BAB 24 - DCCC - PAK SANGGUP

Romance Completed 34736

"Ok... Take a good rest... Hubby tak mahu honey fikirkan lagi pasal hal tadi... I'm so sorry... Please, trust me... Trust yourself..."

"In shaa Allah... Good night, hubby..."

"Good night sayang... I love you... Please, trust me... I do love you, baby."

"I love you too... Assalammualaikum..."

"Waalaikumussalam..." Talian diputuskan...

Chyril termenung seketika.. Waktu begini, Nadia baru nak tidur, tapi di England Chyril sedang bertugas... Ialah siang lagi... fikirannya menerawang...

Chyril baring di katil king di biliknya... Siling ditenung.... Kenapa ini yang berlaku saat dia ingin merasakan kebahagiaan? Apa yang Susan mahukan lagi... Tak mungkin cinta untuk Susan wujud... Kerana bagi Chyril... Nadia Natalia, adalah segala-galanya bagi Chyril Connor...

Nadia tersandar di kepala katil... Air matanya mengalir deras... Puas ditahan sejak tadi... Ya, dia percayakan Chyril... Tapi, dia tak mampu nak tahan hatinya bila mendengar ada orang lain selain dia di hati Chyril... Nadia bukanlah penyabar dalam bab-bab hati ni...

'Ya Allah... Kau lindungilah perhubungan kami... Permudahkanlah urusan perkahwinan kami...'

Sementara di sana, Chyril diganggu dengan rasa bersalah... Tak sepatutnya dia menceritakan hal Susan pada Nadia... Tapi, Chyril tak mahu Nadia tahu dari orang lain... Niatnya hanya ingin jujur pada Nadia...

Tak sedikitpun terdetik di hatinya hendak melukakan hati seorang gadis sebaik Nadia Natalia... Cintanya pada Nadia tidak mampu diungkap dengan kata-kata...

'I'm sorry, honey...'

Spotify dicari. Lagu kesukaannya berkumandang ketika ini... You're My Everything nyanyian Santa Esmeralda dibiarkan sahaja... Chyril menghayati setiap bait perkataan yang dinyanyikan oleh penyanyi itu...

#
You're my everything
Now nothing really matters but the love you bring
You're my everything
To see you in the morning with those big brown eyes
You're my everything
Forever and a day I need you to close to me
You're my everything
You never have to worry never fear for I am near

"Baby... I'm sorry..."

"I love you so much..." Gambar Nadia diusap dengan penuh kasih sayang di skrin telefon.

Chyril tak mahu melukakan hati Nadia... Tak mahu menyakitkan hati Nadia... Berkali-kali wajahnya diraup... Habis rambut yang tadi disikat kemas, bersepah... Messy...

Flashback #

"Chyril..." Tiba-tiba Susan datang merapati Chyril... Dipeluknya tubuh Chyril sebelum Chyril bertindak meleraikan pelukan mereka. Susan sedikit tergamam dengan tindakan Chyril...

"Susan! What are you doing?"

"Chyril...?"

"Sorry Susan... Tak manis you peluk I macam ni..."

"Hei... Sejak bila you berubah ni...? I thought you tak kisah kalau berpegang, peluk..."

"Sorry, Susan... Not this time... I'm someone fiance... I tak nak lukakan hati tunang I..."

"Oh, you dah bertunang... So, I macamana?"

"What do you mean, you macamana...?"

"I ingatkan you sayang I, Chyril..."

"Itu dulu, Susan... Waktu kecil... Biasalah cinta monyet... Lagipun, you sendiri dah kenalkan I dengan boyfriend you, kan? So, what do you expect?"

"Chyril... Please... I do love you, Chyril..."

"Jangan buat kerja gila, Susan... I hanya cintakan tunang I, Nadia... I tak pernah cintakan orang lain... I tak pernah simpan perasaan pada you... You tahu, kan...? You dah ada boyfriend, kan? Apa lagi yang you nak?"

"I nak you, Chyril... Please Chyril... I nak kahwin dengan you..."

"Crazy!" Susan cuba memeluk badan Chyril... Chyril berkali-kali menolak Susan jauh darinya.

"Stop it, Susan! I said, stop it!" Naik seoktaf suara Chyril...

"Chyril... Susan... What's going on...? Chyril?" Tanya daddy yang tiba-tiba meluru bersama mummy dan Camelia... Terkejut mereka setelah mendengar suara Chyril menjerit. Bimbang sesuatu berlaku, mereka lantas berlari ke luar rumah... Mereka takut, akan terkeluar sisi lain Chyril dan bimbang Susan akan menjadi mangsa amukan Chyril.

Just nak ingatkan yang Chyril mengidap DID (Dissociative Identity Disorder) or previously known as MPD (Multiple Personality Disorder)

"You should ask this crazy woman..." Sindir Chyril sambil menjeling Susan.

"Susan...?"

"Aunty, uncle... Please... Susan nak kahwin dengan Chyril... I love Chyril... I love him so much..."

"Stop it, Susan! Sejak bila you jatuh cinta kat I? Jangan buat kerja gila, Susan... You dah ada boyfriend, kan?"

"Chyril... Tolong terima I, Chyril... I nak kahwin dengan you..." Susan cuba mencapai tangan Chyril, namun cepat Chyril merentap tangannya dari pegangan Susan.

"Stop it, Susan... Chyril dah bertunang... dan bakal berkahwin next month... Please jangan ganggu Chyril... Susan sendiri dah ada boyfriend, kan... I heard about your boyfriend... Anak orang kaya, anak millionaire..." Ujar mummy.

"Tapi, Susan tak cintakan orang tu... Susan hanya cintakan Chyril, uncle..."

"Go to hell dengan cinta you...!"

"Aunty, uncle... Tolong Susan... Susan tak nak kahwin dengan lelaki yang menjadi pilihan daddy... Susan nak Chyril... Chyril, kita kahwin ya...?" Tangan Chyril cuba dicapai. Chyril menjauhkan dirinya dari Susan.

"Enough Susan...!"

"Please aunty, uncle..."

"Stop it, Susan... Jangan buat hal kat sini..." Tegah daddy.

"Chyril, let me call your fiance... Biar I pujuk tunang you, ya...? I sanggup tukar agama untuk jadi milik you, Chyril... Or... I sanggup jadi isteri kedua you, Ril... I tahu dalam Islam boleh kahwin sampai empat, kan... Chyril... Please, Chyril..."

"Astaghfirullahalazim... Susan, stop it... ! You ingat, you boleh simply tukar agama hanya sebab nak kahwin dengan abang I, ke Susan? Are you insane...?"

"I tak kisah you nak cakap apa, Camelia... As long Chyril jadi milik I... Please Chyril... Give me one more chance... I do love you, Chyril..."

"Susan, pergi balik... Jangan jatuhkan maruah diri dan keluarga kamu... Kamu patut dengar kata-kata daddy kamu... Jangan malukan diri sendiri..." Ujar daddy... Bimbang didengari jiran tetangga... Ya, walaupun rumah mereka tidak terlalu dekat antara satu sama lain... Daddy tetap bimbang. Bimbang Chyril lakukan sesuatu jika penyakitnya datang...

"By the way... You ingat you boleh lawan dengan my sister-in-law? For your information, Susan Shannon... My sister-in-law, prettier than you... Lebih baik dari you, Susan..." Terkesima Susan mendengar kata-kata Camelia...

"I don't care... Please, Chyril... I love you, Chyril... I love you so much..."

"Bullshit with your love...! You ingat I tak tahu ke yang you pregnant... You nak jadikan I pak sanggup? Go to hell Susan...! You dah sedap-sedap bagi tubuh badan you pada jantan lain... You dah bunting... You nak I jadi pak sanggup? Huh! Dasar perempuan jalang! Go to hell, Susan Shannon!" Chyril terus melangkah masuk ke rumah... Meninggalkan Susan yang terhinjut-hinjut menangis kepiluan.

"And by the way, Susan... I love my fiance so much... Dan I takkan hancurkan cinta I sebab perempuan semurah you... And I don't want to see your face, anymore! Get out!"

Bam! Chyril menghempas pintu biliknya... Marah menguasai dirinya...

"Susan, please... Go home... Jangan ganggu Chyril lagi... Aunty mohon sangat, jangan ganggu kehidupan kami... Jangan ganggu Chyril... Biarlah Chyril merasai kebahagiannya sendiri... Please... Just go..." Mummy, daddy dan Camelia meninggalkan Susan yang tak berhenti menangis sedari tadi...

"Uncle... Aunty..." Susan berusaha memujuk...

"Go Susan... Just go... Pergilah balik... Jangan ditambahkan lagi masalah..." Camelia menarik tangan kedua ibu bapanya masuk ke rumah.

Susan mengepal penumbuk...

"Tiada siapa yang akan memiliki Chyril selain dari aku... Kau jaga, Chyril... Aku akan lakukan apa sahaja untuk memiliki kau..." Air mata dikesat kasar dengan belakang tangannya. Susan bangun lalu melangkah keluar dengan hati yang panas.

Flashback end#

"Ingat aku pak sanggup ke...? Dah sedap-sedap bagi tubuh kau kat jantan lain, nak kahwin dengan aku, pulak... Shit!"

"Kau ganggu aku lagi Susan, kau bakal mengikut jejak langkah Sandra, Alicia dan Jessica... I mean it!" Kepalan tangan semakin kuat sehingga timbul urat-urat hijau di lengan kekarnya...

"Honey..." Wajah sayu Nadia dengan deraian air mata benar-benar membuat Chyril rasa bersalah. Tidak pernah terlintas di hatinya nak lukakan Nadia...

Hanya sebulan saja lagi... Dan mereka akan disatukan sebagai suami isteri... Segala dokumentasi dan barang hantaran serta pakaian perkahwinan sudahpun diletakkan di rumah Nadia... Kecuali baju pengantin untuk majlis resepsi mereka.

*************************

"Kakak, macamana dengan segala persiapan kahwin...?" Soal ibu selepas makan malam... Ibu dapat rasakan sesuatu yang mengganggu fikiran anak daranya... Melihat seharian ni, Nadia nampak lain... Macam risau, gusar... Termenung di luar rumah, bukan kebiasaan Nadia... Nadia tak gemar termenung atau duduk di luar rumah, lagi-lagi di waktu malam...

"Alhamdulillah, bu. So far, takde masalah. Cuma, baju untuk majlis resepsi je yang belum ambil... Tunggu Chyril sampai nanti baru kami ambik... Lagipun, majlis kan kat dewan... Takut ambik awal, tak tahu nak letak kat mana... Hantaran pun, ada dalam bilik sikembar..."

"Takpe... Barang hantaran tu nanti ibu buatkan... Kakak kena hantar sirih junjung kat butik je... Ibu tak pandai nak gubah..."

"Takpe, bu... Nanti kakak buat ya..."

"Kakak ok ke ni...?" Ibu merapati Nadia yangg masih tenggelam dalam dunianya sendiri.

"Alhamdulillah bu... Kenapa ibu tanya macam tu...?"

"Kakak bercakap dengan ibu, tau... Ibu, sayang... Ibu kandung kakak... Sekilas ikan di air, ibu tahu jantan betina..." Nadia menghela nafas... Melihat keadaan Nadia... Ibu menarik tangan Nadia lalu diajak duduk di ruang tamu...

"Kenapa ni...? Kakak, ada masalah dengan Chyril ke?"

"Entahlah, bu... Kakak tak tahu nak cakap macamana... Kami tak bertengkar pun, takde salah faham... Tapi, dada kakak ni selalu berdebar-debar..."

"Jadi...?"

"Malam semalam, Chyril ada terangkan kat kakak pasal kawan masa kecil dia... Susan namanya... Perempuan tu hanya kawan baik masa kecil... Waktu sekolah... Tapi, perempuan tu dah ada boyfriend... Last week, dia datang jumpa Chyril kahwin... Macam orang gila talak... Dia paksa Chyril kahwin dengan dia... Dia kata dia cintakan Chyril... Sanggup tukar agama asalkan dapat kahwin dengan Chyril..."

"Biar betul...? Habis tu Chyril buat apa...?"

"Dia marahlah... Mummy, daddy, Camelia pun dah explain, Chyril nak kahwin lagi sebulan... Tapi, perempuan ni macam desperate sangat... Siap cakap sanggup jadi isteri kedua... Desperate gila! Selama ni, tak pernah sekalipun si Susan tu jumpa Chyril, atau luahkan perasaan dia pada Chyril... Tup, tup... Datang secara mengejut, nak ajak kahwin."

"Then... Kalau betul Chyril tak layan, kenapa kakak macam ni pulak...? Dia dah berlaku jujurkan dengan kakak..."

"Entahlah bu... Kakak bukan tak percayakan Chyril... Tapi kakak tak percayakan diri kakak sendiri... Kakak takut hati kakak tak kuat..."

"Kakak... Dalam setiap perhubungan, kita tak pernah lari dari masalah sayang... Setiap orang akan diuji... Dan Allah tak pernah kejam dengan hambaNya... Dia tahu kemampuan hambaNya... Dan sebab itu juga, Dia uji kita untuk melihat sejauh mana keimanan kita..."

"Kakak tahu, bu... Kakak tak pernah salahkan takdir yang datang... Kakak bersyukur sangat dapat kenal dengan abang mata biru kakak tu... Tapi, ada masanya, hati kakak rapuh, bu... Kakak tak kuat nak mengadap lepas satu, satu masalah yang datang... Kakak tak kuat, bu... Ada masanya kakak menangis sendirian walaupun ujian yang datang tu, kecil je..." Nadia semakin sebak... Nadia mendongak... Cuba menahan air matanya dari jatuh...

"Ibu tahu anak ibu kuat... Ibu tahu dan ibu kenal sangat... Anak ibu kental... Kuat sangat... Kakak ingatkan macamana ibu suruh kakak lawan perasaan kakak... Masa kakak berkawan rapat dengan si Naqui, anak orang kaya tu..." Nadia mengangguk lemah...

"Kakak kuat nak halang dia dari cuba nak buat benda tak baik dengan kakak kan... Kakak jauhkan diri kakak dari manusia macam tu... Ibu bersyukur sangat kakak tak jadi dengan dia... Sebab apa, sebab kakak kuat... Macam tu juga sekarang... Chyril dah cuba bersikap jujur dengan kakak... Kakak perlu kuat... Sebab kakak bakal berhadapan dengan pelbagai masalah lepas berkahwin nanti..."

"Kakak tahu, bu..."

"Kakak, dalam setiap perhubungan, komunikasi itu sangat penting... Bila seorang ke sana, seorang ke sini... Sampai bilapun masalah takkan selesai... Akhirnya, terpisah jua... Saling mempercayai juga penting, selain dari kejujuran... Ibu tak tahu pada masa akan datang, sempat ke tidak ibu lihat bakal cucu-cucu ibu membesar depan mata..."

"Ibu, jangan cakap macam tu..." Nadia mendakap erat ibunya... Sedih bila mendengar luahan hati seorang ibu yang sudah melahirkannya, membesarkan dan memberi sepenuh kasih sayang...

"Kakak belum bersedia nak kehilangan orang yang kakak sayang... Ibu, babah, adik-adik... Jangan tinggalkan kakak, bu..." Nadia menangis dalam dakapan ibu.

"Ya Allah... Anak dara ibu, ni... Nanti kalau kakak dah kahwin, kakak dah kena ikut suami kakak... Takkan nak duduk bawak ketiak ibu babah je...?"
Ibu berseloroh.

"Ibu ni... Kakak seriuslah..."

"Eh... Cengengnya anak dara ibu ni... Dahlah tu... Pergilah telefon abang mata biru awak tu. Kesian Chyril... Dia tak salahkan... Dia cuba nak cari teman berborak... Nak meluahkan perasaan... Kesian menantu mata biru ibu tu..."

"Ibu..." Meleret, manja Nadia dengan ibu memang tak boleh nak cakap... Rambut panjang Nadia, dielus...

"Ibu, kakak masuk dulu ya... Kakak nak telefon abang mata biru..."

"Yelah... Pergi minta maaf dengan Chyril... Kesian dia... Dah salah faham, kan..." Nadia mengangguk lantas melebarkan senyumannya...

'Hubby...'

Maaf lewat update... Pening lagi... Nasib baik, dah siap draft... sis update je... Enjoy reading...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience