Bab 16 - Peluang

Romance Completed 59171

IMANI berjalan menuju ke wad bilik Dahlia pagi itu. Dia hanya berseorangan menuju ke sana hal ini kerana Puan Harlina tidak ingin meninggalkan Izzie sendirian di wad tersebut bimbang jika adiknya tersedar dan tiada siapa di situ. Niat dihati Imani hanya satu iaitu ingin melihat keadaan semasa Dahlia selepas khabar berita bahawa dia sudah sedar.

" Ya Allah, semoga Encik Ridzwan tiada dalam bilik Dahlia sekarang ni" Doa Imani dalam hati. Dia tidak ingin menimbulkan kekecohan dengan bersemuka dengannya. Imani hanya bertawakkal.

Imani mengetuk pintu bilik Dahlia terlebih dahulu sebelum menolak pintu itu perlahan. Dia mengintai sedikit ke dalam melihat jika ada kelibat Ridz di sana. Nasibnya baik apabila ternyata bilik itu tiada pelawat ketika itu. Lega hatinya ketika ini.

Perlahan-lahan Imani menghampiri katil Dahlia dan mengambil tempat duduk di sisi katilnya. Ketika ini Dahlia memandang ke arah Imani dengan wajah yang sedikit terkejut namun itu hanya sebentar saja selepas itu Dahlia mempamerkan senyuman yang manis kepada Imani.

" Err Assalamualaikum Cik Dahlia... Emm macam mana keadaan cik Dahlia sekarang? Sebelum tu sa..saya nak memohon maaf kepada cik Dahlia, disebabkan kami..."

"Waalaikumussalam, takpa Imani.. saya tak salah kan awak mahupun adik awak tentang kejadian ni.. ya, saya dah tahu cerita semuanya.. Puan Sri Auliya dan mummy saya dah ceritakan segalanya.. saya,awak meskipun adik awak pun tak mahu perkara begini berlaku.. ini semua ujian Allah swt kepada kita.. saya redha.. lagipun alhamdulillah saya dah sedar sekarang dan beransur pulih, insyaAllah.. " potong Dahlia menjelaskan kepada Imani.

Imani sangat mengagumi semangat yang dimiliki oleh Dahlia. meskipun dia diuji sebegini, dia tetap redha dengan segala yang terjadi dan tidak menyalah kan sesiapa tentang kemalangan tersebut. Sekarang ni baru Imani mengerti mengapa Ridzwan begitu marahkan dirinya apabila Dahlia terlibat dalam kemalangan. Mana mungkin seorang lelaki sanggup kehilangan cinta hatinya yang hampir sempurna hakiki dan nuraninya itu.

" Ta..Tapi saya masih rasa serba salah cik Dahlia kena hadapi semua ni.. " luah Imani

" Eish Imani, jangan lah panggil saya cik.. panggil Dahlia saja, kita kan dah pernah jumpa sebelum ni hehehe.. ouh ya, macam mana dengan keadaan adik awak sekarang ni? soal Dahlia perlahan-lahan.

Raut wajah Imani berubah seketika medengar tentang adiknya itu.

" Emm, Alhamdulillah dia dah lepas tahap kritikal dan berada di wad biasa sekarang ni.. tapi dia masih belum sedarkan diri.. saya harap sangat dia akan sedar sepenuhnya nanti... " luah Imani dengan suara sedikit bergetar menahan sebak

" InsyaAllah Imani.. saya doakan adik awak segera sedar dan pulih seperti sedia kala.. lagipun saya tahu korang berdua orang yang kuat dan baik... InsyaAllah, Allah akan bantu korang.. sentiasalah berdoa.." pesan Dahlia

" Ouh lagi satu.. terima kasih kerana datang menjenguk saya di sini.. susah-susah saja"

" Ehh takpe cik Dahlia.. ehh, Dahlia.. saya memang berniat nak lawat awak pun.. "

Mereka berbual agak lama. Masing-masing mula selesa dengan diri mereka. Namun, Imani meminta diri selepas itu, hal ini untuk memberi ruang kepada Dahlia untuk tidur dan berehat.

*******

Dalam masa yang sama, sebalik pintu bilik Dahlia, Ridzwan mendengar perbualan antara mereka berdua. Pada mulanya dia ingin melawat tunangnya itu, namun niatnya terbantut apabila dia terdengar suara orang berbual di dalam ketika dia ingin menolak pintu bilik Dahlia.

Apabila dia mengintai sedikit, Ridz melihat kelibat Imani di dalam bilik tersebut. Hatinya tidak senang melihat suasana kemesraan yang ditunjukkan oleh dua wanita dihadapannya itu. Hal ini kerana, baginya Imani akan membawa malang kepada mereka berdua. Dia tidak mahu sebarang kecelakaan lagi yang berlaku kepada Dahlia. Namun dia tidak mahu menunjuk barannya di hadapan Dahlia, maka sebab itu lah dia hanya mendengar saja dari sebalik pintu tersebut.

Sewaktu Imani ingin keluar dari bilik tersebut, Ridz melangkah kebelakang semula untuk memberikan ruang kepada Imani membuka pintu.

" Eh Imani.. kau dengar sini.. aku tak suka kau rapat dengan Dahlia! kau tu pembawa s*ial kepada kami berdua.. aku tak nak apa- apa perkara buruk berlaku lagi kepada dia.. jadi jangan berpura- pura rapat dan kau prihatin dengan dia supaya kau boleh tutup kesalahan kau orang dua beradik telah lakukan! " sergah Ridz sedikit perlahan dan keras memberi amaran kepada Imani sewaktu wanita itu keluar dari bilik Imani. Puas hatinya memeberi amaran kepada wanita dihadapan nya kini.

Imani tergamam dengan kata-kata hinaan yang dilontarkan oleh Ridz kepada dirinya yang muncul secara tiba-tiba dihadapan nya kini. Sungguh hatinya tidak kuat ketika ini. Namun digagahkan juga untuk dirinya membela diri dihadapan empunya badan yang menghinanya itu.

" Encik Ridzwan, saya sedar diri saya siapa... saya bukan orang kenamaan apatah lagi golongan bangsawan macam Encik Ridzwan , tapi saya ada hati dan perasaan.. saya betul-betul ikhlas memohon maaf atas apa yang terjadi.. lagipun saya tiada niat tersembunyi untuk berkawan dengan Dah.. err Cik Dahlia.. saya datang kesini pun memang untuk menjelaskan segalanya yang terjadi.. " balas Imani kepada Ridz dengan nada yang bergetar dan air mata yang sudah hampir melimpahi kolam matanya.

Imani bergegas meloloskan diri dari situ. Tidak sanggup lagi menghadap Ridzwan yang selalu angin terhadapnya. Dia juga tidak mahu menunjukkan dirinya lemah dengan mengalirkan air matanya dihadapan Ridzwan.

Ridz seakan terkaku mendengar luahan Imani tadi, terbit sedikit rasa kesal dihatinya meluahkan kata-kata seperti itu kepada Imani. Kelihatan wajah Imani yang sungguh ikhlas meluahkan rasa dan niatnya tadi. Dia bukan lah seorang yang berkata kasar kepada wanita, namun emosinya selalu tercabar apabila melihat wajah Imani.

" Ahhh, kenapa aku harus fikirkan perasaan dia! dia memang layak digelar sebegitu dengan apa yang dah terjadi!" Ridz cuba berdalih dari perasaan nya sekarang. Sementara itu, Ridz cuba menenangkan dirinya sebelum memasuki bilik Dahlia.

*****

Sewaktu berjalan melintasi kaunter pertanyaan, Imani terdengar suara orang memanggilnya, lalu dia menoleh kebelakang, kelihtan susuk tubuh yang amat dikenalinya itu.

" Imani! Tunggu sekejap.. " panggil Umar yang kebetulan berada di kaunter pertanyaan ketika itu.

"Boleh saya jumpa awak sekejap, please? Bagi saya peluang kali ni, saya janji lepas ni saya takkan ganggu awak lagi... tapi bagi saya jelaskan segala-galanya dulu.." pinta Umar

Imani memandang ke wajah Umar dengan pandangan yang kosong. Mujurlah dia sudah mengesat air matanya semasa berjalan tadi. Tidaklah Umar mengetahui yang dia baru saja lepas menangis sebentar tadi.

" Baiklah.. saya harap kali ini awak berpegang pada kata-kata awak Umar.. ini kali terakhir saya bagi awak peluang dan lepas ni jangan cari saya lagi! " ujar Imani. Sebenarnya sekarang ini dia tiada mood untuk melayan orang namun disebabkan Umar berjanji untuk tidak akan mengganggunya selepas ini, dia terpaksa setuju walaupun hatinya dirundum pilu ketika ini.

********

Hai! Selamat Tahun Baru 2021 kepada readers semua! Moga tahun ini lebih bermakna serta lebih berjaya dan yang penting jaga kesihatan masing-masing

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience