Bab 1 - Jemputan

Romance Completed 59171

"KRINGGG... kringg... kringg" tepat jam 6 pagi jam loceng disebelah katil nya berbunyi. Dalam keadaan samar- samar kegelapan, dia menggapai jam loceng itu dan menghentikan deringannya.

Perlahan-lahan sepasang kaki yang tidak berapa panjang itu mencapai lantai lalu dia berlalu ke tandas untuk membersihkan diri.

Usai mandi dan solat, dia bersiap siap untuk ke tempat kerja dan terus ke bawah untuk menjamah sarapan yang telah dihidangkan oleh ibunya.

" Imani, hari ni Imani free tak? ibu ingat nak bawa Imani jumpa seseorang petang ni." Puan Harlina menegur Imani yang datang tiba tiba dari arah dapur.

" ibu.. Imani bukan tak nak ikut ibu tapi Imani ada appointment dengan client la petang ni.. sorry ya ibu.. lain kali lah" terang Imani dengan tergesa- gesa bangun sambil menuju ke kereta.

" haa ye lahh.. kalau macam tu, takpelah lain kali sajalah" ungkap Harlina dengan perasaan yang sedikit kecewa. Baru saja dia merancang untuk kenalkan Imani dengan anak teman rapatnya yang baru pulang dari luar negara.

Sebenarnya bukan dia tidak tahu, anak perempuan tunggal nya selalu mengelak bila dia ingin kenalkan dengan seseorang. Seorang ibu pasti risau apabila anaknya sudah menginjak umur 27 tahun tapi masih lagi tiada tanda-tanda ingin menamatkan zaman bujangnya.

*******

Setibanya Imani di bangunan Deko Idaman.Co, dia berjalan memasuki pintu pejabat dengan ceria dan menegur sapa semua staf di sepanjang laluannya. Imani merupakan seorang pereka hiasan dalaman yang agak terkenal.

Syarikat tersebut merupakan perkongsian dengan teman rapatnya, Ilyia. Syarikat mereka selalu mendapat tender dari syarikat-syarikat korporat besar dan kediaman orang kenamaan untuk mendekorasi dan mengubahsuai pejabat atau rumah mereka.

Belum sempat Imani membuka pintu biliknya, terus dia diterjah oleh..

"Imaniiii!! aku ada berita gembira nii.. kau nak tau tak? " terjah Ilyia dengan tiba-tiba

"Haih kau ni pun Ilyia, kalau kau nak bagitahu berita baik pun, bagilah aku masuk ke dalam bilik aku dulu.. , ni tak terjah aku depan pintu ni.." bebel Imani dengan wajah yang mula berkerut seribu.

Ilyia sudah mula menunjukkan tampang mengadanya dengan senyuman yang menjengkelkan. " alaa kau nii, aku tengah eksited ni... okay, jom kita masuk bilik kau dulu, baru aku cerita".

" Macam ni, tadi aku terima email yang kita dapat jemputan dari company Gemilang untuk annual grand dinner syarikat mereka. So, aku nak kita dua nanti pergi majlis tu hujung minggu ni, dan kau jangan nak mengada nak bagi alasan tak boleh ikut eh kali ni" terang Ilyia panjang lebar.

Imani dah mula menunjukkan muka berkerut. Dia bukanlah seorang yang suka menghadiri majlis-majlis besar ni, ini kerana dia merupakan introvert dan kurang gemar berjumpa orang di khalayak ramai. Semua majlis jemputan sebelum ni pun Ilyia dan staf yang lain pergi. Ada saja alasan untuk dirinya mengelak.

" Hmm ye laa.. tengok lah macam mana nanti.. nanti aku fikirkan ye, kau bukan tak kenal aku Ilyia" beritahu Imani

" Eishh takde- takde, kali ni aku tak nak dengar alasan lagi, kalau kau anggap aku kawan baik kau, kau kena pergi dengan aku juga. Aku tak nak pergi dengan staf lain. Please Imani...kali ni jee!" rayu Ilyia dengan mata yang sengaja dibesar- besarkan seperti kucing yang meminta makanan.

" Hmmm.. Oklah, kali ni aku ikut kau. Ini bukti yang aku sayang kau tau, lepas ni kalau ada event apa-apa bagi je ke staf lain pergi okay? jangan cuba nak pujuk rayu aku lagi dengan muka seposen kau tu.." jelas Imani yang akhirnya jatuh kepada rayuan Ilyia.

" yeayyyy! okayyy aku janjii kali ni last dah aku ajak kau.. janji ye kau pergi dengan aku.. thank you babe! ". Ilyia menunjukkan senyuman yang cukup mekar tanda dia berpuas hati dengan jawapan Imani.

" Haa ye la, dah dah.. pergi masuk bilik kau balik.. aku nak sambung kerja ni.. petang ni ada appointment dengan client pulak.." terang Imani

Ilyia berlalu ke biliknya kembali. " entah apa la yang dia eksited sangat nak pergi event ni, biasanya okay je kalau aku tak ikut.. Ilyia Ilyia.. " gumam Imani sendirian sambil membuka komputernya untuk meneruskan kerja yang tergendala.

*******

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience