BAB 7 - DCCC - LELAKI GERSANG

Romance Completed 34736

"Nadia..." Camelia merapati Nadia yang kelihatan berusaha membuka matanya.

"Auch..." Nadia mengaduh... Kepalanya disentuh... Masih pening... Sebelum itu Nadia mengusik lehernya yang sakit akibat dicekak Jenny dengan lengannya dan Nadia dapat rasakan lehernya turut terluka apabila Jenny hampir mencederakan lehernya dengan menggunakan garpu..

"Nadia ok...?" Soal Camelia melihat Nadia berusaha untuk bangun. Camelia membantu membetulkan bantal untuk keselesaan Nadia.

"Emm... Saya kat mana?"

"Nadia kat hospital...."

"Hospital?"

"Semalam Nadia pengsan lepas hampir ditikam Jenny... Nadia ingat?"

"Jenny... Mana Jenny?"

"Jenny dah kena tahan dengan polis... Tak perlu fikrkan Jenny... Nadia perlu banyak rehat..."

"Terima kasih..." Jelas riak wajah Nadia berubah melihat Chyril seperti patung cendana di hadapannya dengan wajah yang agak tegang. Hanya Camelia yang berada disisinya ketika matanya dibuka. Cepat dia mengalihkan pandangan apabila mata mereka bertentangan.

"Nadia nak makan, minum...?" Nadia menggeleng...

"Err, Camelia... Berapa lama saya pengsan?"

"24 hours..."

"Lamanya? Maaf, menyusahkan semua orang..."

"It's ok... Semuanya sebab Jenny... Nadia tak perlu salahkan diri sendiri..."

"Saya..."

"Nadia... Kami yang patut minta maaf... Tak sangka Jenny dah ugut Nadia macam tu... Jenny sendiri mengaku dia buat semua tu sebab dengki... Dan Nadia sendiri tahu pasal penyelewengan yang Jenny dah buat, kan?" Nadia mengangguk...

"So, takde apa yang perlu Nadia fikrikan lagi. Tak perlu salahkan diri sendiri sebab semua ni, berpunca dari Jenny..."

"Terima kasih... Emm, bila saya boleh keluar...?"

"Nadia betul-betul dah ok?"

"In shaa Allah... Saya ok..."

"Doktor cakap ada sedikit luka kat leher Nadia... So, you have to stay for another 1 to 2 days..."

"Tapi..."

"Nadia tak perlu fikirkan hal lain... Pihak syarikat akan menguruskan pasal pembayaran... Yang penting sekarang ni, Nadia cepat sembuh... Orang tu, dah tak senang duduk...24 jam duk tunggu Nadia sedar." Usik Camelia sambil mengerling ke arah Chyril yang menjongketkan keningnya mendengar usikan adiknya.

"Kerja saya...?"

"Nadia... Awak belum sembuh sepenuhnya..." Suara garau Chyril mengejutkan Nadia...

"Maaf, Tuan Chyril... Saya minta maaf..."

"Don't mention... Saya cuba nak awak cepat sihat..."

"Terima kasih sekali lagi. Maaf sebab susahkan tuan dan Cam..."

"Nadia... Kan saya dah cakap... Takde apa yang perlu dimaafkan... Awak tak bersalah, Nadia..." Nadia mengangguk... Akur dengan kata-kata Chyril walaupun hakikatnya dia tetap mengatakan dia bersalah...

"Abang... Lower your voice... Jangan macam tu... Kesiankan Nadia... Dia tak sihatkan...?"

"Sorry... Sorry, Nad... Saya... Saya cuma risaukan awak..." Nadia memerhatikan seraut wajah tampan milik Chyril Connor. Jelas riak wajah Chyril yang terpampang betapa bimbangnya Chyril.

"Saya faham... Terima kasih..."

"Cam... How's Jenny?"

"Not sure... Tapi, dia ditahan atas tuduhan menyeleweng, penipuan dan cubaan membunuh."

"Membunuh?"

"Ya... Malam tadi dia cuba nak bunuh awak... Awak tahukan...?" Nadia mengangguk lesu.

"Sudahlah... Nadia rehat ya... Cam nak settlekan apa yang patut... Lagipun, urusan Jenny, belum selesai..."

"Thanks Cam..."

"Sama-sama... Take care ya..."

"Thanks again Cam..."

"Abang... Jangan berkasar dengan Nadia... Jangan tunjukkan sangat muka beku tu... Bye... Take care of her..."

"I will..."

Camelia meninggalkan Chyril dan Nadia berdua di dalam wad.

"Nad... Are you ok...?"

"Tu...Tuan panggil saya, Nad?"

"Why? Tak boleh ke?"

"It's not like that... Cuma... Hanya parents dan family saya je yang panggil saya dengan nama tu..."

"I see... Tapi, tak salahkan saya panggil macam tu..."

"Tak..." Chyril merapati Nadia... Nadia gemuruh... Maklumlah... Chyril majikannya... Kuat jantung Nadia bekerja ketika ini... Walaupun ini bukan kali pertama Nadia mengenali secara rapat dengan lelaki, tetapi dengan Chyril Nadia rasakan cukup berlainan...

Chyril berbeza dengan Naqiu Nazrudin... Walaupun muka Chyril beku, Chyril tak berani berkasar dengannya... Ya... Bila mengingatkan nama Naqiu Nazrudin, teringat Nadia akan lelaki yang pernah bertahta di hatinya satu ketika dulu... Maklumlah... Cinta monyet...

Flashback #

"Naqiu..."

"Emm..."

"Kitakan dah habis SPM... Lepas ni, awak nak sambung belajar kat mana?"

"Dah tentulah kat oversea... Mama dan papa dah janji nak hantar saya belajar kat sana..."

"Alhamdulillah... Mesti awak seronokkan...?"

"Mestilah! Giler tak seronok nak pergi oversea... Err... awak, macamana?"

"Kat mana-mana pun saya tak kisah... Sama je, ilmu yang kita dapat... Yang penting, apa yang kita belajar tu, dapat tak kita praktikkan...? Berguna tak untuk kita?"

"Yelah... Awak budak pandai... Tapi, tak cuba ke sambung belajar kat luar negara? Tentu seronok kalau kita dapat belajar bersama-sama..."

"Naqiu... Saya bukan macam awak... Awak anak orang kaya... Hidup senang. Bagi saya, belajar kat dalam negara pun takde apa yang kurangnya... Universiti kat Malaysia pun tak kurang hebat... Kalau tidak, takkan ramai pelajar luar negara yang sambung belajar kat sini?"

"Apa kelas belajar kat sini...? Sekurang-kurangnya kita dapat melihat negara luar... Tempat dorang lagi cantik... Boleh bawak balik minah saleh buat bini."

"Apa matlamat awak sebenarnya? Nak belajar ke nak cari isteri?" Kasar sedikit bunyi suara Nadia.

"Dua-dua..."

"Awak serius ke, Naqiu?"

"Kenapa tidak? Saya memang dah lama simpan impian nak ke luar negara..."

"Habis tu... Macamana dengan hubungan kita?"

"Nad... Awak serius sangat ni kenapa? Kita couple ni kat sekolah je... Biasalah, cinta monyet. Takkan saya nak couple dengan awak sampai bila-bila... Saya pun nak cari isteri yang sama taraf dengan saya..."

"Awak... Sampai hati awak..."

"Nad... Saya punya cita-cita yang tinggi. Parents saya tentu takkan setuju kalau saya dengan awak... Lagipun, saya tak fikir hubungan kita akan kekal selamanya..."

"Naqiu... Janji-janji awak tu... Jadi, semua janji dan kata-kata manis yang awak taburkan dulu, tipulah..."

"Hahaha... Nadia... Nadia... Saya tak bodoh nak memperisterikan orang kampung macam awak. Ya, saya akui saya sukakan awak... Tapi, saya tak cakap saya cintakan awak... Dua benda berbeza Nad... Suka dan cinta... Tak sama..."

"Sampai hati awak cakap macam tu..." Empangan air mata Nadia pecah jua...

"Hei, Nadia... Tak payahlah sedih sangat. Lagipun, kita tak pernah bersama pun Nad... Awak tu, semuanya tak boleh... Nak sentuh tangan pun tak boleh..."

"Apa yang awak merepek ni, Naqiu...? Awak lupa ke, kita belum ada ikatan yang sah..." Air mata dikesat kasar.

"Nad, jangan kolot sangatlah, Nad... Sekarang semua couple buat macam tu..."

"Itu orang lain bukannya saya... Saya masih ada maruah diri, Naqiu..."

"Tak perlu bercakap pasal maruah, Nad... Itu sebab saya taknak dengan awak... Kolot sangat!"

"Ya, memang saya kolot. Tapi saya bersyukur... Bersyukur sangat... Mahkota saya yang sepatutnya menjadi hak milik suami saya yang sah, tak saya serahkan pada jantan hina macam awak..."

"Apa awak cakap... Saya jantan hina..?"

"Ya, awak jantan hina... Nawaitu awak tak menghalalkan kelakuan awak, Naqiu..."

"Berani awak cakap saya, jantan hina? Awak..."

"Kenapa? Memang awak jantan hina... Awak ingat awak kat mana, Naqiu? Kita orang Islam, Naqiu..."

"Oh Stop it, Nadia! Tak payah nak bertazkirah kat sini. Sakit telinga saya, tau tak?"

"Saya tak sangka, awak cakap macam ni, Naqiu. Mana Naqiu yang saya kenali dulu? Baik hati, berbudi... Tak pernah tinggi suara..."

"Naqiu tu dah mati... Depan awak ni, Naqiu Nazruddin yang baru... Yang punya misi dan visi..."

"Hahaha..."

"Apa yang lucunya? Salah ke saya cakap macam tu?"

"Misi? Visi apa yang awak cakap kalau begini sikap awak?"

"Kenapa, awak jealous?"

"Tolonglah Naqiu! Saya sikitpun tak hairan dengan lelaki gersang macam awak!"

"Lelaki gersang? Hahaha... Awak cakap saya lelaki gersang..."

"Ya... Memamg awak lelaki gersang..."

"Mari sini, saya tunjukkan awak, apa itu jantan gersang..." Naqiu menarik kasar tangan Nadia... Nadia ditarik masuk ke dalam kereta milik bapa Naqiu yang dipandu Naqiu.

"Naqiu...Lepaskan saya... Lepaskan saya, Naqiu... Apa yang awak nak buat ni... Lepaslah!" Nadia berusaha melepaskan tangannya dari genggaman Naqiu...

"Kata nak tengok jantan hina, lelaki gersang... Mari saya tunjukkan... Mari sayang..."

"Jangan Naqiu... Ingat Tuhan... Lepaskan saya Naqiu... Jangan buat kerja gila!"

"Ya! Aku memang dah lama gilakan kau, Nadia... Tubuh kau, Nadia... Tubuh kau... Aku terlalu ingin menikmati keindahan tubuh kau..."

"Kau gila, Naqiu.. Lepaskan! Lepaskan! Kau jantan gila."

"Argh!" Naqiu menjerit apabila tangannya digigit Nadia...

"Kau... Berani kau gigit aku... Aku akan tunjukkan kau, lelaki sejati yang sebenar..." Rambut Nadia ditarik kasar.

"Argh! Lepaskan aku, Naqiu... Aku minta maaf... Lepaskan aku..."

"Aku takkan lepaskan kau selagi aku tak dapat merasai tubuh kau, Nadia..."

"Jangan Naqiu... Aku rayu, lepaskan aku... Lepaskan aku..." Nadia meronta-ronta minta dilepaskan...

"Ak.... Argh...!" Naqiu mengaduh sakit apabila 'adik' kesayangannya dilututkan Nadia... Melihat Naqiu kesakitan, Nadia mengambil peluang melarikan diri... Pintu dibuka lalu dihempas kasar...

"Kau jantan hina... Moga Tuhan membalas kelakuan keji kau, Naqiu...!" Nadia melangkah meninggalkan Naqiu yang masih menahan kesakitan.

"Nadia! Nadia... Nanti! Nad! Huh!"

"Maruah, konon! Blahlah! Hish! Melepas aku! Aduh... Celaka kau Nad... Tunggulah aku dapat kau, nanti..." Penumbuk dihentak pada pahanya sendiri.

"Flashback end#

Nadia menghela nafas kasar. Mengingati lelaki bernama Naqiu Nazruddin, cukup melukakan hatinya. Mana mungkin Nadia lupa, lelaki yang pernah dia sayang, rupanya selama ini, hanya berpura-pura.

Nadia cukup terluka apabila Naqiu berniat tidak baik dan cuba merogolnya.

'Sampai matipun aku takkan maafkan kau, Naqiu...' Nadia memejamkan matanya sambil menghela nafas.

"Nadia... Are you ok...?"

"A... Sorry...?"

"Are you ok?"

"Saya ok... Thanks..." Nadia menunduk, malu. Tak mahu bertentangan mata dengan mata biru milik lelaki itu.

"Nadia... Maaf, kalau kehadiran saya buat awak tidak selesa..." Nadia melepaskan senyum kelat.

"Kenapa tuan masih berada di sini?"

"Kenapa? Nadia rasa tak selesa ke? I just want to make sure you're safe."

"Terima kasih... Tak perlu bersusah payah untuk saya... Saya ok..."

"Nadia... Please, saya hanya nakkan awak selamat... Saya kenal dan saya tahu Jack Jacquel tu, macamana."

"Jadi... Tuan kenal abang Jenny?"

Nafas dihela... "Ya, saya kenal... He was my best friend before Jack betrayed me..."

"Maksud tuan?"

"Takpelah... Itu cerita lama... But, saya harap awak berhati-hati... Lelaki seperti Jack takkan berhenti mengganggu orang. Apatah lagi, setelah dia tahu, sesuatu menimpa orang yang rapat dengannya. So, please... Listen to me..."

"Tapi..."

"Nadia... Saya hanya nak jaga keselamatan awak..."

"Thanks again... Saya hargai jasa baik, tuan Chyril... Cuma..."

"Cuma, apa Nadia? Awak bimbang mulut orang?" Nadia mengangguk. Chyril merapati Nadia... Jantung Nadia berdegup kencang.

"Kenapa tuan melayan saya dengan baik?" Nadia memberanikan diri.

"Kenapa? Nadia rasa...?"

"Sebab saya pekerja tuan... Jadi, tuan perlu menjaga keselamatan pekerja tuan, kan? Betulkan, tuan?" Chyril tersenyum. Gadis di hadapannya cukup membuatkan dia tidak keruan.

"Kalau saya katakan yang saya sukakan awak, macamana?"

"A...Apa tuan kata?"

"Saya cakap saya sukakan Nadia..." Nadia tergamam... Chyril merenung wajah gadis yang berjaya mencuri hatinya.

"Kenapa? Nadia tak percaya?" Nadia menggeleng tanpa memandang wajah lelaki idamannya.

"Nadia... Please... Izinkan saya menjaga awak, Nadia..."

"Tapi, kenapa tuan beria-ia nak jaga saya?"

"Sebab saya sukakan awak...I told you before."

"Su...Suka?"

"Ya... Saya sukakan Nad..." Nadia tergamam mendengar pengakuan Chyril.

"To be honest... Hati saya mula terpaut pada Nad, kali pertama kita bertemu... Waktu Nad langgar saya di mall... Sejak dari itu... Saya dapat rasakan yang Nad berbeza dengan perempuan lain... Hati saya kuat mengatakan yang saya dah mula sukakan Nad..."

"Tapi, kita terpisah dan saya rasa bodoh sebab terlupa nak minta nombor phone, Nad... Jodoh dan pertemuan kuasa Tuhan, kan? Kita dipertemukan kini..."

"Saya benar-benar terkejut apabila Camelia menyerahkan list pekerja dan apabila terlihat photo Nad, saya semakin teruja..."

"Nad... Saya tahu awak akan terkejut mendengar pengakuan saya... Tapi, jujur saya katakan saya memang sukakan Nad dan saya tak pernah sukakan perempuan lain sepertimana saya sukakan Nad..."

'Ibu, tolong Nad... Abang mat biru luahkan isi hati, bu... Tolong Nad, ibu... Iman Nad tak kuat...' Nad ingin tergelak, tapi disimpan. Bimbang disalah anggap.

"Nad, saya janji akan jaga Nad sebaik-baiknya. Saya akan bagi Nad masa untuk memikirkan apa yang saya katakan tadi. Please, jangan kecewakan saya."

Nadia belum mampu memandang wajah Chyril... Wajahnya terasa berbahang ketika ini. Walaupun dalam hatinya ketika ini, ingin sangat dia melompat bahagia kerana selama ini dia tidak bertepuk sebelah tangan... Terpaksa ditahan.

"Nad makan ya... Makanan dah sampai... Saya tak nak Nad sakit..."

"Terima kasih..." Benar, Nad sungguh malu saat ini...

'Ibu, tolong Nad, bu...'

"Emm, tuan tak makan?"

"Takpe... Saya tak sakit... Nad makan ya... Nad perlukan tenaga..."

"Seganlah saya, makan sorang-sorang..."

"Takpe, saya suapkan Nad..." Chyril terus mengambil mangkuk berisi bubur dari tangan Nadia...

"Tapi, tuan..."

"Nadia, please stop call me tuan... You're not my servant..."

"Err... Tapi, saya nak panggil apa? Tuankan majikan saya..."

"Kalau saya kekasih awak, awak masih nak panggil saya tuan?"

"Hah?" melopong mulut Nadia mendengar usikan Chyril...

'Ibu... Tolong Nad, bu... Nad dah makin gila...'

"Nad..."

"Nadia!" Sergah Chyril.

"Ya, ya darling... Ops..." Cepat-cepat Nadia menutup mulut selepas tersedar kesilapannya memanggil 'darling'...

Enjoy reading... Sorry lambat update... Baru balik dari berniaga

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience