Hari yang dinantikan, akhirnya tiba... Nadia dan Chyril bakal dinikahkan di kediaman Nadia... Chyril sudah ditatarias oleh pembantu mak andam di homestay mereka, sementara Nadia ditatarias oleh mak andam di biliknya.
Chyril terlebih dahulu tiba diiringi daddy, mummy, Camelia dan Aunty Emelia... Turut berada di situ, kaum keluarga Puan Edora termasuk atok dan nenek Chyril dan juga pekerja CCNN Interior. Mereka benar-benar teruja melihat boss mereka yang bermata biru bakal menggenggam tangan tok kadi dan bertukar status menjadi suami kepada Nadia, boss mereka di bahagian hiasan dalaman.
Chyril segak berbaju melayu cekak musang berserta sampin yang nampak sedondon dan tidak lupa songkok hitam yang dihias batu swarozki. Bibirnya tak lekang dengan zikir bagi menghilangkan rasa gemuruh yang tiba-tiba muncul.
Sesekali matanya melirik mencari kehadiran permaisuri hatinya. Chyril sudahpun diarah duduk di bantal besar yang disediakan untuk bakal pengantin berhadapan tok kadi... Debaran kian terasa...
Tidak lama selepas itu, kelihatan Nadia keluar dari bilik ditemani mak andam yang juga, kenalannya. Hampir ternganga mulut Chyril melihat Nadia yang kelihatan cukup cantik dengan busana pengantin dari warna yang sama dengannya, terletak cantik di tubuh langsing Nadia.
'She's beautiful...'
"Chyril..." Malu Chyril diusik daddy... Kehadiran tok kadi tepat dihadapannya, sekali lagi menjadikan jantungnya berdegup laju. Telahannya salah sama sekali. Atas permintaan Nadia, babahnya, Encik Nizar sendiri yang akan menikahkah Nadia.
Sedikit kelegaan Chyril rasakan. Sesekali Nadia melirik ke arah Chyril... Tersenyum lebar Chyril melihat senyuman Nadia.
'Ah, I'm flattered... Hemsemnya abang mata biru...'
"Boleh kita mulakan...?"
Daddy menjawab bagi pihak Chyril.
"Silakan..." Babah telah bersedia menggenggam tangan Chyril... Babah rasa lebih afdal jika dia sendiri yang menikahkan anak perempuan tunggalnya.
"Wahai Chyril Connor Bin Muhammad Christopher Connor..."
"Ya, saya..."
"Aku nikahkan dikau dengan anak perempuanku, Nadia Natalia binti Nizaruddin Nasir dengan mas kahwinnya sebanyak sepuluh ribu ringgit, tunai..."
"Aku terima nikahnya Nadia Nattalia binti Nizaruddin Nasir dengan mas kahwinnya sebanyak sepuluh ribu ringgit tunai..."
"Macamana? Sah?" Soal tok kadi.
"Sah!"
"Sah!"
"Alhamdulillah..." Dengan sekali lafaz, Nadia kini milik Chyril Connor. Wajah diraup. Alhamdulillah. Tuhan permudahkan majlis pernikahan mereka. Usai nikah, Chyril menunaikan solat sunat tanda syukur pada Yang Maha Esa. Kemudian, lafaz taklik dibacakan sebelum acara pembatalan air sembahyang dilakukan.
Chyril berjalan menuju ke arah Nadia yang duduk bersimpuh umpama permaisuri di pelamin kecil yang tersergam indah di sudut rumah.
"Assalammualaikum, baby..."
"Waalaikumussalam, hubby..." Nadia tersenyum simpul.
"Chyril..." Mummy menghulurkan set barang kemas pada Chyril lalu disambut Chyril. Chyril menyarungkan sebentuk cincin permata ke jari runcing Nadia, sebelum seutas rantai dikalungkan dileher Nadia. Gelang tangan turut dipakaikan di pergelangan tangan Nadia.
"Salam suami, kakak..." Nadia menyambut tangan Chyril lalu dicium kekura tangan Chyril sebelum Chyril memegang bahagian ubun-ubun kepala Nadia. Kemudian, Chyril mencium dahi Nadia.
Flash camera yang bertalu-talu sedikit sebanyak menyilaukan mata raja sehari.
"Tangan hubby sejuknya... Hubby nervous, ya..." Bisik Nadia. Chyril menjongketkan keningnya.
"You look gorgeous, baby..."
"You look extra handsome..."
"Thanks, dear... I love you so much..."
"I love you too..." Sempat pengantin berbisik-bisik.
"Tahniah kakak, Chyril... Selamat pengantin baru." Ibu memeluk Nadia lalu mengucup pipi Nadia... Air mata Nadia mengalir saat ini. Sebak melihat ibu turut sama mengalirkan air mata.
"Ibu... Takmu nangis..." Nadia mengusap air mata ibu. Ibu menjadi sedih melihat satu-satunya anak gadisnya kini sudah menjadi isteri orang. Chyril turut menyalami tangan ibu sebelum beralih kepada babah.
Babah turut sama mengalirkan air mata saat memeluk Nadia. Chyril tersenyum melihat gelagat isteri dan mertuanya.
"Kakak... Abang Chyril... Tahniah dan selamat pengantin baru..." Arul dan Aril muncul bersama girlfriend mereka.
"Thanks, Arul, Aril..." Mereka berpelukan.
"Selamat pengantin baru kak Nadia..." Tegur Mira, girlfriend Arul.
"Terima kasih... Ini, mesti Mira, kan? Dan ini, tentu Shalina?" Mereka mengangguk.
"Wah! Akak macam kenal je... Kami tak kenalkan lagi akak dengan Mira dan Shalina... How do you know?"
"Instinct..." Jawab Nadia, pendek.
"Tahniah kak Nadia... Selamat pengantin baru... Ini ada hadiah dari kami berdua..." Tegur Shalina pula. Sambil menghulurkan sebuah kotak besar berbalut kemas.
"Terima kasih Mira, Shalina... Err... Arul, Aril dah kenalkan dengan ibu babah ke belum?"
"Belum kak... Nak kenalkanlah ni... Abang... Congrats again..."
"Thanks, bro..." Pengantin menuju ke arah mummy, daddy, Camelia serta kaum keluarga yang datang dari kampung.
"Selamat pengantin baru, Chyril... Anak mummy..." Mummy mendakap erat Chyril sambil mengalirkan airmata... Nadia menahan sebak.
"Mummy... It's ok. Thanks for everything, mummy. I love you..." Dahi mummy dikucup Chyril. Mummy memeluk Nadia dan kali ini kedua-duanya mengalirkan air mata, begitu juga Camelia yang sedari tadi memerhatikan insan-insan kesayangannya mengalirkan air mata kegembiraan.
"Congrats, my son... I'm happy for you..."
"Thanks, daddy..." Chyril memeluk daddy sebelum Nadia mengambilalih pelukan Chyril. Dahi Nadia dikucup daddy.
"Abang, sister-in-law... Congratulations." Camelia memeluk kedua-duanya.
"Thanks, dear... Eh, mana buah hati you?" Chyril menjongketkan kening.
"Ish, kenapa sibuk dengan buah hati I... Nanti majlis kat sana, I ajak dia... I ajak datang sini... Dia tak nak.. Segan katanya... Tapi, dia bagi hadiah untuk you dan abang." Seraya itu, Camelia menghulurkan sebuah kotak bersaiz A4 yang dibalut cantik pada Nadia.
"Oh, thank you dear..."
"Dahlah... Bawaklah hubby, you salam atok, nenek... Muka dah ketat tu..." Tergelak kecil Nadia dengan gelagat Chyril...
"Are you jealous, hubby?" Chyril menjeling.
"Baby, come... Kita jumpa atok, nenek..." Nadia mengangguk apabila Chyril terus menarik tangannya.
Hampir sejam bersalaman, pengantin diminta bergambar bersama seisi keluarga. Nadia sedikit keletihan.
"Are you ok, baby...?"
"Letih sikit... Hubby, ok...?"
"Letih jugak.. But I'm happy... Now... We're husband and wife..."
"Alhamdulillah..."
"Thanks, baby... Hubby bersyukur sangat honey dah jadi milik hubby..."
"Honey pun... Thanks for everything..."
"I love you..." Dahi Nadia dikucup.
"I love you too... Pipi Chyril pula dikucup Nadia.
"Hubby nak makan tak? Honey, laparlah..."
"Boleh jugak... Lapar ni..."
"Come... Honey sediakan makanan untuk kita..."
"It's ok... I'll help you..."
"Thank you, hubby..."
"Don't mention..."
*************************
"Oh honey... I'm really tired..." Chyril terus melemparkan tubuhnya yang masih berbalut baju melayu ke tilam empuk.
"Hubby, mandi dulu... Kita solat berjemaah ya... Lepas tu baru tidur... Malam nanti majlis resepsi kat dewan pulak..."
"Five minutes, please..." Jawab Chyril pendek sambil matanya tertutup.
"Ok... Hubby tidur dulu ya... Honey nak bersihkan badan... Tak selesalah..."
"Argh...! Hubby?" Chyril merangkul tubuh Nadia. Lantas keduanya terbaring ke tilam empuk Nadia.
"Please... I really miss you.. I can't control myself... You look beautiful, baby..." Leher jenjang Nadia dikucup bertalu-talu.
"Hubby... Honey nak mandi... Kita nak solatkan..."
"Please... Just for a while... I can't wait..."
"Hubby... Gelilah..." Nadia meronta-ronta... Dia memang penggeli. Lagi-lagi di bahagian leher. Meremang bulu romanya apabila bahagian sensitif disentuh.
"Hubby!" Cepat mulut Nadia ditutup dengan tapak tangan Chyril.
"Honey... Shut up! Nanti orang kat luar dengarlah..."
"Hubby kacau honey... Honey tak tahan geli bila hubby usik leher ni... Sensitiflah..."
"I love your smell, honey... You make me addicted to you..." Chyril merapatkan hidung mancungnya ke leher Nadia... Tubuh Nadia dipusingkan... Kini mereka berhadapan satu sama lain.
"Hubby..."
"Honey, please... I can't wait anymore..."
"Tapi, majlis kita malam nanti..."
"It's ok... Just for a while... I just want to kiss your lips..."
"Bukan hubby letih ke?"
"Letih je... But when with you... Hubby jadi segar..." Chyril merenung seraut wajah cantik milik Nadia, yang kini bergelar isterinya.
"You're beautiful, honey..."
"Thanks, hubby... You look handsome as usual..."
"Are you serious?"
"Hurm..." Wajah mereka semakin rapat. Chyril tak mahu membuang masa lalu bibir merah bak delima dipagutnya. Jari-jemari Nadia diselang-seli dengan jari-jemarinya... Chyril hanya berhenti apabila Nadia menutup mulutnya dengan tapak tangan.
"Honey... What's wrong...?"
"Oxygen... I need oxygen..." Chyril tersengeh lalu mengalihkan tubuhnya dari menghimpap Nadia... Baju melayu ditubuhnya ditanggalkan... Terserlah six pack a.k.a 6 ketul roti ban di tubuh Chyril. Nadia memalingkan wajahnya. Merah wajahnya menahan malu melihat badan Chyril separa bogel.
"Kenapa palingkan wajah? Tak sudi nak tengok hubby ke?" Nadia menggeleng tanpa memandang wajah Chyril.
"Baby... Look at me..." Nadia tertunduk malu.
"Err... Hubby... Honey, nak mandi..." Nadia berura-ura bangun dari katil... Chyril tak nak lepaskan Nadia. Tubuh Nadia dirangkul dari belakang.
"Hubby..." Chyril menghalakan hidung mancungnya ke leher Nadia... Terpejam mata Nadia merasakan hembusan nafas Chyril yang sudah tidak keruan.
"Hubby..."
"Honey... I can't wait anymore..." Chyril mencium leher Nadia berkali-kali... Nadia memusingkan tubuhnya... Kucupan Chyril dibalas... Chyril memejamkan mata menerima balasan Nadia.
"Hubby... Please... Kita tunggu malam nanti ya... Then, I'll be yours..."
"Honey, please..." Chyril merayu.
"Hubby... Please... Only for a few hours... After the reception... I'll be yours for the whole life." Wajah Chyril berubah... Nampak riak sedih di wajahnya. Tersenyum Nadia melihat wajah cemberut suaminya.
"Come... Kita tidur sekejap..." Nadia menarik tangan suaminya lalu diajak berbaring.
"Nanti kita bangun, mandi, solat... Then bersiap untuk majlis resepsi pulak..." Tiada balasan dari Chyril... Cyril sekadar terlentang sambil melelapkan matanya.
"Hubby... Hubby marah honey ke?" Tiada sahutan. Nadia menghela nafas... Nampak gayanya, Chyril perlukan tenaga tambahan. Tubuh Chyril ditindih. Lalu bibir suaminya dipagut... Serta-merta, Chyril memusingkan tubuh mereka.
Kini, Nadia dibawah dan Chyril diatasnya. Berdecip-decip bunyi ciuman. Masing-masing sama memberi dan menerima. Sudahnya, Chyril melepaskan bibir Nadia. Bibir isterinya diusap.
"Thanks, baby... I'll wait for our first night..." Merona Nadia...
"Come... Let's sleep for a while..." Tubuh Nadia dirangkul dan kedua-duanya terlelap tidak lama selepas itu. Nadia menghela nafas lega. Sekurang-kurangnya, dapat juga dia merehatkan mata dan tubuhnya yang letih ketika ini.
************************
Majlis resepsi diadakan di dewan serbaguna berdekatan taman perumahan kediaman Nadia sekeluarga. Segala perbelanjaan majlis ditanggung sepenuhnya oleh Chyril dan Nadia sendiri.
Dewan sudahpun penuh dengan saudara-mara dan rakan taulan kedua belah pihak. Tepat pukul 9 malam, ketibaan mempelai disambut meriah dengan paluan kompang. Mana tidaknya... Ramai tetamu yang hadir, teruja nak melihat pengantin lelaki yang khabarnya mempunyai darah campuran mat saleh.
Sementelaah, ramai yang ingin melihat pengantin perempuan yang menjadi ikon di kawasan mereka kerana merupakan satu-satunya anak gadis yang berjaya melanjutkan pelajaran di luar negara.
"Ya, Allah... Cantiknya pengantin perempuan tu..."
"Kan... Sepadan dengan mat saleh mat sebelah tu... Ya Allah, rezeki dapat kahwin dengan darah campuran ni..."
"Betul tu. Mesti anak-anak dorang nanti cantik... Ada rupa pan Asian, kan...? Macam daddy mereka, kan?"
"Bertuah Nadia..."
"Hihihi..." Macam-macam kata pujian kedengaran.
Kedua mempelai diiring masuk ke dewan dengan paluan kompang sehingga ke pentas pelamin. Nadia yang jelas kelihatan sungguh cantik pada malam itu, menggayakan dress labuh yang dipenuhi labuci dan batu swarozki. Dress labuh dan sopan itu adalah pilihan dan pemberian Chyril buat isterinya yang tercinta.
Sementara Chyril segak memakai sut berwarna cokelat yang nampak sepadan dengan Nadia yang memakai dress labuh dari warna yang lebih kurang sama. Tidak ketinggalan veil yang terletak cantik di sanggul Nadia.
Mempelai dan pengunjung disajikan dengan tarian inang dari anak-anak kecil dan pertunjukkan pencak silat dari belia di kawasan perumahan Nadia. Turut tersedia di situ, kumpulan pancaragam anak tempatan yang diundang khas untuk memeriahkan majlis.
Lepas seorang, seorang pengunjung yang mencuba nasib untuk mendendangkan lagu. Ini kerana pihak keluarga pengantin sudahpun menyediakan hadiah bagi pengunjung yang dapat menyampaikan sebuah lagu dengan diiringi band yang tersedia dan mendapat tepukan yang gemuruh.
Para tetamu sedikit terkejut apabila lampu dewan tiba-tiba malap. Lampu sorot menghala ke arah pentas dan terlihat di situ, Nadia berdiri sambil memegang mikrofon. Muzik mula dimainkan.
Chyril mengecilkan matanya. Bila masa Nadia ke tempat pancaragam, tidak diketahuinya.
"Hubby.. This is for you..." Muzik dimainkan...
"Oh... So sweet..." Ujar Camelia.
Kita bertemu dan bercinta
Inilah oh takdirnya
Bukan kerana harta
Inilah citra cahaya cinta
Pintu hatiku telah kau buka
Tak mampu ku menafikannya
Kejujuran diberi
Kasih datang terhenti
Ini bahagia yang ku cari
Sayangi daku
Peluklah daku
Janji denganku
Semai cinta nan satu
Tuhan menguji
Takkan berhenti
Hanya ku pinta
Sama setia menjaga
Hingga ke alam syurga
Chyril bangun dari pelamin lalu merangkul Nadia yang menangis hiba... Dahi Nadia dikucup penuh syahdu.
"I love you, baby..."
"Auw..." Suasana di dewan sunyi seketika melihat pengantin perempuan tersedu-sedan dalam dakapan pengantin lelaki. Mata tetamu masih tidak berganjak melihat drama pengantin.
Jam sudah menunjukkan pukul 11.45 malam. Para tetamu sudah beransur pulang. Chyril, Nadia serta keluarga mereka masih lagi di situ, sama-sama membantu mengemas dewan.
"Hubby..." Nadia menghulurkan segelas air buat suaminya. Chyril sudahpun menanggalkan sutnya. Lengan kemeja berwarna krim yang tersarung di badannya dilipat hingga ke siku. Nadia tak berhenti merenung suaminya.
"Why are you looking at me like that?"
"Honey suka tengok hubby macam ni... Nampak macho..." Chyril menggosok tengkuknya.
"Hihihi... Hubby, malu ke?"
"Assalammualaikum..." Terdengar satu suara memberi salam...
"Waalaikumussalam..." Terhenti kerja-kerja mengemas tatkala mereka menoleh melihat empunya suara.
New chapter updated... Selamat dua ketul ni jadi suami isteri... Alhamdulillah... Enjoy reading...
Share this novel