Bab 18 - Permintaan Terakhir

Romance Completed 59171

SEMUA yang berada di tanah perkuburan ketika itu senyap melayani perasaan masing-masing yang ditemani dengan linangan air mata yang tak putus-putus dari tadi.

FLASHBACK

Dua hari sebelumnya..

" Imani.. abang..sa..sayaa harap korang berdua dapat.. tunaikan permintaan saya yang mungkin terakhir ini.. abang tolong kahwin dengan Imani bila saya tiada nanti hari perkahwinan kita.. janji dengan saya please?" ujar Dahlia perlahan-lahan

" Sayang! kenapa cakap macam ni.. sayang tak kan tinggalkan abang, kita akan kahwin sayang.. lagi seminggu saja lagi sayang... Dahlia akan sihat balik, abang janji abang takkan tinggal kan sayang.. Sayang bertahan ya?" Ridz membalas kata Dahlia yang merepek baginya ketika itu. Dia tak suka apa yang Dahlia beritahu barusan.

" Betul tu Dahlia.. awak takkan tinggalkan kami.. awak akan sihat secepatnya dan kembali hidup bahagia selepas ni dengan Encik Ridz" ujar Imani. Dia sebak apabila Dahlia berkata begitu seolah-olah dia tidak akan bertahan lama lagi.

" Abang, Imani please janji dulu? kalau apa-apa yang terjadi lepas ni pada saya, janji korang akan tunaikan hasrat saya?"

Dahlia sudah fikirkan ini sebaiknya. Dia merasakan dirinya tidak mampu untuk bertahan lagi. Lagipula dia tidak mahu Ridz kecewa di hari pernikahan mereka nanti. Dia merasakan Imani orang yang sesuai untuk tunaikan hasrat nya. Meskipun, dia baru mengenali Imani namum dia tahu Imani mempunyai hati yang baik dan mampu bahagiakn Ridz.

" Percayalah, saya buat semua ni sebab saya sayang sangat dekat abang.. tolong janji dengan saya ya abang? saya merayu sangat.." Rayu Dahlia kepada Ridz agar bersetuju dengan permintaannya yanh satu itu.

Dengan berat hatinya, Ridz terpaksa setuju dengan permintaan yang diungkapkan oleh Dahlia agar Dahlia berhenti mendesaknya sebegitu. Tak sanggup lagi dia melihat Dahlia merayu begitu.

" Baiklah sayang, abang janji.. tapi sayang rehat cukup-cukup.. abang percaya sayang akan sihat secepatnya nanti.. jangan risau okay?"

Ridz cuba berjanji walau dihati menepis segala kata-kata Dahlia. Apa yang penting sekarang ini, Ridz mahukan yang terbaik untuk Dahlia dan mengharapkan Dahlia kembali pulih dan sihat dengan segera.

Imani pula hanya mengangguk semasa Dahlia memandangnya meminta kepastian sekadar menyedapkan hatinya. Sebak dia melihat keadaan ketika ini.

Dahlia didapati sesak nafas pagi itu, dan denyutan nadinya juga perlahan. Sejak itu lah, Dahlia merasakan dirinya begitu lemah dan tidak mampu bertahan lagi. Dia meminta untuk berjumpa dengan Imani dan Ridz sekaligus menyampaikan hasratnya. Ternyata Dahlia benar- benar pergi sehari selepas itu. Dia meninggal ketika masih dalam keadaan tidur.

END FLASHBACK

Hujan renyai-renyai mula menyentuh permukaan kawasan perkuburan tersebut. Keluarga Ridz dan Dahlia sudah beransur pulang dari situ selepas dua jam berada di situ. Imani juga beransur pulang dengan ibunya bimbang meninggalkan Izzie dirumah seorang. Tinggal lah Ridz yang masih menatap kubur Dahlia yang masih merah. Walau diajak pulang oleh Ibubapa nya, Ridz tetap mahu berada di situ.

" Sayang.. abang tak sangka kisah cinta kita akan berakhir sebegini.. abang tak sanggup hidup tanpa sayang.. kenapa Dahlia tinggalkan abang sewaktu perkahwinan kita hanya tinggal beberapa hari saja lagi... kenapa sayang... abang tak kuat macam ni...bangunnn sayangg" Ridz menangis dalam suasana hujan yang mula membasahi bajunya. Dia masih berteleku di sisi kubur Dahlia meratap nasibnya yang belum bersedia kehilangan tunangnya itu. Sungguh dirinya rapuh dan lemah ketika ini.

*******

Imani termenung di dalam bilik kerjanya. Dia telah kembali bekerja beberapa hari lalu. Ini kerana sudah lama dia mengambil cuti, kesian akan Ilyia yang menguruskan segalanya semasa ketiadaanya di pejabat itu. Lagi pula adiknya, Izzie sudah dibenarkan pulang juga beberapa hari lepas.

Semenjak kepulangan Izzie ke rumah dia kelihatan baik cuma masih kurang bercakap dan makan. Dia juga telah dimaklumkan akan temujanji yang telah dibuat oleh Dr Sofhea dengan pakar Psikologi di masa akan datang untuk memulihkan semangat Izzie kembali.

Kepala Imani berserabut sekarang ini. Banyak perkara yang difikirkan ketika ini. Tentang adiknya, permintaan arwah Dahlia dan hal Umar juga tidak ketinggalan. Semenjak hari dia bertemu dengan Umar, lelaki itu tidak henti-henti cuba menelefonnya dan menghantar pesanan melalui aplikasi Whastapp. Tapi semuanya tidak dilayan dan dibalas olehnya. Entah dari mana dia dapat nombor nya juga dia tidak tahu. Mungkin melalui pejabat nya barangkali.

Sekarang ini, apa yang penting, Imani perlukan ruang dan masa untuk dia bertenang dan terima semua perkara ini. Semuanya berlaku pantas dalam sekelip mata.

Dalam dia termenung, tiba-tiba...

" Imani? Imani... " Ilyia memanggil Imani perlahan sambil melambai- lambaikan tangannya dihadapan wajah cantik milik Imani itu. Jauh betul sahabatnya itu mengalamun sehingga dia melambaikan tangan pun tak jua tersedar dari lamunannya.

" Imani!" Panggil Ilyia sedikit keras kali ini. Nampaknga percubaanya berjaya kali ini apabila Imani sudah sedar akan kehadirannya tika ini.

" Ya Allah Ilyia! Dah lama ke kau ada kat sini? Sorry aku tak perasan bila masa kau masuk ke sini.." ujar Imani yang agak terkejut dengan keberadaan Ilyia dihadapannya kini secara tiba-tiba sahaja.

" Haish, mana tak sedarnya.. jauh benar mengalamun tu sampai aku panggil kau beberapa kali baru kau sedar.. Ni aku ada bawakan kau air milo panas.. By the way, apa yang kau fikirkan tu Imani?" tanya Ilyia perlahan cuba untuk menyelami pikiran Imani saat ini sambil dia menghulurkan mug berisi air milo panas itu kepada Imani.

" Thanks Ilyia.. emm.. takda lah aku tak fikir apa pun.. cuma fikir masalah kerja yang tertangguh ni saja.." getus Imani cuba berdalih

" Eh Imani.. aku ni bukan kenal kau sehari dua tau? dari zaman universiti lagi aku kenal kau.. kalau dah termenung macam ni mesti ada masalah besar punya... biasanya kau profesional je kalau melibatkan kerja dan peribadi.. kali ni mesti masalah berat yang kau fikir sampai mengganggu fokus kau kat pejabat ni.. mind to share with me? soal Ilyia

" Hmm.. kau ni hebat la Ilyia.. kau betul-betul kenal aku kan.. thank you sebab prihatin dekat aku..tapi entah la Ilyia.. aku tak tau nak cerita dekat kau macam mana.." getus Imani susah hati

" Imani, kau tau tak masalah tu kalau dipendam sendiri akan jadi beban tau.. lama-lama boleh makan diri sendiri.. kau tak payah segan atau takut dengan aku..kau percayakan aku kan? kalau percaya kau cerita je, aku boleh dengar and maybe i can give my 2 cents.." Ilyia cuba memancing rakannya itu.

" Hmmm okaylah, aku bagitahu kau..cerita dia macam ni.... "Imani menceritakan masalahnya mengenai permintaan terakhir Dahlia dan juga cerita mengenai perjumpaanya dengan Umar tempoh hari yang meminta peluang kedua darinya.

" Beratnya bebanan kau weh.. aku pun tak tahu nak cakap macam mana.. tapi bagi aku kau kena ikut kata hati kau, buat apa yang membahagiakan diri kau dulu sebelum ambil kira perasaan orang lain.. Ini melibatkan masa depan hidup kau Imani.. Benda ni tak boleh main-main.. Walau apapun, aku tetap sokong keputusan kau.. aku nak kau bahagia dengan orang yang kau sayang.. Kau buat solat istikarah dan bincang dengan family kau okay? Ilyia cuba memberi pandangannya kepada Imani mengenai perkara itu.

" Itu laa yang buat aku fikir banyak kali.. Takpa lah nanti aku buat istikarah dan bincang dengan ibu macam mana..Thank you liyaa sekali lagi.. aku sayanggggg sangattt dekat kauu!" luah Imani sambil menayangkan senyuman yang manis kepada Ilyia.

" Hahahaah ye la... aku punnnn sayangggggg kauuu... aku dah anggap kau macam adik aku sendiri Imani.. apa- apa jadi aku akan sentiasa ada dengan kau.."

*******

Happy reading semua! Maaf andai ada mana-mana yang kurang.. jgn lupa untuk komen, rate dan follow nur! Thank you for your support! -Nur-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience