Bab 8 - Kenangan Silam

Romance Completed 59171

" IMANI! tunggu kejap..tolong beri saya peluang jelaskan perkara sebenar! Perkara yang terjadi sebelum ni hanyalah salah faham Imani... saya terperangkap!" ujar Umar Faliq sambil mengejar langkah Imani dan Ilyia.

Dalam masa yang sama, Imani cepat-cepat mengajak Ilyia turun ke tempat parking untuk melarikan diri dari bertemu dengan Umar. Baginya tiada apa lagi yang harus dibincangkan. Dia sedia maklum sebelum ini yang lelaki itu sudah pun berkahwin.

Menyedari apa yang berlaku, Ilyia membantu Imani meloloskan diri dari pandangan Umar. Mereka bersembunyi disebalik pintu tangga yang agak terselindung.

Setelah merasakan tiada lagi suara yang memanggilnya, Imani menarik tangan Ilyia keluar dari situ dan berlalu ke tempat kereta Ilyia terletak.

" I guess i know why your eyes was red just now.." Ilyia mula bersuara di dalam kereta memecahkan keheningan antara mereka.

" Past is past, kau tau kan Ilyia.. dia tu kenangan silam aku.. susah payah aku move on dari dia dulu, semudah tu je dia nak aku bagi peluang kat dia.. aku takkan berpatah balik, aku dah mula hidup baru lama dah.. cerita lama dah lupus dalam ingatan aku.. aku redha dengan apa yang jadi dengan aku.. dan aku tak nak ada kaitan dengan dia lagi..Lagipun dia dah jadi milik orang lain.. " ujar Imani panjang lebar dengan suara yang sedikit lirih kepada Ilyia

" Aku faham keadaan kau, kau banyakkan bersabar ya, ini mungkin salah satu ujian Allah terhadap kau.. dia nak uji sama ada kau mampu tak hadapi semua ini.. dan aku percaya kau mampu dan kuat.. banyk dah kau tempuhi dan kau berjaya laluinya Imani.." Ilyia memberikan kata semangat kepada Imani

" Thanks a lot Liyaa.. kau betul betul faham perasaan aku..Terima kasih sebab selalu ada dengan aku susah dan senang aku.."

"Its okay babe, aku ikhlas berkawan dengan kau.. masalah kau masalah aku juga.. dah tak nak sedih- sedih macam ni, nanti ibu kau tanya kenapa mata anak dia jadi sembap bila balik rumah nanti.. Tak pasal- pasal pula aku dituduh tak jaga kau elok-elok.. aku dah janji dengan ibu nak ambil dan hantar kau dalam keadaan baik dan selamat.. " ujar Ilyia

" Hahahaa ye lah... sekarang aku dah lega dan aku dah lupakan perkara tadi.. past is past.."

Meski hatinya sekarang bergelodak kerana terkenangkan rasa sakitnya dia diperlakukan sebegitu oleh Umar dulu, namun dia harus melangkah kedepan dan harus melupakan kesakitan dulu untuk mencari secebis bahagia yang abadi untuk dirinya di masa hadapan.

Setelah menghantar Imani, Ilyia bergegas pulang kerumahnya. Dia harus tidur awal malam ni kerana esok dia mempunyai appointment dengan klien dari Johor.

*******

Umar Faliq memandu keretanya menuju ke kondominium miliknya di tengah kota. Sedang dia memandu, dia teringat akan peristiwa tadi.

" Kenapa awak tak bagi peluang untuk saya jelaskan yang sebenarnya Imani. Ada sebab kenapa semua tu terjadi. Saya ditipu.. Saya masih cintakan awak sama seperti saya melihat awak buat pertama kali kita berjumpa dulu.. rasa tu tak pernah hilang dalam diri saya.. " gumam Umar sendirian dengan perasaan yang kesal

Semasa dalam kekalutan Umar mengejar Imani tadi, dia kehilangan jejak Imani kerana beberapa orang yang lalu- lalang di laluan itu menghalang penglihatannya melihat arah tuju Imani dan temannya itu.

Dia mendecit perlahan. Kesal dengan peluang yang telah dilepaskan untuk menjelaskan perkara yang sebenar terjadi semasa hari pertunangan mereka dulu. Sudah lama dia mencari Imani setelah permergiaannya ke luar negara dulu.

Meskipun permergiaannya selama 2 tahun ke London, dia yakin Imani pasti tidak boleh lupakan dirinya, ini kerana dia merupakan cinta pertama Imani. Mana mungkin Imani boleh lupakan dirinya setelah apa yang mereka lalui semasa bercinta dulu.

Umar tekad untuk kembali ke Malaysia demi menambat hati Imani kembali. Dia juga ingin menjelaskan perkara yang sebenar berlaku bukan seperti yang Imani sangkakan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience