BAB 21 - DCCC - KISAH KITA

Romance Completed 34736

"Demam rindu...? Biar betul awak ni, Mah...?"

"Ya. Saya tahulah, bang. Dah 2 hari tak dorang berdua ni tak berhubung. Rindulah!"

"Kenapa pulak?"

"Kakak menyakat tunang dia... Hah, mendapatlah!"

"Ini kes merajuklah ni... Tapi, si Chyril merajuk, kenapa?"

"Anak dara awak ni yang menyakat si Chyril... Dah tahu tunang tu muka beku, cepat tersentap. Pergi sakat, siapa suruh... Kan, awak sendiri yang merana..."

"Tapi, badan anak dara awak ni, panas Mah... Dahi dia panas sangat ni..."

"Takpelah... Nanti saya letakkan tuala basah kat dahi Nadia... Kang, dia nampak buah hati dia... Eloklah tu..."

"Harap-harap, macam tulah... Terkejut jugak saya, kakak demam panas... Tak pernah-pernah dia demam macam ni..."

"Hah, tulah! Mahpun terkejut, bang... Tapi, kesian pulak menantu mata biru awak, tu bang... Tahu ke dia jalan nak keluar tu? Budak tu baru sampai... Ish... Kakak nipun... Time nilah dia nak demam..."

"Hai Cik Mah oi... Awak dulupun macam tu, kan?" Tergamam ibu mendengar babah mengungkit kisah lama... Tangan yang memegang kain tuala basah yang sepatutnya diletakkan di dahi Nadia, terhenti.

"Apa pulak? Eh, mana ada...?" Ibu merona diusik babah.

"Iya, Mah... Abang ingat... Awak merajuk dengan abang lepas abang tinggalkan awak seminggu sebab pergi kursus... Awak tak ingat ke...?"

"Mana ada... Pandai je abang ni..."

"Abang tak lupa, Mah... Kita macam kakak juga... Baru lepas bertunang... Abang kursus kat selatan tanahair... Lagi sehari nak habis kursus, adik awak, si Najwa telefon, bagitahu awak demam panas... Sampai masuk hospital sebab panas sangat. Awak lupa, Mah...?" Ibu dah menyorokkan wajahnya dengan kain tuala yang sepatutnya diletakkan di dahi Nadia.

"Hahaha... Awak dah tua macam ni pun, nak malu lagi dengan saya, Mah... Macamanalah saya tak sayang awak, Mah... Lagi awak malu macam ni, lagi awak nampak cantik tau..."

"Ish, abang ni... Malulah anak dengar... Mengada je... Nak romantiklah tu..."

"Eh, mesti! Walau dah tua manapun kita, kasih sayang tu perlu dieratkan lagi... Tak payah nak malu, Mah... Kita dah ada 3 anak dah..."

"Dahlah, bang... Saya keluar dulu ya... Takut pulak menantu abang tu tak jumpa rumah..." Ibu terus melangkah keluar dari bilik Nadia...

Nadia sebenarnya dah tersedar... Namun, sengaja dia melelapkan mata semata-mata nak dengar perbualan ibu dan babahnya... Manja-manja gitew!

Babah menggelengkan kepala melihat aksi malu ibu sebelum membasahkan kain tuala dan diletakkan di dahi Nadia... Kain selimut ditarik menutupi tubuh Nadia...

"Cepat sembuh ya kakak... Risau babah kakak demam macam ni... Kesian anak babah... Rindu punya hal sampai demam-demam, ya... Macamanalah kalau dah nikah nanti... Hurm..." Babah meninggalkan Nadia keseorangan sementara terdengar suara orang memberi salam...

"Assalammualaikum... Ibu... Babah..."

"Waalaikumussalam... Masuk Ril..."

"Ril dah bawakan doktor..."

"Terima kasih, Ril... Silakan doktor..."

"Emm... Babah..."

"Babah tahu... Masuklah Ril... Ikut ibu..."

"Terima kasih, babah... Ibu... Doktor, silakan..."

"Thank you..." Chyril dan doktor mengikut ibu ke bilik Nadia... Chyril tersenyum saat kakinya melangkah masuk ke bilik tunangnya... Bilik yang dicat warna krim lembut, benar-benar memukau matanya. Benda pertama yang kelihatan sewaktu kakinya melangkah masuk, gambar besar tunang kesayangannya yang digantung di atas kepala katil.

"Silakan doktor..."

Doktor Nizam dari Klinik Keluarga yang berdekatan, merapati birai katil.

"Pakcik, makcik... Izinkan saya..."

"Silakan doktor..." Doktor Nizam sempat menyarungkan tangannya dengan sarung tangan getah sebelum menyentuh Nadia.

'Fuh! Nasib baik dia pakai sarung tangan...'

Dahi Nadia disentuh... Sebelum nadi ditangan kanan Nadia diperiksa... Suhu badan Nadia diperiksa.

"How is she, doctor? Is she ok...?"

"Err, doktor... Tadi, pakcik letakkan kain basah di dahi anak pakcik... Sebab tadi kami rasa, badan dia panas sangat..."

"Oh... She's fine... But, her temperature is still high."

"Tak berbahaya ke doktor...? Makcik risau sangat. Anak makcik ni, susah nak demam... Tapi, kalau dah sekali demam, macam nilah..."

"Oh, ya ke? Macam nilah, makcik... Setakat ni, tekanan darah, jantung, semua ok... Cuma, badan dia je yang masih panas... Dah berapa lama, anak makcik macam ni...?"

"Saya tak pasti sangat... Tapi, dari saya masuk bilik tadi... rasanya ada dalam sejam, kot... Kenapa doktor? Ada apa-apa yang membimbangkan ke?"

"Takde, makcik... Macam ni... Rasanya takde apa yang perlu dibimbangkan... Anak makcik cuma demam je... Saya bekalkan ubat ni... Nanti, lepas makan bagi dia makan ubat ni... 3 kali sehari ya. Kalau dah sihat, tak perlu makan lagi..."

"Betul ni, doktor... Anak makcik tak apa-apa...?"

"In sha Allah, makcik... Dia cuma demam biasa je... Tekanan darah dan jantung, normal... Tapi, kalau dia masih tak sedar lagi dalam 3 jam ni... Ada baiknya, anak makcik dibawa ke hospital..."

"Baik, doktor... Terima kasih banyak..."

"Err, ibu, babah... Ril hantar doktor ya..."

"Chyril... Nanti! Babah..." Terhenti langkah Chyril...

"Babah... Takpe... Ril settlekan bil ya... Babah jangan risau..."

"Terima kasih Chyril... Murah rezeki, Ril..." Chyril melepaskan senyumannya.

"Mah, kenapa awak tersengeh-sengeh ni...?"

"Suka saya tengok menantu awak tu kalau tersenyum... Dah macam pelakon Leonardo Dicaprio... Kalau tak senyum, tak hemsem..."

"Amboi awak ni, Mah... Mana awak kenal di Leonardo tu? Sedara ke, Mah?"

"Ish, abang ni... Takkanlah saya tak kenal... Pelakon mat saleh tu... Apa ceritanya...? Catch Me If you Can... Kalau tak silap saya..."

"Ingat awak cerita tu ya...?"

"Kalau dah hari-hari kakak dengan sikembar dok tengok cerita tu, mana saya tak ingat... Awak pun, bang..."

"Yelah... Ni, anak dara kesayangan awak ni... Macamana...?"

"Nak bagi dia makan ubat... Nak ke dia? Lagipun, dia masih tak bangun lagi, ni..."

"Takpe... Kang abang kejutkan dia... Awak masaklah bubur untuk kakak... Eh, makan malam ni, macamana? Menantu awak tu, makan ke makanan yang awak masak?"

"Alhamdulillah... Menantu saya tak cerewet... Dia makan je semua benda tu... Tolak batu, kayu, sampah je..."

"Mana awak tahu...?"

"Kakak cakap... Lagipun, Puan Edora dah biasakan anak-anak dia makan makanan melayu... Yelah... Diapun orang melayu kan...?"

"Betul jugak tu..."

"Takpelah, bang... Kang saya masak special untuk si Leonardo tu... Awak jaga anak awak ni, ya. Saya nak masakkan bubur..."

"Yelah, Mah... Pergilah... Awak siapkan sekali air untuk si Leonardo awak tu... Kesian Chyril... Dari sampai tadi, sampai la ni... Tak dapat teguk air pun..."

"Risau bang, buah hati tak sihat..."

"Teringat saya, kisah kita muda-muda dulu..."

"Ah, sudah! Awak jangan nak macam-macam ya... Saya nak masak ni..."

"Eh, apa pulak! Saya cuma nak cakap pasal kita masa muda dulu je... Yelah, awakkan masa tu, jadi perhatian... Mana tidaknya... Awak cantikkan masa tu... Pelajar cemerlang pulak tu... Ramai betul budak-budak kolej yang jatuh cinta kat awak..."

"Dahlah bang... Dah berlalu pun..."

"Tapi, kalau difikirkan... Rezeki abang, kan Mah... Dapat Mah... Berputih mata dorang bila tahu awak Mah dengan abang..."

"Abang..."

"Sedih juga, Mah... Dorang cakap Mah tak sesuai dengan abang... Sepatutnya, Mah dengan..." Cepat-cepat mulut babah ditekup ibu dengan tapak tangannya...

"Kan Mah dah cakap... Tak perlu nak ungkit lagi kisha lama tu... Kita dah kahwin pun, bang... Dah ada 3 anak pun..."

"Tapi, si polan tu sanggup datang jumpa abang... Semata-mata nak tanya pasal Mah... Dia cakap abang tak layak untuk Mah..." Ibu menghela nafas.

"Abang... Abang dengar Mah nak cakap apa, ya?"

"Mah tak menyesal kahwin dengan abang?"

"Astaghfirullahalzim... Apa yang abang merepek ni? Mah tak pernah menyesal, bang... Malah, Mah bersyukur sangat dapat bersama dengan abang... Abang sendiripun tahukan... Macamana penerimaan keluarga Mah... Dorang tak kisah siapapun abang... Dorang terima abang seadanya..."

"Ya, abang tahu... Abang betul bersyukur sangat... Dapat keluarga mertua macam keluarga Mah... Abang betul-betul rasa terharu, ada orang sudi berkongsi kasih dengan abang, anak yatim piatu... Membesar pun di sana... Abang takde sesiapa..." Suasana terasa semakin sebak...

"Tapi, babah ada ibu, kakak dan adik-adik... Huk! Huk! Huk!" Tergagap-gagap Nadia mencelah perbualan kedua orang tuanya...

"Kakak... Alhamdulillah... Kakak dah sedar..." Dahi Nadia diletakkan belakang tangan ibu.

"Alhamdulillah... Dah kurang panas..."

"Anak babah dah sedar... Kakak nak apa-apa...?" Nadia menggelengkan kepalanya.

"Kakak nak air kosong, boleh?"

"Boleh sayang... Sekejap ibu ambik ya..." Nadia membalas senyuman ibu dalam kepayahan... Nadia cuba bangkit... Menegakkan badannya bersandar pada kepala katil... Babah membantu Nadia menyelesakan dirinya.

"Kakak ok tak ni...?"

"In shaa Allah... Kakak ok... Babah jangan risau, ya?"

"Macamana babah tak risau... Kakak tiba-tiba demam panas... Kenapa?"

"Emm... Err... Takde apa-apa, babah... Kakak penat agaknya..."

"Ya ke? Bukan sebab kakak rindukan Chyril... Abang mata biru kakak tu?" Nadia tergamam.

'Mana pulak babah tahu ni...? Ish, malunya...'

Tiba-tiba Nadia menjadi sebak... Air mata bergenang di kelopak mata.

"Kakak... Eh, kenapa ni? Nadia Natalia... Kenapa sedih sangat ni...? Hurmm... Cuba cerita kat babah... Kenapa ni...? Kakak bergaduh dengan Chyril ke...?" Nadia mengeleng.

"Chyril merajuk dengan kakak... Chyril tak nak cakap dengan kakak lagi... Dah dua hari Chyril tak call kakak... Bila kakak call, telefon tu dia off... Chyril dah benci kakak..." Berjujuran air mata Nadia ketika ini... Tergeleng-geleng kepala babah.
"Agaknya dia busy kot? Atau dia outstation ke...?"

"Tak! Kakak tahu dia ada... Dia dah marah sangat kat kakak..."

"Cuba terus-terang dengan babah... Kenapa dan sebab apa Chyril merajuk dengan kakak?" Nadia menggeleng... Takkan dia nak ceritakan hal sebenar kat babah... Hanya disebabkan perkataan 'hubby' sampai tak bertegur sapa pastu demam panas? Agak-agaklah.

"Kakak, minum air ni dulu..." Suasana kembali sunyi semasa ketibaan ibu bersama segelas air kosong... Nadia menyambut huluran segels air kosong... Diteguknya dengan rakus.

"Haus sangat ya kakak...?"

"Ya, bu... Kakak rasa haus sangat..."

"Panas dalam tu..."

"Dahlah tu... Kakak rehat... Ibu nak masak bubur... Lepas ni kakak kena makan ubat... Doktor dah bagi ubat tadi..."

"U...bat...?"

"Ya... U.B.A.T... Ubat.... Jangan nak mengelak, ya? Marah abang mata biru kakak, nanti..."

"Ibu, janganlah..."

"Jangan apanya...? Ubat ni untuk kakak... Kalau tak makan, lambat kakak nak sihat... Lagipun, minggu depan kakak dah start kerja kan... Esok, kakak dah kena hadirkan diri kursus perkahwinan tu...? Kesana sini... Kakak tak sihat lagi..."

"In shaa Allah, kakak sihat. Err... Tadi, ibu cakap pasal doktor... Doktor mana...? Siapa yang panggil...?" Ibu dan babah berpandangan dengan senyuman yang terukir di bibir keduanya.

"Emm, esok kakak pergi kursus pukul berapa...?" Nadia menggeleng... Ibu sengaja menukar topik... Balas nak menjawab.

"Eh, kenapa pulak? Kan dah daftar...?"

"Chyril is not here, babah... Chyril dah bencikan kakak... Dia marahkan kakak..."

"No, I'm not!"

"Hubby?" Cepat Nadia menekup mulut dengan tapak tangannya... Nadia terkejut melihat Chyril di muka pintu biliknya.

"Hai, honey..." Chyril melebarkan senyumannya apabila Nadia memanggilnya dengan nama 'hubby'...

"Nampaknya, kakak dah sihat ni, babah... Ubat 'panadol' kakak, dah sampai... Kakak macamana? Dah rasa sihat?" Ibu mengusik kakak... Tergelak kecil ibu dengan telatah Nadia yang tertunduk malu.

"Babah bagi chance... But, please behave ya...?" Ibu dan babah melangkah keluar dari bilik Nadia... Pintu bilik dibiarkan terbuka sejak tadi.

"How are you? Getting better?" Nadia mengangguk lesu... Chyril duduk di kerusi di tepi katil Nadia.

Nadia rasakan kuat jantungnya berdegup ketika ini. Wangian maskulin yang selalu dipakai Chyril, cukup dikenalinya... Bauan inilah yang menyebabkan dia merindukan Chyril... Wangian Paco Rabanne yang disembur di tubuhnya, menyengat ke rongga hidung Nadia...

"Macamana boleh tiba-tiba ada kat sini...? Bila sampai?"

"Ingatkan honey nak panggil nama hubby, tadi...?"

"Awak tak jawab soalan saya lagi..."

"Ok, ok... Let me explain... Hubby sampai tengahari tadi... Honey tak sedarkan diri... Hubby carikan doktor sebab ibu kata honey dan babah tak suka ke klinik atau hospital... Doktor datang check honey... Alhamdulillah... Demam honey tak serius pun... Satu pesanan doktor, make sure honey makan ubat yang disediakan selepas makan... Jelas...?" Tiada reaksi dari Nadia.

"Honey...?"

"Kenapa buat saya macam ni?"

"Honey... I'm sorry..."

"Kenapa tak jawab panggilan saya, mesej saya? Awak dah betul-betul marahkan saya? Bencikan saya?"

"Honey... Please, let me explain... Telefon hubby terjatuh dan pecah... Hubby baru beli handphone baru... Hubby kena pergi kedai telefon sebab nak dorang pastikan semua gambar dan maklumat dalam telefon yang pecah tu dimasukkan ke dalam telefon baru hubby... It takes time... Hubby nak call honey... Tapi, I'm really busy... Lagipun, hubby nak siapkan kerja yang tertangguh sebab nak datang sini... Esok kita ada kursus perkahwinan, kan?"

Chyril merapatkan diri pada Nadia apabila tiada reaksi dari Nadia... Jari runcing Nadia digenggam erat.

"Hubby minta maaf... I should tell you earlier... Tapi, hubby nak surprisekan honey... Tak sangka honey demam sebab rindukan hubby..." Wajah Nadia terasa bahang.

"Mana ada?"

"Oh, really?" Chyril mengusik.

"I'm so sorry..." Pipi Nadia dielus.

"Emm... Honey tak nak tanya ke macamana telefon hubby boleh pecah?" Nadia memandang si mata biru.

"Actually, hubby kemalangan..."

"Kemalangan? Teruk ke? Are you ok, hubby?" Habis dibelek-beleknya tubuh badan Chyril.

"I love the way you pronouce my name..." Wajah Nadia merona.

Lewat update chapter baru... Enjoy reading...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience