Bab 28 - Sebilik

Romance Completed 59171

PETANG itu selepas waktu kerja, seperti yang dijanjikan oleh Imani, dia membawa Ilyia ke pusat membeli-belah di IOI City Mall untuk mencari tempat makan.

" Ilyiaa.. kau nak makan kat kedai mana? Kau pilih je mana-mana.. Aku belanja kau.. Nak yang mahal ke murah ke boleh suka hati kau la" Tanya Imani dengan nada yang ceria saja. Ya, hari ini moodnya berganda-ganda baik. Hatinya senang kini bila hubungannya dengan Ridz semakin pulih. Semua ini sedikit sebanyak berkat nasihat daripada Ilyia kelmarin.

"Amboii kawan aku kat sebelah ni, gembira semacam je.. lama dah aku tak tengok muka kau seceria ni.. amacam semalam ada jadi apa-apa ke?" tanya Ilyia dengan keningnya saja dijongket-jongket sebelah mahu mengusik Imani.

" Haishh kau ni kes situ pulak.. pervert eh! takdelah.. kan semalam kau tolong aku ambil kereta kat bengkel, so aku nak belanja la kau hari ni.." jelas Imani.

" Hahaha, ye la aku tahu la yang tu, tapi macam ada something fishy here. Kau dengan Ridz dah okay eh?" Ilyia cuba mengorek lagi.

" Kau ni kann, memang aku tak boleh nak berahsia sikit pun kan, semua kau tahu eh!" getus Imani sambil menjeling manja kearah Ilyia

" Eh mestilah, kalau tak takdenya aku jadi sahabat sehidup semati kau! Cepatlah bagitahu hehehe" gesa Ilyia

" Okaylah.. Alhamdulillah aku dengan Ridz semakin okay masih dalam proses untuk menerima satu sama lain. Ini semua salah satu berkat dari kau juga nasihatkan aku semalam.. tapi yang penting at least bebanan aku dah kurang la.." ujar Imani lembut

" Alhamdulillah, aku tumpang gembira dengan kau Imani.. Dah lama aku tak tengok senyuman kau yang manis ni selama ni senyum pun nampak masam je macam mempelam!" gurau Ilyia

" Heiii! kurang asam kau eh hahaha! Tapi betul la tu Ilyia bila kau ada masalah kan, kau takkan mampu untuk sembunyikan sepenuhnya dengan orang sekeliling kau sebab mulut boleh merahsiakan tapi mata tak pandai nak menipu. Dari mata kita boleh tahu segala-galanya" kata Imani panjang lebar.

" Betul tu, aku setuju.. macam tu la kau, kau memang tak pandai nak sorok kau punya kesedihan apatah lagi dengan aku!" sambung Ilyia

" Haa sebab tu la kau saja yang tahu pasal masalah aku ni.. Okay dah lah! jangan cakap lagi pasal aku lagi. Sekarang ni kau pilih cepat kedai makan aku pun dah lenguh kaki dari tadi lagi kita pusing-pusing dekat mall ni."

" Haa ye lah, jom lah kita makan kat situ sajalah" tunjuk Ilyia kepada premis Nando's berhampiran mereka. Mereka berdua mula beriringan masuk ke premis tersebut.

******

" Abang, kejap Lis nak pergi toilet dulu.. Abang pergi tolong settle kan bill dulu and then tunggu kat luar saja, nanti Lis pergi dekat abang" kata Lis kepada si abang.

" Ouh okay Lis, abang tunggu kat luar tau.. jangan lama- lama takut ramai yang mengorat abang nanti, hehe!" gurau si abang. Lis mencebik dengan gurauan abang nya itu lalu beransur ke tandas.

Si abang pula menuju ke kaunter untuk menyelesaikan bil mereka. Lalu menunggu di luar kedai sementara adiknya selesai menggunakan tandas.

Sektika kemudian, terdengar suara wanita menegurnya...

"Eh Dr Muiz! Buat apa kat sini, tengah tunggu siapa? Girlfriend eh?" sapa Imani apabila melihat kelibat Dr Muiz berdiri keseorangan berhampiran dengan premis Nando's tersebut.

"Cik Imani! Hai! wah boleh pulak kita jumpa kat sini.. Eh, tak ada lah, sebenarnya saya tengah tunggu my sister, she is using ladies just now..By the way, korang nak makan kat sini ke?" tanya dr Muiz kepada dua wanita dihadapannya kini. Mukanya sedikit berkerut seperti mengingati sesuatu apabila melihat wajah Ilyia di depannya kini.

" Ya, ingat nak makan kat sini, eh lupa pula, kenalkan ini kawan baik saya Ilyia, Ilyia ini Dr Muiz yang merawat Izzie dekat hospital sekarang" Imani saling mengenalkan dua orang itu.

" Ilyia? Wait a minute, Nur Ilyia Qairina yang sekolah dekat SK Bandar Baru Bangi dulu tu kan, am i right? Ingat lagi tak I, Muiz Ismail? classmate you masa sekolah rendah" terang Muiz bersungguh-sungguh. Baru dia teringat sekarang apabila Imani menyebut nama Ilyia.

Muka Ilyia berkerut sehingga keningnya yang tebal itu hampir tercantum. Dia seperti cuba mengingati sesuatu. Tiba-tiba senyuman terukir di wajahnya. Imani di sisi hanya melihat gelagat dua insan dihadapannya kini yang sedang jejak kasih

" Yesss, yess ! Now I ingat, you yang ketua pengawas annoying tu kan! Oh my god, such a small world" ujar Ilyia bersemangat diikuti dengan gelak ketawa.

" Eh korang kalau nak berbual jom lah kita masuk ke dalam, tak elok pula duduk depan kedai macam ni orang tengok" selit Imani apabila kelihatan beberapa orang sedang memandang mereka.

" Ouh its okay la cik Imani.. I baru je habis makan dengan my sister tadi. Takpe, you all pergi la masuk, but before that Ilyia this is my card, anything just give me a call. Nice to mee you guys!" jelas Muiz sambil menghulurkan kad namanya yang disertakan nombor telefonnya sekali di situ.

" Alright, muiz.. see you soon! Nice to meet you too" jawab Ilyia. Sementara Imani hanya tesenyum disisi lalu mereka masuk ke dalam kedai mencari meja makan yang sesuai untuk duduk.

Lis hanya berjalan keluar melintasi mereka berdua untuk menuju ke tempat abangnya, Muiz yang sedang menunggu.

" Abang sorry lambat, Lis touch make up sikit tadi" Lis memohon maaf kerana membuat abangnya menunggu lama.

" Its okay lah Lis, lagipun abang ada jumpa kawan abang tadi. Takde lah rasa menunggu sangat. Kebetulan kawan abang tu pun mereka makan dekat sini" jelas Muiz kepada Lis.

"Ouh ye ke? okay la kalau macam tu Lis takut abang tunggu lama sangat, serba salah Lis. Ermm mana kawan abang tu? tanya Lis sambil matanya sedang meliar melihat ke arah dalam kedai itu.

"Ada kat dalam tu, takpelah jom kita balik dulu. Abang nak rehat pula" ucap Muiz mengajak Lis pulang ke rumah mereka. Mereka berdua meninggalkan tempat itu.

*******

Setelah selesai menunaikan solat isyak, Imani menghampuiri Ridz yang sedang duduk di ruang tamu kondo tersebut sambil bermain telefon. Dia mengambil tempat di hadapan Ridz.

"Awak.. awak nak makan apa malam ni?" tanya Imani lembut. Dia buntu sebenarnya untuk memasak apa malam ini untuk Ridz. Ini kerana dia sudah kenyang semasa keluar makan dengan Ilyia petang tadi. Lupa pula nak belikan makanan untuk Ridz sekali dek terlalu rancak berbual dengan Ilyia. Jadi dia bercadang untuk bertanya saja dengan Ridz apa yang dia mahu makan.

Lembut sekali suara Imani menusuk di pendengaran Ridz ketika ini. Baru saja dia mahu merajuk disebabkan Imani boleh sudah kenyang dan terlupa pula nak belikan makanan untuknya. Tapi kalau dah suara begini punya lunak serasa diri dah kenyang pula, eii gatal!

" Imani sayang.. Dengar suara awak pun dah rasa kenyang, awak tak payah masak lah biar saya 'makan' awak je lah malam ni! Confirm kenyang terus sampai pagi esok! Hehehe" gelak Ridz saja mengusik mahu melihat reaksi Imani ketika ini.

Terbeliak terus mata Imani terdengar ayat Ridz sebentar tadi. Tiba-tiba bulu romanya menegak. Dia belum sedia lagi jika Ridz mahu menuntut haknya malam ini.

" Ehh aw..awakk nii.. main-main pula! saya tanya betul-betul ni.. awak nak makan apa, saya nak masak ni.." jawab Imani tergagap-gagap, mukanya sudah merah bak delima menahan malu.

Suka Ridz melihat pemandangannya kini. Dia gemar melihat wajah Imani kemerah-merahan seperti ini, sudah lah kulitnya putih mulus. Tambahan pula dengan keadaan Imani sekarang ini yang mengikat rambutnya ala-ala ' messy bun' yang menampakkan leher jinjangnya itu. Ya, Imani sudah tidak memakai tudung di hadapan Ridz sejak hubungan mereka baik semalam. Ini juga permintaan dari Ridz sendiri. Imani cuba membiasakan dirinya walaupun agak malu pada mulanya.

Ridz agak tergoda ketika ini meliht keadaan tersebut. Namun cepat-cepat dia mengawal keadaan dirinya. Bimbang Imani tidak selesa.

" Awak masak je lah apa-apa yang simple dan dan mudah saja" ujar Ridz yang sedang merenung tajam ke arah Imani sekarang ini.

"Err kalau macam tu, saya masak nasi goreng okay kan?" tanya Imani mahu lekas beredar dari situ. Gerun dengan pandangan Ridz ketika ini. Imani mula berkira - kira untuk bangun.

" Tunggu kejap Imani.. saya ada benda nak cakap sekejap.. Err boleh tak bermula malam ni awak pindah masuk bilik saya? tebaknya tiba-tiba membuatkan Imani kejung disitu. Lidahnya kelu ketika ini. Dia tidak menyangka secepat ini Ridz mahu mereka duduk sebilik.

" Kalau awak tak sudi takpe.. nanti kalau awak dah sedia, awak masuk la bila-bila awak mahu ya? pintu tu..."

" Okay, lepas masak saya pindah masuk bilik awak. Saya pergi buat nasi goreng awak dulu, takut lambat pula awak boleh makan" potongnya lalu bergegas ke dapur. Imani sebenarnya rasa bersalah bila melihat reaksi wajah Ridz sudah berubah bila dia mempamerkan reaksi terkejut tadi. Disebabkan itu lah dia bersetuju sahaja. Lagipula Ridz kan suaminya yang sah, memang sepatutnya mereka tinggal sebilik.

Ridz tersenyum mendengar jawapan Imani. Dia tahu Imani belum bersedia, tapi sampai bila mereka harus duduk berasingan. Jika tidak digesa pasti lambat lagi mereka akan sebilik sebab itulah dia mengambil keputusan untuk meminta Imani pindah ke biliknya malam ini.

********

Usai makan, Ridz mula membasuh pinggannya. Imani hanya memerhati dari belakang bila suaminya itu berkeras untuk membasuh pinggannya sendiri. Imani dari tadi hanya duduk di situ untuk menemani Ridz makan.

" Emm Ridz, malam ni saya tidur bilik awak dulu tapi barang-barang saya nanti saya ansur-ansur pindahkan kemudian ya. Saya rasa mengantuk dan letih pula" ujarnya

" Okay takpe, nanti saya tolong awak sekali ya sayang!" ujar Ridz sambil mengenyitkan matanya kepada Imani. Imani hanya tersenyum sahaja melihat gelagat Ridz saat itu. Sungguh dia rasa penat hari ini.

Mereka berdua bergegas untuk masuk ke bilik milik Ridz untuk berehat dan tidur.

" Awak tidur la dulu, saya ada kerja sikit nak kena settle kan" Ujar Ridz menyuruh Imani tidur diatas katilnya dulu. Sementara dirinya pula membuka iPad dan duduk di meja kerjanya untuk menyelesaikan apa yang patut.

Imani hanya menurut. Fikirannya ketika ini hanya mahu menutup mata dan lena. Dia mula mengambil tempat diatas katil itu dan menyelesakan dirinya. Dalam beberapa minit saja Imani sudah lena dengan mimpinya.

Setelah hampir sejam mengadap iPad, Ridz mula membetulkan badannya. Tengkuknya digerakkan ke kiri dan kanan untuk meregangkan ototnya yang lenguh ketika ini. Dia melihat ke arah katil, kelihatan Imani sedang tidur dengan wajah polos miliknya itu.

Ridz meninggalkan iPadnya di meja tersebut lalu menghampiri katil. Dia mula mengambil tempat di sebelah Imani. Perlahan-lahan tangannya mula mengusik wajah Imani yang sempurna itu. Cantik sekali!

Tubuh Imani bergerak sedikit bila Ridz memainkan tangannya di wajah Imani. Namun sekejap saja dia sudah kembali lena. Ridz juga terasa penat ketika ini, sebelum tidur dia mencium dahi Imani lama penuh syahdu sebelum tangannya mula memeluk pinggang Imani ke dalam dakapannya. Akhirnya Ridz tertidur dalam keadaan mereka berpelukan.

**********

Selamat Membaca! ❤️ Jangan lupa komen, rate dan follow Nur! Tenkiuuuuu ;)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience