MEJA makan di rumah Puan Sri Auliya malam itu sunyi sepi. Hanya terdengar bunyi sudu yang berlaga dengan pinggan.
" Abang, petang tadi Imani datang.. Dia nak uruskan perabot yang dah sampai dari Turki tu. Emm..Saya berkenan betul dengan budak tu. Sopan saja bila bercakap dengan saya. Kalaulah, Ridz ni takde calon lagi dah lama saya jodohkan diorang berdua tu" Ujar Puan Sri Auliya memecahkan kesunyian di meja makan tersebut
Ridz yang dari tadi hanya diam menikmati makanan di hadapannya itu, tersedak nasi apabila mamanya menyuarakan pendapatnya tadi. Cepat cepat dia meminum air yang ada disebelah pinggan nasinya itu.
" Eh Ridz, dah kenapa tu? Makan tu biar la elok-elok sikit. Pelan-pelan menyuap dalam mulut tu. " Tegur Puan Sri Auliya
" Mama, mana tak tersedaknya. Terkejut la Ridz bila mama cakap macam tu. Ada ke patut mama nak jodoh kan Ridz dengan perempuan tu, kenal pun tidak. Ridz kan dah ada buah hati sendiri. Ridz sayangkan Dahlia sepenuh hati Ridz, takde siapa pun yang boleh gantikan tempat Dahlia di hati Ridz" terang Ridz panjang lebar kepada mamanya.
" Bawa bertenang Ridz.. kan mama cakap kalau.. bukan nya betul- betul.. Kami faham hubungan kamu dengan Dahlia, lagipun kurang dari sebulan saja lagi kamu berdua dah nak jadi suami isteri kan.."
" Yang kamu ni satu Iya, tak payah la disebutkan pasal benda yang takkan jadi. Tak pasal -pasal masin mulut awk nanti.. susah pulak" Bebel Tan Sri Hashim yang dari tadi hanya memandang dua beranak dihadapannya itu meluahkan rasa masing-masing.
" Ye lah, Ridz.. mama minta maaf ya.. mama bukan sengaja cuma mama nak cakap yang Imani tu budak baik saja, maafkan mama ye? "
" Hmm takpa ma.. Jodoh dah ditetapkan semua, yang baik akan bertemu dengan yang baik dan sebaliknya pula..
Masing masing menyambung kembali makan malam mereka yang tergendala akibat daripada luahan Puan Sri Auliya tadi.
*******
3 minggu sebelum majlis perkahwinan Ridz dan Dahlia...
" Maaf.. Andai kau terluka.. maaf ku tak sengaja tanpa sedar~..."
Deringan ringtone telefon Imani berbunyi menjengah halwa telinga Imani. Dia yang masih dalam kebingungan kerana terlelap selepas solat subuh tadi mengangkat telefonnya tanpa melihat siapa pemanggilnya.
" Hello. Assalamualaikum. Siapa ni?" suara sedikit tegas dan serak bertanya gerangan pemanggil disana.
"Hello, Akak! adikkk ni! akak ni mesti baru bangun tido kan.. akak! dengarlah apa yang adik nak bagitahu ni!" ujar Izzie di sebelah sana dengan suara yang sedikit tinggi.
Imani seakan tersedar setelah mendengar suara adiknya. Dia menjauhi telefon untuk melihat nama pemanggil di paparan telefon miliknya.
" Laa.. Ya Allah adik.. sorry akak tak perasan.. ni ada apa ni telefon akak pagi-pagi lagi ni.. akak ngantuk laa.. malam tadi akak berjaga ada kerja sikit akak selesaikan.." ucap Imani lambat-lambat kerana masih ada sisa kantuknya.
" Ishhh! akak nii.. ye laa.. okay now guess what? Imani ada surprise untuk kakak dan ibu"
" Surprise apa dik oii pagi -pagi ni.. adik jangan macam - macam! adik dah ada pakwe ke? ke adik dah nak kahwin? amboii langkah bendul nampak.. akak pun belum ada calon lagi.. dah gatal nak kahwin eh? study biar habis dulu baru pikir nak kahwin adik" serkap Imani laju dan panjang lebar tanpa memberi peluang untuk Izzie mencelah sedikit pun.
" Apa akak merepek ni.. dah jauh sangat dah ni akak melalut.. okaylah adik bagitahu lah since akak pun dah cakap bukan-bukan.. sekarang nii, adik dah ada kat Malaysiaaaaa! tapi still dekat airport la" ujar Izzie teruja
" Ouhh dah ada kat Malaysia.. hah! Malaysia? what? Asal tak bagitahu nak balik? eish adik ni.. okay2.. sekarang tunggu sana akak bersiap jap." ujar Imani tergesa- gesa.
" Haa ye laah, sebabtu la adik call akak. nak minta akak datang ambil adik.. malas nak tempah grab.. akak hati- hati bawak keta tau.. jangan laju -laju, biar lambat asal selamat.. adik sayang ibu dan akak tau" pesan Izzie
" Hahahaha ye laa adikkk ku sayang! akak tau la jaga diri. awak tu duduk kat sana baik -baik, adik tu perempuan, bahaya." bebel Imani
Setelah menamatkan perbualan mereka, Imani lekas bersiap untuk mengambil adiknya di KLIA 2. Niat di hati Imani nak bagi kejutan pada ibunya pula tentang kepulangan Izzie di Malaysia.
" Tak sabar rasanya Imani nak tengok reaksi ibu nanti!" gumam Imani sendirian lalu lekas bersiap untuk mengambil Imani di airport.
*******
" Imani, Imani nak pergi mana tu? kelam kabut je ibu tengok, kalau ya pun jom lah duduk sekali dengan ibu sarapan dulu.." tegur Puan Harlina sewaktu melihat anaknya kelam kabut menuruni tangga tingkat atas.
" Sorry bu, Imani nak pergi beli barang jap.. emmm ada barang emergency nak kena beli... Imani pergi dulu ye bu! nanti balik Imani makan sarapan tu!" jawab Imani dengan kalut.
" Haa ye la, hati- hati bawa kereta tu, baca doa dulu sebelum naik" pesan Puan Harlina
Dari luar kedengaran suara Imani sayup- sayup menjawab pesanan ibunya itu. Puan Harlina hanya menggeleng kan kepala melihat telatah anaknya di pagi hari ini.
Share this novel