"Nadia..." Naqui terus merangkul pinggang Nadia dari belakang... Pisau diacukan ke leher Nadia.
"Eh, Naqui... Lepaslah! Eh, kenapa ni...? Naqui lepaslah...!" Nadia meronta-ronta minta dilepaskan...
"Abang Naqui! Lepaskan kakak...!" Aril cuba mempertahankan kakaknya sementara Arul terus menghubungi nombor Chyril... Dari kejauhan, Chyril sekadar memerhatikan pergerakan Naqui dengan amarah yang membuak-buak... Menggigil tangan Chyril menahan kemarahan, sehingga tegang urat-urat di lengan dan leher Chyril.
"Jangan rapat! Kalau tidak aku tikam kakak korang...!"
"Abang... Tolong bang... Jangan buat gila, bang... Lepaskan kakak, bang."
"Naqui... Lepaskan aku...! Lepaskan aku..." Nadia masih meronta-ronta minta dilepaskan.
"Diam Nadia! Tolong Nadia... Jangan buat aku hilang sabar..."
"Aku tak peduli! Lepaskan aku, Naqui...!"
"Nadia... Dengar cakap aku... Aku sayangkan kau, Nadia..." Tubuh Nadia dirangkul ketat.
"Kau gila, Naqui...! Kau gila...! Lepaskan aku! Lepaskan aku, Naqui... Tolong lepaskan aku...!"
"Aku takkan lepaskan kau selagi kau tak setuju untuk kahwin dengan aku..."
"Kau gila, Naqui...! Aku takkan sesekali kahwin dengan kau! Aku bakal jadi isteri orang, Naqui...! Lepaskan aku...! Lepaskan aku...!"
"Tidak! Kau hanya akan jadi hak milik aku... Milik aku...!" Nadia masih berusaha meloloskan dirinya dari Naqui.
"Abang Naqui... Tolong, lepaskan kakak. Tolonglah bang... Jangan buat kakak macam tu...!"
"Diam! Aku cakap, jangan rapat! Aku tikam kakak kau nanti!" Terpaksalah Arul dan Aril mengalah... Bimbang Nadia akan diapa-apakan. Nadia diseret masuk ke dalam kereta Toyota Camry hitam milik Naqui. Sementara Nadia sudah ketakutan melihat pisau yang diacukan di lehernya.
"Naqui!"
"Diam, Nadia...!" Nadia benar-benar ketakutan mendengar terjahan Naqui. Jelas kelihatan Naqui berubah menjadi orang lain. Patutlah ibu minta si kembar menemaninya... Tak sangka telahan ibu benar belaka...
'Hubby...'
Chyril mendengar segala perbualan mereka... Dan, kini masanya untuk dia bertindak... Chyril mengekori kereta milik Naqui sementara si kembar menelefon babah dan terus menghubungi pihak polis... Lokasi Nadia sudah diketahui setelah beg tangan Nadia diletakkan GPS... Begitu juga dengan handphone Nadia...
Sepanjang perjalanan, Nadia berusaha menyelamatkan dirinya... Hampir sahaja, Nadia melompat keluar dari kereta yang dipandu Naqui. Tindakan cepat dari Naqui menyelamatkan Nadia dari melukakan dirinya.
Berkali-kali Nadia meronta-ronta minta dilepaskan. Naqui hanya buat tak tahu. Sebaliknya hanya meneruskan pemanduan sambil menyanyi sambil diiringi lagu dari radio kereta.
Hampir 15 minit masa perjalanan, mereka tiba di sebuah rumah semi-D setingkat, yang Nadia tidak pasti lokasinya.
"Nadia... Turun sayang... Kita dah sampai..."
"Kau bawak aku kat mana ni, Naqui?"
"Nadia... Please... Aku berlembut dengan kau... Sebab aku sayang kau... Tolong... Dengar cakap aku... Turun sekarang... Ini rumah kita sayang... Rumah kita..."
"Tak! Aku nak balik...! Aku nak balik...!"
"Nadia... Turun sekarang...!"
"Taknak! Aku nak balik! Lepaskan aku, Naqui!"
"Kau nak turun atau aku rogol kau kat sini!" Tergamam Nadia mendengar ugutan Naqui.
"Kita kat mana? Kau bawak aku kat mana Naqui...? Naqui!"
"Keluar Nadia! Keluar!" Terhenjut Nadia akibat diterjah Naqui...
"Naqui... Aku nak balik...Lepaskan aku... Tolong lepaskan aku, Naqui..." Nadia cuba melarikan dirinya...
"Tak! Aku takkan lepaskan kau, Nadia... Kau akan jadi milik aku... Aku akan bawa kau ke Thailand malam nanti... Esok kita akan terus nikah..."
"Kau gila, Naqui...! Aku takkan kahwin dengan kau... Aku takkan ikut cakap kau...!"
Pang! Terteleng kepala Nadia akibat tamparan yang diberi Naqui... Air mata mengalir. Nadia mengangis bukan kerana kesakitan di pipinya, tetapi lebih kepada kegilaan Naqui...
"Kau jangan cabar aku, Nadia...! Jangan cabar aku!" Naqui menarik Nadia masuk ke dalam rumah setingkat yang tidak diketahui lokasinya...
"Ini rumah kita, Nadia... Ini rumah yang bakal kita duduk berdua bersama-sama anak-anak kita... Aku beli khas untuk kau, Nadia..."
"Tak! Aku nak balik! Lepaskan aku, Naqui! Aku nak balik!" Nadia cuba melarikan dirinya ke pintu masuk... Namun...
"Argh...! Sakit! Lepaskan aku!"Rambut ikal mayang Nadia direntap. Bagai nak tercabut kulit kepala Nadia rasakan.
"Mana kau nak lari, sayang...? Ini rumah kita, sayang... Rumah kita... Kau langsung tak hargai usaha aku, Nadia..."
"Lepaskan aku Naqui! Aku bukan isteri kau... Aku rayu... Tolong lepaskan aku, Naqui..." Air mata Nadia mengalir jua... Tubuhnya terlalu penat. Mindanya tak mampu berfungsi sebaiknya...
"Jangan nangis, sayang... Aku tak mahu lihat air mata kau, Nadia... Aku sayangkan kau, Nadia... Aku cintakan kau..." Air mata Nadia diusap dengan penuh kasih sayang.
"Kalau benar kau sayang dan cintakan aku, kau takkan tergamak melakukan semua ni pada aku, Naqui... Kau takkan sesekali lukakan hati dan perasaan aku..." Tangisan Nadia semakin bergema...
"Kau tak nak bagi aku peluang, Nadia... Kau berterusan menolak aku..."
"Aku bakal isteri orang, Naqui... Kalau dulu, mungkin aku akan menerima lamaran kau... Tapi, kau kejam, Naqui... Kau kejam! Kau hina aku... Kau hina keluarga aku...''
"Maafkan aku, Nadia... Maafkan aku. Kita bina hidup baru bersama..."
"Tak! Tak mungkin, Naqui... Tak mungkin... Aku bakal menjadi isteri orang lain. Yang selayaknya aku gelar seorang lelaki..."
"Kau takkan jadi milik sesiapa melainkan aku, Nadia... Hanya aku yang layak mendampingi kau, Nadia... Hanya aku!"
"Argh!" Tubuh Nadia ditolak ke ke atas tilam katil king di dalam bilik itu. Naqui merapati Nadia...
"Kau nak buat apa, Naqui? Apa yang kau nak buat ni? Lepaskan aku, Naqui! Lepaskan aku..." Nadia menepis tangan Chyril yang cuba menyentuh tubuhnya.
"Aku dah lama idamkan tubuh kau, Nadia... Sejak dulu lagi... Tapi kau jual mahal... Aku tak mampu menahan naluri kelelakian aku Nadia bila aku lihat kau hari tu... Aku benar-benar ingin menikmati tubuh kau..." Tubuh Nadia cuba diraba, namun cepat Nadia menepis tangan Naqui... Nadia berundur ke belakang...
"Kau jangan buat gila, Naqui...! Aku takkan izinkan kau sentuh tubuh aku...! Aku benci kau, Naqui... Aku bencikan kau...!"
"Kau boleh benci aku, Nadia... Yang pasti, kau tetap akan jadi milik aku... Milik aku, Nadia..." Naqui terus merangkul tubuh Nadia...
"Lepaskan aku setan! Lepaskan aku...!" Nadia meronta-ronta...
"Kau cantik, Nadia... Aku betul-betul menyesal sebab lepaskan kau dulu... Aku sayangkan kau, Nadia... Aku sayangkan kau..." Wajah Nadia dielus perlahan...
"Kau gila! Kau memang dah gila...! Lepaskan aku!" Berkali-kali Nadia menepis tangan Naqui dari terus menyentuh tubuhnya.
Pang! Sekali lagi Nadia ditampar Chyril...
"Jangan melawan Nadia...! Aku takkan cederakan kau kalau kau ikut cakap aku...! Aku sayangkan kau, Nadia..."
"Pergi mati dengan sayang kau...! Kau gila Naqui! Kau memang gila...! Aku takkan maafkan kau walau apa pun yang berlaku! Aku benci kau! Aku benci kau!" Takkan semudah itu Nadia untuk mengalah...
"Kau cakaplah apapun... Yang pasti, aku akan puas menikmati tubuh kau, sayang..." Wajah Nadia dielus...
"Phui!" Nadia meludah wajah Naqui...
"Berani kau ludah aku, Nadia...! Aku akan ajar kau... Aku akan ajar kau apa itu kenikmatan...!" Baju dilengan Nadia dicarik hingga terdedah bahu putih Nadia... Naqui menelan air liur berkali-kali melihat kulit putih mulus Nadia...
"Jangan Naqui! Jangan buat aku macam ni... Tolong, Naqui... Aku rayu kau... Lepaskan aku Naqui..."
"Lepaskan kau? Tak semudah itu Nadia... Aku mahukan layanan istimewa kau, sayang... Layan aku, Nadia... Layan aku, sayang..." Bahu yang sudah terdedah disentuh lembut. Nadia berusaha menyelamatkan diri...
"Argh! Sial kau, Nadia...! Argh..." Tertunduk Naqui menahan kesakitan... Senak doh!
"Berani kau tendang 'adik' aku...? Kau nak rasa sangat, kan? Meh sini! Aku tunjukkan kau kehebatan 'adik' aku... Mari sayang..." Naqui terus merangkul Nadia... Blaus yang dipakai Nadia diselak... Nadia berusaha dan terus berusaha melepaskan dirinya dari cengkaman Naqui...
"Lepaskan aku setan! Lepaskan aku!" Dengan kudrat yang mash bersisa, Nadia berusaha melepaskan dirinya dari Naqui...
"Hahaha... Aku takkan lepaskan kau, sayang... Aku akan puaskan kau... Kita akan menikmatinya bersama-sama..."
"Lepaskan aku setan!"
"Aku takkan lepaskan kau sayang... Kau milik aku! Milik aku, Nadia Natalia..." Naqui cuba mencumbui bibir Nadia... Nadia berusaha mengelak. Nadia cuba melawan...
Pang! Pang! Nadia semakin lemah akibat tamparan yang diterima di kiri kanannya pipinya. Nadia tak mampu menahan kesakitan dan keperitan di kedua pipinya.
"Kau nak lawan aku, Nadia...? Kau nak lawan aku? Aku takkan lepaskan kau Nadia... Kau bakal menjadi milik aku..." Naqui cuba meraba dada Nadia. Namun belum sempat tangan Naqui memegang dada Nadia...
Buk!
Terlentang Naqui akibat ditendang seorang lelaki berbadan tegap yang jauh lebih tinggi dan sado dari Naqui... And more handsome dari Naqui.
"Sial! Siapa kau hah...? Apa urusan kau campur tangan hal aku?"
"Kau bukan jantan sejati... Dia bukan lawan kau... Aku lawan kau!" Cabar Chyril...
"Siapa kau hah?"
"Siapa aku, tak perlu kau tahu! Kau anak jantankan?"
"Sial kau! Siapa kau, hah?"
"None of your business! Jantan bodoh...! Tak cukup dengan isteri sendiri... Dengan bakal isteri orang pun kau nak...?"
"Bakal isteri? Siapa kau? Siapa kau yang berani campur tangan hal aku? Kau belum kenal aku siapa!"
"Tak perlu kenal! Aku tahu kau manusia bodoh... Manusia yang tak tahu bersyukur... Kau jantan dayus! Kau hanya berani dengan perempuan. Come, kita tengok siapa jantan sebenar!"
"Hahaha... Hero dah datang... Apa kaitan kau dengan Nadia...?"
"Apa hak kau nak tahu siapa dia pada aku?"
"Hello... Nadia hak aku... Aku akan bernikah dengan Nadia esok!"
"Siapa izinkan kau bawak Nadia kahwin lari? Nadia masih punya wali yang sah!"
"Hahaha... Persetankan wali dia semua! Berani dorang tolak pinangan aku... Nah! Sekarang Nadia bakal menjadi surihati aku..."
Buk! Terundur Naqui akibat tumbukan padu Chyril... Pecah bibir kirinya. Senyum sinis Chyril.
"Aku ingat kau hebat sangat!"
"Celaka kau! Apa hak kau nak pukul aku? Siapa kau hah?" Darah yang mengalir, dikesat kasar.
"Aku... Chyril Connor... Bakal suami Nadia..." Nadia yang dalam keadaan mamai, terasa dunianya kembali cerah mendengar suara Chyril... Tersentak Naqui mendengar pengakuan Chyril.
"Wah! Hebat! Sampai sini kau ekori dia..." Sengaja menahan egonya. Wajah Chyril tegang.
"Hu...bby..." Kedengaran suara Nadia memanggil namanya... Chyril ingin merapati Nadia...
"Kau jangan berani dekat dengan Nadia... Dia milik aku!" Halang Naqui.
"Kau bukan lawan aku, Naqui..."
"Hahaha... Tak payah banyak cakap..." Provoke Naqui.
"Kau dengan aku, bagaikan langit dan bumi, Naqui... Lihat diri kau dan lihat aku..." Chyril berdiri merapati Naqui... Naqui beranjak ke belakang.
"Tak...! Kau cuba nak cabar aku... Hah?"
Buk! Terduduk Naqui akibat tumbukan padu Chyril mengenai wajahnya... Pecah bibirnya untuk kesekian kalinya.
"Celaka kau!" Naqui bangkit lalu cuba menumbuk Chyril. Seperti yang diperkatakan Chyril, Naqui bukan lawannya.
"Argh!" Terlentang Naqui akibat sidekick dari Chyril... Tersenyum sinis melihat Naqui yang terlentang menerima tendangan darinya.
"Sial! Aku bunuh Nadia...!" Naqui meluru ke arah Nadia... Namun, sempat disepak Chyril lalu tergolek Naqui ke penjuru bilik... Cepat-cepat Chyril merapati Naqui... Lalu ditekan dada Naqui dengan lututnya.
Buk! Buk! Dua kali tumbukan Chyril mengenai wajah Naqui...
"Ini untuk kecederaan Nadia di wajahnya..."
Chyril berdiri lalu dipijak tangan Naqui...
"Argh! Argh!" Naqui menjerit kesakitan...
"Tangan ini cukup berani sentuh hak aku... She's mine and always mine! Aku akan lakukan lebih teruk dari ini... Jangan sesekali kejutkan harimau yang sedang tidur... Aku takkan biarkan sesiapa pun menyentuh hak milik aku! Remember that! She's mine, Naqui!"
Chyril mencangkung lalu mencengkam rahang Naqui. Wajah Naqui yang sudah cedera dan berdarah... Direnung tajam.
"Jangan berani tunjukkan muka kau lagi... Aku akan buat lebih teruk dari ini... Ni baru sikit... Ingat!" Chyril bangun...
"Aarrgghh!" Tendangan kaki Chyril mengenai wajah Naqui... Tersembur darah dari mulut Naqui.
"Ini untuk semua yang telah kau lakukan pada Nadia... Ingat! Nadia milik aku... Always mine... Idiot!"
Chyril merapati Nadia... Hatinya cukup sakit melihat wajah Nadia berbirat akibat ditampar Naqui... Luka di wajah Nadia, dielus... Pakaian Nadia yang koyak dan mendedahkan sedikit bahagian tubuhnya, ditutup dengan jaket kulit yang tersarung di tubuh.
"Honey..."
"Hu...bby..." Nadia menangis. Kesakitan yang dialaminya bukan sedikit... Itu belum lagi dengan trauma yang ditanggungnya.
"I'm here, baby... I'm here..." Tubuh Nadia dipeluk erat. Nadia menangis... Tubuhnya terlalu sakit ketika ini...
"Shu... Shu... I'm here, baby... I'm here..." Nadia menangis dalam kesakitan. Tubuh Chyril dipeluk erat. Chyril membalas pelukan Nadia. Dahi Nadia dikucup.
"Baby... Kita pergi hospital ya...?" Nadia mengangguk lemah. Sekali lagi dahi Nadia dikucup sekilas.
Chyril mencempung tubuh Nadia masuk ke dalam kereta miliknya. Kebetulan si kembar baru sahaja tiba dengan diiringi pihak polis.
"Arul, Aril... Abang bawak kakak ke hospital... Settlekan seperti yang kita rancang..."
"Baik, bang..."
"Nanti abang call kalau kakak dah warded..."
"Ok, noted... Err, bang... Kami dah inform babah dan ibu..."
"Ok, thanks... Abang akan inform babah pasal kakak nanti... Thanks for helping..."
"No! Thanks to you, bang... Kalau tak sebab abang, kakak tentu dalam bahaya..."
"She's my love... I will protect her with my own life. Don't worry..." Arul dan Aril mengangguk seraya melepaskan senyuman... Mereka memerhatikan kereta yang dipandu Chyril hilang dari pandangan.
Sepanjang perjalanan, tangan Nadia di dalam genggaman Chyril... Stereng dipegang dengan sebelah tangan. Nasib baik kereta auto...
New chapter updated... Sila kecam Naqui berjemaah... Enjoy reading...
Share this novel