Bab 9 - Kenal

Romance Completed 59171

PENGUBAHSUAIAN dan dekorasi mengikut permintaan Puan Sri Auliya sedang giat dilakukan di rumahnya. Sudah 2 minggu akitviti itu di jalankan.

Puan Sri Auliya memilih konsep Islamik Moden Kontemporari.Konsep moden dan kontemporari sangat sesuai dengan villa tiga tingkat miliknya yang moden dan mempunyai ruang tamu yang luas. Perabot yang digunakan juga diimport khas dari Turki sesuai dengan konsep Islamik yang diminta olehnya.

Imani dalam perjalanan ke rumah Puan Sri Auliya. Dia diminta kesana untuk menyusun atur perabot yang telah sampai dari Turki mengikut pelan konsep tersebut. Ini merupakan kali kedua Imani ke sana selepas kali pertama membuat pelan dan ukuran sesuai dengan konsep yang dipinta. Hal ini kerana selama ini, pekerja nya yang lain memnyiapkan dekorasi selebihnya.

Setelah sampai ke villa Puan Sri, Imani menuju ke pintu utama, Imani menekan butang loceng yang terletak disebelah pintu tersebut sebanyak 2 kali. Dia menanti dengan tenang sambil membelakangi pintu tersebut sehinggalah terdengar pintu utama dibuka oleh seseorang.

Imani mula memusingkan badannya menghadap pintu. Alangkah terkejutnya dia apabila berhadapan dengan Ridz sekali lagi secara dekat sebegini.

" Err Assalamualaikum.. ma..maaff Encik Ridzwan.. Puan Sri Auliya ada? " ujar Imani tergagap gagap kepada Ridz yang berdiri dihadapanya ini dengan muka yang beku.

Mana tidak kecut perutnya, muka yang dipamerkan oleh Ridz persis ketika dia memarahi Imani semasa kejadian perlanggaran tempoh hari.

" Ouhh.. awak rupanya ID yang mama saya berurusan.. mama dah tunggu awak dari tadi kat dalam tu.. By the way, macam mana awak tahu nama saya? " soal Ridz dengan suara dinginnya.

" Emm saya tahu nama Encik Ridz dari majlis annual dinner syarikat Tan Sri hari tu, saya hadir sebagai tetamu syarikat Gemilang.." beritahu Imani dengan perasaan takut-takut

" Ouhhh okayy.. whatever lah.. tak penting pun kan.." Ridz membalas tanpa perasan dan mempamerkan muka yang beku. Dia berlalu dari situ tanpa menjemput Imani masuk ke dalam villanya itu terlebih dahulu.

" Kalau ya pun tak suka aku, jemput la aku masuk kedalam sepatah.. ni aku terpinga-pinga kat luar sorang- sorang pulak tu.. dah la salam pun tak dijawab.. haish" gumam Imani sendirian

" Eh imani.. dah sampai dah.. Maaf aunty tak perasan tadi.. jom lah masuk, kenapa berdiri kat luar je tu?" soal Puan Sri Auliya

" ouhh iya iya... saya masuk sekarang.. terima kasih"

Imani berjalan memasuki ruang utama, kelihatan ada beberapa set perabot yang masih berbungkus elok dalam plastik terletak di situ.

*******

" Siapa yang buka pintu tadi? tak bagitahu pun kat aunty yang Imani dah sampai.. kesian Imani kat depan tu berdiri lama.." Puan Sri Auliya bersuara setelah masing-masing duduk di ruang tamu utama villa nya itu.

" Ouhh tadi.. anak aunty, Encik Ridzwan yang buka kan.. Dia dah jemput masuk, cuma Imani angkat call sekejap kat luar tadi" bohong Imani. Dia malas mahu menceritakan hal yang sebenar. Tidak mahu mencari pasal lagi dengan Ridz.

" Ouhh, patutlaa.. Tapi, macam mana Imani dah kenal dengan Ridz? Korang pernah berjumpa ke?" soal Puan Sri Auliya kebingungan. Setahunya, Ridz tidak pernah pula bercerita tentang Imani sebagai kenalannya.

" Hari tu, syarikat saya dijemput sebagai tetamu di majlis dinner syarikat Tan Sri.. saya tak kenal sangat Encik Ridz, cuma tahu namanya dari situ sahaja." terang Imani beria-ia.

" Ridz tu sebenarnya dia singgah sekejap ke sini tadi.. Dia tinggal di kondominium nya sendiri.. Hujung minggu biasalah datang jenguk kami sekeluarga.. tu yang ada kat rumah ni.. kalau hari berkerja tinggal lah kami bertiga sahaja dengan Mak Wan sekali."

Imani hanya menunjukkan tampang senyum. Dia seboleh- bolehnya tidak mahu bercakap mengenai Ridz. Rasa gerun masih lagi menjalar di hatinya mengingatkan peristiwa lalu dengan lelaki dingin tersebut.

Setelah berbual-bual kosong, Imani menjalankan tugasnya untuk menyusun atur perabot tersebut. Penyusunan tersebut mengambil masa selama 4 jam lamanya.

Usai semuanya, dia meminta diri untuk pulang kerana jam sudah menunjukkan pukul 6 petang, dan hari sudahpun beransur gelap. Mujurlah dia datang bulan ketika itu, tidak perlulah dia menumpang untuk solat Asar di villa tersebut dan yang paling penting tak perlulah dia mengadap si muka beku tu lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience