"Oh my gosh... You ni, Nadia... Jom... I tolong you..." Bell terus menarik tangan Nadia...
"Eh, Bell... Jangan Bell... Nanti, I pergi sendiri... Bell... Please..." Tidak dihiraukan kata-kata Bell sebaliknya Bell terus menarik tangan Nadia... Kaki berhenti betul-betul di hadapan pintu bilik Chyril yang terbuka.
Chyril menoleh. Pelik melihat dua orang gadis sunti yang berdiri sambil tersenyum kelat di hadapan biliknya...
"Yes, Nadia... Bell...? Anything?"
"Err... Pergilah..."
"Apa pulak I? Youlah... You nak jumpa sangat boss, kan?"
"Hello ladies... Kenapa ni? Apa masalah you berdua ni?"
"Err... Sebenarnya... Err..." Nadia menggaru leher yang tidak gatal... Mata dikecilkan memandang ke arah Bell yang berlagak biasa...
"Bell...? Nadia...?"
"Emm... Sebenarnya..." Nadia mohon simpati dari Bell... Chyril tak boleh sabar... Lantas...
"Sebenarnya apa???" Jerkahan Chryil betul-betul mengejutkan Nadia. Nadia kan tak boleh terkejut...
"I like you, Sir!" Terkejut punya pasal... Nadia terlepas cakap... Cepat-cepat mulut ditutup dengan kedua tapak tangannya... Bell dah tergelak besar melihat Nadia yang seakan-akan melatah selepas dijerkah Chyril...
"Serius? You suka I, Nadia...?"
"Emm... Err...Eh... Ya... Eh tak!"
"Nadia... Apa ni...? Ya atau tidak?" Soal Chyril cuba mengorek rahsianya...
"I tak tahu..." Nadia lantas melarikan diri ke toilet... Tak dapat dibayangkan betapa malunya dia ketika ini... Boleh pulak terlepas cakap...
"Aduh... Malunya aku... Macamana boleh terlepas cakap ni... Aduh... Ibu tolong kakak... Malunya kakak, bu..." Bebel Nadia sambil menekup kedua pipinya.
Sementara Bell masih dengan sisa gelaknya... Chyril tergeleng-geleng melihat Bell yang tak henti ketawa.
"Bell, apa sebenarnya yang berlaku?"
"Actually, I suruh Nadia pujuk you..."
"Pujuk I? Untuk apa?"
"I tahu you sedikit kecewa bila nampak Nadia terima bunga since minggu lepas..."
"Apa you cakap ni, Bell... I kecewa?"
"Stop pretending, boss! I tahu you sukakan Nadia..."
"I suka Nadia...? How do you know?"
"Mr Chyril Connor... I tahu dan I can see from your eyes... I saja cakap yang I nak kenalkan Nadia dengan cousin I, eventhough I tahu perangai Anaqi macamana... I tahu you jealous..."
Chyril mengeluh...
"Kalau you betul-betul sukakan Nadia, kenapa tak luahkan..."
"I takut, Bell... I takut Nadia menolak... Lagipun, I tahu I bukan sesiapa..."
"Kenapa cepat sangat you buat kesimpulan... You dah confess Nadia ke?" Chyril menggelengkan kepalanya.
"Then... Kenapa cepat nak judge..."
"I dah buat satu kesilapan... I cuba pujuk Nadia... I minta maaf berkali-kali... I hantar kotak makanan yang I selitkan sekali permohonan maaf I... Tapi... Nadia tak endahkan I... I dah kalah, Bell..."
"Cepat sangat mengalah! You kan lelaki..."
"Come... Have a seat... I tell you something..." Bell terus berminat untuk mendengar kisah Chyril...
"Sebenarnya I dah tiga kali dikecewakan... Dan, I ambik masa agak lama untuk ubati kekecewaan I... And once I jumpa Nadia... I dapat rasakan, dia jodoh I... Tapi, I takut... I takut akan dikecewakan. I tak mahu dikecewakan lagi, Bell... Not a again..."
"Chyril... You tak boleh samakan Nadia dengan perempuan lain... I percaya, Nadia mampu bahagiakan you... Nadia cukup sempurna untuk you, Chyril... Yes, I akui... I jealous dengan kecantikkan dan kebaikan Nadia... But, I rasa happy bila tengok dia happy... You know, why?"
Chyril menggeleng...
"Because she just like my late sister..."
"Sorry, Bell..."
"No, it's ok... I betul-betul rasa macam my sister was with me... Nadia selalu bagi I nasihat. Bagi I motivasi... Tolong I, kalau I susah... Tak kiralah dari segi moral or money... She always by my side..."
"I betul-betul sayangkan Nadia... That's why I nak tolong you. I tak nak Nadia dengan sebarangan orang... Even, my cousin... Adam Anaqi..."
"Why?"
"Jantan tu tak boleh pakai. Buaya darat. Kasanova. I takkan biarkan Nadia berkawan dengan dia lagi... Tapi, serius... Pasal bunga yang Anaqi hantar hari tu... I memang tak tahu..."
"It's ok..."
"And I tahu pasal Anaqi dengan Camelia, your sister..."
"You tahu?"
"Yup! Tapi, don't worry... I takkan buka mulut... Cuma, I nak bagitahu you... Nadia memang sukakan you... Tapi, yelah... Dia perempuankan... Takkan dia nak confess kat you... Malulah dia..."
"I cuba nak minta maaf dengan Nadia saja... I tahu dia tentu takkan maafkan I..."
"Chyril, please... We talk as a friend... I tahu Nadia... I know her... Tak semua perempuan sama, Chyril... Perempuan macam Nadia tu... Satu dalam sejuta tau... Limited edition... You sendiri tahu macamana Nadia berkorban untuk adik-adik dan keluarganya yang ditinggalkan jauh di Malaysia semata-mata nak sambung belajar, then cari rezeki untuk family lagi... Dari situ je.... I tahu, Nadia memang baik..."
Chyril tertunduk sambil terbayangkan wajah cantik Nadia.. Benar, Chyril tahu semua itu... Camelia dah ceritakan segalanya pada Chyril.
"Kalau you pernah kecewa... Tak bermaksud dengan Nadia pun you akan kecewa. Betulkan...? I percaya you cukup sayangkan Nadia, kan? Cuma... You ego, Chyril... You ego... You nak samakan semua perempuan macam x you...?"
"No, I'm not!"
"Yes, you are!"
"No, I'm not!"
"Yes, you are! You tak boleh lari dari kenyataan Chyril... You marah Nadia terima bunga dari orang lain... You kecewa bila Nadia tak layan you. You marah bila Anaqi nak berkenalan dengan Nadia... Just now, sekali lagi ada bunga untuk Nadia... You merajuk... Itu you nak cakap yang you tak sayang Nadia...!"
"You tak faham, Bell... You tak faham!"
"So, buat I faham!" Chyril bungkam...
"Katakan you suka, sayang, cintakan Nadia..." Chyril terkesima... Adakah benar dia hanya sukakan Nadia atau memang kenyataannya, Chyril menyayangi dan mencintai Nadia...
"You fikirlah, Chyril... As a friend, I nasihatkan you agar bertindak pantas... Jangan nanti you bawak hati yang duka nestapa jauh nun di sana lepas Nadia dikebas orang... Fikirlah sendiri! You dah dewasa... Dah mampu fikir mana yang betul mana salah... Yang mana sayang, yang mana rindu, yang mana cinta dan yang mana musuh!" Bell melangkah pergi meninggalkan Chyril yang terdiam tanpa bahasa.
***************************
Sudah hampir seminggu semenjak kejadian itu... Bell dan Chyril tidak bertegur sapa. Nadia menjadi pelik melihat situasi ini. Tiada lagi gurau senda di antara keduanya... Tiada lagi senyum tawa di wajah kedua-duanya...
'Kenapa dorang ni? Apa yang berlaku, sebenarnya?'
"Bell..."
"Emm..."
"Boleh I tanya sesuatu?"
"Yes, dear..."
"Bell... I cakap dengan you ni..."
"Yes, I'm listening dear..."
"Look at me, Bell... Look at me..."
Bell menghela nafas... Badan dipusing menghadap Nadia yang sedang memandang tepat ke arahnya.
"Yes... Apa yang you nak tanya...? I tengah banyak kerja... Nak kena hantar ni ke CE Interior before end of this week..." Nadia sedikit terasa... Nadia tahu, ada sesuatu berlaku antara Chyril dan Bell...
Malas nak berbalah... Nadia lantas bangun...
"Emm, takpelah Bell... Continue your work..." Nadia bergerak ke washroom... Meninggalkan Bell yang berada dalam keadaan serba salah. Bell mengeluh... Tersedar kesilapan sendiri... Tak patut, Nadia menjadi mangsa kemarahannya pada Chyril. Wajah diraup...
'Nadia... I'm sorry.'
Sementara itu, Nadia hanya mampu menangis tanpa suara. Sedih sebak hatinya dilayan sebegitu oleh kawan baiknya sendiri. Entah apa yang berlaku sehingga dia terpaksa menerima natijahnya. Wajah di basahkan dengan air dari pili... Bimbang air matanya dilihat rakan sekerja.
Nadia keluar dari washroom dengan mata merahnya. Cuma berfikiran positif... Nadia always positive... Nadia tahu... Dia kenal dirinya sendiri... Dia tahu kemahuan dirinya... Ada baiknya, Nadia pulang ke Malaysia... Rindu pada ibu, babah dan adik-adiknya, cukup menyeksakan jiwanya... Nadia tahu... Jika di Malaysia, Nadia belum pasti akan dapat gaji semahal gajinya kini... Tapi, Nadia akan lebih dekat dengan keluarganya.
Bell memerhatikan saja gelagat Nadia... Bell tahu Nadia baru lepas menangis ekoran terlihat mata Nadia yang merah selepas keluar dari washroom. 1000 kekesalan tersimpul dalam hati. Nadia tidak bersalah... Antara Bell dan Chyril, Nadia tak tahu langsung apa yang...
***************************
"Ya, bu..."
"Kakak balik nanti ya...?"
"Tak perlu risaukan kakak... Yang penting kesihatan babah dengan ibu... Lagipun, kakak selamat kat sini... In shaa Allah... Nanti kakak balik sana... Kakak ambik cuti panjang..."
"Tak pasti, bu... Tapi, kakak ingat... Kakak nak cari kerja kat sana... Dekat dengan ibu, babah dan adik-adik... Kakak rindu ibu... Rindu babah. Rindu Arul ngan Aril..." Terasa sebak dan kedengaran getaran di hujung suara. Nadia mengusap hujung tubir mata... Nadia tak mahu ibu susah hati...
"Entahlah bu. Kakak ni, takde siapa nak pandang. Kakak tak cantik, bu..."
"Hahaha... Tak nak kakak dengan abang Zafrul tu... Kakak dah anggap abang Zafrul macam abang kakak sendiri... Mana mungkin kakak akan menerima pinangan abang kakak sendiri..."
"Tak bu... Bukan macam tu... Kakak takde siapa yang nak... Cuma, abang Zafrul memang takde dalam list senarai lelaki idaman kakak."
"Kakak harap sangat ibu faham keadaan kakak..."
"Kakak tak kisah walaupun kakak akan jadi andartu... Yang penting ibu, babah dan adik-adik ada dengan kakak... Depan mata kakak... Itu yang lebih utama..."
"Jodoh tu rahsia Allah, bu..."
"Ibu jangan risau ya... In shaa Allah... Kakak kerja, cari rezeki untuk ibu, babah dan adik-adik... Nanti, kakak pulang, ya..."
"Ya... Kakak akan pulang terus. In shaa Allah. Ibu jaga kesihatan ya... Kirim salam rindu peluk cium kakak pada babah dan adik-adik... Kakak sayang ibu... Assalammualaikum..." Nadia memutuskan talian lalu membawa diri ke washroom. Nadia melepaskan segala yang terbuku. Air mata kerinduan pada kedua orang tuanya juga buat adik-adik.
Si dia terdengar perbualan buah hatinya...
'Nadia nak berhenti kerja? Nak balik Malaysia? Habis aku...? Ah... Macamana ni...?' Chyril gelisah. Mana mungkin membiarkan Nadia meninggalkan dirinya keseorangan...
'Nadia... Macamana I nak cakap yang I sayangkan you...?' Wajah diraup...
********************
"Miss Nadia...?"
"Emm... Yes..." Nadia memusingkan tubuhnya saat ditegur seseorang...
"Hai..."
"Mr Maxi...?"
"Yes... I'm Maxi..."
"Mr Maxi buat apa kat sini?"
"You pula?"
"Emm... Saja... Boring... Habis kerja... Saja nak jalan-jalan... Spend time sekejap... Sambil cuci-cuci mata... And what about you...?"
"I?"
"Emm..."
"Sama macam you... Jalan-jalan, cuci mata... Penat seharian di pejabat... So... Here I am..."
"Oh..."
" Emm... Kalau you sudi... Come, joint me... Kita ke cafe kat sana...?" Sambil ibu jarinya menuding ke cafe kegemaran Nadia yang terletak tidak jauh dari mereka.
"Actually... I memang nak ke sana pun..."
"Kalau macam tu, marilah... Kita boleh berbual panjang..."
"Emm, boleh jugak..." Maxi mempersilakan Nadia mendahuluinya...
'Nampak gentlemen... Mata biru... But... Sorry Maxi... Hati I dah terlekat kat orang tu...' Sempat matanya melirik ke arah boss besar yang bergelar jutawan itu.
Nadia bukan yang jenis senang nak jatuh cinta... Cukuplah hatinya melekat pada si dia yang tak sudi...
'Sampai hati you, Nad... You keluar dengan boss Itali tu... I tak cukup hemsem ke untuk you, Nad... Sampai hati you, Nad...'
Kasihan Chyril... Lembap sangat... Kau ingat Nadia tu anak patung ke? Ada jugak yang nak kena sidekick dengan sis ni... Nasib sis yang buat skripnya... Hahaha... Nasib kaulah, Chyril... Sape suruh kau lembap sangat...
"So, Nadia... Dah berapa lama you dekat sini. I mean... Kerja kat sini... CC Interior...?" Soal Maxi memulakan bicara sesudah tiba di cafe yang dimaksudkan. Sempat jugak mereka memesan ice latte dan hot cappucino.
"Actually... I dah hampir 5 tahun kat sini... I sambung study... Then, practicle kat CE Interior sebelum diserap masuk ke CC Interior..."
"You mean... You dah ada di CC Interior since dari pertama pembukaan company tu?"
"Emm... Correct."
"No wonder..."
"No wonder apa... Mr Maxi...?"
"Nadia... We're not in the office... Just call me Maxi... Much better."
"Sorry, Mr... Err... Maxi... Sorry."
"Don't mention... Kena biasakan... Nanti, I pulak rasa tak selesa bila you asyik panggil I Mr Maxi... Lagipun, I bukan boss you, kan?"
"Sorry again... Dah terbiasa, kan?"
"Nampaknya, balik nanti, you kena practice sebut nama I banyak kali... Practice makes perfect, kan?"
"You ni... Hahaha..." Nadia tertawa kecil...
'She's adorable...'
Pandangan mata Maxi menusuk ke jantungnya...
"Emm, Maxi... I rasa, you dah glamourlah..."
"What do you mean, glamour?"
"Tengoklah... Dari tadi I perasan... Ramai gadis-gadis yang asyik tersenyum pandang kat you..."
"Kenapa pulak? Apa yang peliknya...?"
"Tak pelik you cakap... Dorang pandang kat you, senyum-senyum..." Maxi memandang sekilas... Memang betul... Ramai gadis-gadis tak pasti gadis atau tidak, memandang ke arahnya sambil tersenyum...
"Kenapa dengan dorang, Nadia... Ada apa-apa kat muka, belakang I ke?"
"Hahaha... You ni memang macam ni ke atau...?"
"Nadia... I'm serius ok...?"
"Dorang suka tengok wajah tampan you... Handsome... Mata biru... Mestilah ramai gadis a.k.a. perempuan yang suka tengok lelaki hemsem... Takkan itupun you tak tahu..."
"Serius?"
"Oh my gosh, you ni, Maxi..."
"Then... What about you?"
"Me? Kenapa?"
"You tak suka ke tengok muka I?"
Lewat sikit malam ni... Tengkuk leguh... Badan-badan lenguh... Biasalah... Dah masuk 4 series ni, macam-macam sakit... But... Sis tetap bersemangat nak update chapter baru untuk para readers... Enjoy reading...
Share this novel