BAB 6 - DCCC - SHE'S MINE

Romance Completed 34736

Sedar tak sedar, sudah hampir setahun Nadia bekerja di syarikat CC Interior dan selama itu dia sudah belajar bermacam benda baru dengan kawan sekerjanya. Dan yang pasti, Nadia semakin mengenali siapa Chyril Connor...

Nadia tak mampu menolak perasaannya apabila dia turut menyukai Chyril. Nadia menyukai Chyril kerana kebaikannya bukan kerana dia majikannya, anak orang kaya... Namun perasaan itu disimpan lantaran ugutan dari Jenny yang padanya cukup menakutkan.

Tiada siapa yang tahu apa yang berlaku antara Nadia dan Jenny... Nadia tak mahu ada pertengkaran dan dia sanggup melupakan niatnya. Nadia tidak mahu reputasinya sebagai pekerja di CC Interior terganggu. Apatah lagi dia hanya pekerja biasa, malah bukan penduduk tetap di situ...

Nadia percaya Jenny mampu lakukan apa saja padanya jika dia melanggar peraturan yang Jenny tetapkan.

Flashback #

"Hoi! Budak melayu!" Nadia berpaling apabila namanya dipanggil.

"Yes, Jenny!"

"Yes, Jenny." Jenny mengejek percakapannya. Ketika itu, tiada siapa yang ada di pejabat, melainkan Nadia dan Jenny...

"Jenny... Kenapa ni?"

"Stop pretending macam kau sucilah, perempuan!"

"Jenny, apa maksud you? I tak fahamlah!"

"Berhenti mengganggu Chyril! Dia hak I."

"Apa yang you cakap ni? I dengan Tuan Chyril? Biar betul? Sejak bila pulak I dengan Tuan Chyril. You salah faham ni!" Nadia cuba mempertahankan dirinya.

"Jangan nak berlakon! I tahu you nak goda Chyrilkan? Mentang-mentang dia hemsem, kacak, kaya... You nak goda dia! Dasar perempuan miskin! Cuba you tengok diri you sendiri... Look at yourself! Dasar perempuan kampung!"

"Stop it, Jenny! I tak macam yang you katakan. I datang sini sebab nak cari rezeki... You can say anything... Tapi, I bukan nak goda Tuan Chyril... I pernah kerja dengan parents Tuan Chyril di CE Interior... Dorang serapkan I kat sini... So... Here I am..."

"Whatever! Yang pasti, I tak nak tengok muka you terhegeh-hegeh kat Chyril... Kalau tidak, I akan pastikan you menyesal! Huh!" Jenny terus berpaling meninggalkan Nadia yang terkulat-kulat di situ.

Nadia berlagak bagaikan tiada apa... Dia tak mahu ada sesiapa tahu mengenai hal tadi... Nadia sedar dia hanya mencari rezeki di situ... Jadi, dia tekad hanya akan melakukan kerjanya seperti biasa... Biar dia simpan sahaja perasaannya. Nadia percaya, Tuhan itu Maha Pengasih Maha Penyayang... Andai itu jodohnya, takkan lari ke mana...

Malangnya, hal itu sudahpun diketahui Chyril.. Bagaimana? Chyril terlebih dahulu memasang CCTV di sekitar officenya tanpa disedari oleh sesiapa... Hanya Chyril dan Camelia yang tahu mengenai CCTV di dalam pejabatnya. Niatnya hanya satu, ingin memantau pekerjanya dari jauh sekirannya dia keluar daerah. Yang pastinya CCTV disambung terus ke telefon bimbitnya. Chyril tak sangka, Jenny sanggup mengugut Nadia agar menjauhkan diri darinya.

Chyril tahu Jenny harus dihapuskan sebelum keadaan menjadi lebih tegang... Lantas satu rancangan dibuat untuk menghapuskan Jenny... Chyril bimbang, niat hatinya untuk mendekati Nadia dan menambat hati Nadia, tidak mampu dilaksanakan andai Jenny masih ada di situ.

"Morning guys... I ada announcement yang nak buat... This Saturday, syarikat akan mengadakan makan malam sempena ulang tahun setahun syarikat kita beroperasi... So, make sure semua datang..." Kata-kata Camelia membuatkan senyuman Jenny semakin lebar.

Ya, Jenny sudah punya rancangan untuk membuatkan Chyril jatuh ke tangannya... Tapi, Jenny tidak tahu dan dia tidak kenal siapa Chyril Connor... Chyril terlebih dahulu membuat rancangan dengan adiknya, Camelia untuk mengenakan Jenny.

Segalanya telah diatur... Chyril Connor bukan sebarangan lelaki... Chyril kini bukan Christ yang dulu yang senang dimain-mainkan... Chyril kini manusia yang tidak berperasaan apabila membuat kejahatan... Dan sebab itu, Camelia mahu abangnya berubat memandangnya Chyril mempunyai 'Split Personality'.

Ya, Chyril disahkan mengalami 'split personality' atau dahulu digelar MPD atau dalam bahasa sainsnya Multiple Personality Disorder yang kini digantikan dengan DID yang membawa maksud Dissociative Identity Disorder.

Ya, kematian Caden membuatkan Chyril menjadi pendendam. Ditambah pula dengan masalah kekecewaan yang dialami dalam percintaan. Menjadikan Chyril pendendam. Pendendam cinta... Dari seorang lelaki penyayang, Chyril akan berubah menjadi sebaliknya. Sisi lain Chyril cukup menggerunkan.

"Abang, betul ke apa yang kita buat ni?"

"Kenapa? Cam takut?"

"Bukan... Cuma Cam takut Jenny akan ganggu Nadia bila di luar... Kalau dia berani ugut Nadia macam tu, tak mustahil, Jenny berani lakukan apa saja kat luar nanti..."

"Cam... Takkan kita nak biarkan Nadia terus hidup dalam ketakutan... Atau Cam nak abang settlekan Jenny dengan cara abang sendiri?"

"No! Jangan!" Camelia terus mendakap tubuh abangnya.

"Abang dah janji nak ikut Cam berubat, kan?"

"Abang janji dan sebab tu, abang nak kita jauhkan Jenny dari Nadia. Abang tak nak Nadia berterusan hidup dalam ketakutan bila bersama Jenny..." Pelukan dileraikan.

"Abang sayangkan Nadia?" Chyril mengangguk.

"Do you love her?"

"Yes. I do love her so much... She makes me crazy... Her sweet smile... Her beautiful face... She really .. me crazy..." Chyril ketawa kecil.

"Oh my gosh! Abang dah angau..." Terangkat kening Chyril mendengar usikan Camelia.

"Err... Abang dah confess Nadia?" Chyril menggeleng.

"Why?"

"Abang takut Nadia tak selesa... Lagipun, abang bimbang Nadia akan menolak cinta abang... Jadi, abang ambil keputusan untuk membiarkannya dulu... Abang percaya... One day, hati Nadia akan terbuka dan menerima abang dalam hidupnya... Abang taknak paksa Nadia..."

"Kesiannya abang... Cam doakan abang dapat apa yang abang idamkan... Tapi, macamanapun, abang kena usaha mendapatkan atau cuba memikat hati Nadia... Abang tak boleh diam macam tu je... Takut Nadia disambar orang lain..."

"No! She will be mine!"

"Ok, ok! Nadia will be yours! So, abang kena berubah... Abang kena cepat pulih... Kalau mahu Nadia menjadi hak abang..." Cam mengusap dada abangnya... Bimbang kemarahan Chyril memuncak.

"Tolong abang dik... Tolong abang kali ini je... Abang akan berubah. Abang janji abang akan jumpa Doktor Liam untuk pulihkan masalah DID abang. I'm promise."

"Ok... Cam tolong abang... Cam janji... But, kali ini je ya...?"

"Janji, yang terakhir..."

"Ok, pinky promise." Chyril melayankan kehendak Camelia... Chyril terlalu menyayangi Camelia. Hanya Cam adik-beradiknya yang ada selepas kematian Caden...

**********************

Malam yang dinanti-nantikan telah tiba. Dua cawangan CE Interior dan CC Interior bergabung di makan malam sempena ulang tahun setahun penubuhan CC Interior...

Seramai 50 orang pekerja menghadirkan diri di malam penuh bersejarah itu. Tidak ketinggalan Nadia dan beberapa rakannya sekerjanya dari CC Interior. Dengan berpakaian simple, Nadia tetap nampak cantik...

Chyril dari tidak berkedip memandang Nadia yang memakai gaun hitam yang mengikut tubuhnya, separas lutut yang cukup simple.

"Shes beautiful"

"Yes, she is..." Chyril mengerling ke arah daddynya.

"Daddy..."

"You like her, don't you?" Chyril tersenyum. Malu nak menjawab...

"I like her too... Even your mummy... She's working with us, before... Practical student..."

"I know... She's working with me, nowadays..."

"No wonder..." Daddy mengerling Chyril yang tertunduk malu...

"So, how is she?"

"Smart, intelligent, lovely person..."

"Beautiful..." Daddy mengusik... Tersenyum lebar Chyril...

"Go for her... I know you love her..."

"Daddy...?"

"I know you love her... I can see from your eyes..." Chyril terkedu... Ya, memang Chyril cintakan Nadia... Tapi, Chyril bimbang penerimaan Nadia.
Chyril menggeleng...

"But, why?"

"Not now, daddy. Ril bimbang penerimaan Nadia. Lagipun, Ril tak nak Nadia rasa tak selesa nak bekerja dengan Ril nanti..."

"I understand... It's ok... Take your time... Tapi, jangan lambat sangat... Melepas nanti!" Tergelak kecil Chyril dengan usikan daddynya.

Majlis yang berlangsung selama hampir 2 jam, bakal melabuhkan tirainya... Sepanjang hampir 2 jam itu juga, Chyril tak berhenti memandang Nadia. Tak perlu bermake-up tebal, pakaian yang vogue, Nadia tetap cantik padanya.

Dalam masa yang sama Jenny sudahpun memasang perangkapnya... Jenny sengaja duduk rapat dengan Chyril... Menyentuh tangan dan badan Chyril... Chril perasan, tapi ditahan amarahnya. Ikutkan hati, Jenny confirm 'selamat' time tu juga.

Tapi, janjinya dengan Camelia telah terpatri... Jadi, Chyril perlu bersabar sehingga ke hujung majlis makan malam... Apa jua yang Jenny lakukan, telah sampai ke handphonenya...

Nyanyian lagu Careless Whiesper di telefon bimbtnya, menghentikan lamunan Chyril..

"Yes, Cam..."

"Understood..." Talian dimatikan.. Camelia menyuruh abangnya standby... Kerana bila-bila masa, video kerja jahat Jenny akan ditayangkan di layar lebar yang sememangnya sengaja diletak di pentas yang disediakan.

"Ladies and gentlemen, before we end our dinner tonight, we have surprise for all of you behind here... Please enjoy..."

Tergamam semua mata yang memandang ke arah skrin layar lebar di pentas. Video yang berdurasi hampir 15 minit benar-benar mengejutkan kakitangan CE dan CC Interior terutama Jenny...

Bocor sudah rahsia Jenny selama ini... Jenny rupa-rupanya adik kepada Jack Jacquel, pemilik Jacquel Designer yang berpangkalan di Manchester, juga merupakan pesaing terdekat CE dan CC Interior.

Video itu turut menunjukkan kerja jahat Jenny mengirim segala dokumen berkaitan syarikat kepada abangnya selain design dan pattern yang dilakar oleh Nadia dan rakan-rakannya turut dikirimkan pada abangnya.

"How could you, Jenny!" Tangan dikepal menjadi penumbuk.

Selain dipertontonkan saat Jenny mengugut Nadia, Nadia tertunduk malu. Entah bagaimana majikannya boleh mendapat video itu, Nadia tidak pasti. Satu kejutan, apabila setiap perbualan Jenny dengan lelaki misteri turut ditayangkan.

Belum lagi, bahagian Jenny cuba meletakkan ubat perangsang di dalam minuman Chyril... Semua mata tertumpu pada Jenny yang sudah kegelisahan. Nak melarikan diri, tak tahu ke mana...

"Where do you want to go, Jenny?" Soal Chyril. Jenny ketakutan saat melihat tiga orang pegawai polis cuba mendekatinya... Entah bagaimana, Jenny dapat mencapai garpu yang berada di atas meja sebelum Jenny menarik tangan Nadia bersamanya lalu dicekak leher Nadia.

"Argh! Jenny... Please, let me go..."

"Shut up! Ni semua sebab kau! Jangan dekat or I will kill her...!" Nadia hampir kelemasan apabila lehernya dicekak dengan lengan Jenny... Semua tergamam. Tidak percaya apa yang berlaku di depan mata mereka.

"Miss, please calm down..." Pegawai polis cuba memujuk Jenny...

"No! Back off!" Chyril mendekati Jenny dan Nadia... Chyril tak mampu menahan amarahnya melihat Nadia disakiti.

"Jenny, serahkan Nadia..." Chryil cuba merapati Jenny.

"Tidak! Kau nakkan Nadia, kan? Ambiklah, kalau kau berani...! Aku bunuh Nadia...!"

"Miss, please let her go! Put the fork down!" Beberapa orang polis cuba memujuk Jenny... Namun Jenny masih berkeras.

"No! Aku takkan lepaskan Nadia..."

"Argh!" Nadia mengaduh kerana garpu di tangan Jenny tercucuk di lehernya... Walaupun tidak berdarah, tetapi tetap sakit...

"Jenny, I said, let her go!"

"No! Never! Kau sayangkan perempuan ni, kan? Kan? Betulkan... Kau sayangkan dia? Jawab Chyril... Answer me! Kau sayangkan Nadia, kan?"

"Jawab Chyril Connor! Kau sukakan Nadia, kan? Kau cintakan Nadia, kan? Jawab!"

"Ya! Memang aku sukakan Nadia. Aku sayangkan Nadia! Puas hati kau!" Tergamam Nadia mendengar pengakuan Chyril. Mereka yang berada di situ, turut tergamam mendengar pengakuan jujur Chyril.

Nadia menjadi sebak... Adakah benar Chyril juga mempunyai perasaan yang sama dengannya? Benarkan Chyril turut menaruh hati padanya? Atau Chyril hanya mahu menjerat Jenny untuk melepaskan Nadia?

"Puas hati kau? Yes! Memang aku sayang... Aku cintakan Nadia... Dan hati ini hanya ada nama Nadia Natalia... Nadia Natalia!"

"Berani kau! Berani kau cintakan budak kampung, budak miskin ni! Hah! Berani kau! Aku bunuh budak ni! Aku bunuh Nadia!" Jenny cuba hendak menikam leher Nadia... Namun, kepantasan Chyril dan beberapa orang polis berjaya menggagalkan usaha Jenny...

"Let me go! Let me go!" Jenny meronta-ronta minta dilepaskan...

"Lepaskan akulah bodoh! Lepaskan aku!" Bagaikan orang gila, Jenny menjerit-jerit minta dilepaskan. Tangan Jenny digari dan diheret ke kenderaan polis yang telah tersedia.

Cepat-cepat Chyril menarik tangan Nadia dalam pelukannya... Jenny berjaya diberkas. Chyril menghela nafas kelegaan melihat Nadia berjaya diselamatkan... Nadia tergamam... Terkedu dan diam tidak terkutik... Peluh semakin merecik di dahinya... Pandangannya semakin kabur... Semakin kabur dan semakin gelap... And...

"Nadia... Nadia... Nadia..." Pipi mulus Nadia ditepuk perlahan... Nadia tidak sedarkan diri...

"Nadia... Tolong jangan... Jangan Nadia... Nadia.. Bangun... Please sayang... Bangun..." Pipi Nadia tepuk berkali-kali. Masing-masing masih tidak berganjak menjadi penonton tidak berbayar...

"Please... Please call ambulance...! Call the ambulance!" Jerit Chyril. Chyril terlalu bimbangkan keselamatan Nadia... Chyril tak mahu melihat orang yang dia sayangi menjadi mangsa akibat sikap manusia yang tidak bertanggungjawab.

"Chyril..."

"Mummy... Daddy? Nadia..."

"Abang... Bawa Nadia ke hospital... Faster... Tak perlu call ambulance... Kita bawa Nadia terus..."

"Ok, ok..."

"Daddy, mummy..."

"Just go, Ril... Mummy and daddy akan handle hal kat sini... Just go!"

"Thanks mummy..." Chyril terus mencempung tubuh Nadia ke kereta Range Rover putih miliknya. Turut menemaninya, Camelia... Ini kali kedua, Camelia melihat Chyril kelam kabut dan ketakutan... Kali pertama, ketika arwah Caden dilanggar dan meninggal dunia.

"Abang... Please... Calm down..."

"Abang takut, Cam... Abang takut kehilangan Nadia... Abang tak bersedia untuk kehilangan lagi..."

"Just calm down... She will be ok... Trust me... Nadia will be ok..."

"Betul ke, dik? Nadia akan selamat?"

"Ya, bang... Trust me, ok... Nadia tak apa-apa... Dia cuma pengsan je... Maybe dia terkejut... Abang relax ya... She will be ok..." Camelia memegang lengan abangnya selepas Nadia dimasukkan ke bahagian kecemasan.

"Thanks, dik..." Camelia membalas senyuman Chyril... Sedikit kelegaan dirasakan Chyril. Kalau tadi jantungnya laju mengepam darah... Kini, Chyril dapat menghela nafas lega...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience