betul mencabar keimanan Chyril... Gaun pengantin dah melorot. Hanya yang tinggal pakaian kecil Nadia di tubuh langsingnya. Lekuk tubuh Nadia dapat dirasakan Chyril.
'This is not right... Tak boleh jadi...'
"Honey..."
"Emm..."
"Honey nak peluk hubby sampai bila ni? Tak sejuk ke?"
"Sejuk?" Nadia tiba-tiba blur... Sekelip mata tubuhnya terasa kesejukan yang mencucuk hingga ke tulangnya... Perlahan-lahan Nadia melihat dirinya sendiri.
"Argh...!" Cepat-cepat Nadia menutup tubuhnya dengan kedua tangan... Chyril tersengeh nakal.
"Hubby... Keluarlah... Honey nak mandi..." Nadia menghalau Chyril......
"Honey... Tak baik tau halau hubby macam tu... Tak bau syurga nanti..."
"Sorry, hubby... Honey... Honey..." Tergagap Nadia tiba-tiba. Chyril simpan senyum. Tahu sangat Nadia malu.
"Come... Hubby mandikan..."
"Tapi, hubby dah mandi... Basah nanti... Takpe, honey mandi sendiri... Hubby keluarlah... Please..."
"Honey... It's ok... Hubby mandi sekali lagi..." Nadia dah merona...
'Ya Allah... Sabar jelah hubby aku ni... Orang dah malu ni... Sibuk pulak nak mandikan orang... Ish, mencabar betullah si mata biru ni, tau...' Nadia bermonolog sendirian.
"Hubby, please..."
"Ok, ok... Hubby keluar..." Chyril rapatkan bibirnya ke telinga Nadia..." Hubby tunggu kat luar..." Meremang bulu roma Nadia mendengar gemersik suara sang suami.
'Ah, sudah! Masak aku...'
Selesai mandi, Nadia mencapai tuala...
"Ala... Baju aku... Macamana boleh lupa ni...? Ish... Malulah nak keluar macam ni...? Ya Allah... Kau ni Nadia... Benda penting pun boleh lupa." Dahi diketuk beberapa kali, kerana kebodohan diri sendiri.
Hampir 15 minit di dalam kamar mandi... Puas termenung... Difikir... Akhirnya, Nadia mengambil keputusan untuk keluar dari kamar mandi. Puas Nadia berdoa agar suaminya sudah melelapkan mata.
Pintu dikuak... Kepala dijulur melihat keadaan kiri dan kanan. Perlahan-lahan Nadia melangkah keluar... Tanpa Nadia sedari, Chyril sedang asyik merenung ke arahnya.
'Oh my gosh... She is so sexy...'
Berkali-kali Chyril menelan air liur melihat Nadia yang terjengkit-jengkit keluar dari kamar mandi. Tak berkedip mata Cyril melihat isterinya yang hanya bertuala separas paha, dengan rambut yang masih basah berjalan ke arah almari mencari pakaian.
Chyril tak mampu menahan naluri kelelakiannya. Lantas diterkam Nadia dari belakang.
"Argh!" Nasib baik mulut Nadia ditekup terlebih dahulu dengan tangan kanannya... Sementara pinggang Nadia dirangkul dengan tangan kirinya. Chyril menggeselkan hidung mancungnya ke leher jenjang Nadia.
"Hubby... Honey nak pakai baju..." Chyril masih menyambung kerjanya tanpa mempedulikan kata-kata Nadia.
"Hubby...?"
"Honey... I can't wait... You're too sexy... I can't control myself...." Leher jenjang Nadia dikucup bertalu-talu.
'Ah, sudah! Dah pukul 3... Ya Allah, sabar jelah suami aku ni... Kang tak bagi, merajuk pula... Dosa pulak tolak permintaan suami... Ish, hubby ni...!' Omel Nadia dalam hati.
"Honey... Please... You promise me after reception, you'll be mine..."
'Boleh pulak dia ingat... Sabar jelah...'
Nadia memusingkan tubuhnya mengadap Chyril yang kelihatan tidak keruan... Leher Chyril dirangkul. Kerana memikirkan syurganya terletak pada suaminya, Chyril... Nadia menyerahkan dirinya buat sang suami dengan seikhlasnya.
"Hubby..." Nadia tak sempat nak buat apa-apa apabila Chyril terus menyambar bibir mungilnya... Chyril terus mencempung isterinya lalu diletakkan tubuh isterinya perlahan-lahan di atas tilam empuk tanpa menghentikan ciuman mereka.
Chyril menanggalkan t-shirt yang tersarung di tubuh sasanya sebelum menindih tubuh Nadia. Kesejukan kamar tidur tidak terasa walaupun aircond dipasang lantaran kehangatan yang dirasakan keduanya.
Perlahan-lahan tuala yang tersarung ditubuh Nadia ditarik lalu dicampak entah ke mana... Chyril sudahpun mendominasi permainan mereka ketika itu. Desahan demi desahan yang terpacul dari mulut Nadia, memuncakkan naluri kejantanannya.
Sama-sama memberi dan menerima. Tiada ungkapan yang mampu diluahkan dengan kata-kata. Hanya sesekali kedengaran erangan kecil yang terpacul dari mulut Nadia. Nadia pasrah. Kini, Chyril Connor suaminya yang sah dan Nadia Natalia, hak milik mutlak Chyril Connor.
Entah berapa kali mendayung, entah berapa kali Chyril melepaskan benihnya tidak dapat dihitung. Semoga ada berita yang menggembirakan buat kedua-dua seisi keluarga.
Enjoy reading... Follow sis di Ig Nurul_MataPena78 kalau nak berbicara pasal CCNN ni... Dorang ade je...
Share this novel