Bab 29 - First Kiss

Romance Completed 59171

LENA Imani terganggu bila dia terasa ada deruan nafas hangat menampar mukanya ketika ini. Perlahan-lahan dia membuka mata. Alangkah terkejutnya dirinya melihat Ridz ada dihadapannya kini dengan jarak kurang daripada satu inci malah dalam keadaan mereka berpelukan pula.

Disebabkan terlalu terkejut, tanpa berifikir panjang Imani menendang Ridz jatuh ke bawah katil sambil suaranya menjerit.

"Aduhhh!" Ridz meringis. Terkejut dirinya apabila tiba-tiba sahaja ditendang jatuh oleh Imani.

" Apa awak buat ni Imani? Apa salah saya, salah ke saya peluk isteri saya sendiri?" luah Ridz sedikit kecewa.

" Ya Allah! sorry Ridz, saya tak sengaja. Sumpah tak sengaja. Sa.. saya terkejut sebenarnya bila awak ada disebelah saya masa saya buka mata.. sorry saya tak biasa lagi" ujarnya menyesal akan perbuatannya. Dia mendengus. Imani terlupa bahawa dia tidur di dalam bilik Ridz semalam.

" Sakit badan saya awak tolak jatuh ke bawah ni tau!" ucap Ridz saja mahu membuatkan Imani lagi serba salah. Padahal badannya tidak lah terasa sakit pun, setakat ditolak oleh Imani mana lah terasa badannya yang besar dan sado itu.

"Aduhhh!" adu Ridz. Membuatkan Imani semakin bersalah. Imani menggigit bibir bawahnya. Dia semakin gusar.

" Ridzz sorry...sa.. saya tak sengajaa.. " luah Imani, dia segera turun mendekati Ridz di bawah katil. Tangannya menggosok-gosok lembut badan Ridz mahu menghilangkan rasa sakit tersebut. Lama- kelamaan gosokkan semakin perlahan, dan lain pula jadinya apabila mereka sama-sama bertentangan mata.

Dalam keadaan mereka sekarang, Ridz terpesona melihat wajah Imani yang terlampau dekat dengannya kini dengan tangannya yang sedang menggosok badan nya itu. Ridz memandang tajam kearah bibir merah semula jadi Imani saat ini. Jantungnya juga berdegup kencang sehingga terasa sakit didadanya menahan rasa debaran itu. Imani juga sama seperti Ridz, serasa jantungnya mahu luruh ketika ini bila meraka dalam keadaan serapat ini.

Mata mereka bertentangan lagi untuk beberapa saat seolah-olah sedang terpaku antara satu sama lain. Tanpa Ridz sedari bibirnya menggapai bibir lembut Imani. Imani pula tidak menolak. Semakin lama mereka semakin hanyut. Lama mereka dalam keadaan begitu, sehinggalah Imani seakan-akan tersedar. Dia mula meleraikan ciuman itu dengan menolak bahu Ridz lembut. Imani bimbang jika lebih lama mereka akan pergi jauh lagi, sudahlah sekejap lagi mereka perlu pergi ke tempat kerja.

Kedua-dua nya mangambil nafas kembali. "Err maaf Imani.. saya tak sengaja.." ujar Ridz. Sungguh dia tergoda dengan Imani sebentar tadi tambahan pula Imani tidak menolak saat bibirnya menyentuh lembut bibir itu. Mujur saja Imani meleraikannya bimbang mereka pergi lebih jauh.

"Emm, takpe saya pun minta maaf pasal tadi.. Takpelah saya nak bersiap untuk ke tempat kerja dulu. Takut lambat pula" pamit Imani lalu segera keluar dari bilik Ridz untuk bersiap ke tempat kerjanya. Sebenarnya dia malu. Malu yang teramat kerana terlepas laku tadi. Imani gigit bibir bawahnya. Eii! Sudahlah itu merupakan first kiss untuknya! Mukanya membahang sekarang seperti sedang terbakar dek menahan malu. Mujur saja sekarang dia sudah berada di dalam biliknya.

Ridz mengusap bibirnya tadi yang telah mencium Imani. Bibirnya mula menguntum senyuman. Dia pasti Imani juga rasa apa yang dia rasakan sekarang ini. Ridz menyentuh dadanya ketika ini, degupan jantungnya sungguh laju seperti baru lepas berlari saja. Rasa ni sama seperti rasa dia bersama dengan arwah Dahlia dulu. Inikah yang dinamakan cinta sekali lagi?

********

Pagi tersebut, di syarikat Gemilang satu mesyuarat telah diadakan untuk membincangkan projek baru yang diterima mereka di Melaka untuk membangunkan sebuah perumahan elite berdekatan dengan bandar Melaka. Masing-masing tengah khusyuk membentangkan idea dan perancangan perjalanan projek ketika ini.

Ridz tersenyum-senyum sahaja semasa mesyuarat dijalankan. Dia tidak begitu fokus kerana mengingati kejadian pagi tadi. Namun tanpa dia sedari, ada mata yang sedang memerhatikan gelagatnya tadi. Gelagatnya itu membuatkan si gerangan tidak senang duduk.

Setelah hampir sejam bermesyuarat, semua staf beransur keluar dari bilik tersebut. Tinggalah Ridz yang baru berkira-kira untuk bangun dan Melissa yang sedari tadi memerhati gelagat Ridz.

" Hai, Ridz. I tengok you gembira semacam je, sampai dalam mesyuarat tadi pun you tersengih-sengih saja. Tengah ingatkan bini ke? You jangan ingat I tak perasan. " sapa Mel sewaktu Ridz melintasi nya untuk keluar dari bilik tersebut namun langkahnya terhenti apabila Mel bersuara sebegitu.

" Hahaah, memandai saja you ni Mel, mungkin sebab I tengah bahagia mungkin, sebab tu la I tersenyum tadi" jawab Ridz bersahaja.

Mel tersentak. Berubah terus riak mukanya bila Ridz menjawab begitu. Ridz bahagia? Dia bahagia dengan perkahwinannya ke? Tak mungkin, dia kan terpaksa kahwin dengan perempuan itu.

" Maksud you, you bahagia sebab projek masuk tadi kan? Ke ada sebab lain" tanya Mel. Riak wajahnya sengaja dibuat ceria ketika ini untuk menutupi rasa gusar di hati.

" Itu pun satu juga, tapi I bahagia sebab lain. Sebab cinta barangkali!" Ridz gelak dihujung bicaranya. " Eh takpelah I nak masuk office nak settlekan banyak lagi kerja, you pun pergi lah sambung kerja" tegur Ridz kepada Mel lalu berlalu dari situ setelah Mel hanya mengangguk dan tersenyum.

" Tak guna! macam mana dia boleh bahagia pula ni! Tak boleh! tak boleh! Ish, aku kena buat sesuatu ni, arghhhh kusut!" gumam Melissa geram sendirian. Dia menghentakkan kakinya beberapa kali disebabkan rasa geram yang menyelubungi dirinya ketika ini.

Sewaktu Mel mahu keluar dari pintu bilik mesyuarat tersebut, dia dihalangi oleh Umar ketika itu. Tanpa dia sedari, dari tadi lagi Umar hanya memerhati gelagatnya seorang diri.

Mel terkejut dengan tindakan Umar tersebut.
"Eh, Umar! you..you buat apa kat sini? Dah lama ke you berdiri kat sini?" sapa Mel sedikit kalut dan gusar. Peluh di dahinya mula kelihatan.

" Sejak you sendirian di sini. Apa niat you sebenarnya Mel masuk ke syarikat ni? you nak ganggu hubungan rumah tangga Ridz dengan Imani ke?" tanya Umar serius. Dia mencerlung tajam ke arah Melissa. Gadis untuk melarikan pandangannya.

Mel kelu ketika ini. Bermaksud Umar menyaksikan segala-galanya apa yang terjadi tadi. " Umar, I..I sebenarnya.. huh sudahlah Umar! you tak payah nak berpura-pura baik depan I, you pun sama je. you jangan ingat I tak tahu yang you pun sebenarnya ada hati lagi kan dengan Imani!" tempelak Mel tiba-tiba namun dengan suara sedikit berbisik. Tak mampu lagi dia mahu berselindung kelakuan nya yang sebenar.

" Apa you cakap ni Mel? I tak faham, you jangan nak tuduh I macam-macam!" soal Umar sedikit tegang ketika itu. Dia tidak mengerti apa yang diberitahu Mel sebentar tadk.

" Sudahlah. Better you tolong I dapatkan Ridz and you boleh dapatkan Imani. Kita akan sama-sama dapat orang yang kita cinta Umar! you fikir apa yang bagitahu tu!" jelas Mel lalu pergi dari situ segera.

" What? Apa maksud dia?" keliru Umar ketika itu. Siapa Mel sebenarnya. Kenapa dia bersikap begitu? Jauh sekali sikapnya yang dia kenali semasa di awal pertemuan nya dengan Melissa dengan sikapnya yang sekarang ini. Kali ni dia lebih aggressive berbanding hari tu seorang yang peramah dan ceria.

******

"Assalamualaikum ibu, ibu sihat? maaf lama tak call ibu. Imani sibuk sikit dengan pejabat" ujarnya. Imani menelefon Puan Harlina sekejap untuk bertanya khabar dan melepaskan rindu ketika waktu makan tengah hari.

" Waalaikumussalam, alhamdulillah ibu sihat saja, takpe Imani ibu faham kamu sibuk, tapi kamu kenalah jaga diri kamu tu juga. Jangan kuat sangat bekerja kamu sekarang sudah ada suami" ujar Puan Harlina

" Imani okay ibu kat sini.. takdelah sampai diri terabai lagi setakat ini.. oh ya, macam mana Izzie dengan appointmentnya tempoh hari dengan Dr Muiz?" tanya Imani

" Alhamdulillah, adik kamu semakin baik. Dia juga semakin ceria sekarang. Sudah kembali bersemangat sedikit. Kamu nak cakap dengan dia ke? Izzie ada tu tengah menonton tv"

"Takpelah ibu, Ibu kirim salam sajalah, tak nak menggangu dia tengah khusyuk tu. Okay lah Ibu kalau takde apa-apa Imani pergi dulu ya,"

" Imani kejap! Ibu nak tanya.. kamu.. dengan Ridz okay ke? Kamu bahagia?" tanya Puan Harlina sedikit bimbang kedengaran pada suaranya.

" Alhamdulillah ibu, Ridz dengan Imani baik-baik saja. InsyaAllah ada masa kami melawat ibu dalam masa terdekat ni ya. " jujur Imani.

" Betul ni? Kamu tak tipu ibu? Kalau betul baguslah. Ibu tumpang gembira. Ibu sentiasa doakan kamu agar bahagia dengan rumah tangga kamu sekarang ini" Sebak Puan Harilina. Berharap apa yang dibicarakan anaknya itu adalah benar. Dia sentiasa mahukan kebahagian untuk anak-anaknya meski keluarga mereka selalu diuji.

" Terima kasih ibu. Ini semua berkat doa ibu juga. Imani mohon Ibu jangan berhenti untuk doakan Imani ya. Imani sayang ibu dan Izzie. Imani pergi dulu ya, InsyaAllah Imani call lagi, jaga diri ibu" pesannya

" Baiklah, jaga diri kamu juga, Assalamualaikum"

Imani meletakkan panggilan telefon ibunya itu. Lega hatinya boleh bicara dengan syurganya itu. Hilang rindu yang telah lama di pendam.

‘Beruntung lah kamu yang masih mempunyai ibu, kerana doa seorang ibu itu tiada hijabnya dengan Allah Swt. Selalulah meminta ibu untuk mendoakan yang terbaik untuk kita, dengan Izin Allah pasti ada berkatnya di situ’

******

Hi, Happy Reading! Jangan lupa komen, rate dan follow nur! Tenkiuuu for your support ❤️ -NL-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience