Bab 30 - Surprise!

Romance Completed 59171

"ABANG, Lis nak tanya abang sikit boleh?" soalnya yang tiba-tiba datang ke arah balkoni yang Muiz berada ketika itu.

" Esh Lis ni, tanya je lah straight forward, tak payah nak minta izin bagai" ujar Muiz santai. Ada ketawa dihujungnya.

" Abang sayang Lis tak?" tebak Lis serius wajahnya kini.

"Lis tanya soalan apa ni? Mestilah abang sayang sangat Lis, Lis seorang saja yang abang ada. Abang sanggup lakukan apa saja untuk kebahagiaan Lis" balas Muiz bersungguh

" Ermm okayy, baiklah Lis percaya.. abang...abang ingat tak yang Lis ada cerita dengan abang dulu yang Lis ada sukakan seorang lelaki ni masa kami sama-sama belajar dekat universiti dulu?" tanya Lis tiba-tiba bersemangat. Cuba untuk mengingatkan Muiz kembali akan ceritanya dulu.

Muka Muiz berkerut seribu cuba untuk mengingati cerita adiknya itu. Dia memandang tepat ke wajah Lis meminta penjelasan yang lebih terperinci.

"Alaa abang ni! Bencilah macam ni.. lelaki tu yang Lis suka tapi dalam masa yang sama dia bercinta dengan kawan baik Lis juga.. So, Lis mengalah la.. abang lupa?" terang Mel satu-persatu kepada satu-satunya abang yang dia miliki.

Muiz mula terlintas akan memori tersebut.

" Ouhh, lelaki tu.. kenapa dengan dia? Dia dah kahwin dengan kawan Lis tu ke? soalnya bersahaja

" Ermm, sebenarnya kawan Lis tu dah meninggal... Tapi.. lelaki tu memang dah kahwin, tapi dia tak bahagia dengan perkahwinan tu, sebab mereka terpaksa saja kahwin"

" Innalillah..Mana Lis tau dia tak bahagia? Habistu Lis nak buat apa dengan dia orang?"

" Abang... tadi kan abang cakap abang sayang Lis kan? Abang akan sanggup buat apa saja untuk Lis kan? Abang akan sokong Lis tak kalau Lis cuba dapatkan cinta Lis balik? Lis tak boleh lupakan dia.. Lis sanggup buat apa saja untuk dia"

Muiz tergamam dengan soalan cepumas Lis ketika itu. Apa yang Lis mahukan sebenarnya ni. Peluh debar mula kelihatan didahinya. Muiz mengelap peluh didahinya dengan belakang tangannya itu. Dia memandang ke arah Lis.

" Mestilah abang akan sokong Lis untuk cari kebahagiaan Lis, tapi.... bukan dengan suami orang Lis.. walau dia tak bahagia jangan pernah sekali Lis jadi perosak rumah tangga orang.. banyak lagi lelaki diluar sana yang Lis boleh bercinta untuk Lis cari kebahagiaan Lis sendiri "

" Abang ni! tadi abang cakap sayang Lis, kalau sayang abang akan sokong apa yang membuatkan Lis bahagia! Bukan sakitkan hati Lis begini! Lis tak kisah apa yang Lis tahu, Lis akan dapatkan cinta Lis balik walau apa cara sekalipun. Kalau abang tak nak sokong Lis, jangan menyesal dengan apa yang Lis akan buat nanti!" Lis memberi amaran kepada Muiz lalu beredar dari situ dengan segera.

" Lis! Lis dengar dulu apa yang abang nak cakap! Abang buat semua ni demi kebaikan Lis! Percayalah!" laung Muiz kepada Lis yang sudah memasuki biliknya. Bunyi pintu bilik Lis dihempas kuat menandakan dia sedang marah kepada abangnya itu.

' Lis jangan buat kerja gila pula kali ni.. abang tak nak Lis jadi macam dulu lagi.. kenapa Lis jadi macam ni balik, Lis tak makan ubat ke?.." gumam Muiz kegusaran di dalam hati. Sakit kepala dibuatnya.

********
Ilyia menghantar mesej kepada muiz sedang dia berehat di dalam bilik tidurnya itu. Entah kenapa fikiran mengenai Muiz tiba-tiba menjengah.

'Hai Muiz, its me Ilyia' mesej dihantar oleh Ilyia tanda pengenalan.

'Ohh haii Ilyia. Lama I tunggu you contact I, akhirnya dapat juga nombor fon you ;)" balas Muiz

' Sorry, I baru teringat nak contact you since kerja I banyak sangat dekat office.. hehehe...'

'I see.. Erm, oh ya, Ilyia. Lets meet this weekend if you're free? Kalau you sudi la.. Bukan apa hari tu tak sempat nak borak banyak kan..' cuba Muiz

' Sure! itulah tak sempat nak throwback bagai.. erm nanti you inform me time and location kat mana n then we meet there'

' Alright, see you when i see you :) '

Muiz cuba untuk mengajak Ilyia keluar hujung minggu ini untuk berbual lebih lama. Sebenarnya dari hari meraka terjumpa di mall tempoh hari, Muiz sering tertunggu-tunggu contact dari Ilyia. Dia mahu mengenali Ilyia lebih dekat ini kerana Ilyia merupakan ciri-ciri idaman wanita yang dia mahukan.

' Harap dia still single lah, kalau tak melepas aku nanti!' getus Muiz

*******

Imani sedang mengemaskan barang-barangnya yang masih berbaki di dalam biliknya itu untuk dipindahkan semua ke dalam bilik Ridz.

Ridz menghampiri Imani dari arah belakang. Dia berdiri betul- betul dibelakang Imani sambil memerhati segala tingkah laku Imani ketika itu yang sedang sibuk mengemaskan baju-bajunya di sisi katil.

Dia tidak perasan akan kehadiran Ridz ketika itu kerana terlalu fokus akan kerja nya sekarang. Namun apabila dia hendak berpaling kebelakang, Imani terkejut melihat kelibat Ridz dihadapannya kini. Dek terlalu terkejut, dia mengundur ke belakang dan hampir terjatuh melanggar bucu katil dibelakangnya itu, namun tangan Ridz tangkas saja merangkul pinggang Imani sebelum dia sempat terdampar di atas katil.

Tapak tangan Imani mendarat lembut di atas dada bidang Ridz untuk dia menstabilkan keadaan dirinya. Degupan jantung Ridz begitu kuat mengepam kini hingga tapak tangannya yang sedang berada didada Ridz dapat meraskan degupan itu.

Ridz semakin mengeratkan rangkulannya ketika ini membuatkan badan Imani semakin dekat dengannya. Imani mendongak sedikit untuk memandang sosok wajah Ridz dari ketika ini. Sungguh sempurna! Sempat dia memuji.

" Err, Ridz, boleh awak lepas kan saya.. sa..saya nak siapakan mengemas baju ni.." pinta Imani. Sebenarnya dia malu. Malu dengan keadaan mereka ketika ini. Kejadian beberapa hari yang lalu pun masih segar diingatannya. Muka Imani mula memerah bak delima bila tayangan memori kejadian itu terlayar kembali.

" Sorry, saya tak sengaja nak kejutkan awak... saya tengok awak fokus sangat mengemas sampai tak sedar akan kehadiran saya" kata Ridz sambil menguntum senyuman manis sehingga terbentuk lekuk di pipi kirinya itu. Dapat dia lihat muka Imani kemerahan ketika itu, namun dia tidak mahu lagi mengusik wanita itu ketika ini. Bimbang dia tidak selesa pula. Ridz mahu Imani menerima dirinya seadanya perlahan-lahan.

Imani terpegun seketika. Jarang dia dapat melihat Ridz senyum sebegini dengan jarak yang sedekat ini.

" Takpe, saya yang terlalu terkejut.. Oh ya, awak ada apa-apa nak bagitahu saya ke? " tanyanya cuba mengubah topik sambil tangannya menggaru leher yang tidak gatal menandakan dia segan dengan keadaan tadi. Lagipula mesti ada yang ingin diberitahu oleh Ridz kepadanya sehingga Ridz mencarinya di bilik itu.

" Oh lupa pula saya, saya.. nak ajak awak pergi satu tempat esok since esok weekend.. kalau awak free la?" soalnya.

" Esok? hmm saya tidak ada buat apa-apa.. tapi, awak nak ajak saya pergi ke mana?" berkerut wajah Imani ketika ini mahukan jawapan dari Ridz.

" Hehehe, adalah.. surprise! nanti sayang akan tahu jugak esok.. yang pasti pakai cantik- cantik tau!" pesan Ridz lalu keluar dari bilik itu dengan perasaan yang gembira.

' Tempat apa yang dia nak bawa aku? Ish, berdebar pula bila fikirkan.. surprise apa yang dia nak buat sebenarnya ni?' fikir Imani

*******

Tiba sahaja di satu kawasan taman, Imani memerhati sekeliling. Dia memandang Ridz di sisinya ketika ini bagai meminta penjelasan.

" Kenapa awak bawa saya ke taman ni? kita nak beriadah ke nak buat apa ni ? Tapi saya tak pakai baju sukan.. awak suruh saya pakai cantik-cantik ni kenapa? awak nak kenakan saya eh? Soal Imani bertubi-tubi. Dia melihat dirinya kini yang sedang mengenakan dress labuh yang berwarna coklat cair dan shawl berwarna coklat gelap. Siap touch up lagi muka ni!

" Ehh sabar dulu, Imani sayang... jangan lah soal saya macam tu.. nanti awak akan tahu lah, sekarang ni awak ikut saya dulu" ujar Ridz yang mula keluar dari kereta miliknya itu.

Imani mencebik. Tetapi langkahnya tetap menuruti arahan dari sang suami sambil mulut kecik tu membebel-bebel. Entah apa yang dia bebelkan pun tidak tahu, yang pasti nampak comel saja!

" Sayang, sini cepat! Saya nak tutup mata awak dulu sebelum kita ke tempat yang sepatutnya.." panggil Ridz

" Eish awak ni jangan la jerit kuat macam tu, orang tengok lah.. Kenapa nak kena tutup mata bagai? saya takut lah!" Marah Imani bila melihat ada mata-mata yang sedang beriadah memandang ke arah mereka. Maklumlah waktu petang dihujung minggu ni sudah pasti ramai yang sedang meluangkan masa dengan keluarga ditaman untuk melakukan riadah bersama.

" Laa apa salahnya kita kan suami isteri.. sayang, kan saya cakap nak bagi surprise, awak kenalah tutup mata dulu baru jadi surprise" ujar Ridz kegirangan. Saat itu dia sedang menutup mata Imani dengan secebis kain yang telah diikat di kepala wanita itu.

Imani juga sudah tidak dihiraukan panggilan sayang itu, acap kali disebut oleh Ridz kebelakangan ini. Imani sudah biasa dan dia hanya membiarkan saja asalkan bukan panggilan yang buruk.

Mereka berjalan beriringan ke tempat yang dituju. Imani berjalan dipimpin tangan oleh Ridz untuk ke destinasi, sambil itu sempat lagi dia membebel kepada Ridz mahu pulang saja. Katanya malu dan takut pada masa yang sama. Sudahlah dirinya itu introvert.Tapi mulut nya terus terkunci rapat bila Ridz mengugutnya mahu mencium bibirnya sejurus saja mulut itu merungut lagi.

Setelah lima minit berjalan, mereka tiba ke destinasi yang dituju.

" Okayy, kita dah sampai sayang.. sebelum tu tarik nafas dulu tau!" pesan Ridz

" Ehh kejap awak.. awak betul tak main-mainkan saya ni? saya takut la.." balas Imani gusar

" Eshh tidak ada lah.. pasti sayang suka punya! kejap saya buka ikatan dimata awak dulu" ujar Ridz sambil merungkaikan ikatan di kepala Imani perlahan-lahan.

Usai saja ikatan dibuka.. Imani terpampang melihat kejutan dihadapannya kini.

"SURPRISEEE!!!"

************

Happy reading! Jangan lupa komen, rate dan follow nur untuk setiap update notification ❤️ tenkiu 4 ur support :) -NL-

Share this novel

Ella Halim
2021-01-27 19:07:26 

apa yang surprise tu


NovelPlus Premium

The best ads free experience