Bab 12 - Kemalangan

Romance Completed 59171

" ABANG!!" Terdengar pekikan suara Dahlia disampingnya sebelum sebuah kereta Toyota Vious berwarna putih hilang kawalan dan hampir merempuh keretanya dari arah berlawanan serta terus terdampar di bahu jalan.

Disebabkan terlalu panik Ridz memusingkan stereng keretenya ke kiri, namun keretanya itu juga hilang kawalan lalu merempuh penghadang jalan dan pokok besar di pinggiran jalan yang sama dengan kereta Vious tersebut.

Seketika itu, terdengar sayup- sayup suara orang ramai meminta tolong untuk memanggil ambulans sebelum Ridz pengsan.

*******

" Akak, akak rasa kan, macam mana reaksi ibu bila tengok adik balik dengan kakak nanti? soal Izzie sambil memandu kereta Toyota Vious empunya kakaknya itu.

" Adik, mesti la ibu gembira dan terkejut. Ibu pun sama la macam kakak excited gitu.. tapi kan yang pasti mesti adik kena bebel dengan ibu.. ye lah.. siapa suruh balik tak bagitahu awal- awal kan? Dah sampai Malaysia baru nak bagitahu.. bertuah betul lah awak ni dik.. hahahaahah" sakan Imani ketawa mengusik Izzie di sebelahnya itu

" Alaa adik saja je nak buat suriprise kan, bila lagi nak kena bebel sambil tengok ibu nangis dalam satu masa kan? haahahahaha" Izzie menyambung gelaknya itu

Kedua- dua mereka bergelak ketawa sehingga tidak perasan ada seekor kucing hendak melintas di tengah jalan.

" Ehhh Adikkk! Kucing kat depan! hati- hati!" laung Imani

Namun semunya terlambat apabila Izzie cuba mengelak dari kucing tersebut keretanya tiba - tiba memasuki lorong sebelah yang melawan arus dan...

"Arghhhhhhh!" terdengar suara jeritan kedua-dua beradik itu apabila kereta mereka terbabas merempuh penghadang jalan dan pokok besar di baju jalan tersebut.

********

Keempat- empat mangsa dibawa ke Hospital Sungai Buloh. Imani dan Ridz hanya cedera ringan memandangkan kedua-dua dua mereka bernasib baik tidak dihimpit penghadang jalan.

Manakala Dahlia dan Izzie dalam keadaan koma kerana kepala mereka cedera teruk semasa kemalangan terjadi.

Puan Harlina amat terkejut setelah mendapat berita daripada pihak hospital yang menelefon nya untuk mengkhabarkan tentang kemalangan tersebut. Hampir longlai dibuatnya bila mengetahui bahawa Izzie yang sepatutnya ada di Mesir juga terlibat sekali dalam kemalangan itu. Dikuatkan juga dirinya untuk ke hospital melihat keadaan anak-anaknya itu.

Setelah sampai ke hospital, Puan Harlina menjengah ke katil Imani yang masih tidak sedarkan diri. Namun Imani hanya mengalami cedera ringan. Sebaliknya pula dengan Izzie yang berada di bilik rawatan kecemasan sekarang ini.

" Imani, macam mana boleh jadi macam ni, kak? Kenapa kamu tak bagitahu Ibu yang adik kamu dah balik ke Malaysia.. Ibu tak sempat lagi jumpa adik kamu tu.. Kakak, bangun lah.. ibu tak kuat tengok korang begini.. jangan tinggalkan ibu sorang-sorang.. " luah Puan Harlina dalam keadaan sebak menahan gelora di dada.

Sungguh luluh hatinya apabila melihat keadaan anak- anakya sebegitu. Dia memohon kepada Allah swt supaya anak- anaknya itu segera pulih dan kembali sihat seperti sedia kala.

*******

Sementara di wad lelaki, keluarga Ridz dan Dahlia datang menemani anak- anak mereka. Dahlia mengalami pendarahan di kepala dan sekarang ini dia dalam keadaan tidak sedarkan diri dan masih koma. Dia ditempat kan di unit rawatan rapi sama seperti Izzie.

" Ridz, apa dah jadi ni? kenapa boleh jadi kemalangan ni?" soal Puan Sri Auliya kepada anaknya itu dengan suara yang lirih.

" Mama, Ridz tak tahu... semuanya berlaku tiba- tiba sahaja.. Ridz tak..ta.. tahu macam mana kereta kami boleh ter..ba..babas.." luah Ridz tergagap-gagap menahan sakit di badanya kerana dirinya mengalami kecederaan ringan di bahagian lengan dan kaki.

" Mama, Ridz nak tengok Dahlia maa.. Ridz nak tahu keadaan dia..Ridz nak tengok tunang Ridz"

" Ridz sabar banyak-banyak ya sayang.. Dahlia sekarang berada di ICU.. Ridz kena banyak kan rehat dulu baru boleh jenguk Dahlia.." luah Puan Sri Auliya sebak.

" Ini semua salah kereta yang melawan arus tu.. dia yang sebabkan Ridz hilang kawalan maa!" marah Ridz yang baru teringat akan kejadian tadi.

" Sudah la tu Ridz, kamu jangan nak salahkan sesiapa.. benda dah terjadi.. papa yakin semua ni takdir Allah dan ada hikmahnya" ujar Tan Sri Hashim

" Mungkin ini semua ujian untuk kamu Ridz, kamu kan tengah darah manis sekarang ni.. banyak- banyakkan berdoa.. Uncle harap Dahlia dan kamu cepat- cepat sihat... " sambung Dato Arash yang tadi hanya berdiri melihat perbualan tiga beranak didepannya itu.

Dato Arash dan Datin Salmi tidak menyalahkan sesiapa dalam hal ini. Mereka percaya semua ini takdir dan ujian dari Allah untuk keluarga mereka. Hanya doa dan tawakkal sahaja yang mampu diberikan supaya anaknya Dahlia dan bakal menantunya itu sembuh sepenuhnya.

*******

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience