Bab 7 - Pengumuman

Romance Completed 59171

KELIHATAN diatas pentas pengacara majlis mengalu- alu kan Tan Sri Hashim sebagai CEO Syarikat Gemilang naik ke pentas untuk merasmikan majlis tersebut.

" Assalamualaikum semua, dan terima kasih kerana sudi menghadiri majlis annual dinner syarikat Gemilang pada kali ni dan tak lupa juga pada tetamu-tetamu jemputan syarikat yang hadir. Seperti biasa, untuk pengetahuan para tetamu kita, majlis makan malam ini merupakan satu majlis tahunan yang akan diadakan bagi meraikan dan menghargai staf-staf kami yang bersusah payah berkerja untuk syarikat sepanjang tahun ini.... " Tan sri Hashim memberikan ucapan pembukaan sebelum merasmikan majlis makan malam tersebut.

"Sebelum saya merasmikan majlis ini, saya ada dua pengumuman untuk diberitahu semua.. seperti sedia maklum, saya akan bersara bermula 2 bulan dari sekarang. Jadi pada malam ini saya akan melantik pengganti saya yang akan menyambung legasi dan perjuangan saya dalam syarikat selepas ini.. Setelah dipersetujui oleh semua ahli lembaga pengarah, saya melantik anak saya iaitu Ridzwan Haqeem untuk menggantikan tempat saya di syarikat Gemilang sebagai CEO baru nanti"

Kedengaran tepukan yang gemuruh oleh semua ahli di dalam dewan tersebut di atas perlantikan CEO baru mereka itu.

"Dipersilakan Ridz naik ke pentas dan memberi sepatah dua kata" ucap Tan Sri Hashim kepada anaknya itu.

Di bawah pentas tersebut, seorang jejaka tinggi lampai bangun berdiri dan berlalu menaiki pentas ke arah Tan Sri Hashim.

" Terima kasih Tan Sri dan semua ahli lembaga pengarah diatas kerpercayaan dan pelantikan Ridz itu tadi. InsyaAllah Ridz akan cuba lakukan sebaik mungkin untuk sama-sama mengukuhkan lagi syarikat ini untuk masa akan datang" Ridz selesai memberikan ucapan sepatah dua kata lalu memberikan laluan untuk papanya berucap kembali.

" Okay, baiklah. Semoga Ridzwan akan dapat menguruskan syarikat dengan jayanya pada masa akan datang. Pengumuman yang kedua pula, anak saya Ridzwan akan menamatkan zaman bujangnya dengan pilihan hatinya tidak lama lagi. InsyaAllah semua yang hadir malam ini akan dapat kad undangannya nanti.. "

Ramai staf perempuan kelihatan patah hati dan menunjukkan muka sedih termasuklah Ilyia.

" Eh ilyia kau kenapa muram semacam je bila dengar pengumuman kedua tadi? kau suka kat mamat tu ke? " tunjuk Imani kepada lelaki yang berada di atas pentas itu

" Yelah, melepaslah peluang aku nak try dia.. dah lah handsome, bijak, kaya semua la cukup.. siapa je tak nak.." jawab Ilyia dengan nada yang kecewa.

" laa, sebab dia sempurna la dia dah ada pilihan hati cik Ilyia oii.. lagipun pilihan hati dia tu bukan main lawa lagi tau.. sesuai dengan tuan punya badan lah.. bagai pinang dibelah dua orang tua-tua kata.."

"Eh, ehh! kejap mana kau tau awek dia tu lawa? kau kenal ke diorang ni? kata sebelum ni tak amik tahu pasal hal relationship orang ni.." soal Ilyia kehairanan kepada Imani.

" Bukan kenal sangat pun, tapi kalau kau nak tau, Encik Ridzwan Haqeem ni lah yang aku langgar tempoh hari masa nak ambil fon aku dekat kereta, dan yang awek dia la yang back up aku hari tu... Memang sepadan sangat dorang tu.." terang Imani beria - ia.

Sebenarnya semasa Tan Sri Hashim menjemput Ridz naik ke pentas, Imani sedikit terkejut melihat muka yang baru dikenalinya itu. Wajah yang tak kan dilupakan disebabkan hal kecil, dia dimarah di depan awek lelaki tersebut. Merah muka nya kerana malu apabila mengingatkan peristiwa itu.

" Ohh i see.. patutla kau tau muka awek dia.. hmm tak pe lah.. bukan jodoh aku dengan dia.. akan ku teruskan pencarian jodohku lagi selepas ini" ucap ilyia dengan nada yang dibuat buat sedih.

Ilyia juga merupakan seorang yang cantik. Tubuhnya tinggi lampai kulit sedikit gelap namun ada manisnya itu dan tetap jelita. Bukannya selama ini dia tidak ada lelaki yang menghampiri, cuma belum ada yang serasi dan belum melekat di hati.

"Okay, sekarang aku dah faham kenapa Puan Sri Auliya nak renovate rumah. Rupa-rupanya anak dia yang ini nak kahwin tak lama lagi" terang Imani yang tiba- tiba terlintas mengenai projeknya di rumah Puan sri Auliya yang merangkap isteri Tan Sri Hashim.

" Ha ahh.. ye laa.. ouhh jadi nampaknya kemungkinan kau akan bertemu lagi la Encik Singa tu nanti.. hahahaha" gelak Ilyia.

" Haihh nasib la badan.. nasib baiklah Puan Sri Auliya tu baik dan peramah orangnya dan yang paling penting tak cerewet" ucap Imani

Kedengaran suara Tan Sri Hashim merasmikan majlis tersebut dan menjemput semua tetamu dan staf menjamu makanan mereka.

*******

Usai makan, mereka berdua segera ingin bertolak pulang ke rumah masing-masing, risau juga akan ibu Imani yang keseorangan di rumah.

Namun, semasa mereka melewati orang ramai untuk ke laluan basement, terdengar suara seseorang memanggil nama Imani..

" Imani! tunggu kejap!...."

*******

p/s : kalau suka cerita ni, silalah komen, rate dan follow Nur! thank youuuu for your support ;)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience