"Ibu, babah, Ril balik dulu... Nanti Ril datang untuk selesaikan majlis nikah ya?"
"Yelah... Jaga diri... Jaga hati... Itu Nadia yang cakap..." Ketawa besar mereka mendengar usikan babah dan ibu.
"Arul, Aril... This is for both of you..." Chyril menghulurkan sesuatu kepada kembar.
"Thanks a lot, bang..." Seronok si kembar menerima hadiah dari bakal abang ipar.
"My pleasure..."
"Err... Abang... Untuk tunang kesayangan, takde apa-apa ke abang?" Nadia dah merona... Camelia sengaja je nak mengenakan dia. Chyril mengecilkan matanya memandang Camelia. Tergelak kecil Camelia.
"Babah, ibu, mummy, daddy... Boleh Ril bawak Nadia ke sana sebentar?" Sambil menuding ibu jarinya ke arah kanan mereka.
"Pergilah..."
"Jangan lama sangat... Nanti terlepas flight..."
"Ok, mummy..." Chyril mempersilakan Nadia untuk bergerak jauh sedikit dari kedudukan keluarga mereka.
"Honey... It will take time before I come back to you. Please, take care of yourself... Jaga hati, jaga mata. It's only for me..." Tangan Nadia dicapai lalu digenggam. Nadia mengangguk tanpa memandang wajah Chyril.
"Honey... Tak sudi nak pandang wajah saya ke?" Nadia menghela nafas. Matanya merenung wajah tampan milik abang mata biru. Chyril melebarkan senyuman.
"In shaa Allah... Awak pun jaga diri, jaga mata, jaga hati untuk saya... Awak milik saya, tau..." Nadia memberanikan diri melafazkan ayat maut. Terkesima Chyril... Senyuman terukir di bibir keduanya.
"No doubt dear... I'm yours... I'm gonna miss you a lot..." Pipi Nadia dielus.
"Me too."
"Come, let take our photo first..." Chyril merapatkan dirinya pada Nadia... Pinggang Nadia dirangkul. Nadia sedikit tergamam dengan sikap spontan Chyril yang secara tiba-tiba merangkul pinggangnya.
Klik! Dua tiga keping gambar mereka bersama diambil menggunakan Iphone milik Chyril.
"Awak, nanti hantar gambar ni kat saya ya..." Chyril mengangguk.
"Honey, you should change the word saya, awak." Nadia mengerutkan dahinya. Chyril tersenyum melihat wajah cuak Nadia.
"Kenapa pulak?"
"I call you honey, and you should call me, hubby. Bolehkan?" Nadia terasa membahang di wajahnya...
"Tapi, kita belum kahwin... Malulah..." Nadia menunduk malu.
"Kenapa pulak nak malu... You'll be mine, right?" Dagunya dipaut... Chyril mencari mata bundar milik Nadia... Mata mereka bertentangan. Senyuman terukir di bibir kedua-duanya..
"Thanks for coming... Thanks for everything... Terima kasih sebab sanggup datang jauh untuk saya...." Nadia semakin sebak. Sebak melepaskan Chyril kembali ke England.
"I'll do anything for you, honey..."
"I'm going to miss you..."
"Thanks to you, honey... I'll miss you... I'll miss your eyes, your kindness... Your sweetness. I'll miss everything about you... Maaf sebab buat awak terluka dengan sikap saya, buat awak menangis kerana keegoan saya. I love you from the bottom of my heart..." Air mata Nadia mula mengalir.
"Honey... Don't cry... It's hurt me... Please... I do love you... I will come back to you... Trust me..." Chyril mengusap air mata jernih Nadia yang mengalir di pipi mulusnya... Tak mampu menahan rindu, Chyril menarik Nadia masuk ke dalam pelukannya. Lambat Nadia membalas pelukan Chyril.
"Please, stop crying... I love you... I love you, dunia akhirat... Please, don't cry..." Akhirnya setelah dipujuk, tangisan Nadia semakin reda. Dahi Nadia dikucup penuh syahdu.
"I'll miss you... Nanti dah sampai, saya call honey..." Nadia mengangguk. Pelukan terlerai.
"By the way... This is something special just for you... My love..." Chyril menyerahkan beg kertas kecil yang terdapat sebuah kotak bersaiz 4R didalamnya.
"Thank you, awak..."
"My pleasure, dear."
"Bye honey... I love you..."
"I love you too..." Jawab Nadia.
"Sorry honey... I can't hear you..." Chyril tersenyum lebar mendengar pengakuan Nadia... Nadia malu. Walaupun hakikatnya, dia sendiri pelik dari mana datangnya keberanian Nadia untuk melafazkan perkataan maut itu.
"Honey... I can't hear you... Come again." Chyril sengaja mengusik Nadia...
"I love you..." Nadia melafazkan kalimah keramat tanpa memandangan wajah Chyril.
"I love you too... Honey..." Tangan Nadia dikucup.
Perjalanan jauh bagaikan tidak terasa buat Chyril. Ternyata dia tidak bertepuk sebelah tangan. Nadia kini miliknya. Chyril bersyukur kerana urusan mereka dipermudahkan. Hanya tinggal satu langkah sebelum mereka bergelar suami isteri.
************************
Sudah sebulan Nadia dan Chyril bergelar tunangan orang... Selama sebulan ini juga, bil telefon mereka semakin melambung... Mana tidaknya... Hari-hari on the phone... Sometimes, Skype... Sometimes, video call.
"Awak..."
"Emm..."
"Saya dah dapat kerja..."
"Alhamdulillah... Kerja apa? Sebagai apa?"
"Interior Designer Manager..."
"Oh, really?" Nadia mengangguk.
"Alhamdulillah... So, bila nak start kerja?"
"Emm, sepatutnya awal bulan depan... Tapi, dorang minta daftar diri, awal sikit... Minggu depan... "
"Company apa tu? I mean, local or overseas? And, macamana honey boleh dapat jawatan tu?"
"Emm, saya tak pasti... Saya memang dah hantar resume kat company tu, last month... Sebelum awak datang dengan mummy... Two weeks ago, they called for an interview... Last week, they call, bagitahu saya dah dapat kerja tu."
"That's great... Congrats, dear..."
"Thanks, awak... Tapi, saya pelik..."
"Pelik? Kenapa?"
"Jawatan yang saya apply tu, Interior Designer Executive... Tapi, dorang call saya dapat jawatan manager... Pelik tak?''
"No... Takde apa yang pelik... Mungkin dorang tengok paper honey yang belajar di oversea. Lagipun honey ada pengalaman bekerja England, kan?"
"Emm... Mungkin jugak... Takpelah..."
"Macamana honey tahu ada jawatan kosong kat company tu?"
"Dari internet... Suddenly, saya terima mesej dari satu email address yang memaparkan jawatan kosong di company tu... International company..."
"International company? I thought honey cari kerja dekat dengan rumah..."
"Actually, owner dia orang Malaysia... Tapi, menurut orang yang interview saya tu... Owner dia kat luar negara..."
"Oh..."
"Lagi satu... dorang cakap... Company ni... dah diambil alih oleh owner dari luar negara tu since last month..." Chyril mengangguk.
"Oh... Err, honey... Apa nama company tu...?"
"Kenapa?"
"Saja je... Saya nak double check... Mana tahu, saya kenal owner company tu ke? Siapa tahu, kan?"
"Emm... Ok... CCNN Interior Holdings. Macam CNN pulak..." Tergelak kecil Nadia.
"CCNN Interior... Sound familiar..."
"Awak kenal ke?"
"Not really. Tapi, kat sini, rasanya CCNN tu quite famous..."
"Oh, ya ke? Takpelah... Asalkan saya boleh kerja, dah cukup bagus dah... Dapat gaji..."
"Honey, tak payah kerjalah... Just stay at home..."
"Tapi, majlis kita lagi 2 bulan kan... So, saya ingat nak kerja dulu... At least saya ada duit poket. Lagipun, majlis tu nantikan pakai duit... Kesian babah..."
"Honey, I told you right... I'll sponsor everything..."
"Awak... Saya nak guna duit saya sendiri. Lagipun ini, wedding saya juga kan? Bolehkan? Awak dah banyak keluar duit..." Nadia tak mahu mengambil kesempatan di atas kebaikan Chyril... Bimbang dicop pengikis... Nauzubillah!
"Honey..."
"Awak... Please? Lepas ni, mungkin saya kena ikut awak... Jadi, for this moment, izinkan saya kerja kat sini, ya... Please..."
"Haish! Ok, saya akan izinkan, but with one condition..."
"Awak ni... Nak kerja pun kena ada syarat ke?"
"Of course! You're mine... So, I'll make sure you'll be safe..."
"Yelah... Whatever... Apa syaratnya...?"
"Call me hubby... Saya izinkan awak bekerja..."
"Awak... Taknaklah..." Nadia dah merona.
"Nadia Natalia...?" Chyril cuba memujuk.
"Awak... Janganlah ugut saya macam ni..."
"Hello my dear... Saya tak ugut tau... I just want to hear you call me, hubby... That's all..."
"Kalau saya tak nak?"
"Serius honey?"
"Yes!" Confident level Nadia memang tak boleh nak dilawan.
"Are you sure, Nadia Natalia sayang?"
"Yes! I'm so sure... Saya tak nak panggil awak dengan nama tu sampai kita kahwin... Fullstop!"
"Honey cabar saya ke?"
"Yes, I am..."
"Ok! Challenge accepted...!" Chyril terus memutuskan talian mereka.
"Hah? Dia matikan talian? Ish, mamat mata biru ni. Ish! Geramnya... Asyik nak merajuk je... Ala... Macamana ni? Hujung minggu ni ada kursus kahwin...? Ish, kau ni, Nadia... Kenapa ngok sangat! Dah tau tunang tu kaki merajuk. Pergi layan buat apa? Ish...!" Nadia mengetuk berkali-kali kepalanya. Marah dengan kebodohannya sendiri.
Nadia cuba mendail nombor Chyril... Sayangnya... Chyril dah offkan handphonenya.
"Haish... Confirmlah merajuk ni..."
"Siapa yang merajuk, kakak?"
"Eh, ibu... Takdelah... Kakak gurau je dengan Chyril. Dia merajuk, terus putuskan talian..."
"La... Kenapa? Kakak ada buat masalah ke?"
"Takdelah, bu... Sikit je halnya..." Takkan Nadia nak beritahu ibu, malulah nanti.
"Kalau hal kecil, takkan Chyril merajuk? Dah tinggal 3 hari je lagi, nak pergi kursus kahwin sama-sama, kan?"
"Ya, bu..."
"Dibuatnya Chyril tak muncul... Hah, rasakan... Buat lagi dia merajuk..."
"Ala, bu... Kakak bukannya apa... Saja je nak bergurau dengan dia... Alih-alih dia pulak yang merajuk... Ish... Mengada je..."
"Nak buat macamana? Bakal suami awak, jugak. Dah tahu tunang tu cepat sentap, sengaja mengusik dia kenapa...? Hah, menjawaplah sendiri... Ibu tak nak campur..." Ibu terus melangkah meninggalkan Nadia sendirian.
"Ibu... Tolonglah kakak... Ibu..." Tiada sahutan... Nadia mengeluh kasar...
"Takpe... Tak dapat call, kita hantar mesej..." Nadia mendail nombor Chyril... Berkali-kali di dail, namun semuanya masuk ke peti suara...
"Ish, abang mata biru aku ni... Kang aku pulak yang merajuk... Baru padan muka... Nasiblah sayang... Kalau tak, lantaklah... Tak kuasa aku nak pujuk..."
Nadia menghantar mesej pula ke wassup Chyril... Dah berkali-kali... Sayang... Mesej tidak berbaca...
"Takpe... Dia ingat dia boleh merajuk. Merajuklah! Minggu ni, taknak pergi kursus, sudah! Nanti pergilah sendiri..." Diletakkan telefon bimbit jenis Iphone 12, pemberian tunang kesayangannya ke sisi... Nadia cuba melelapkan mata... Ternyata, tak mampu.
Sudah menjadi kebiasaan... Selepas sah bergelar tunangan orang, Chyril pasti akan menelefon Nadia sebelum tidur. Nak lepaskan rindu, katanya.
Ah, sudah!
"Hubby... Call lah honey... Ish... Hubby... I'm sorry... Please, call me, hubby..." Nadia menggolekkan dirinya, sekejap ke kiri, sekejap ke kanan... Namun matanya, tetap juga tak mahu terlelap.
"Ish, mata ni pun! Aku ngantuk ni... Tolonglah lelap..." Ternyata mata mengingkari tuannya. Mata Nadia tidak mahu langsung terlelap meskipun Nadia paksa matanya ditutup.
"Ish! Mata nipun... Aku ngantuklah... Tolonglah... Aku ngantuk sangat ni... Hubby..." Nadia mencapai telefon bimbitnya... Nombor Chyril didail... Kecewa, apabila tidak berjawab... Lalu dikirimkan pesanan buat Chyril... Berkali-kali... Masih sama... Chyril langsung tidak mambacanya.
"Hubby..."
***********************
Sudah dua hari Nadia tidak menerima apa-apa pesanan mahupun call dari Chyril... Nadia semakin gelisah.
"Hubby... Where are you? Kenapa tak call honey?" Gambar mereka ketika diambil Chyril di lapangan terbang yang dijadikan wallpaper di telefon bimbitnya, diusap.
"Hubby... Honey, miss you..." Diusap berkali-kali gambar Chyril yang tersenyum kacak di screen telefon. Denyutan di kepalanya dibiarkan begitu saja... Cakaplah apapun... Yang pasti, Nadia terlalu rindukan Chyril... Rindu pada abang mata birunya.
Entah berapa lama, diusap gambar Chyril, tidak diketahui... Gambar Chyril masih di pegangannya sehingga matanya terlelap.
"Ish!!! Anak dara ni... Kalau dah tidur macam ni, tak retilah nak tutup pintu..." Ibu merapati Nadia yang terbaring lesu... Ibu cuba mengejut Nadia.
"Kakak..." Nadia tidak bergerak.
"Tidur mati rupanya anak dara ni... Kakak... Bangun kakak... Kakak... Bangun nak... Ada orang nak jumpa tu... Kakak..." Ibu mengerutkan dahinya apabila Nadia tidak juga bangun... Mahupun menyahut panggilannya.
Nadia tak pernah begini... Lantas, disentuh dahi Nadia.
"Allah...! Panasnya... Kakak... Bangun sayang. Bangun kakak... Jangan takutkan ibu... Kakak!" Nadia masih sama, tidak sedar. Ibu lari keluar.
"Abang! Oh, bang!"
"Kenapa, Mah? Apa terjerit-jerit ni? Malu kat tetamu, ni hah?"
"Kakak, bang! Kakak tak sedar tu... Dahi dia panas sangat..."
"Allah... Macamana boleh jadi macam tu?"
"Saya pun tak tahu, bang... Saya masuk nak kejutkan kakak... Saya panggil dua tiga kali, dia tak menyahut... Ingatkan dia tidur... Saya sentuh dahi dia... Ya Allah... Panas, bang..."
"Aduhai... Kenapa pula si kakak ni?" Babah melangkah masuk ke bilik Nadia... Rumah teres setingkat yang mempunyai 3 bilik itu, tidak jauh jarak biliknya.
"Ibu, macamana Nadia?" Chyril risau.
"Tak tahulah, Chyril..." Chyril nak masuk bilik, tak manis pulak rasanya... Lagipun, dorang baru bertunang, belum bernikah pun.
"Bang, macamana kakak?" Chyril menanti jawapan dari babah. Risau sampai dia pulak rasa nak demam... Sedar, ini mesti disebabkan kesilapannya, menghukum Nadia hanya kerana sebuah panggilan.
'I'm sorry, honey...'
"Badan dia panas sangat..."
"Babah, kita bawak Nadia pergi hospital, ya?" Babah terkulat-kulat nak menjawab... Ibu tahu sangat perangai suaminya tu.
"Chyril... Kalau Chyril nak tahu, babah ni tak suka pergi hospital atau klinik... Tak suka bau ubat... Hah, samalah dengan tunang kamu, ni..."
"Ish, awak ni Mah... Malulah saya..."
"Nak malu apa lagi, bang oi... Ni, Chyril ni... bakal menantu awak ni dah nak bawak kakak pergi hospital..."
"Err... Perlu ke sampai ke hospital, Ril?"
"Kalau babah tak selesa... Ril carikan doktor ya?
"Ril tak penat ke? Ril kan baru sampai... Jauh perjalanan Ril tadikan?"
"Takpe, bu... Nadia lagi penting, bu..." Ibu tersenyum penuh makna.
"Yelah, kalau kamu dah cakap macam tu..."
"Ril, keluar sebentar ya, bu... Babah..."
"Baiklah... Hati-hati Chyril..." Chyril mengangguk lalu terus melangkah keluar... Yang penting, Nadia perlu diberi perhatian.
"Pelik saya, Mah... Macamana kakak boleh tiba-tiba demam panas?" Soal babah selepas memastikan Chyril sudah meninggalkan halaman rumah.
"Demam rindu, bang..."
Maaf, lewar update... Enjoy reading...
Share this novel