Bab 24 - Amarah

Romance Completed 59171

"PRANGGGGGGGG!"

"Allahuakbar!!" tempik Imani terkejut. Gambar di tangannya juga sudah terlepas lalu berkecai kaca- kaca pada bingkai gambar tersebut.

Imani mula cemas. Sempat dia memandang ke arah Ridz sebelum tangannya mula mengutip serpihan kaca yang bederai berdekatan kakinya itu.

Ridz yang berada di depan pintu itu sudah mula naik angin. Mukanya merah ketika ini. Buat apa Imani dalam biliknya ini dan mengapa dia memegang gambar dirinya bersama Dahlia itu. Dia mula mendekati Imani. Dadanya sudah naik turun menahan marah. Sudah la gambar itu adalah gambar kesukaannya yang ditatap setiap malam sebelum tidur.

"Ridz.. sa-saya minta maaf.. sa-saya tak sengaja.. sumpah demi Allah saya tak sengaja.." luah Imani dengan suara yang menggigil ketakutan melihat wajah bengis Ridz ketika ini. Hendak menangis pun ada.

" Apa kau cuba buat ni hah? Kau buat apa masuk bilik aku dan pegang gambar ni semua? Jawab Imani! Aku tanya ni!" Jerkah Ridzwan agak kuat hingga membuatkan bahu Imani terhinjut-hinjut disebabkan terkejut dengan laungan suaranya yang kuat.

"Sa ..saya nak hantar baju a..awakk saja.." Jawab Imani terketar-ketar sambil mengutip sisa kaca itu.

"Hantar baju? Habis tu ni apa? Hei Imani, kau tau tak,kau ni memang betul -betul menyusahkan aku lah! Dari hari pertama aku jumpa kau, ada saja benda tak kena yang jadi. Patutlah aku tak boleh terima kau selama ni jauh sekali nak cintakan kau dengan perangai kau yang selalu menyusahkan aku sajalah. Dasar pembawa malang! Kan aku dah pesan jangan masuk bilik aku bila aku tiada! apa yang kau tak faham lagi. ha? Yang kau pergi pegang gambar aku tu kenapa? " jerkah Ridz lagi yang diamuk kemarahan ketika itu.

" Takk, sa..saya hanya nak lihat gambar ni.. takde niat lain pun.." Ujar Imani tergagap-gagap. Air mata mula menitis dengan kata-kata hinaan Ridz.

" Kenapa kau sibuk sangat nak tengok gambar aku tu? Ouhh ke kau berangan nak gantikan tempat Dahlia hah?" Ridz menyebak rambutnya ke belakang

"Kau dengar sini eh, sampai bila- bila pun kau jangan pernah sekali pun berangan dapat gantikan tempat Dahlia dalam hati aku la. Kau dengar tu Imani! Atau jangan- jangan semua ni memang rancangan kau dari awal lagi. Kau yang rancang kemalangan tu kan? Kau sengaja rancang sebab nak kahwin dengan aku, betul kan Imani?" soal Ridz bertalu- talu dengan sinis sambil mengheret Imani keluar dari biliknya itu. Tanpa dia sedari, tangan Imani luka terkena kaca yang berada di tangannya itu. Imani menjerit kesakitan.

" Auchh.. aduh" Kini Imani sudah berada di luar bilik Ridz. Ridz sedikit tergaman melihat tangan Imani. Sungguh dia tidak sengaja untuk mencederakan Imani.

Imani menahan pedih jarinya yang terluka. Apa yang penting sekarang ini dia perlu mempertahankan dirinya dari dituduh begitu.

"Ridz! sampai hati awak tuduh saya macam tu.. Saya tahu saya bukan perempuan yang awak cintai. Tapi sekurang-kurangnya saya berusaha untuk jadi isteri yang terbaik untuk awak selama ni, Ridz. " jawab Imani dengan suara yang bergetar menahan tangisan di dada.

"Tidak pernah sekali pun saya mengeluh dan melawan bila awak tuduh saya macam-macam.. Saya senyap bukan kerana saya iakan semua yang awak tuduh tu, tapi saya tau Allah tu akan tunjukkan bila masanya tiba.. Tapi kali ini, ia tuduhan yang berat bagi saya, asalkan awak tahu saya tak pernah rancang apa-apa plan pun dari awal, demi Allah. Semua jadi ni sudah ditakdirkan oleh Allah." sambung Imani

Dia mengambil nafas sebentar, sungguh dadanya sesak ketika ini. Ridz hanya memandang kelu kepada Imani. Dirinya seolah-olah tergamam dengan luahan Imani sebentar tadi.

"Tak pernah pun saya terlintas untuk gantikan tempat Dahlia di hati awak, saya cuma mahu awak terima saya seadanya sebagai seorang isteri. Salah ke? Saya ingat saya boleh buat awak berubah Ridz, Tapi saya silap, awak tak pernah anggap saya macam isteri tapi musuh awak sendiri.. Selagi awak tak redha dengan permergiaan Dahlia, selagi tu awak akan tetap cari salah saya! Maafkan saya sebab saya selalu menyusahkan hidup awak selama ini Ridzwan.." Imani berkata sambil air matanya bercucuran jatuh. Tak mampu lagi dia bertahan. Imani melangkah pergi meninggalkan Ridz terpinga-pinga di hadapan pintu biliknya.

" Aaaaarggghhhh! Apa yang aku dah buat ni Ya Allah!" sesal Ridz seolah-olah baru tersedar dari lamunan mimpi

*******

Imani memasuki biliknya. Dia menutup pintu lalu bersandar di belakang pintu sambil badannya terduduk kebawah perlahan-lahan. Sungguh dia lemah ketika ni.

Sakit di jari nya kini tidak la seberapa jika nak dibandingkan dengan sakit hatinya dengan semua tuduhan yang dilemparkan oleh Ridz. Sakitnya seolah-olah disiat hidup -hidup. Sungguh dia terasa kali ini dengan kata-kata Ridz barusan. Dia betul- betul kecewa. Sampai begitu sekali Ridz bencikan dirinya. Sanggup Ridz menuduhnya merancang semua ini untuk berkahwin dengan dirinya. Tiada niat pun dihatinya untuk melakukan perkara terkutuk sebegitu. Semua terjadi sudah aturan Allah. Sungguh berat ujiannya kali ini. Imani melepaskan tangisan sehingga terhinjut-hinjut bahunya menahan tangis di dada.

Entah bila dia ketiduran di situ dengan jarinya yang luka juga kering dengan sendiri di situ..

********

Ringtone telefon milik Ridz kedengaran menandakan ada panggilan masuk. Kelihatan nama mamanya terpapar di skrin telefonnya itu. Ridz menekan punat mengangkat panggilan dari Puan Sri Auliya itu.

" Hello mama..." jawab Ridz lemah

Setelah lima minit bercakap Ridz mengakhiri perbualan melalui telefon dengan mamanya itu. Ridz sedikit mengeluh bila teringatkan pesanan Puan Sri Auliya tadi untuk menyuruhnya membawa Imani pulang ke villa mereka untuk makan malam bersama memandangkan hari ini merupakan hujung minggu.

Keluhan berat dilepaskan oleh Ridz bila mengingatkan kejadian sebentar tadi antaranya dan juga Imani. Serpihan kaca dibawah lantai dia pandang sepi. Kaca.

" Ya Allah! tangan dia luka tadi" Ridz baru seakan tersedar akan perkara itu. Mana mungkin Imani merawat luka itu kerana kit keselamatan ada di bahagian dapur, manakala sebentar tadi Imani terus menjurus ke biliknya.

Ridz bergegas mengambil kit keselamatan didapur lalu menuju ke pintu bilik Imani segera.
Serba salah dia ingin mengetuk bimbang jika Imani tidak membukanya. Tapi dia tetap mencuba juga.

"Tok..Tok..Tok!"

" Imani.. Imani buka pintu ni sekejap, please.. tangan kau luka kan tadi.. biar aku letakkan ubat dulu.. Please buka kan pintu ini" ujar Ridz lembut cuba memujuk Imani untuk membuka pintu biliknya itu.

Imani disebalik pintu tersedar dari terlelap apabila terdengar ketukan pintu pada biliknya itu. Dia berkira-kira untuk berdiri.

"Auchhh" Imani menyeringai. Terasa pedih di jari tangannya itu. Imani lupa bahawa jarinya tadi luka dan sekarang terasa pedihnya apabila jari itu digerakkan.

" Imani? Kau okay ke?" tanya Ridz bimbang, terkejut apabila terdengar suara Imani sedikit menjerit seketika tadi.

" Tolong buka kan pintu ni, aku bawakan first aid untuk.." Belum sempat Ridz menghabiskan ayatnya, pintu bilik Imani terbuka sedikit. Kelihatan muka Imani di hadapannya kini dengan wajah yang sugul dan mata yang agak sembap akibat menangis.

Imani hanya memandang nya kejap tanpa perasaan. Sungguh dia tiada hati untuk melihat wajah Ridz ketika ini. Hatinya masih sakit.

"Errr.. ni aku bawakan First aid, mari aku tolong letakkan ubat tu dekat jari kau.. aku minta maaf disebabkan aku jari kau terluka.. aku tak sengaja" Ridz berkata lembut sambil menunjukkan first aid ditangannya kini.

'Bukan jari aku yang luka menjadi keutamaan sekarang ni, tapi hati aku yang sakit dengan tuduhan kau tu yang patut kau minta maaf sebenarnya!' getus Imani sekadar didalam hati.

Dalam sekelip mata saja, first aid itu sudah bertukar tangan. Imani mengambilnya dari tangan Ridz.

" Takpe saya boleh rawat sendiri. Saya tak nak menyusahkan awak lagi. Lagipun jari saya yang lain masih berfungsi dengan baik. Terima kasih. " ujar Imani dingin saja lalu menutup pintu tersebut. Tinggalah Ridz terkebil-kebil di depan pintu itu.

Ridz tidak terkejut melihat layanan dingin Imani terhadapnya tadi. Dia tahu Imani masih marahkannya kerana ternyata Imani amat terkesan dengan kata-katanya tadi. Lihat saja betapa sembap mata Imani tadi. Bukan dia tidak mahu memohon maaf disebabkan itu, tetapi dia tak mampu. Lidahnya kelu bila melihat wajah Imani sebentar tadi.

Ridz berjalan memasuki biliknya.Kaca di lantai dia kemaskan perlahan-lahan.

" Apa kau dah buat ni Ridz... kenapa kau tuduh dia macam tu.. kau tau kan dia tak buat semua tu.. Bodoh la kau ni" Marah Ridz pada diri sendiri.

" Sudahlah mama nak kami pulang ke villa pulak malam ni.. hmm macam mana aku nak bagitau Imani ni dengan keadaan kami macam ni lagi.."

*******

Ridz dan Imani dalam perjalanan menuju ke villa Puan Sri Auliya itu. Masing-masing hanya senyap melayan perasaan sendiri. Ridz mengerling ke arah Imani secara senyap. Dia melihat jari Imani yang dilekatkan dengan plaster luka. Dia mengeluh perlahan.

Mujur saja Imani mahu menurut bila mana dia menyampaikan hasrat Puan Sri Auliya tadi. Teringat tadi bagaimana dia cuba memberitahu Imani tentang Puan Sri Auliya menyuruhnya pulang ke villa mereka.

FLASHBACK

Semenjak peristiwa pagi tadi, Masing-masing hanya senyap didalam bilik. Hari sudah menginjak ke petang. Ridz belum lagi memberitahu kepada Imani tentang hajat mamanya itu. Dia berjalan menuju ke bilik Imani sekali lagi.

" Imani.. Imani.. tolong bukak pintu kejap, ada perkara penting aku nak bagitahu kau ni.." Ridz cuba mengetuk pintu Imani lembut. Dengan sekali ketuk, Imani membuka pintunya. Dia memandang Ridz dengan pandangan kosong. Imani bukannlah kejam sangat untuk memulaukan Ridz, dia masih hormatkan Ridz sebagai suaminya. Tetapi sekarang ini hatinya sudah tawar untuk melayan Ridz.

" Err.. Sebenarnya tadi mama ada call aku ajak kita balik ke villa malam ni.. jadi aku nak kau siap-siap petang ni boleh kan?" Serba salah Ridz mengutarakan hajat Puan Sri Auliya itu.

" Okay. Pukul berapa?" tanya Imani beku.

" Pukul enam kita bertolak ye..kau okay kan?" soal Ridz

" Okay, kalau takda pape saya nak rehat" Imani mula untuk menutup pintu biliknya itu.

" Imani.." belum sempat Ridz berkata Imani sudah menutup pintunya.

END FLASHBACK

Perjalanan mereka yang memakan masa 20 minit itu sudah sampai ke destinasi. Imani lekas keluar dari perut kereta milik Ridz itu lalu membawa beg kecil pakaiannya sendiri. Ridz dibelakang hanya mengekori. Sampai saja di hadapan pintu villa tersebut, Puan Sri Auliya datang menghampiri.

" Ya Allah, anak dan menantu mama.. rindunyaa mama pada korang. Ridz pun semenjak kahwin tak pernah bawa Imani kesini" ujar Puan Sri Auliya sejurus saja merungkaikan pelukan nya pada Imani.

" Maaf mama kami tak sempat melawat, kami busy sikit dengan urusan pejabat sebelum ni. InsyaAllah lepas ni kami melawat mama lebih kerap ya?" ujar Ridz lalu mengerling ke arah Imani untuk memberikan sokangan pada ayatnya tadi.

" Betul tu, insyaAllah lepas ni kami selalu jenguk mama dan papa ya? mama dan papa sihat?" soal Imani

" Alhamdulillah sihat saja.. Eh apa duduk kat pulak, pergilah Ridz bawa Imani ke bilik kamu. Imani pun semenjak projek kat rumah mama ni siap, Kamu tak berkesempatan untuk datang dah kan?" soal puan Imani

" Itu lah, tak sempat nak melawat sebab terjadi.." Imani tidak menghabiskan ayatnya itu bila melihat rekasi muka Ridz berubah.

Bukannya Ridz marah, tetapi dia serba salah bila mengigatkan kejadian pagi tadi antaranya dengan Imani.

" Ehh dah lah, jom lah masuk. Pergi naik berehat dulu. Nanti makan malam dah sedia mama suruh Mak Wan panggil kamu berdua turun ya.. " Kata Puan Sri Auliya bila melihat perubahan air muka pasangan dihadapannya kini.

Mereka semua masuk ke dalam rumah. Ridz membawa Imani masuk kebiliknya untuk kali pertama.

*******

Hai, selamat hujung minggu semua ❤️ Kalau korang ditempat Imani, apa yang korang akan buat bila Ridz tuduh dia begitu? Happy reading semua! Tenkiuu 4 supporting me :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience