'Jack... Abang Jenny... Balas dendam... aku atau Chyril... Haishh... Kenapa banyak sangat masalah yang timbul... Apa yang dorang mahukan sebenarnya... Aku atau Chyril...?'
Bunyi noti di telefon bimbit, menghentikan lamunn Nadia...
~Please, don't worry... I'll protect you~
'Siapa pulak yang hantar mesej ni...'
Satu lagi noti kedengaran menandakan kemasukkan mesej baru.
~Stay with me...~
'Ad, sudah! Siapa ni?'
Telefon ditutup. Nadia menyambung semula tugasnya yang sudah tertangguh lebih dari seminggu, gara-gara insiden yang menyebabkan dia ditahan di wad.
'Chyril Connor... Salah ke aku sukakan bos aku sendiri...? Dia bukan suami sesiapa. Girlfriend pun aku tak pernah nampak... Ke, dia memang sukakan aku... Ish, giler kau Nad... Berangan tak sudah.'
Kepala diketuk perlahan. Marah pada diri sendiri kerana berangankan Tuan Chyril Connor... Bos bermata biru, yang menjadi kegilaannya... Dan tidak mustahil, turut menjadi kegilaan gadis-gadis di luar sana... Hahaha... Nadia ketawakan dirinya sendiri...
Mana mungkin, pipit dengan enggang... Takkan keluarga Chyril sudi menerima dirinya yang hanya anak orang biasa-biasa.
************************
"Eh, Chyril... You pun ada kat sini? You pun nak try ke?" Chyril menjongketkan keningnya. Nadia rasa tidak selesa akibat panahan mata Jack yang memandangnya dari atas ke bawah.
'Pandang orang macam nak telan je...!'
"Why? You takut ke?"
"Hei! Look at me...! I'm Jack Jacquel... The best interior designer in Liverpool... What do you expect?"
"Huh!" Chyril meninggalkan Jack dengan aksi sombongnya. Benar kata Belinda... Jack memang berniat jahat... Nasib baik Chyril menghubungi syarikat yang dimaksudkan Jack.
"By the way... I'm Jack... You must be..."
"Sorry, sir... I need to go..." Belinda menarik tangan Nadia membontoti Chyril yang sudah laju ke depan.
"Nice to meet you..." Jerit Jack... Nadia sempat mengerling ke arah Jack yang masih tidak berkedip memandang ke arahnya.
Nadia dan Belinda mengikut Chyril untuk memberi penerangan mengenai dekor yang bakal mereka tunjukkan pada syarikat dari Itali yang dimaksudkan Jack. Syarikat itu membuka tender kepada mana-mana syarikat yang mampu merekabentuk pejabat mereka dengan waktu yang telah ditetapkan...
Walaupun syarikat mereka belum terpilih, namun Nadia percaya, rezeki Allah itu, luas. Memang mereka merupakan syarikat yang baru setahun jagung di dunia interior... Tapi, CC Interior telah berjaya membuktikan bahawa mereka juga setaraf dengan syarikat-syarikat gergasi dalam dunia rekahiasan.
Dalam setahun ini, banyak syarikat yang menjadi pelanggan CC Interior... Mereka memilih CC Interior kerana CC Interior mampu memberi apa yang pelanggan mahukan dengan harga yang berpatutan dan setara dengan kualiti yang diberikan.
"Shit! Macamana syarikat tu boleh dapat tender! No...! Aku tak percaya! Aku tak percaya! Dorang mesti dapat tender tu dengan cara kotor!
"Sorry, bos... Kami dah buat yang terbaik... Tapi, CC Interior menjadi pilihan syarikat dari Itali, tu."
"Blah!" Arah Jack... Matanya masih mengerling ke arah Chyril, Nadia dan Belinda yang sedang seronok berbual dengan pemilik syarikat dari Itali tu. Hatinya panas. Kaki melangkah laju menuju ke pintu keluar.
"Congrats sir..."
"Congrats tu you too..."
"Alhamdulillah... Rezeki berpihak pada kita. I tak sangka syarikat mereka berminat dengan rekaan kita... Teruja sangat."
"Kan... I pun... Tak sangka kita terpilih... Bukan calang-calang designer yang mencuba nak dapatkan tender..."
"Itu namanya rezeki... Kan, Nadia...?" Nadia mengangguk seraya melebarkan senyumannya pada Bell dan Chyril.
"Dah... jom kita ke cafe... I belanja..."
"Yes! Bos belanja... Ni yang I suka ni..." Nadia tergeleng kepala melihat gelagat Bel.
Mereka melangkah keluar dan menuju ke cafe yang sentiasa mereka kunjungi ketika waktu senggang.
Jelas terpancar kelegaan di wajah Chyril selepas sesi presentation pada pihak yang berkenaan. Memang bukan mudah nak membuatkan sebuah syarikat gergasi yang sudah lama bertapak di Itali, memberi peluang kepada syarikat yang baru setahun jagung dalam dunia interior untuk merekacipta dan sekaligus menghiasi pejabat mereka yang bakal beroperasi selepas sebulan tempoh yang diberi untuk menyiapkan pejabat mereka.
Pelbagai rancangan teliti perlu dilakukan demi menghasilkan sesuatu yang berkualiti sebelum diserahkan kepada pelanggan mereka. Tempoh sebulan memang tidak cukup sebenarnya.
Namun, Nadia dan rakan-rakannya menganggap ianya sebagai satu cabaran untuk membuktikan bahawa mereka mampu melakukan yang terbaik dalam tempoh yang ditetapkan.
"Tuan Chyril..."
"Yes..."
"Macamana...?"
"Macamana apa? Maksud you?"
"Presentation tadi..."
"Well... Actually, I'm really proud of you... Yelah... Bukan senang kita nak pancing international company... Dan saya memang tak sangka Nadia boleh lakukannya... Tahniah Nadia..."
"Emm... Most welcome, sir... Tapi, ini bukan kejayaan saya seorang... Ini idea kita semua. Tuan, saya, Bell, Matthew dan Harry... Tanpa kerjasama dari semua, belum tentu kita mampu pergi sejauh ini..." Nadia berlaku jujur.
"Betul tu, tuan... Tanpa kerjasama semua pihak, kita takkan berjaya... Apatah lagi nak dapatkan peluang keemasan macam ni... Ini kejayaan kita bersama..." Lebar senyuman Chyril mendengar kata-kata Nadia dan Bell...
Senyuman manis Nadia menyesakkan dadanya... Masakan tidak... Senyuman itu membuatkan Chyril angau... Lirikan mata Nadia membuatkan Chyril jantungnya berdetak laju. Bibir merah bak delima, yang sering menghantui tidur malamnya.
Mampukah Chyril memiliki sekeping hati milik Nadia Natalia... Apakah Nadia akan menerima Chyril yang mempunyai kisah silam yang menakutkan? Jawapannya ada pada Nadia sendiri...
"Sir..." Chyril masih leka merenung wajah mulus Nadia, tanpa menyedari Bell yang memanggilnya.
"Sir Chyril!" Tersentak Chyril mendengar jeritan kecil Bell di telinganya...
"Auch! Kenapa you jerit kat telinga I, Bell?"
"Kalau ya pun tuan nak tenung muka Nadia. Janganlah depan saya. I ada kat sini tau..." merona wajah Nadia mendengar usikan Bell.
"Eh, mana ada!"
"I nampaklah! Tak payah nak sorok ya Tuan Chyril..."
"Whatever!" Ego! Itulah Chyril Connor... Biasalah...
Lelaki...
"Oh really? Well... That's good! Dah melepas nanti, baru padan muka."
"Hello... You cakap apa ni?"
"Takde apa-apa. I lupa nak cakap dengan Nad... My cousin nak kenal dengan Nad... Dia berminat nak berkenalan dengan Nadia..." Selamba je Bell.
"Cousin you? I tak kenal pun cousin you? Macamana dia kenal I?" Soal Nadia.. Pelik pulak... Takde jumpa sesiapapun, tapi ada orang nak berkenalan... Membara dada Chyril mendengar kata-kata Bell...
"Kitakan ada berselfie masa dinner malam Jenny kena tahan... So, dia ternampak wajah suci you... Sampai dia termimpikan you, tau tak? Dalam erti kat lain, cousin I tu, interested nak kenal dengan you... You ok, kan? Takde orang nak marahkan?" Nadia ketawa kecil... Lucu pula bila dia lihat wajah Bell.
"Oh... I ok je... As long orang tu tak buat masalah dengan I..." Mata melirik ke arah Chyril. Tegang wajah Chyril ketika ini...
'Dia taknak halang ke? Dia tak kisah ke ada orang lain yang berminat dengan aku... Ishh, jantan ni! Ego! Takpe... Nadia, follow the flow...' Getus hati Nadia...
"Betul ke ni...? Thanks Nad..."
"Siapa nama cousin you tu...?"
"Adam... Adam Anaqi..." Jawapan Bell sedikit mengelirukan Nadia... Chyril melonggarkan tali lehernya... Panas dalam hati...
'Adam Anaqi... Sounds familiar...'
"Don't worry... He's muslim... Same like you..."
"Oh... Emm, Bell... One more question... Cousin you kerja apa? Bukan apa... Mana tahu sama kerja dengan kita... Boleh kita tukar-tukar idea... Kan?"
"Taklah. Satu-satunya cousin I yang bertugas sebagai doktor..."
"Oh really...?"
"Yes... Lagipun dia tak jauh dari kita..."
"Dekat dengan kita? Kat hospital mana? Kat hospital yang I kena tahan tu ke?"
"Eh, taklah... Cousin I bertugas kat Royal Liverpool University Hospital..." Nadia terangguk-angguk menandakan faham. Sempat Nadia mengerling ke arah Chyril yang tajam merenung ke arahnya.
"Emm... Berapa umur Anaqi?"
"Eh, how do you know his nick name?"
"Sorry, I guess so..."
"If I'm not mistaken... 30, I think..."
"Interesting..."
"Bolehkan Nadia... Anaqi asyik tanyakan pasal you je... Annoyinglah..."
"Emm, tengoklah macamana nanti... Lagipun, I ni... You tahulah... Bukan jenis yang suka keluar sangat... I bukan anti-sosial... Cuma... Nak keluar dengan somebody yang I tak kenal, memang susah sikit... I susah nak percayakan orang..." Mata dikerling semula ke arah Chyril. Chyril menjongketkan keningnya.
"Ala Nad... Janganlah buat I macam ni... I letih nak jawab soalan dia... Please, Nad... Sekali ni je... I janji you jumpa dia dulu... Then, you buat keputusan sendiri, nak kawan atau kahwin?"
"Uhuk! Uhuk!"
"Air! Air! Minum air ni... Ish, you ni... Cuba jangan gelojoh sangat..." Segelas air kosong disuakan pada Chyril...
'Padan muka! Sombong lagi!'
"Hahaha... You gila ke Bell... Kenal tidak, nak suruh kahwin... Mengarutlah you ni..."
"Sebab tu I suruh you kenal dulu... Lagipun, I akan temankan you jumpa Anaqi nanti..."
"Bell, bagi I fikir dulu, boleh?"
"Ala Nad... Bolehlah... Sekali je... I merayu kat you... Tolonglah fulfill wish list cousin I ni..."
"Apa yang you merepek ni, Bell..."
"Please Nad... Youlah kawan I dunia akhirat..." Beria-ia Bell merayu Nad untuk menemui abang sepupunya. Nadia membuat rolling-eye.
"Yelah! Yelah! Sekali je tau..."
"Yes! Thanks Nad... Love you, Nad... Thank you, Nad... Mesti cousin I tak sabar nak jumpa you..." Tergeleng-geleng kepala Nad melihat gelagat Bell... Kekadang terasa sedikit cemburu melihat orang lain yang penuh ceria... Namun, Nadia Natalia sentiasa melihat dari sudut positif...
'Pandang dari sudut positif... Sebelum menilai seseorang...'
Deringan telefon Bell menghentikan lamunan mereka...
"Wah... Tengok ni, Nad... Dia macam boleh bau you ada kat sini..."
"Dia tu, siapa?"
"Cousin I, Adam Anaqi..." Chyril menahan sesak di dada... Dahi yang sudah terbit peluh, dikesat dengan belakang tangan.
"Eh, Tuan Chyril... Are you ok?" Terbit rasa bersalah dalam diri Nad...
'Kenapa dia nampak lain? Dia marah ke?'
"Emm... I ok... Don't worry..."
"Are you sure...?" Soal Bell pula...
"Hi! Hi Bell..." Suara garau seseorang diamati...
"Hi cousin..." Bell merapati sepupunya... Lalu dipeluk dan dikucup pipi Adam Anaqi...
"Hi... Saya Adam Anaqi..." Anaqi menghulurkan tangannya pada Chyril...
"Chyril... Chyril Connor..." Tangan Anaqi disambut. disambut...
"Err... Hai Nadia..." Anaqi tahu, Nadia takkan menyambut huluran tangannya... Jadi, Anaqi hanya menganggukkan kepalanya.
"Hai..."
"Sorry sir... Bolehkan cousin I join kita?"
"Sure..."
"Thanks... Sorry, ganggu you all..." Anaqi masih tidak mengalihkan pandangannya dari memandang seraut wajah bujur sirih milik Nadia...
"You dah habis kerja ke?"
"Yap! Saja je jalan-jalan lepas kerja... Tak sangka dapat jumpa you all kat sini..."
"Actually, kami dari bangunan sana..." Seraya itu Bell menghulurkan jari telunjuk ke arah bangunan baru yang menjadi tempat mereka membuat pembentangan kertas kerja.
"I heard, you all baru dapat tender... Betul ke?"
"Well... Rezeki, kan? But, dari mana you dapat tahu..." Soal Chyril... A little bit curious...
"Tu... Pejabat yang you nak dekor tu, pejabat one of my VIP client, Marco Maximiliano..."
"Marco Maximiliano? Bukan ke dia owner syarikat Itali yang kita dapat tender tu?"
"Yes... Actually, Max kawan i di university dulu..."
"Oh... no wonder you tahu pasal ni..."
"Bell ada ceritakan pada I yang dia kerja di CC Interior... Tht's why, I tahu..."
"Err... Nadia... Dari tadi I nampak you diam je... Kenapa? Tak selesa ke I ada kat sini?" Soal Anaqi.
"Nadia memang macam ni... Dia shy shy cat..."
"Shy shy cat? Apa tu?" Soal Chyril, polos.
"You ni, bos... Cubalah campur sikit dengan orang luar... Join kami ke... Slowlah..." Chyril menjongketkan keningnya.
"Amboi..."
"Sorry, bos... Dalam bahasa melayu, ada pepatah yang mengatakan malu-malu kucing... Hah, gitew!" Ketawa kecil Nadia melihat kerutan di dahi Chyril yang masih memandang ke arahnya.
'Ish! Cucuk mata tu nanti... Sombong! Junjunglah ego tu tinggi-tinggi...'
Nadia mengherotkan bibirnya...
"Emm, sorry Nadia... Kalau you tak selesa... I minta maaf..."
"No... It's ok. I memang tak pandai nak mulakan perbualan. Rasa kekok sikit."
"No wonder... You diam je... Err... Nadia... Actually, I nak ajak you dinner dengan I... Boleh ke?" Chyril mengepal penumbuknya... Panas hati mendengar ajakan Anaqi. Mata Nadia dikerling sekali-sekala.
"Hah...? Dinner? Abang taknak ajak Bell sekali ke?"
"Why should I? Sibuk je... Tak boleh ke abang nak jumpa dengan Nadia tanpa Bell?"
"For your info abang sepupu I yang perasan hemsem, macho... Nadia takkan keluar dengan orang yang dia tak kenal... So, in your dreams kalau Nad nak keluar dengan abang, tau..." Panjang jawapan Bell...
"Oh, really... Emm... Kalau macam tu, why not Tuan Chyril joint sekali dinner dengan kami... I belanja..."
"Macamana bos...? Boleh ke? Ke Tuan Chyril ada dating... Atau takut somebody marah..." Bell melirik ke arah Nadia yang menunduk malu apabila dipandang Bell... Suka sangat si Bell ni buat hal...
"No... I'm ok with it. I'll joint... I memang takde apa nak buat pun malam ni..." Mata masih mengerling ke arah Nadia...
"Kalau macam tu, 8 o'clock tonight... I jemput Nadia dan Bell kat apartment ya...?"
"No! Emm, maksud I... Tak perlu susah-susah nak jemput I... I boleh je pergi dengan Bell... Kan Bell...?" Lengan Bell dicengkam. Susah sangat nak buat Bell setuju... So, ni je, jalannya...
"Ya, ya! Kami pergi berdua... Anaqi, kita nak dinner kat mana?"
"Emm... Nanti, I confirmkan dulu... I will let you all know... Boleh kan?"
"Sure..."
"Thanks, Anaqi..."
"Don't mention... I faham keadaan Nadia. Takpe... Hope lepas ni, kami dah boleh berkawan dengan lebih rapat, kan Nadia?" Senyuman kelat diberikan pada Anaqi...
'In your dreams, bro! She's mine and always be mine!'
Marah! Tapi ego tak ngaku sayang... Nasib kaulah Chyril... Jangan menangis tepi bucu katil, sudahlah...
Assalammualaikum, maaf lambat update... DCCC... Busy + letih... Anyway, enjoy... Plese drop your comment... Nak kecam, kecam Chyril je tau... Jangan kecam sis, ya...
Share this novel