Bab 21 - Hantar Pulang

Romance Completed 59171

SUDAH seminggu berlalu dari hari perkahwinan mereka. Ridz dan Imani hanya membuat hal masing-masing. Namun Imani tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya. Semua kerja rumah dilakukan olehnya meskipun dia juga sudah berkerja semula. Ridz juga sudah kembali ke tempat kerjanya untuk menggantikan posisi Tan Sri Hisham.

Hari- hari Imani ke Deko Idaman.Co dengan menaiki grab sahaja. Hal ini kerana dia tidak mahu menyusahkan Ridz. Lagipun lelaki itu juga tidak pernah bertanya atau mengambil tahu akan dirinya.

Ada juga Ilyia menawarkan untuk memberi tumpang kepada Imani ke tempat kerja tetapi ditolak lembut oleh Imani kerana tidak mahu menyusahkan Ilyia. Sudah banyak Ilyia menolongnya sebelum ini.Lagipula, keretanya juga diberitahu akan siap lebih kurang dalam masa seminggu saja lagi.

Hari ini merupakan hari pertama Izzie akan menghadiri temu janji dengan pakar psikiatri di hospital Sungai Buloh. Imani diminta tolong untuk menghantar Izzie ke hospital kerana Puan Harlina tidak berapa sihat, pening kepala katanya. Dia sudah memaklumkan pada Ilyia dan mengambil Emrgency Leave untuk hari ini.

Disebabkan dia tiada kenderaan lagi buat masa kini, Imani menempah grab untuk dia membawa Izzie ke hospital. Mana mungkin Imani meminta Ridz untuk menghantarnya. Lelaki itu juga sibuk dengan urusan syarikat ketika ini sehingga ada juga hari dia tidak pulang ke kondo mereka. Mungkin menghabiskan masa di pejabat barangkali. Dia juga tidak dibenarkan untuk menyibuk hal lelaki itu.

" Aduhh, lupa pulak nak bagitahu Ridz yang aku nak pergi hantar Izzie pagi ni.. Mesej je lah dia sekadar untuk bagitahu aku pergi mana" gumam Imani sendiri. Terus tangannya ligat menaip mesej kepada Ridzwan akan urusannya pagi ini. Seperti biasa lelaki itu hanya memberikan tanda biru sahaja menandakan dia sudah baca. Itupun sudah memadai bagi Imani. Sekurang-kurangnya dia tahu kemana Imani pergi.

Mujurlah dia meminta nombor telefon Ridzwan baru-baru ini, hal ini kerana memudahkan dirinya untuk meminta izin keluar ke mana-mana meskipun lelaki itu tidak pernah ambil tahu tetapi sekurang- kurangnya Imani tidak tidak lari dari tanggungjawab nya.

Dia bersiap untuk ke rumah ibunya mengambil Izzie dan terus ke hospital.

*******

Imani sampai ke rumah ibunya, dia menyuruh pemandu grab tersebut menunggu sebentar sementara dia memanggil Izzie keluar.

" Assalamualaikum ibu" Imani memberi salam sambil menekan loceng pintu rumahnya.

Kedengaran kunci pintu dibuka dari dalam. Puan Harlina menjengah keluar.

" Imani.. Adik ada kat dalam tu.. dia dah siap cuma tengah pakai tudung.. maaf la ibu menyusahkan kamu Imani.. ibu tak boleh nak hantar Izzie ke hospital kepala ibu pening pula.." terang Puan Harlina

" Takpa ibu, mana ada ibu menyusahkan Imani. Izzie tu kan adik Imani.. tanggungjawab Imani juga..takda istilah menyusahkan apa lah.. "

"Ouhh iyaa, ni kamu datang dengan siapa? dengan suami kamu ke?" soal Puan Harlina sambil mejenguk kepalanya keluar. Imani sudah berubah wajah.

" Tak ibu. Imani datang dengan grab.. tu ada tengah tunggu kat luar tu.. Ridz dia sibuk dengan syarikat.. Imani tak nak lah ganggu dia, dia kan baru saja ganti posisi papa"terang Imani sambil tunjuk ke arah kereta myvi putih di luar pagar rumahnya.

" Ouhh takpa la macam tu.. kamu pergi baik- baik ya.." pesan Puan Harlina sambil memanggil Izzie untuk keluar bersama Imani.

" Baik Ibu, kami pergi dulu ya, hati-hati kat rumah.. apa-apa telefon Imani terus ya.. Assalamualaikum.." Imani berjalan beriringan dengan Izzie menuju ke kereta myvi diluar rumah ibunya itu.

Puan Harlina merasakan bahawa anaknya itu menyembunyikan sesuatu darinya. Bahagiakah anakku? atau terseksa kah dia dengan perkahwinan ini? Adakah salah pilihan nya menyokong keputusan Imani berkahwin dengan Ridzwan? Pelbagai persoalan muncul di benak fikirannya ketika ini. Doanya supaya Imani sentiasa diberikan kebahagian dalam rumah tangganya.

*******

Setibanya di hospital, Imani lekas mendaftar nama untuk Izzie. Setelah beberapa minit menunggu, nama Izzie dipanggil. Imani hanya menunggu diluar sementara Izzie berada di dalam bilik dengan doktor tersebut. Setelah hampir satu jam, Izzie keluar bersama dengan doktor itu juga.

" Cik ni kakak cik Izzie ke? By the way, saya Doktor Muiz " tanya doktor tersebut kepada Imani sambil melemparkan senyum yang manis.

" Ouhh ya saya, macam mana dengan perkembangan adik saya doktor Muiz? tanya Imani. Dia mengabaikan saja gelaran cik yang dipanggil oleh doktor tersebut. Sementara itu, Izzie duduk di tempat menunggu.

" Alhamdulillah, cik Izzie ada menunjukkan perkembangan positif. Dia sudah menunjukkan reaksi yang baik dan menjawab hampir semua soalan yang ditanya oleh saya. Untuk pertama kali ini, boleh dikatakan ianya satu perkara yang sangat positif untuk cik Izzie." terang Muiz panjang lebar

" Ohh yaa, adakah cik Izzie sedang belajar sekarang?" tanya Muiz sekali lagi sambil dia mengerling ke arah Izzie di tempat duduk.

" Alhamdulillah jika dia ada perkembangan yang baik. Sebelum ni dia belajar di Mesir, sekarang dia sedang bercuti dari menyambung tahun terakhir, selepas ini dia akan sambung membuat klinikal di hospital Malaysia pula " jawab imani

" Ohh i see.. insyaAllah Cik Izzie akan segera pulih.. Cuma kena selalu berkomunikasi dengannya dan jangan telalu mendesak dengan perkara yang dia takuti. Perlahan-lahan saja.."

" Baiklah doktor.. Terima kasih atas nasihatnya.. Kalau takda apa- apa kami balik dulu ya.. insyaAllah jumpa pula di temu janji seterusnya"

" Baiklah.. Jumpa lagi.." balas Muiz

Imani berlalu sambil memanggil adiknya dari tempat duduk untuk pulang. Mereka berdua berjalan beriringan keluar dari pintu hospital

" Adik macam mana kat dalam tadi? Okay ke doktor Muiz tu soal adik?" tanya Imani

" Okay saja... Dia baik dan memahami keadaan adik... Adik selesa dengan dia.." jawab Izzie

" Alhamdulillah kalau macam tu.. semoga adik cepat pulih dan ceria seperti dulu, insyaAllah.."

*******
Sewaktu keluar dari pintu hospital, Imani cuba untuk menghubungi grabnya itu tadi. Hari juga menunjukkan sudah hampir hujan walaupun baru menginjak ke tengah hari.

Dalam dia mahu menempah grab tadi, seseorang datang menghampirinya.

" Eh Imani, Izzie.. Kebetulan jumpa dekat sini.. Awak datang untuk appointment Izzie ke? Awak sihat? Macam mana kehidupan selepas berkahwin?" tegur Umar dengan tiba-tiba

" Ehh awak.. Ha ah saya datang bawak Izzie jumpa doktor.. Alhamdulillah sihat.. Okay saja.. saya bahagia.. Awak buat apa kat sini? " tanya Imani. Terbantut urusannya untuk menepah grab tadi. Sebenarnya dia agak terkejut melihat kelibat Umar di hadapannya kini secara tiba-tiba sahaja. Izzie ditepi Imani hanya sekadar mengangguk dan senyum nipis kepada Umar.

' haish dia ni, ada je mana- mana aku pergi, dia ikut aku ke apa ' gumam Imani dalam hatinya

" Ouh saya.. saya jumpa kawan lama kat sini" bohong Umar. Sebenarnya memang dia ikut Imani. Sudah lama dia tidak ketemu wanita ini selepas Imani berkahwin. Pernah dia menghubungi Imani tetapi seperti biasa tidak dilayan.

Hari ini dia cuba ke pejabat Imani untuk mengajak Imani makan tengah hari bersama. Umar kurang bernasib baik apabila receptionist di pejabat itu mengatakan bahawa Imani cuti untuk menghantar adiknya ke hospital. Namun, lekas dia ke hospital untuk mencuba nasib jika dapat bertemu dengan Imani. Sungguh sukar baginya untuk melupakan wanita itu dengan mudah meski Imani sudahpun berkahwin. Umar ingin bersemuka dengan Imani untuk mengetahui status mereka bimbang jika Imani terus memulaukan dirinya. Menjadi seorang kawan untuk Imani juga sudah memadai baginya asalkan Imani tidak menjauhkan diri darinya.

" Ouhh begitu.. Okay lah, saya balik dulu la ya.." Imani meminta diri.. Malas dia berlama-lama dengan Umar dengan statusnya kini yang sudah berkahwin. Tak manis dipandang orang.

" Ehh kejap, awak balik naik apa ni? Jom saya hantarkan kamu berdua. Saya pun nak balik dah ni alang- alang sekali lah." Umar cuba mengajak

" Eh tak payah susah-susah.. Saya boleh naik grab saja.." tolak Imani sopan.

" Imani.. please.. jangan layan macam ni.. meski awak dah berkahwin kita boleh saja jadi kawan kan? saya bukannya ada niat tak baik.. Niat saya nak tolong awak saja.. lagipun kita bukan berdua, ada Izzie sekali kan.. " pujuk Umar ikhlas. Dia sudah bertekad andai Imani tidak kembali kepadanya biarlah sahaja dia menjadi kawan kepada Imani. Mencintai tak semestinya memiliki.

Imani serba salah. Lagipun benar juga kata Umar bukan dia berdua.. Dia pun belum menempah grab, hari juga sudah semakin gelap tanda hujan akan turun.. Kesian pula adiknya menunggu.

" Okay baiklah.. saya terima pelawaan awak kali ini.. saya percayakan awak.. terima kasih sebab nak tolong hantar saya dan Izzie pulang"

" Maksudnya awak okay kalau kita tetap boleh berkawan selepas ini?" tanya Umar bagai tak percaya

Imani hanya tersenyum tanda mengiyakan pertanyaan Umar. Lalu mereka bertiga berlalu ke tempat kereta Umar diletakkan.

*******
Selepas menghantar Izzie ke rumah, Umar mendesak untuk menghantar Imani ke kondonya pula. Walaupun ditolak beberapa kali Umar tetap juga mendesak. Akhirnya dia mengalah dengan kedegilan Umar. Pada mulanya, Imani hanya berniat untuk Umar menghantar dia dan juga Izzie ke rumah ibunya saja. Terus dia akan pulang dengan grab ke kondo Ridz.Tapi lain pula jadinya bila Umar mendesak untuk menghantarnya.

Semasa dalam perjalanan Imani hanya senyap sahaja. Hanya Umar yang bertanya macam -macam. Imani hanya sekadar menjawab sepatah dua. Umar begitu gembira kerana sekurang-kurangnya Imani tidak memulaukan dirinya.

Setelah sampai ke destinasi, Imani mengucapkan terima kasih dan keluar segera dari kereta Umar.

Terkejut Imani apabila dia mahu menaiki lif, Ridz turut sama ada dibelakangnya..

"Awak...saya.."

*******

Jangan lupa untuk komen, rate n follow nur! tenkiuuu sudi baca karya saya ❤️ Happy reading!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience